Powered By Blogger

08 March 2005

Prasangka

*Entri kali ini aku tujukan pada yang 'terasa' jee.. kalo korang tak terasa, usah jiwa kaco...

Aku benci pada kau!
Buat apa kau pandang tempat lain?
Aku cakap dengan kaulah
Habis kau ingat kat sini ada orang lain selain kau?
Kau buat tak tahu pulak
Takkan dah baling batu kau nak sembunyi tangan?!

Mari sini
Pandang muka aku
Kau siapa nak bercakap soal darjat dan kasta dengan aku?
Kau kata kau tak faham apa maksud aku
Kau tak payah cakap
Aku nampak dari biasan mata kau
Ehh.. kau pandang orang lain pulak
Kaulah!
Angkat muka kau kalau berani

Kau nak cakap perihal darjat
Kau tahu ke darjat tu apa?
Kau berdiri sekejap
Aku nak tengok darjat kau dengan darjat aku
Siapa lagi tinggi
Apasal kau duduk lagi?
Yelah.. kaulah siapa lagi!

Cinta
Kau reti ke bercinta
Yang ini cinta kau yang ke berapa
Setelah berapa kali kau main cinta?
Hebat sangat ke cinta kau tu?
Ada tak 10 tahun macam aku
Itu baru cinta pertama
Aku tak suka nak heboh
Sebab cinta tak ke mana
Dah cukup ke bekalan di dada?
Kau terpinga-pinga kenapa?
Tepuk dada tanya selera

Bukan aku nak cakap apa
Kau bagi aku seorang akauntan
Kau bagi aku seorang lawyer
Kau bagi aku seorang engineer
Kau bagilah aku sesiapa
Taulah aku nak uruskan macam mana
Kau nak ukur Ijazah dia dengan Diploma aku ke?
Ambiklah ia cuma sekeping kertas
Aku tak pernah culas
Kerana survival bukan hanya terletak pada Ijazah dan Master
Kau ada apa?
Iyee.. engkaulah ada lagi ke sesiapa?

Kau tak pernah rasa apa yang aku rasa
Kau tak pernah alami apa yang aku harungi
Kau baru selangkah dari berbatu perjalanan aku
Jadi kau jangan cakap apa-apa
Kalau kau tak terduduk
Tersembamlah kau jawabnya
Kalau jiwa kau tak tegar
Kalau sabar kau tak tebal
Kalau fikiran kau tak rasional
Jangan kau mimpi nak dapat yang satu ini
Bangun jangan kau nak tidur!

Ini adalah tuaian aku setelah sekian lama
Jangan kau jenguk bakul tuaian itu
Sudah tentu ianya penuh dengan laba keringatku
Kau perlu belajar lagi
Cinta itu bukan perihal darjat dan harta
Bagilah aku peluang untuk merasa
Lupakanlah perihal 'itu' untuk seketika
Bagilah aku mengecap makna
Tutup mata kau
Iyee.. mata kau!!
(Sebab mata kau penuh PRASANGKA!!)

.:Nota Tangan:. - Sajak pedas aku pada yang terasa...

0 comments: