Powered By Blogger

08 December 2004

Family Day

“Hari nie berapa haribulan ek?”
Sambil menelek kalendar kat dinding rumah aku.
“Erm.. 8 haribulan Disember.. sempat lagi kot..”
Getus hati aku..
Bukan apa.. saja nak semak samada aku sempat lagi tak nak post sikit citer pasal family day pejabat aku kat Pedas Wetland, Isnin aritue (6 Disember laa tue). Takut nanti orang kata citer dah basi lak kan. Tapi memandangkan kat pejabat aku masih lagi hangat memperkatakan tentang family day nie, aku pun nak citer laa sikit.

Permulaan pagi untuk semasa nak bertolak ke Pedas memanglah amat tak menyeronokkan dan menekan jiwa. Aku tensen jerk.. sebab apa tak ramai yang naik bas. Ramai yang naik kenderaan sendiri. Padahal yang konpem nak naik bas punyalah ramai. Urusetia dah sediakan 2 bijik bas besar siap ngan air-cond. Tapi yang naik bas adalah dalam 20 ketul. Bagi 2 buah adalah dalam 10 orang dalam satu bas. Mau aku tak tensen?! Tak rasa langsung kemeriahan berhari keluarga walaupun pada dasarnya aku memang sebatang kara jee pun sepanjang kat Pedas tue. Yang bujang dalam bas yang aku naik tue ada laa dalam 3 ketul. Sham Janggut memang dan tentu tak bleh masuk ngan aku (dia ada dunia dia sendiri.. lantak dia laa..), lagi sorang si Pijan. Aku pandang dia, dia pandang aku last-last dua-dua bantai tidur. Aku sedar2 jerk dah nak sampai Pedas dah. Memandangkan aku telah melantik diri aku sendiri sebagai cameraman tak rasmi masa tue, terpaksa laa aku menghilangkan pisat2 mata aku sepantas mungkin dan bersedia untuk merakam detik2 ketibaan kitorang ke Pedas Wetland tue.

Sampai2 jerk, sukut sakat lain yang berkonvoi sendiri dah pakat2 makan dulu. Aku yang takde member sejak dari Melaka nie pon terpinga2 sekejap (macam rusa masuk kampung) nak carik kroni biasa. Last2 jumpa port baik kat Kak Lyz.
“Hentam jee laa… takkan aku nak berdiri tercengang kat tengah dunia nie”
“Kak Lyz, join bleh.. wahwah.. makan tak tunggu ehh?!”
“Ehh.. sila2 jangan tak join..”
Balas Kak Lyz.
Bab makan tak tahan, ala2 hotel gitu! Siap ngan roti 2 keping, hot-dog ngan kacang panggang. Tapi… (ada tapi tue.. hampeh! Satu round jerk). Bagi orang macam yang memang dok kebulur dari rumah nie memang lerr bertambah tekanan jiwa tue.
“Tak kisahlah… lepas nak bersukaneka ngan mandi lagi”
Aku memujuk hati.. huhuhu…

Masa part sukaneka banyaknya acara budak2, aku malaslah nak cerita. Ada laa main isi air dalam botol laa, baling bola masuk dalm bakul laa. Ntah apa lagi.. malas aku nak recall. Yang dewasanya ada main bowling kampung. Alaa.. yang main tin kosong pakai buah kelapa komeng tue. Part nih best sikit.. punya laa ramai nak main, sampai kena beratur. Macam nak beratur masa nak mengundi lak gamaknya. Yang pompuan lagi banyak tak kena daripada kena, yang lelaki… not bad! Ramai gak yang berjaya mendapatkan strike dan spare tapi tak macam aku laa.. aku sipi2… kena tapi tak kena. Erkk….. Tapi aku tak kisah, sebab ramai otai2 bowling yang selamba bowl kat MP pun turut kecundang. Maybe rerumput kat Pedas nie tak selicin macam kat lane bowling tue kot. Hahaha..

Lepas acara padang, kita terjun lak ke dalam kolam.. best beb!! Dah lama giler tak berenang, sekali-sekala layan jadik badak air pun best gak. Masa kat kolam tue ada acara lari atas pelampung, kutip guli dalam air, lumba pelampung laju dan acara kemuncaknya adalah tarik tali dalam air. Part nie aku teror.. team aku menang woo… dapat hamper banyak wooo!! Sebelum tue lupa aku nak bagitau.. acara2 nie diselang-selikan dengan cabutan no bertuah. Antara yang bertuahnya.. akulah! Dapat hamper lagi… Acara rasmi abis dalam kul 2.00pm. Pastue ada yang terus balik, ada yang stay sampai kul 5. Maklumlah, bukan selalu. Aku dah serik naik bas, pakat2 balik dulu tumpang keta member. Lagipun kalau aku stay berkubang, masa tue best laa.. masa nak balik nanti… Hambek ko!! Padan muka aku nanti..

Tuelah.. sikit cerita.. tak banyak yang menarik. Saja nak cerita kat korang. Gambar pun tak banyak ambik sebab aku sebok ngan shooting video aku (tue pun ntah biler dapat edit!). Tapi tetap cerita yang top di tangga teratas adalah cerita…
#1- Anak Abang Joe yang kecik terberak dalam kolam.
#2- Anak Abang Joe yang nombor 2 kencing berdiri tepi kolam.
#3- Ada laa.. 2 3 orang dewasa tue pun bantai kecing dalam kolam. Hehehe… (apa laa.. macam bebudak!). Antaranya ‘tooot’, tooooooot’ ngan ‘tooooooooot’.. Teka2.. :0


.:Nota Tangan:. – Ada sesapa yang berminat nak mandi kat waterworld ke memana yang setaraf dengannya lepas nie?

0 comments: