Powered By Blogger

06 March 2005

La Kenangan D'Lantit

Setelah sekian lama memendam hasrat untuk menyertai sesi lantit-melantit yang selama ini dimonopoli oleh Geng Mak Itam, Geng Kelawo dan juga Geng Lantit sendiri (sudah tentunya), detik 8.30 malam, 5 Mac 2005 menjadi saksi bahawasanya rakan-rakan GJ daripada selatan tanahair juga tidak mahu ketinggalan untuk turut merasai kemeriahan yang dikecapi oleh ahli-ahli lantit seantero GJ.

Kekebalan parti komponen GJ (seperti yang disebutkan tadi) selama ini telah dipecahkan dengan kemasukan 2 ahli baru iaitu aku dan Ayares. Huahuahua... bestnyer, kembang hidung aku! Diameter lubang hidung semakin membesar dan gigi emas aku hampir kelihatan (disebabkan terlebih menyeringai) apabila dimaklumkan oleh Presiden GMI (Basrie bro) penyertaan sesi lantit semalam adalah merupakan yang terbesar iaitu lebih kurang 20 orang!

Jumlah meja yang disambung-sambungkan adalah nak dekat 6 ke 7 meja, panjang macam mesyuarat pasca-kabinet UMNO sehinggakan mamak kat kedai tue dah tak kasi tambah meja lagi! Hehehe...

Pun begitu, mahar yang perlu dibayar bagi orang jauh macam aku nie untuk menyertai sesi melantit nie bukannya sedikit. Seteleh bergegas dari Midvalley sekitar jam 7.30, kami menempuh jem yang panjang dari Angkasapuri sampailah ke Kelana Jaya. Time tue h-set aku selang 10 minit berbunyi, bebudak nie hantar SMS, pergi ke tak melantit?! Aiyoo... macam YB plak rasanya aku!

Sampai di KJ, satu lagi masalah timbul sebab aku sendiri tak tahu kat mana Syed Bistro nie sebenarnya. Nasib baik E1 (antropose) dan ND ada, setelah menghabis credit prepaid aku sekitar RM1.50 dan setelah 2 kali berpusing-pusing --> Damansara --> Puchong --> Damansara balik, baru jumpa jalan keluar. Well... biasa laa aku nie kalau tak pusing-pusing tak sah. Saja nak test kekukuhan jalan LDP tue. Ngehngehngeh...

Tiba di belakang SM Kelana Jaya, call ND balik then E1 yang kutip aku yang dah kepasrahan tetapi teruja abis. Teruja sebab first time nak melantit nih! Walaupun jarak dari 'check-point' E1 kutip aku tue dengan Syed Bistro tue dah tak jauh, tapi E1 saja jee bawak aku meronda-ronda sambil menunjukkan skil memandu sambil memasang signal (konon-konon) nak U turn tapi tak 'U turn-U turn' lagi! Last-last dengan extreme nyer E1 buat U-turn dekat 4 junction (akupun follow laa..) sambil dihon dengan hebat oleh kereta kat belakang aku. Hampeh betul kereta tue!!

Sampai-sampai, aku ternampak kelibat satu 'entiti' yang sebelum nie SMS aku katanya tak join malam tue, sekali aku tengok tengah dok syok membaham dengan rakusnya. Ciss... ko De5!! Patutlah aku nampak pelangi atas bumbung Syed Bistro tue. Hehehe... Sib baik aku tak mensia-siakan prepaid aku untuk membalas SMS nakal ko tue. Auuww!!

Sesi lantit semalam aku jumpa 2 orang blogger yang aku tak pernah jumpa sebelum nie iaitu Kak Mulan (selama nie OP bro kata, orang rumah dia duduk rumah... ahaks!) dan juga Rudy Kure-kure Sakti bersama temannya Suraya, opss Anisss... Hahaha... ada juga teman-teman lain yang datang seperti adik Basri bro dan adik Rudy K. Dasat beb, dating dengan Anis ajak adik escort!!

Anyway Rudy K, ko ngan Anis memang nampak sepadan. Dengan spek ala-ala nerd, korang nampak sama jee disebalik bingkai tebal 4 segi tue. Walaupun dari segi isipadu jisim badan korang tak sama, tapi style tue sama. Suka aku tengok Anis gelak berdekah-dekah siap tutup-tutup mulut, sapa yang buat lawak?! Ntahlaa.. aku pun tak tau. Aku ke? Sigh!

Beberapa minit lepas tue Geng Lantit cawangan Serdang pulak datang. Diman datang berbaju melayu, gayanya macam orang nak meminang. Ko nak pinang sapa Diman? Hehehe.. nak provoke nie! Diman diapit dengan 2 orang dayang GJ bersama 2 bodyguard yang badan masing-masing memang macam mat gym. Cayalaa... Aku ingat, orang yang pegang jawatan Presiden Geng Lantit cawangan Serdang jee yang boleh dapat keistimewaan seperti tue. Diman, ko ada bawak pistol tak?

Yang paling sibuk semalam adalah Ayares. Beraksi dengan kamera baru. Aku ingat snap aksi-aksi makan bebudak nie memang best, tapi kalau rakam aksi Ayares dengan kameranya lagi best! Hahaha... Ayares, thanx belanja air. Air epal aku tue aku rasa diorang blend dengan ranting-ranting pokok epal tue sekali kot, berserdak semacam. Tapi best, aku balun laa.. satu gelas besar tue sampai abiss.

Duduk bertentang mata meja ke meja dengan Diman, bukanlah suatu perkara yang mudah, aku pun purak-purak sibuk ajar Salina camner cara nak handle dan mengambil gambar menggunakan digital kamera dengan baik. Lang... sori tak sempat aku nak explore h-set Samsung ko semalam. Oh btw, jam ko semalam stripe nyer tue memang daripada kulit buaya ke? Ahaks.. Ehh, siyes laa aku tanya nie!

Aktiviti perdana semalam selain bersembang sambil menyuapkan makanan dalam mulut adalah bergambar. Aku ingat ada 3 4 kali juga aku tawaf meja panjang tue semata-mata nak pastikan wajah-wajah semua Geng Lantit semalam diabadikan dalam kamera aku. Julung-julung kali jee nie... Buat kenang-kenangan beb!

Dalam kul 9.30 aku nak angkat kaki. Nak balik Melaka, jauh perjalanan lagi nie. Sayangnya Ep bro sampai masa aku dah betul-betul dah niat nak masuk gear reverse. Sembang-sembang sekejap pastue terus minta diri. Tue pun 2 3 kali pusing-pusing, tak balik-balik lagi. Hahaha... Okey laa... aku balik laa... aku balik laa...

Thanx to member-member yang ramah menerima kehadiran aku. Ikut kedudukan meja: Basrie : E1 : Awin : De5lin : Adik Rudy : Ayares : Op : Kak Mulan : Lang : Salina : Anis : Rudy K : Atoi : Adik Basrie : WkDin : Neslo : Ep : Diman :Sayang Mama : kawan Basrie E1 : 2 orang anak Ep.

Gambar-gambar sekitar sesi lantit semalam, DI SINI. Tak apdet lagi. Dah apdet!!

.:Nota Tangan:. - Sampai rumah kul 12.30 mlm, ingatkan masing-maisng dah balik, rupanya sambung melantit round 2 kat Shah Alam! Amboi korang... ZZzZZzZZzzz...

0 comments: