Powered By Blogger

08 February 2005

Tidur, Takziah & Sitcom Marathon

Aku tidur awal malam semalam. Ketika jarum pendek jam di tengah-tengah antara angka 9 dan 10, aku agak yakin masa tue aku sudah mengulitkan diri di atas katil. Awal kan? Aku dah tak tau apa yang nak dibuat. Nak menonton tv pun, takde rancangan yang menarik perhatian aku.

Lantaran tidur yang awal semalam, jam 2.30 am, aku dah terjaga dalam keadaan segar bugar. Seolah-olah tidak memerlukan tidur lagi. Aku telek hset aku, terima SMS daripada Ayares memaklumkan permergian ayahanda tersayang kembali ke Rahmatullah. "DaripadaNya kita datang dan daripadaNya kita kembali...", kaget sebentar. Seingat aku petang semalam aku sempat berYM ngan Ayares. Ada aku tanyakan perihal keuzuran ayahnya. Sekarang nie, arwah telah tiada... Aku rasa hening. Begitu kita tidak boleh menjangka saat dan detik bila kita akan 'dijemput'. Kita pun takkan tahu bila ibu bapa, adik beradik, saudara mara mahupun handai taulan kita akan pergi meninggalkan kita. Sudahkah kita tunaikan amanat, janji, tanggungjawab dan hutang piutang kita terhadap mereka?

Menunaikan amanat Ayares, aku SMS berapa sahabat GeJu yang ada nombornya dalam hset aku memaklumkan berita sedih ini. Salam takziah untuk Ayares dan keluarga.

Aku bangkit mencuci muka dan menekan remote control televisyen. Hurm.. That's 70s Show nampak menarik untuk ditonton pagi-pagi buta nie. Aku lunjurkan kaki sambil menonton. selesai 30 minit, Grounded for Life pulak.. Huh, layan laa... Kemudian Everybody's Love Raymond... Becker. Waa.. nie sudah tahap marathon nie. Best jugak pagi-pagi buta nie layan sitcom marathon. Sayangnya awal siang nanti aku perlu bekerja. Dalam ertikata lain, sejurus selepas aku menyiapkan entri nie aku harus masuk tidur semula.

Kepada Fariz a.k.a Salji, aku harap masih belum terlewat untuk aku ucapkan tahniah di atas pernikahan anda bersama pasangan pilihan kalbu sehidup semati, Aida. Semoga kalian berbahagia ke akhir hayat. Dengar cerita, resepsinya telah berlangsung dengan gilang gemilang. Tahniah sekali lagi.

Buat teman-teman aku yang beragama Buddha, Gong Xi Fatt Choy!! Semoga tahun ayam jantan nie memberikan kemakmuran dan kekayaan kepada kalian. Hahaha... mereka nie memang suka jadi kaya.

.:Nota Tangan:. - Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwahnya, semoga roh beliau ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. AL-FATIHAH...

0 comments: