Powered By Blogger

19 February 2005

Constantine

Memilih untuk menonton Constantine secara spontan tatkala tidak terlintas di fikiran filem apa yang sedang ditayangkan di pawagam sekarang. Telefon 'booking reservation' seraya menanyakan filem apa yang ditayangkan sekitar jam 2. Di hujung talian, menyebutkan filem Constantine ini pada jam 2.45pm di samping GK3 dan filem kantonis, Himalaya.. apa ntah aku pun dah lupa Himalaya Singh. Keinginan lebih kuat untuk menonton lakonan hebat Keanu Reeves daripada buah tangan Dato' Yusof yang pastinya akan keluar di kaca televisyen menjelang Syawal nanti. Bagi yang mempunyai saluran Astro di rumah, peluang untuk menonton filem ini lagi awal, mungkin akan menjadi kenyataan.

Dengan tak tahu malunya aku mengakui aku terpaksa membuat beberapa rujukan ringkas di internet termasuk ulasan daripada Saudara Nazmi. Kalau tidak harus aku pun tak paham jalan ceritanya. Setelah membaca rebiunya, fahamlah aku sedikit-sedikit tapi ulasan Saudara Nazmi yang mengatakan Constantine itu adalah merupakan salah satu kandungan bahan toksid yang ada dalam sebatang rokok, menyebabkan aku berkata
"OOOooooOOO... erk.. huh? Iye ke?", aku jadi lagi tak faham.

Tetapi menyedari aku tak perlu paham jalan cerita sesuatu filem itu untuk membuat ulasan peribadi, aku nak jugak share review filem nie kat sini. Kerana bagi aku, pemahaman yang malar hijau daripada audience adalah lebih bagus untuk melihat sejauh mana kehebatan pengarahnya untuk menyampaikan mesej melalui karya-karya mereka.

Secara keseluruhannya, filem arahan Francis Lawrence ini yang dikategorikan 18PA ini tidaklah terlalu membosankan. Adunan CGI yang dipaparkan tampak cukup hebat dan berkesan. Lakonan meyakinkan dan aksi heroic Keanu Reeves sambil dibantu oleh Angela Odson (lakonan Rachel Heisz yang telah kehilangan adik kembarnya, membunuh diri) melengkapkan lagi jalan ceritanya yang mengheret aku untuk menonton filem ini sampai penamatnya. Maaf, aku tak dapat nak mengklasifikasikan genre filem ini, nak kata filem seram, bukan cerita seram, nak kata filem aksi pun agak kurang sesuai. Mungkin dengan menyebutnya sebagai filem aksi, saspen seram pada ketika ini kedengaran agak 'secukup rasa'.

Filem ini sebenarnya agak sarat dengan pahaman Khatolik. Tak mustahil kalau aku dan beberapa lagi teman-teman lain tak paham menontonnya kerana aku tak pernah khatam membaca kitab Injil bahkan tak pernah menyentuhnya pun. Yang kedengaran agak familiar ialah Nabi Isa, neraka dan syurga tetapi awas, tiada satupun gambaran yang ditunjukkan dalam filem ini menyamai pemahaman kita mengenai Nabi Isa, syurga, neraka dan yang lainnya. Tiada yang setara. Namun aku tak gusar, akan ada aqidah dikalangan 'kita-kita jerr..' yang terpesong apabila menonton filem ini. Cuma elakkanlah menonton filem ini bersama anak-anak di rumah, kalau tak korang akan menyesal sebab korang akan letih menjawab pertanyaan mereka kenapa itu dan kenapa ini sedangkan mungkin andapun sendiri tak mengetahuinya jawapannya!

Melihat dari sudut positif, filem ini secara tidak langsung adalah merupakan sebuah iklan komersial 'Anti-Merokok' yang paling panjang pernah aku tonton dalam sejarah hidup aku! Setelah batang hidung kita dilemparkan dengan puntung rokok di permulaan cerita ini, adengan seterusnya adalah adengan menghisap berbatang-batang rokok oleh John Constantine yang akhirnya hampir membunuh dirinya sendiri. Terima kasih kepada Lucifer yang telah bermurah hati mengeluarkan tar, nikotin dan sisa-sisa toksid lainnya dalam tubuh Keanu semata-mata kerana tak rela melihatnya mati sebagai penghuni syurga (kononnya lah..). So beliau telah menyelamatkan nyawa Keanu supaya tak boleh mati dan masuk syurga! Huahuahua... Tambah menarik lagi, di penghujung cerita, adengan John Constantine mengunyah chewing gum (disponsor oleh Wringleys kot) begitu menunjukkan keinsafan John untuk tidak merokok lagi yang mungkin boleh menyebabkan Tok R dan perokok-perokok tegar yang lainnya insaf sambil tangan menutup mulut menahan ketawa!!
Rating aku-

.:Nota Tangan:. - Pelik tengok orang Hollywood mempersenda tuhan dan agama sendiri.

0 comments: