Powered By Blogger

28 February 2005

The Passenger

Akulah 'The Passenger'. Ekekeke...
*Sila rujuk siri pupular ALiaS untuk maklumat lanjut. Kalau peminat setia ALiaS musti tau nih!

Kelmarin semasa aku bagitau Najah yang aku akan pergi berjumpa dia dengan menaiki bas...
"Hikhikhik...", dia gelak sukahati (macam aku buat lawak plak), tak percaya laa tue!

Dia tak tau (sebenarnya dia tau...), sebelum aku mula bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain menaiki kereta dan motor, bas adalah medium pengangkutan utama aku. Ke mana-mana sahaja, berpeleseran ke pusat bandar, berpoya-poya menonton wayang/bowling, pulang ke asrama/kolej, interview kerja... bahkan 5 tahun terawal aku beraya ke rumah Najah dulu pun menaiki bas.

Betapalah bas tue memainkan peranan yang penting dalam kehidupan aku. Susah tak susah...

Nie cerita bas kat kampung aku laa... kalau kat bandar nun senang nak dapat bas. Kat kampung aku nie waktu tiba basnya sejam sekali. Kalau hari Ahad dan cuti umum, 2 jam sekali. Biasanya bas akan lalu depan rumah aku macam 8.30-9.30-10.30 dan seterusnya. Tak tentu lebih tak tentu kurang! Hehehe...

Katalah sepatutnya bas tiba 10.30am (misalannya), kalau kita tunggu 10.25 am tepat pun belum tentu bas tiba 5 minit kemudiannya. Kalau nasib tak baik, 10.55 am baru bas tiba. Dan kalau kita tunggu tepat 10.30 am pun, mungkin bas baru sahaja berlalu seminit sebelumnya! Bukannya tak pernah, bas tue lalu depan mata aku masa aku nak berjalan ke tempat menunggu bas. Terpaksa laa tunggu lagi sejam. Kesimpulannya, nak tunggu bas di kampung aku nie, bergantung kepada nasib. So kalau korang termasuk dalam kategori 'lebai malang', baik toksah naik bas.

Oh lagi satu... tempat menunggu bas kat depan rumah aku nie takde bus stop. So posisi yang paling bagus untuk menunggu bas adalah secara berdiri ala-ala model ataupun mencangkung ala-ala... cam nak beristinjak dengan batu-bata. Posisi yang paling disyorkan untuk mengekalkan postur tulang adalah secara berbaring... Pelindung daripada terik matahari adalah pohon ciku dan rambutan. Kalau nasib baik musim buah, bolehlah petik barang seulas dua buat mengonyel-onyel menghilangkan boring. Kalau boring jugak lagi, boleh kuis-kuis tanah dan pasir yang memang sengaja disediakan di situ. Ahaks!

Tambangnya dari rumah aku nak ke pekan berdekatan adalah RM1.20. Semalam masa aku naik bas, aku tanya abang driver bas tue. OooOOoo... baru aku tauu... Huhuhu...
----------

Tahniah kepada sahabat kami Azlina Aziz (26 Februari 2005) dan Aslina Siman (27 Februari 2005) yang telah melangsungkan perkahwinan bersama pilihan hati masing-masing. Waaahh.. masing-masing melaram betul yee dengan warna tema purple dan biru-biruan!

Congratulation again from us! ~ Gambar nanti aku upload.

.:Nota Tangan:. - Aku naik bas sebab aku kena naik bas!

0 comments: