Powered By Blogger

15 December 2004

Harapan Berbunga


Wira-wira Negara~Syabas!!

Menjelang lewat tengah malam tadi harapan jutaan rakyat Malaysia berbunga-bunga dan melonjak-lonjak keriangan apabila skuad bolasepak kita akhirnya berjaya juga menebus kekecewaan 0-1 tewas kepada Myanmar malam minggu lepas apabila berjaya mara ke pusingan separuh akhir untuk kali ke-4 selepas kali terkahir pada 2002.

Bagaimana corak persembahan skuad bimbingan Bertalan Bicskei ini sepanjang lebih kurang 95 minit perlawanan (termasuk masa kecederaan) tak payahlah aku nak cerita sebab aku percaya ramai yang mengikuti match semalam dengan penuh debaran. Apa yang nyata.. skuad harimau memulakan perjuangan semalam dengan mengharungi segala cemuhan dan ramalan peminat bolasepak negara yang nyata tidak menyebelahi Malaysia. Di bulatan sepak mula, aku melihat wajah Khalid Jamlus, Amri Yahya dan yang lain2 tampak cukup bersemangat sambil sekali-sekala menarik nafas dalam menahan gentar di jiwa. Kesian aku tengok kan.. mana taknya, di atas kertas, rekod pertemuan sudah jelas malam ini bukan milik Malaysia.

Walaubagaimanpun.. ledakan dan tandukan kemas Khalid melalui hantaran cantik daripada V. Saravanan pada minit 62 dan 64 menafikan kekebalan Thailand sekaligus mengembalikan maruah negara yang tercalar apabila kalah kepada Myanmar. Apa lagi yang boleh dikatakan.. serangan bertali arus skuad Malaysia yang diketuai oleh Rosdi Talib (Kapten) pada separuh masa ke-2, nyata membuatkan pemain2 Thailand bagai tak cukup nafas nak mengekang. Lambungan dan umpanan cantik daripada kapten, Norhafiz Zamani Misbah, V Saravanan membuat jentera serangan Malaysia sangat ampuh dan bertenaga. Jaringan awal Thailand pada minit akhir babak pertama nyata tenggelam dengan 2 jaringan pembakar semangat itu.

Syabas dah tahniah kepada seluruh ahli skuad bolasepak negara; tahniah kepada Syamsuri, Wan Rohaimi, Shukor, Khaironnisam, Mohd Ivan dan yang lain2. Korang memang superb!Tahniah kepada seluruh peminat bolasepak negara yang tak putus2 menyokong dan mengirim doa untuk kejayaan skuad negara. Kehadiran lebih 10,000 peminat bolasepak ke Stadium Bukit Jalil yang bersorak dan mengibarkan bendera Malaysia sambil menyanyikan lagu 'Inilah Barisan Kita' dan sesekali diselangselikan dengan laungan Malaysia Boleh, sungguh membakar semangat juang negara. Aku terharu sangat... Aku bangga giler!!

Cuma aku harap, biarlah panasnya sampai ke petang. Kalau sampai malam pun lagi bagus! Kalau mutu permainan semalam yang menjadi ukuran, aku ingat bertemu dengan Myanmar sekali lagipun bukan merupakan satu onar. Jumpa lagi di pusingan separuh akhir!!

Malaysia Boleh!!
Barisan Pemain Malaysia: Mohamad Syamsuri Mustafa(GK), Norhafiz Misbah, Wan Rohaimi Ismail, Mohd. Fadzil Saari (Mohd. Ivan Mohd. Yusof), Muhammad Khaironnisam Hussain, Rosdi Talib (Kap.) K. Nanthakumar, Mohd. Amri Yahyah, D.Surendran (V. Saravanan), Muhammad Shukor Adan, , Muhammad Khalid Jamlus.

.:Nota Tangan:. - Ter'bersemangat' patriotik sekejap aku! Hehehe...


0 comments: