Powered By Blogger

28 February 2005

Malumu Maluku Jua!

*PERHATIAN
Kepada pecinta hidupan liar dan bakal-bakal doktor veterinar seperti DoBot, anda tidak digalakkan membaca kisah ini kerana dikhuatiri akan menggangu kenteteraman dan menyinggung sensitiviti sesetengah pihak.
-----------

Kisah ini berlaku beberapa hari yang lepas di suatu petang ketika sedang meronda-ronda bersama Najah melewati barisan kedai bercat merah. Menyusuri kedai-kedai barangan antik, kedai penggurup wang dan kopitiam sambil sesekali disapa angin bertiup sepoi-sepoi bahasa yang mencipta suasana tenang dan nyaman.

Tiba-tiba suara ala-ala lemak manis dari Najah memecah keheningan yang sedia tercipta. Bunyinya kedengaran agak pelik dengan intonasi suara yang seperti terperanjat,

"Eiieee... kedai nie jual harimau awak! Kesian kat harimau tue, tergamak dia nak jual harimau kat sini. Boleh ke diorang buat camtue?", macam mesingan kata-kata Najah sambil jarinya yang runcing menunjukkan ke arah satu deretan kedai yang lain.

Dengan pantas aku berpaling, dari jejak mula aku melewati kedai demi kedai yang dah agak berbalam kami tinggalkan. Melilau mencari kedai manakah yang dimaksudkan menjual harimau tadi oleh Najah.

Jauh di sudut hati sedikit terdetik, jika benarlah kata-kata Najah, seperti sesuatu perlu dilakukan. Takkan sewenang-wenang peniaga tue menjual binatang yang telah diwartakan sebagai haiwan yang dilindungi di bawah akta hidupan liar di lorong-lorong kedai seperti ini? Kalaupun benar, pasti ianya suatu urusniaga yang tidak sah, apatah lagi berniaga di tempat awam seperti ini

Mata aku tertancap pada kedai yang dimaksudkan. Aku ternampak di suatu sudut yang agak terpencil, tertulis perkataan,

'TIGER - ONE FOR RM7.50'

Aku dongakkan kepala mencari papan tanda kedai itu sebagai suatu tindakan refleks dari aku. Aku membaca perlahan satu persatu perkataan yang sudah agak samar dan uzur,

'AH LOCK KAFE'

Di kiri dan kanan papan tanda itu terpampang besar logo sebuah syarikat minuman keras.

Aku mengerut dahi. Saraf serebrum dan sereblum otak aku pantas cuba mentafsir imej-imej kelam yang diserap oleh 2 biji mata aku. Seketika kemudian,

"Ohhh... itu TIGER minuman keraslah awak... bukannya TIGER harimau tue. Kalau yee pun takkanlah diorang jual RM7.50 jee seekor!", aku menghurai kesusutan yang timbul.

"Laaa ye ker?... manaler saya tau, kot-kot ler dia jual baby harimau ke harga camtue!", Najah membuat helah bela diri sambil mulut mengherot-herot menahan senyum tanda tembelang dah pecah. Benang dah tak berdiri tegak seperti yang diharapkan walaupun dah lencun dengan air ludah!

Adengan manakah yang memalukan aku? Hakikatnya aku takdelah malu, tapi sebab Najah malu... aku sebagai pakwenye yang macam best, turutler merasa tempias malunya tue!

Malumu... maluku jua! Ekekeke...

Moral of the story: Itulah padahnya kalau asyik bersembang setiap kali wayang bermula. Kita akan selalu missed part tayangan iklan-iklan minuman keras di layar putih. Sudahnya TIGER minuman keras disangka TIGER harimau yang kat zoo tue. Nasib baik dia tak terpikir yang TIGER tue adalah Tok Rimau!

.:Nota Tangan: - Artikel nie aku calonkan untuk Lumba Catatan Bulan Februari di Forum GJ.

0 comments: