Powered By Blogger

26 February 2005

15 Minit Aku...

*Semalam aku dapat e-mail daripada wartwan Malaysiakini.Com. Aku rasa, selain daripada aku, mungkin ada di kalangan teman-teman lain yang dapat e-mail yang sama kerana ianya merupakan satu tinjuan rambang penulis mengenai liputan yang beliau sedang usahakan. Isi kandungan e-mailnya adalah seperti berikut:

Hi,
Saya Nurul, wartawan daripada Malaysiakini. Saya ingin membuat liputan mengenai dunia blog, perkembangan pembaca blog dan kesan-kesan terhadap masyarakat kita.

Saya harap boleh mengguna informasi yang diberikan dalam cerita saya berdasarkan pengalaman anda sendiri.

Soalan saya:
1. Apakah yang membuat anda ingin tulis blog?
2. Bila anda mula?
3. Apakah jenis-jenis komen yang anda terima daripada pembaca?
4. Ada terima ugutan bahaya atau pun komen memalukan daripada pembaca?
5. Jika ada, sila terangkan sedikit mengenainya? Pernah buat laporan polis?

Atau jika perlu, sila kasi no. handphone untuk saya hubungi.
Terima kasih.

Nurul Nazirin
Journalist
Tel: 603-2283 5567 ext 120
Fax: 603-2289 2579
48, Jalan Kemuja, Bangsar Utama,
59000, Kuala Lumpur
http://www.malaysiakini.com

*Jawapan aku
1. Apakah yang membuat anda ingin tulis blog?
Saya suka menganggap, menulis blog adalah merupakan suatu pendekatan baru ataupun alternatif kepada penulisan diari. Saya minat untuk bercerita dan membuat catatan mengenai perasaan dan apa yang saya alami dalam kehidupan seharian saya tetapi saya malas untuk menulisnya di atas kertas. Jadi dengan adanya blog, saya boleh menaip catatan harian saya dan ianya boleh disimpan secara maya di atas talian.

Saya ingin berkongsi pandangan dan catatan kehidupan saya supaya orang lain boleh membaca dan memberi nasihat mahupun pendapat peribadi masing-masing secara 'online'. Saya melihat juga bahawasanya catatan kita boleh dibaca oleh 'surfers' di seluruh dunia melalui pendekatan seumpama ini. Walaupun mungkin catatan saya dalam Bahasa Melayu, lalu menjadikan golongan pembacanya agak terhad, namun memadai sekiranya ada sahabat handai/kenalan mahupun sesiapa sahaja yang fasih berbahasa melayu di seluruh dunia yang ingin membacanya dan turut berkongsi pengalaman dengan saya.

Namun sekiranya anda serius menceburkan diri dalam dunia blog, anda akan dapati bahawa 'berblog' itu bukan sahaja mencatatkan sesuatu sebagai 'posting' harian kita secara 'online' bahkan melangkaui lebih daripada itu. Ianya adalah suatu perkongsian rasa dan idea, luahan kreativiti tidak terbatas, pertukaran maklumat-maklumat yang berguna, sesi kaunseling 'online' percambahan kasih sayang, keagamaan, tauladan, kepimpinan dan lain-lain lagi.

2. Bila anda mula?
Sebenarnya saya agak 'muda' dalam dunia blog ini. Saya mula membaca blog pada tahun 2001 tetapi blog pertama yang saya buat adalah pada awal tahun 2003. Namun disebabkan kurang serius dan 'hilang angin' secara tiba-tiba saya telah berhenti berblog. Pun juga, pada ketika itu istilah BLOG masih lagi begitu asing pada ramai orang dan saya merasakan seperti saya berblog secara berseorangan kerana pada masa itu saya belum terjumpa Jurnal.Biz, iaitu sebuah komuniti blog terbesar di Malaysia.

Setelah berjumpa dengan Jurnal.Biz barulah saya bergerak semula secara aktif dan saya berblog secara serius sejak Oktober 2004. Dan apabila saya katakan serius, ianya adalah benar-benar serius sehinggakan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Jurnal.Biz juga saya ikuti dan melibatkan diri saya dalam forum yang disediakan di portal Jurnal.Biz. Saya sungguh gembira kerana teman-teman blog semakin bertambah dari hari ke sehari dan jaringan rangkaian bekerja saya (memandangkan saya bekerja di bidang IT) juga bertambah luas.

3. Apakah jenis-jenis komen yang anda terima daripada pembaca?
Kebanyakkan komen yang saya terima terima adalah merupakan nasihat dan pandangan peribadi mengenai topik-topik yang saya 'post' pada hari-hari berkenaan.

Ada juga daripada komen yang saya terima yang bercerita pengalaman mereka pula mengenai topik yang saya utarakan. Cotohnya apabila saya bercerita mengenai pengalaman saya ditipu pemandu teksi, mereka juga menceritakan pengalaman mereka yang sama kepada saya.

4. Ada terima ugutan bahaya atau pun komen memalukan daripada pembaca?
Alhamdulillah.. setakat lagi weblog saya belum lagi menerima ugutan bahaya ataupun komen memalukan daripada pembaca.

Namun tak dinafikan, ada di kalangan teman-teman blog saya yang pernah mengalami pengalaman berkenaan. Walaubagaimanapun kami tidak pernah 'ambil pusing' dengan tekanan seumpama itu kerana kami tahu, di internet masing-masing boleh mengambil peluang untuk membuat perkara-perkara yang diluar batas sivik mereka sendiri dan dengan mengabaikan sahaja ugutan dan cemuhan berkenaan adalah perkara yang terbaik. Ada juga di kalangan pembaca yang menggunakan 'nick' yang kami kenali (selalunya di kalangan teman-teman blog juga) untuk melaga-lagakan kami. Namun kami tahu membezakan mana teman dan mana lawan.

5. Jika ada, sila terangkan sedikit mengenainya? Pernah buat laporan polis?
Tiada. Kalaupun ada, rasanya tidak sampai membuat laporan polis. Kerana bagi saya sekiranya kita sendiri tidak membuat tuduhan liar dan cemuhan tidak berasas dalam penulisan kami, ugutan dan cemuhan tidak akan sampai seserius itu.

.:Nota Tangan:. - Rasanya untuk soalan sesikit dan seumum itu, mungkin '15 minit' aku tue belum sampai.. ekekeke..

0 comments: