Powered By Blogger

03 February 2005

Cerita MC 2 Hari

2 hari terbelakangan ini aku telah diserang demam yang teruk! Mata aku pedih tekak aku perit, kepala rasa seperti terhuyung-hayang, badan rasa panas macam nak meletup.

Hari pertama aku masih mampu bertahan untuk ke tempat kerja, sebabnya aku dah sampai ke tempat kerja baru terasa peritnya! Sebetulnya sejak siangnya aku dah rasa semacam tatkala aku menyentuh air paip, aku rasa sejuk yang teramat sangat. Rasa seperti mencucuk-cucuk sehingga ke tulang hitam. Sudahnya aku gosok gigi dan mandi ala-ala P Ramlee jerk. Yang lebih banyak menyiram tubuh aku adalah dari wudhuk yang aku ambil untuk bersolat. Tapi saja aku tak layankan perasaan tue. Akhirnya usaha aku untuk menggagahkan diri ke pejabat sia-sia kerana sudahnya aku tak mampu membuat apa-apa. 'Melepek' jee yang lebih. Kawan aku bawakan aku ke klinik panel, Tuan Dr. cakap mungkin aku terkena jangkitan virus menyebabkan aku demam dan selebihnya mungkin aku terlalu banyak bekerja sampai tak cukup rehat. Hurmm... betul ke?

Setelah mendapat beberapa paket ubat dan injection separas pu*****g dari Tuan Dr., aku memutuskan untuk pulang sahaja ke pejabat tanpa meminta MC kerana tak berbaloi pun kalau aku ambil MC. Sebabnya kalau aku dapat MC pun bukannya larat aku nak drive pulang ke rumah. Paling tinggi aku tidur bawah meja di pejabat! Seharian aku cuma membuat kerja yang ringan-ringan jee sambil jenuh menjawab pertanyaan member kenapa muka aku cam cekodok benyek!

Siang semalam adalah kemuncak penderitaan aku! Aku bangun pagi dalam keadaan berpaut pada apa-apa sahaja yang anda untuk ke bilik air. Aku dah tak larat sangat dah. Aku telan beberapa jenis ubatan seperti yang Tuan Dr. berikan kemudian aku sambung tidur. Dalam kul 10 baru aku ke klinik untuk mengambil MC. Setibanya di klinik Abang MA tak banyak tanya biler aku katakan aku dah ke klinik panel sehari sebelumnya sambil menyatakan Tuan Dr. kata sekian dan sekian sakitnya. Dia suruh aku senseng lengan dan senseng kaki seluar, nak tengok kot-kot ada red spot. Takut aku nie kena denggi kot. Dapat MC 2 hari dan terus pulang ke rumah.

Di rumah tak banyak yang boleh aku buat biler dalam keadaan begitu. Dalam waktu tengahari tue sempat menyapa De5 di YM dan selebihnya aku sambung tidur melayan kerenah kepala yang semakin memberat. Aku tidur tak berapa lena dan aku terjaga hampir setiap satu jam. Sampailah aku menerima SMS dari Najah yang katanya dia nak datang melawat aku di rumah. Berbunga juga hati bila diberi perhatian begitu. Kepala yang bengal tadi rasa kurang pulak. "Ehh.. Najah nie cam 'anti-biotik' plak yee" getus hati aku. Hehehe...

Dalam pukul 6.00pm Najah sampai rumah aku tapi aku tak berani jemput masuk sebab takde orang di rumah. Najah berikan aku sebotol besar Orange Peel Fresh yang memang kesukaan aku dan dia. Sambil melayan sembang dia bertanyakan tentang kucing-kucing aku (dah jadi aktiviti rasmi dia bila datang ke rumah aku mesti nak menjenguk kucing-kucing aku). Aku ambilkan 5 ekor anak-anak kucing aku yang comel-comel tue dan aku serahkan pada dia. Leka bermain dengan kucing, sudahnya kami duduk bersempuh atas tanah.

"Awak... rasa tenang jee macam nie kan?" Tanya aku
"Ha'ah... kalau selalu macam nie kan best, duduk-duduk sambil melayan kerenah kucing-kucing yang 'tomey-tomey' (comel-comel) nie!", bagi kami dihadiahi bunga ros sambil menikmati makan malam di hotel 5 bintang tak seromantis duduk bersila di atas tanah sambil memerhatikan gelagat anak-anak kucing yang comel-comel tue!. Hahaha...

Btw, berbalik pada cerita demam aku tadi, aku masuk kerja balik hari ini dan seperti yang aku jangka, bos aku serang aku semacam jerk! Dia kata "hari Sabtu (ada Forum Weblog kat rumah PENA dan BBQ GMI) dah cuti, nie semalam MC plak, bila nyer nak buat keje?!", aku buat pekak jerk sebab aku dah boleh baca dah standard hati busuk dia tue. "Puan, kalau saya nie tak fikir kerja, takdelah saya datang kerja hari nie...", aku serahkan kertas MC aku yang bertulis 2 hari cuti iaitu semalam dan hari ini. Iyee... sepatutnya hari ini adalah hari MC aku!

.:Nota Tangan:. - Aku selalu sangat ditimpa penyakit kebelakangan nie, orang kata sindrom orang nak kawin macam tue laa.. Hehehe... tak larat aku!

0 comments: