Setelah sekian lama memendam hasrat untuk menyertai sesi lantit-melantit yang selama ini dimonopoli oleh
Geng Mak Itam,
Geng Kelawo dan juga
Geng Lantit sendiri (sudah tentunya), detik
8.30 malam, 5 Mac 2005 menjadi saksi bahawasanya rakan-rakan
GJ daripada
selatan tanahair juga tidak mahu ketinggalan untuk turut merasai kemeriahan yang dikecapi oleh ahli-ahli lantit seantero
GJ.
Kekebalan
parti komponen GJ (seperti yang disebutkan tadi) selama ini telah dipecahkan dengan kemasukan 2 ahli baru iaitu
aku dan
Ayares. Huahuahua... bestnyer, kembang hidung aku!
Diameter lubang hidung semakin membesar dan gigi emas aku hampir kelihatan (disebabkan terlebih menyeringai) apabila dimaklumkan oleh
Presiden GMI (Basrie bro) penyertaan sesi lantit semalam adalah merupakan yang terbesar iaitu lebih kurang 20 orang!
Jumlah meja yang disambung-sambungkan adalah nak dekat 6 ke 7 meja, panjang macam
mesyuarat pasca-kabinet UMNO sehinggakan mamak kat kedai tue dah tak kasi tambah meja lagi! Hehehe...
Pun begitu,
mahar yang perlu dibayar bagi
orang jauh macam aku nie untuk menyertai sesi melantit nie bukannya sedikit. Seteleh bergegas dari
Midvalley sekitar jam 7.30, kami menempuh jem yang panjang
dari Angkasapuri sampailah ke Kelana Jaya. Time tue h-set aku selang 10 minit berbunyi, bebudak nie hantar
SMS, pergi ke tak melantit?! Aiyoo... macam YB plak rasanya aku!
Sampai di
KJ, satu lagi masalah timbul sebab aku sendiri tak tahu kat mana
Syed Bistro nie sebenarnya. Nasib baik
E1 (antropose) dan
ND ada, setelah menghabis credit prepaid aku sekitar RM1.50 dan setelah 2 kali berpusing-pusing
--> Damansara --> Puchong --> Damansara balik, baru jumpa jalan keluar. Well... biasa laa aku nie kalau tak pusing-pusing tak sah. Saja nak test kekukuhan jalan
LDP tue. Ngehngehngeh...
Tiba di belakang
SM Kelana Jaya, call
ND balik then
E1 yang kutip aku yang dah kepasrahan tetapi
teruja abis.
Teruja sebab first time nak melantit nih! Walaupun jarak dari
'check-point' E1 kutip aku tue dengan
Syed Bistro tue dah tak jauh, tapi
E1 saja jee bawak aku meronda-ronda sambil menunjukkan
skil memandu sambil memasang signal (konon-konon)
nak U turn tapi tak 'U turn-U turn' lagi! Last-last dengan extreme nyer
E1 buat U-turn dekat 4 junction (akupun follow laa..) sambil dihon dengan hebat oleh kereta kat belakang aku. Hampeh betul kereta tue!!
Sampai-sampai, aku ternampak kelibat satu
'entiti' yang sebelum nie
SMS aku katanya tak join malam tue, sekali aku tengok tengah dok syok membaham dengan rakusnya. Ciss... ko
De5!! Patutlah aku nampak
pelangi atas bumbung Syed Bistro tue. Hehehe... Sib baik aku tak mensia-siakan prepaid aku untuk membalas
SMS nakal ko tue. Auuww!!
Sesi lantit semalam aku jumpa
2 orang blogger yang aku tak pernah jumpa sebelum nie iaitu
Kak Mulan (selama nie OP bro kata, orang rumah dia duduk rumah... ahaks!) dan juga
Rudy Kure-kure Sakti bersama temannya
Suraya, opss
Anisss... Hahaha... ada juga teman-teman lain yang datang seperti
adik Basri bro dan
adik Rudy K. Dasat beb,
dating dengan Anis ajak adik escort!!
Anyway
Rudy K, ko ngan
Anis memang nampak sepadan. Dengan
spek ala-ala nerd, korang
nampak sama jee disebalik bingkai tebal 4 segi tue. Walaupun dari segi
isipadu jisim badan korang tak sama, tapi style tue sama. Suka aku tengok
Anis gelak berdekah-dekah siap tutup-tutup mulut, sapa yang buat lawak?! Ntahlaa.. aku pun tak tau.
Aku ke? Sigh!
Beberapa minit lepas tue
Geng Lantit cawangan Serdang pulak datang.
Diman datang berbaju melayu, gayanya macam orang nak meminang. Ko nak pinang sapa
Diman?
Hehehe.. nak provoke nie!
Diman diapit dengan
2 orang dayang GJ bersama
2 bodyguard yang badan masing-masing memang macam mat gym. Cayalaa... Aku ingat, orang yang
pegang jawatan Presiden Geng Lantit cawangan Serdang jee yang boleh dapat keistimewaan seperti tue.
Diman, ko ada bawak pistol tak?
Yang paling sibuk semalam adalah
Ayares. Beraksi dengan kamera baru. Aku ingat
snap aksi-aksi makan bebudak nie memang best, tapi kalau rakam aksi Ayares dengan kameranya lagi best! Hahaha...
Ayares, thanx belanja air. Air epal aku tue aku rasa diorang
blend dengan ranting-ranting pokok epal tue sekali kot, berserdak semacam. Tapi best, aku balun laa.. satu gelas besar tue sampai abiss.
Duduk bertentang mata meja ke meja dengan
Diman, bukanlah suatu perkara yang mudah, aku pun purak-purak sibuk ajar
Salina camner cara nak
handle dan mengambil gambar menggunakan digital kamera dengan baik.
Lang... sori tak sempat aku nak
explore h-set Samsung ko semalam.
Oh btw, jam ko semalam
stripe nyer tue memang daripada
kulit buaya ke? Ahaks.. Ehh, siyes laa aku tanya nie!
Aktiviti perdana semalam selain bersembang sambil menyuapkan makanan dalam mulut adalah bergambar. Aku ingat ada
3 4 kali juga aku tawaf meja panjang tue semata-mata nak pastikan
wajah-wajah semua Geng Lantit semalam diabadikan dalam kamera aku. Julung-julung kali jee nie... Buat kenang-kenangan beb!
Dalam
kul 9.30 aku nak angkat kaki. Nak balik
Melaka, jauh perjalanan lagi nie. Sayangnya
Ep bro sampai masa aku dah betul-betul dah niat nak
masuk gear reverse. Sembang-sembang sekejap pastue terus minta diri.
Tue pun 2 3 kali pusing-pusing, tak balik-balik lagi. Hahaha... Okey laa... aku balik laa... aku balik laa...
Thanx to member-member yang ramah menerima kehadiran aku. Ikut kedudukan meja:
Basrie : E1 : Awin : De5lin : Adik Rudy : Ayares : Op : Kak Mulan : Lang : Salina : Anis : Rudy K : Atoi : Adik Basrie : WkDin : Neslo : Ep : Diman :Sayang Mama : kawan Basrie E1 : 2 orang anak Ep.
Gambar-gambar sekitar sesi lantit semalam,
DI SINI.
Tak apdet lagi. Dah apdet!!
.:Nota Tangan:. - Sampai rumah kul 12.30 mlm, ingatkan masing-maisng dah balik, rupanya sambung melantit round 2 kat Shah Alam! Amboi korang... ZZzZZzZZzzz...