Powered By Blogger

21 February 2005

Pendinding

Baru-baru nie, pemandu ambulan di tempat kerja mak aku telah kembali ke Rahmatullah (Al-fatihah untuk arwah). Kalau diikutkan penjelasan saintifiknya, Tuan Dr. kata beliau mengalami serangan kanser yang teruk dan telah merebak dari hati, paru-paru dan juga usus perut. Arwahnya tak pernah tahu dia mempunyai kanser. Sebulan dua yang lepas dia mengadu tak sedap badan, buat pemeriksaan di klinik, baru tau kanser tue dah berumah dalam badannya. Tak lama... Tak lama, pagi Sabtu lepas Allah dah ambil semula haknya. Syukur Tuhan tak panjangkan derita arwah.

Khabarnya, orang yang datang berziarah macam ada walimatul-urus orang besar-besar. Arwahnya memang baik dengan semua orang dan tak lekang dengan senyuman. Kalau tak silap aku, masa si Oja kawin dulu, dia pun sama senseng lengan pagi bawak ke petang. Masa urusan pertunangan aku dulupun, bakal bapak mertua aku lagi kenal dia dari bakal besan sendiri. Sebab arwahnya pun orang kuat UMNO kawasan, ramai kenalan dan ramai kontek. Kebetulannya dia pun kawan baik ayah aku, sebab tue urusan-urusan keluarga kami tak lokek dia nak hulur tangan. Baiknya arwah...

Urusan pengebumian dan selesai. Tapi ribut di kawasan kuarters klinik tempat kerja mak aku tak reda lagi. Sana sini orang dok kata kematian arwah tue ada kena mengena dengan beberapa kejadian ganjil yang berlaku di klinik tue sejak akhir-akhir ini. Na'uzubillah... bukan aku kata arwah punya kerja, tapi dia kononnya mangsa kepada kuasa jahat yang membelenggu kawasan klinik tue. Macam-macam orang jumpa, jumpa benang kuning laa, jumpa kemenyan merentang pintu klinik laa jumpa kain putih melayang-layang di sekeliling klinik dan macam-macam lagi. Tapi dalangnya tak siapa yang tahu...

*Ishh.. meremang bulu tengkuk aku nie weihh!!

Sekarang nie, sumer orang dah takut. Sana-sini semua sibuk mencari tangkal dan pendinding. Kononnya dan tak tahan! Kalau kena 'sakat' dah biasa, tapi bila dan jadi mudarat sampai membahayakan nyawa, mereka dah takde pilihan. Selain dari berdoa dan tawakalallah, sesuatu ikhtiar perlu dibuat. Mak aku pun tak ketinggalan. Akupun pelik jugak, zaman sekarang nie pun ada orang percaya lagi pada pendinding. Tapi mak aku cakap, ustaz yang dia jumpa tue buat pendinding dari Yassin jee. Takpelah asalkan tak terpesong sudah. Aku pun nasihatkan mak aku, kalau lepas sembahyang tue jangan lupa doa. Mintak perlindungan, mohon keselamatan diri dan keluarga. Yang pentingnya kita sentiasa yakin dan bersaksi bahawasanya Allah tue maha berkuasa dari segalanya. Asalkan dia hendak pergi kerja. Kalau tak parah plak karang jadinya.
----------
Tadi semasa menonton tv, mak aku bercerita. Siang tadi, anak arwah yang no.2 (umur dalam 17 tahun, perempuan), datang ke klinik bawak satu bungkusan lalu diserahkan pada seorang lagi driver (klinik tue ada 3 orang driver). Mak aku nampak lalu bertanya
"Apa bendanya tue Haji",
"Uniform arwah, anaknya baru ambil di kedai. Mak dia sedekahkan",
balas Haji driver.
Mak aku buka bungkusan tue... Ada 3 helai uniform (driver) yang berwarna coklat muda, arwahnya dah tempah tapi tak sempat pakai.

Sesekali aku jeling mak aku, masih nampak ada riak-riak bening di kelopak matanya. Aku berdehem, mak aku seka air mata...

.:Nota Tangan:. - Sesungguhnya Allah yang lebih berkuasa dari sekelian makhluk. Al-fatihah untuk arwah dan takziah untuk keluarga beliau.

0 comments: