Powered By Blogger

Happy Birthday Umi!

Upacara bergambar dengan cupcake sempena birthday makbear pada 4 Jan 2013

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Percutian yang tak dirancang di Colmar Tropicale, pada 16-18 Nov 2012

Disneyland Hong Kong

We made it!! Hong Kong Disneyland 17-22 Nov 2011

Hari Raya Aidilfitri 2012

Huda asyik melalak je, so amik gambar pun lebih kurang je! Hehehe

Selamat Hari Lahir Waseem 2012

Sambutan birthday Waseem di Taska Permata. Cake Barney yang begitu menarik perhatian!

08 January 2005

Nampak Tak Nampak

Al-kisah 3 ekor hantu yang sedang melepak di pinggir hutan di sebuah kampung. Muak bercerita mengenai isu sosial dan politik tanahair, masing2 mula mengubah topik perbualan sambil menunjukkan riak2 keangkuhan masing2...

Hantu no. 1: Aku rasa antara 3 bertiga akulah yang paling terror!
Hantu no. 2: Ye ke? (Sambil mengerut dahi... tanda tak percaya.).
Hantu no. 3: Ye ler... anggaplah kitorang percaya. Tak pernah pun kami nampak kehebatan ko tue. Eksyen jee lebih!
Hantu no. 1: Korang tak percaya eh? Ko tengok ehh, aku buktikan...

Berdesuppp!!
Hantu no. 1 terbang macam helang, menghilang di kepekatan malam.
5 minit kemudian hantu no. 1 kembali dalam keadaan mulutnya berlumuran darah.

Hantu no. 1: Ko nampak kampung depan tue? Dalam masa 5 minit, hampir 100 orang aku bunuh. Hahahaha... (kata beliau dengan riaknya!)
Hantu no. 2: Elehh... kalau macam tue, akupun boleh!


Zassss!!
Hilang plak hantu no. 2 terbang ke kampung berhampiran...
2 minit kemudian...

Hantu no. 2: Ko nampak mulut aku yang berlumuran darah nie? Dalam masa 2 minit hampir 200 orang kampung tue jadi korban taring panjang aku nih. Muahahaha...
Hantu no. 3: Cop2!!! Jangan pandang rendah pada aku yee...

Fusssssss!!
Macam angin hantu no.3 terbang nak membuktikan kehebatan beliau pada 2 sahabat hantunya tadi. 10 saat kemudian... Hantu no.3 kembali dalam keadaan gigi, mulut dan hidung yang berlumuran darah.

Hantu no. 1 & 2: Uish.. dasat ahh ko nie... tak sampai seminit dah datang balik...
Hantu no. 3: Ko nampak batu besar depan tue?
Hantu no. 1 & 2: Nampak... nampak. (Jawab mereka secara serentak sambil mengangguk2 kepala...).
Hantu no. 3: Errr... aku tak nampak!!!


Kahkahkah...

Aku terbaca cerita nie dalam sebuah e-mail yang aku baca dah lama dulu. Merasakan cerita nie kelakar, aku ceritakanlah pada beberapa rakan pejabat aku. Malangnya sumer orang blur dan tak paham cerita lawak aku nih. Aku jerk yang tergelak sorang2 macam orang giler. Hampess betul...

Walaupun begitu, nak dijadikan cerita, aku pernah story the morry citer nie pada Najah di suatu malam sebelum tidur 3 4 hari lepas. Najah tergelak tak hengat biler aku cerita kisah hantu bodoh nie. Pada dia, kelakarlah citer nih. Sampai sekarang kalau kami teringat balik, kami mesti tersengeh2 kambing...

Best lar pulak rasanya biler orang tergelak dengar cerita hantu aku nie. So kesimpulannya, kadar kelucuan seseorang tue berbeza bergantung pada mood masing2 dan environment pada ketika itu. Tapi tak kisahlah korang paham ke tak kan? Yang penting aku dan Najah paham. Muahahaha...

.:Nota Tangan:. -Kalo korang paham... tahniah, korang dah mula boleh menerima lawak era baru... Berpikir sebelum bergelak! Ngehngehngeh...

07 January 2005

Azam Tahun Baru?

Letttt... seeee.....
Hurmmmm...

It's already 7th of January laa... Boleh cerita lagi ke pasal azam tahun baru? Kehkehkeh... Terpikir nak lupakan jerk pasal entry azam tahun baru nie, tapi ramai plak yang dok tanya apa azam tahun baru... apa azam tahun baru?! Adehh.. letih ler aku nak jawab. So aku tulis jee laa kat sini.

Erk.. brb! Boleh gitu? Hehehehe...
---------

Continued...
Siap bleh sambung2 entry plak eks?! Hehehe.. Macam Superdiman Spiderman Part 1 ngan 2 lah plak kan... Adehh.. tetiba terbusy plak sejak semalam. Tue yang tak sempat nak apdet tue. Sorie yee.. Oh btw.. pasal azam tahun baru aku...

1- Nak kuruskan sikit ukur lilit perut. Hehehe.. (Kalau dapat kurangkan diameter pipi nih pun bagus gak kan?
2- Nak tebalkan poket. Dalam erti kata lain ialah untuk meningkatkan ekonomi hidup. Caranya... hurm... banyaklah cara. Maybe buat keje part time ke kan...
3- Nak mempertingkatkan keenceman diri.. boleh
gitu? kehkehkeh.. Takdelah sampai nak buat pembedahan plastik, tapi agak2 sedap mata memandang. Camner nak buat ek?
4- Nak tingkatkan ilmu pengetahuan especially ilmu berkaitan IT. Rasa banyak yang perlu aku belajar lagi...
5- Nak Mantapkan blog aku nie. Aku nak jadikan lebih informatif dan interaktif. Hehehe... Tapi lambat lagi laa.. Nak kena belaja lagi... Aku pun nak majukan lagi gaya penulisan aku. Supaya sedap mata membaca (bukan untuk korang baca.. untuk akuorang jerr..).

Cehh.. sekali macam nak isi borang SKT lah plak... :)

Perlu kita buat azam nie? Ntahler akupun tak tau... Tapi orang asyik tanya jee kan? Kot2 perlulah agaknya kot. Padahal kalo kita set target pun, bukannya semua yang achieve. But its better than never right?! Tak dapat banyak.. sikitpun okeh! Alah.. kalau tak perlu pun , korang buat jee jawapan standard cam aku nie. Senang... sama jer jawapan aku biler orang tanya. Tetiap tahun ituler azamnya.. biler dah expired top-up balik. Kahkahkah... Tapi rasanya tahun nie kene determine lebih sikit kot... Almaklum ler...

.:Nota Tangan:.- Malam tahun baru aritue aku top-up Rm100.00 untuk azam tahun baru aku! Ngehngehngeh...

06 January 2005

Melonjak Girang

Yeah.. yeah...!!
Hati melonjak girang...

Pagi nie menjengah sekejap ke weblog Jurnalalam, setelah sekian lama tak berbuat demikian. Hurmm... menguntumnya hati biler terpandang pada satu nick yang begitu familiar dengan diri aku di sektor JURNAL, paling bawah sekali tertera PAK BERUANG !! Mula2 seakan tak percaya, tapi biler aku gerakkan tetikus kat nick tue, terpapar url weblog aku di penjuru kiri bawah monitor aku (agak2 dah lama ke nick aku ada kat situ..). Heh!!

Jap.. jap..
Aku nak melompat2 sekejap!

Mengenali saudara Jurnalalam sebagai seorang yang begitu memilih dalam senarai bacaannya (jurnal). Adalah satu kebanggaan dan kemegahan biler terpandangkan link aku di situ. Agak2 bagaimana nick aku boleh terpapar di situ, adakah secara kebetulan kerana nick tue best.. ataupun dia saja TERPILIH url aku untuk menambahkan senarai bahan bacaan beliau ataupun adakah dia memilih atas dasar sesuatu yang korang dan aku tak tahu? Untuk pengetahuan semua, saudara Jurnalalam adalah antara pencetus minat awal aku sebelum menceburkan diri dalam dunia blog nih.. selain daripada Fajaronline dan Tok Rimau.

Yeah..yeah..yeah..
Sambung lompat2 balik!!

.:Nota Tangan:. - Tak pernah jemu membaca nukilan Jurnalalam

05 January 2005

Letih dan Teruja

Letih dan teruja..
Perasaan itulah yang aku rasa sekarang ini.

Sebetulnya baru pulang dari KL bersama Najah selepas menyelesaikan beberapa urusan yang berkaitan dengan pernikahan dan resepsi kami yang tak berapa bulan lagi. Walaupun bagi sesetengah orang, ianya masih terlalu awal, namun bagi kami eloklah disegerakan mana yang boleh selagi mampu mencuri2 masa, kalau tidak takut tak terkejar bila masa semakin menghimpit.

Sebetulnya juga banyak peristiwa yang berlaku dalam sehari dua nie, namun tak dapat aku garap semua lantaran kelesuan fizikal dan spiritual. Fikiran akupun terlalu berserabut untuk menyusun kata-kata dalam koordinasi yang paling sesuai menyebabkan aku memutuskan untuk tidak meneruskan rencana peneceritaan ini (yang pastinya berjela) dan mula berfikir agar sekali-sekala tidak berentri untuk bercerita mengenai segala perkara (termasuk hal yang remeh temeh..).

"Korang berdua nie kelakar laa..!"

Pertemuan dengan Kak Zuki semalam (bakal juru andam kami), agak mencuit hati untuk difikir2kan. Bermula dengan mengangkut sebeban majalah pengantin dan album2 perkahwinan yang lama2 ke butik andamannya, menjadikan diskusi ringkas kami mengenai perancangan yang tersirat di hati begitu terjemah dengan jelas di atas kertas. Hati menjadi sangat lega kerana beberapa kerunsingan yang bersarang telah menemui jalan penyelesaian (beserta kos! Hehehe...). Cuma ada beberapa perkara lain yang mungkin akan dapat diputuskan dalam pertemuan yang seterusnya. InsyaAllah.. Di kedai Kak Zuki semalam juga seolah-olah telah menjadi satu majlis pra-pemilihan baju pengantin di mana aku dan Najah masing2 dapat mencuba melaram pakaian pengantin (walaupun sepatunya memilih baju pengantin ini hanya akan dibuat sebulan sebelum hari langsung) dan mujurlah apabila pakaian terletak di badan hanya sesedang-sedang elok (Cuma pada aku yang memerlukan sedikit modifikasi! Hehehe...) dan kecerian semakin bertambah apabila masing2 mula berposing di hadapan Kak Zuki (dan juga beberapa tetamu lain yang kebetulan berada di situ)! Tak tahu malu kami nie kan?!

Di jalan TAR, proses mencari beberapa jenis kain yang diperlukan bermula dengan agak hambar. Meninjau dari kedai ke kedai tidak begitu menarik perhatian dan keadaan di mana hanya kami berdua di dalam kedai (ditemani jurujual) adalah sangat tidak mengujakan dan sekali-sekala hampir mematikan mood kami untuk berseleksi. Di salah satu kedai, paten kain yang berkenan adalah sangat menjerut tangkai hati (apabila melihatkan harganya). RM198 untuk semeter kain adalah agak tidak munasabah dan nyata di luar budget kami! Menguatkan hati untuk terus melangkah (di kala harapan untuk berjumpa dengan kain yang berkenan senakin pudar), seketika menonong kami masuk di sebuah kedai kain yang telah kami lewati sebelumnya. Sapaan dan keramahan jurujual menyebabkan kami memutuskan untuk mencuba nasib dan akhirnya berjumpa dengan yang berkenan di hati. Keceriaan bertaut kembali...

"Kalau boleh pukul 11 mesti dah ada di Nilai 3"

Begitulah pesan Najah semasa kami bersarapan bersama pagi tadi. Nilai 3 adalah destinasi terakhir kami sebelum pulang ke Melaka. Rencana sebenarnya adalah untuk membeli bunga (untuk dibuat bunga telur) dan juga mencari barang untuk dijadikan cenderamata istimewa untuk teman-teman yang sudi hadir di majlis resepsi kami nanti. Jadi peringatanlah kepada sesiapa yang hendakkan hadiah istimewa dari kami tue jangan lupa untuk berjumpa dengan kami. Kalau makan dan terus pulang, alamatnya tiadalah bahagian untuk kalian!

Tiba di rumah, terus saja mengadap pc. Tahu sahajalah, 2 hari tidak mengjenguk weblog, mungkin ada beberapa post yang memerlukan respond segera. Jangkaanya aku tepat setelah mendapat mesej daripada Nazri bro dan Tok Rimau mengenai butiran diri yang perlu di-email segera untuk dimasukkan dalam sisipan iKon. Alhamdulillah, telah dilaksanakan...

Lewat petang tadi juga mendapat berita yang kurang mengembirakan apabila dimaklumkan oleh Tok Rimau yang artikel untuk GT3 aku tak sempat dimasukkan (lantaran kelewatan mengepos artikel berkenaan dalam 100 salinan) dan akan dimasukkan dalam GT4. Hurm.. nak dikirakan ralat memanglah tersangat ralat sebab teringin sangat nak tengok nukilan sendiri dalam GT3 tue. But u know what? It was just fair enough!! Siapa cepat dia dapat. Aku tak salahkan sesiapa. Aku yang terlewat perlulah menunggu untuk lagi beberapa ketika lagi. Mudah-mudahan akan termuat dalam GT4 kelak. Dah tersenarai masuk tue pun dan cukup baik. Pikir aku...

.:Nota Tangan:. - Thanx to Tok Rimau dan ND yang banyak membantu...

02 January 2005

It's Hard To Say Goodbye...

*It's Hard To Say Goodbye... (To yesterday)!

Mengharungi sepagi Ahad, tanpa melakukan apa2 adalah merupakan suatu perkara yang sungguh membingungkan. Bukannya tiada keje yang boleh dibuat, banyak benda yang teringin nak dilakukan ataupun perlu dilaksanakan dengan kadar segera, tetapi tangan dan kaki bagai terpaku di lantai dan meja komputer.

Melayan perasaan sambil mendengar Mp3... Lagu dendangan Boyz 2 Men, menerjah gegendang telinga seraya mengetik butang REWIND aku... Memusing kembali saat2 girang bersama teman2 (tak perlu menamakan sahabat GeJu, kerana kalian sudahpun menjadi teman2ku..) seminggu lalu.

Yee... Gathering Gath Geju sudah seminggu berlalu... Melewati 7 hari yang sarat dengan kenangan.Menutup tirai 2004 dengan begitu cemerlang (walaupun pada masa sama, ada insan di tempat lain yang menderita dilanda tsunami..).*Menukar mode di player kepada continous/shuffle play...

Sesungguhnya gathering lalu membawa perubahan besar pada diri aku. Pada sesiapa yang pernah mengikuti perkembangan aktiviti blogging nie pasti memperakuinya. Aku dulu dan aku sekarang memang 2 insan yang berbeza....

Enuf said..

How do I say goodbye to what we had?
The good times that made us laugh
Outweigh the bad.

I thought we'd get to see forever
But forever's gone away
It's so hard to say goodbye to yesterday.

I don't know where this road
Is going to lead
All I know is where we've been
And what we've been through.

If we get to see tomorrow
I hope it's worth all the wait
It's so hard to say goodbye to yesterday.

And I'll take with me the memories
To be my sunshine after the rain
It's so hard to say goodbye to yesterday.

And I'll take with me the memories
To be my sunshine after the rain
It's so hard to say goodbye to yesterday...

.:Nota Tangan:.
-Lagu nie aku tujukan buat teman-teman sekalian yang sentiasa di ingatan..

01 January 2005

Posting Marathon

Adehh...
Giler siput babi tahap extrem nyer aku sekarang nih!

Tetiba aku rasa kepala aku dah mereng.. abis sumer wap2 badan aku tersejat dek keletihan. Aku baru selesai melakukan MARATHON posting new year greeting kat kawan2 blog aku. Berpuluh2 rasanya aku berjaya post. Kalau korang tengok kat kanan blog aku nih ada senarai KRONIZ, hampir 80% daripada senarai tue aku berjaya postkan ucapan selamat tahun baru. Walaupun intonasi dan gaya bahasanya sama jerk (sebab aku copy & paste.. hehehe..), aku tetap nak buat, sebagai komitmen aku kepada korang sumer bahawa aku akan terus berpost2an dengan korang selagi korang sudi post comment dan baca entry2 aku. Hehehe...

Aku dah salah budget sebenarnya.. Patutnyer sekarang nie aku post ler citer yang best2 pasal memori tahun lama (yelaa.... lawan tahun baru bukan tahun lama ke?) dan impian cita2 aku untuk tahun baru. Tapi nantilah besok2 aku cerita. Takpe aku ada 365 hari lagi untuk bercerita dan melaksanakan azam tahun baru aku tue nanti.

Apa yang pasti...
Aku dan dapat approval daripada Tok Rimau bahawa artikel aku untuk GT3 yang aku e-mailkan pada tok siang tadi telah diterima dan diluluskan oleh pihak wajib tayang. Tiada satu scene pun yang terlibat dengan pemotongan ataupun perlu diolah semula. Besok pagi2 aku nak gi hantar photostat pastue Isnin aku pos naik keretapi ekspress rakyat! Muahaha... harap2 sempatler.. sebab aku tengok dah genting sangat dah senarai penulis2 yang layak menyumbangkan artikel ke GT tue.. setakat siang tadi dah 10 orang. Ada 3 jee lagi kuota yang tinggal. Harus segera nih!!

Anw... sekali lagi pada semua (especially yang tak sempat ataupun tak dapat aku nak wish kat chatterbox masing..), aku nak wish..

SELAMAT TAHUN BARU!!
Hip.. hip.. horey!

May your dreams come true. Tahun baru.. tekad dan azam pun mesti baru.. kalau azam yg dah expired tue.. sila top-up balik!! Ulang tayang... hehehe...

.:Nota Tangan:. - Selamat tinggal 2004 yang penuh dengan kenangan...

30 December 2004

Suratannya Tsunami

Aku cilok dari salah satu offline mesej yang aku terima pagi tadi.
Boleh dipertikaikan.. tapi sesaja nak bagi kat korang info nie supaya sumer boleh berfikir...

26 Dis 1932~ Gempabumi berlaku di China membunuh 70,000 nyawa.
26 Dis 1939~ Gempabumi 7.9 Richter berlaku di Wilyah Erzincan, Turki membunuh 41,000 nyawa.
26 Dis 2003~ Gempabumi 6.5 Richter berlaku di Wilayah Bam, Iran membunuh 45,000 nyawa.
26 Dis 1996~ Jangan kita lupakan ribut Greg di Keningau, Sabah juga berlaku pada awal pagi yang meragut beratus nyawa.
26 Dis 2004~ Tsunami berlaku di Sumatera serta beberapa negara di Asia hingga ke Afrika. Jumlah kematian hampir mencecah 100,000 orang dan jumlahnya terus meningkat.
-----

~kata apisznasdin: untuk mengesahkan, ako buat quick search kat google and found this page http://neic.usgs.gov/neis/eqlists/eqsmajr.html
(thanx dude!)


.:Nota Tangan:. - Kalaulah ianya suatu kebenaran... Seharusnya kita lebih bersedia...

29 December 2004

Sebenarnya


Ole-Ole Gath Geju 04

Aiyarkk!!!
Can u imagine... aku tidur dalam keadaan masih berbaju pejabat dan berkain pelekat?!!

Sebenarnya...

Sedari dari petang semalam, pulang dari pejabat badan terus terasa penat dan letih. Tak aku layankan rasa tue. Jangkanya selepas beberapa ketika. Rasa tue akan hilang. Menjelang maghrib, masih juga tidak mahu kebah. Aku tunaikan solat maghrib dan baringkan kepala. Ahh.. lega pulak rasanya begitu. Dalam tak sedar... aku dah terlena. Sedar2 dah hampir pukul 5 pagi! Aku bingkas bangun sebab kewajipan semalam masih belum aku tunaikan.

Alhamdulillah... dapat juga aku tunaikan solat isya' lewat subuh menjelang. Ermm.. apsal aku bleh penat sangat sampai tertidur yerk? Mungkin aku letih sangat kot sejak Gath GeJu yang lepas (cheh.. penat mengalahkan ajk GeJu plak gamaknya..).Entahlaa... tapi

Sebenarnya...
Walaupun letih, perasaan aku masih berbunga apabila mengingatkan detik itu. Saat bersemuka dengan rakan2 seGeJu membuatkan hati dibuai kegirangan. Mengenangkan ragam geng2 masa tue, membolehkan aku menyeringai keseorangan...

Hurmm.. cukuplah! Pergilah kenangan. Supaya aku bleh simpan dalam hati sebagai memori. Aku tak bleh bekerja kalau terus begini. Hehehe... Souvenir2 dari Gath GeJu sering ku belek buat pengubat kerinduan...

Sebenarnya...
Sticker kereta tue aku dah tampalkan di kereta dan motor aku. Walaupun ianya sticker kereta tapi aku rasa yang tertampal kat motor aku lagi cantik! Geee... Kalendar GeJu 05 dah pun berdiri megah di sisi pc, walaupun 2005 ada beberapa hari lagi untuk digamiti.

Erkk... tagg Gath Geju tue bleh tak aku gantung kat leher gantikan tagg kerja aku? Kahkahkah.. aku terbahak suka hati!!

.:Nota Tangan:. -Ciss aku dah miss Piala Tiger (Malaysia vs Indonesia) malam tadi laa!! Hampeh betul....
~Utusan Online->Sukan->Kit Kong gegar Senayan

27 December 2004

Kenangan Manis

Sesungguhnya penantian itu benar suatu penyiksaan! Setelah sekian lama menghitung hari, akhirnya tanggal 26 Disember 2004 menjadi saksi perjuangan aku sesama ahli GeJu yang lain berbaloi dan dihargai. Serius shit tak tipu... best woo pergi tadi gath! Aku rasa umpama mimpi dalam mimpi jerk. Rasanya baru jam 5.30 pagi semalam aku celik mata bergegas mandi dan jemput Najah di Hospital... tup tup, aku dah sampai rumah balik (dalam keadaan letih lesu dan longlai.. hehehe..). Masa berlalu begitu pantas. Kalaulah aku boleh tahan masa tue supaya berhenti, harus aku buat! Kalaulah aku boleh tarik punat masa tue macam aku aku tarik punat jam adidas aku supaya berhenti dan aku re-set kan masanya semula... harus aku tarik!

Dipendekkan cerita...
apa yang aku dapat masa pergi gathering tadi?
#1- Aku dapat tiga hadiah (lebih kepada souvenir laa sebenarnya..). Aku dapat no.2 bowling (nie citer masa pra-gath laa nih. No. 1 Baim..) + Anuegarah Geng Paling Aktif Di Dalam Gathering (giler siput babi nyer kembang hidung dapat anugerah nie.. pestaim tuh! Tapi aku tau sapa yang banyak mengundi aku hehehe.. kalau diorang tak ye ye sokong, harus aku nganga jerk.. thanx guys! Tetiba aku rasa cam mat kecoh plak masa gtah biler dapat anugerah nie! Hehehe...) + Cabutan no. bertuah (chait.. muka aku lagi!).

#2- Aku dapat buah tangan sakit pungkok! Pungkok ngan kaki aku dok sakit dan lenguh2 lagi nie akibat menggunakan aura hayunan bowling tahap melampau masa pra-gath tadi. Hehehe.. giler tak hengat aku berbowling2an tadi. Anw.. Baim u r the best, EP Bro.. memang sempoi ahh! Ombak sekali untuk EP Bro.. puuuuussssssiinggg!!!, Cik Nana the most happening and longkanging (ehh.. salah2!! Sori gurau jerk.. hehehe..). Cik Nana memang in da house laa tadi ngan aura power stering peringkat ke-8 dia tue. Kahkahkah.. Yang lain2 pun.. korang memang best ahh!! Malas nak citer... Terlalu hebat sangat!

#3- Aku dapat laa jumpa akhirnya (secara bertentang mata dan dahi.. starlight sikit!!) ngan member GeJu aku yang selama2 nie aku kenal secara maya jee.. Hari nie (semalam laa kiraa..) baru bersua muka. Baru dapat tengok cun ke tak.. vogue ke tak. Kak Tipah.. hang memang vogue the vass... Caya sama lu!

~Member2 yang dah pernah tegur (kat internet laa..) tapi baru pestaim jumpa..
Tok Rimau (of course laa kan..) + OP + ND + Kak Tipah + Madu Lebah + Langzatz + Zhoulsz + Mushroomcute + Lapan dan Cik Lebah.

~Member2 yang tak pernah tegur tapi kenal dan pestaim jumpa gak..
Fajar + Rudy + Nett Biru + Atokz + EP Bro + Sultan Muzaffar + Nis + Cik Nana + Walid + Wira + Lan + Yadziz + Wkdin + Ayares + Cempaka Sari + Walk Thru Life + Manmoncang + Basrie + Spyz + Purbe + Tudung Purple + Cempaka Sari dan Amyz.

~Member yang tak kenal langsung tapi pestaim jumpa (maintian sempoi!)...
Rosram + CTZie + Bejenel + Pet Rizal (Orang kuat Geng Lantit nih!) + Dobot + Lan + iwan + Kak Ungku + Anak Antu + Laili + Baim + Spy dan ramai lagi laa.. part nie memang aku dah tak bleh nak re-call lagi dah. Penat aku nak ingatkan.. ramai sangat!! Sapa yang nak aku masukkan nama dia kat sini.. sila bagitau yee... hehehe.. Tapi dengan syarat pernah tegur aku (atau aku tegur korang) laa... paling bangsat pun HI ke.. Kehkehkeh... Macam glamer plak ek?

Tuelah.. antara yang aku dapat.. Yang aku belum dapat ialah Anugerah Weblog Harapan tak pun Anugerah Weblog Terbaik. Wahwahwah... Ada hati aku nih! Tak laa.. gurau jerk. Aku berblog nie pun ikhlas untuk diri aku sendiri. Bukan sebab anugerah...

Anw, function tadi memang sempoi dan best! Malam nie aku akan tidur dalam keadaan tabik dan meracau2 sebut nama korang sebab aku memang nak tabik spring kat korang nih!! Hehehe.. gambar2 nanti aku uploadkan kat fotopages kalau ada sesapa nak tengok. Nantiler.. bukan pepagi buta nie. Hehehe... Harapan aku ada laa lagi function2 yg best camnie. Kalau perlukan bantuan aku insyaAllah aku tolong. Tapi pepeham jee laa... aku nie orang jauh, kalau naik KL setakat meeting 2 jam tak berbaloi plak rasanya. Tapi insyaAllah lah, memang teringin sangat nak hulur tangan mana yang mampu..

.:Nota Tangan:. -Lepas nie boleh laa turun banner countdown OP tue ehh.. Dah lemau expired dah. Hehehe...

24 December 2004

ZZZzzZZZzzz...

Tik tik tik
Tok tok tok...
*Bukan bunyi jam aaa.. bunyi aku tengah kerja nie..
Ketet... ketet..
*Masih lagi sedang bekerja...
Warghhhh!!! Ngantuk sehhh.. Dah pukul satu setengah aku tak tidur lagi nie. Besok keje plak tue. Mamposs aku! Geeeeee....

Aku baru melepasi satu period yang dah tension + fed-up dengan layout weblog aku (yang Harbour of Love) sebelum nie. Walaupun masih berkira2 untuk berterima kasih (TERIMA KASIH!!! TENKIU!!), sebab layout tue lah yang membawa aku sampai ke peringkat sekarang... Namun aku tetap nak tukar jugak! Hahaha.. Aku nie memang stok keras kepala. Kalau aku nak, aku nak jugak. Cepat ngan lambat jee laa... Natijahnya, aku tukar 2 design lay-out aku dalam masa seminggu! "Bingkisan Si Poyo" (tema weblog aku sebelum nie) pun aku dah siat2kan kulitnya kejap tadi dan aku gantikan yang nie. Muahaha.. kejamnya aku.

Aku suka ngan layout web aku sekarang (buat masa nie laa...). Kalau ada yang nak tanya, kenapa aku letak tajuk "Ragam Pak Beruang"? Simpan soalan korang tue dulu (kalau ada yang nak tanya laa... kalau tak nanti aku cerita jugak!). Hahaha.. nanti sok2 aku citer. Sekarang nie aku nak tidur. Dah gabak dah mata aku nie...

Btw, before that (sebelum aku membongkangkan diri aku) kalau ada sesapa nak claim kata aku ciplak design ataupun curik kreativiti korang, harap dimaaf dan dihalalkan. Sesungguhnya aku sengaja... Ala beb, bagilah support sikit! Tuepun aku dah puas adjust supaya tak nampak sama. Tapi kalau korang tengok kat coding, harus aku kantoi kot!! Kehkehkeh.. mintak maap, mintak ampun. ZZZzzZZZzzz...

.:Nota Tangan:. -Tok.. tok.. As'kum Tok Beruang!! (Howww sweeeettttt...).
*Aku tengah syok sendiri laaa nie! Takkan tak paham2 lagi.. :p

22 December 2004

Keterujaan Melanda Diri

Tik Tok Tik Tok...
Jam berdetik.
Masa berlalu...

Bagi orang lain, masa akan berjalan dan terus berjalan. Bagi orang lain juga, genap 24 jam, bertambah lagi sehari diari kehidupan diorang. Takde perbezaan... takde apa yang nak diterujakan. Ada laa sikit2 yang teruja sebab nak sambut hari natal dan selebihnya sebab nak sambut tahun baru yang bakal menjelang nie. Teruja sebab nak karang matlamat dan impian baru, walaupun matlamat yang lama jarang sangat tercapai. Hehehe..

Tue bagi koranglah... Bagi kitorang, Tipah Vogue, Madu Lebah, Langsatz, ND, OP dan ahli-ahli tahap dewa setia GeJu yang lelain tue, ada benda yang lagi best dan lagi teruja nak dipikirkan dari hari natal dan sambutan tahun baru. Serius shit tak tipu. Aku terasa sangat aura keterujaannya. Rugi laa korang tak dapat merasakan sama apa yang kitorang rasa. Tue laa.. orang tulis blog, korang tulis blog... Orang baca blog, korang pun sama sibuk menempel kat blog orang lain nak tumpang baca. Lepas dah sibuk menulis dan menempel2 tue, tak reti nak hadiahkan diri sendiri sehari yang penuh makna bagi orang2 macam kita? Orang2 macam korang, macam kami dan macam diri aku sendiri. Bukannya mahal pun ongkosnyer...

Aku tak bleh arr nak menggunakan kepersonaan aku (macam kak tipah tue.. hehehe..) untuk memujuk ataupun dengan lebih tepat lagi nak memaksa korang nak join gath GeJu yang tak berapa hari lagi nie. Tapi kan bagus, kalau pada para2 blogger kat luar sana tue, yang dah bertahun2 berblog mahupun yang baru setahun jagung (macam aku nih), mengambil kesempatan gath nie sebagai kesudahan yang tak bleh dilupakan bagi sesi berblog tahun 2004 yang penuh warna-warni. Adalah maknanya sikit ye dak?!

Pada yang tak pernah berblog tapi ada keinginan untuk berblog, apa kata korang gunakan peluang nie untuk berkenal2 dan amik berkat para blogger2 yang dah sedia kala ulung dan unggul kat Malaya nih. Hehehe… Rasanya takyah arr lagi aku nak tulis apa lagi kelebihan, kesedapan dan keteristimewaan gath nie (korang pun dah muak baca kat blog orang lain kan?). Just click link berikut:

~Untuk dapatkan maklumat mengenai Gath GeJu 2004.

~Untuk menyatakan kehadiran.

~Untuk maklumat & join Pra-Gath.

.:Nota Tangan:. -Orang kalau dah taknak pergi, tak pergi jugak kan? Tapi sekurang2nya aku bagitau benda yang baik pada korang. Timbang2kan yee...

21 December 2004

Entry Senja Menja

Ishhh.. dah makin SENJA dah kan blog aku nih.. Sedih sekejap nengokkannya. Orang datang dan pergi, takde lagi dah yang sudi nak tinggalkan komen. Waaa Waaa... Apalah nasib ko wahai si poyo. Nasib baik laa ada Masy yang rajin2 menyinggah. Tue pun lelama aku agak dia pun segan dah nak mengomen aku.. Dah tue dia sorang jerk! Kesian ko ek Masy. Aku lagi kesian...

Nak ikutkan.. sumer tips kat IdiotGuide aku tue aku dah follow. Tapi kastamer tak mau singgah gak. Nak buat camnor.. takkan aku nak heret plak kan? (kalau boleh.. harus aku seret! hehehe). Maybe tips aku tue tak cukup power kot... Nantilah aku carik yang power2 lagi.

Anw.. perjuangan belum selesai. Aku takkan give-up. Aku akan terus menulis selagi ada kelapangan dan kemudahan. Aku menulis pun untuk diri aku sendiri sebenarnya. So wutt the heck!! :D

----------

Korang ingat tak pada satu mitos budak2 nakal... Orang kata kalau satu2 kedai makan tue dia nyer kastamer bapok giler nyer ramai!! Tak putus2 orang datang, sampai berdiri nak tunggu meja kosong... Maksudnya diorang ada pakai BARANG (bukan susuk aaa..), ala2 pelaris laa supaya kedai diorang maju dan ramai kastamer. Dan BARANG tue korang tau tak apa? Jeng.. jeng.. jeng...

SPENDERRR!!!

Yaa... spender laa jawapannya. Orang kata laa (orang kata.. aku katakan balik jee..), spender tue diorang masukkan dalam kuali, periuk belanga diorang masa memasak lauk pauk tue buat pelaris. Sebab tue laa kita rasa masak asam dia besttt jerk! Kari kepala ikan dia sampai terangkat pungkok menghirupnya.. Sampai kuah kacang dhal roti canai tue sedap jee, kick semacam!! Padahal cair-mair aje dhal nyer...

Kat Melaka nie aku perasan ada 2 kedai (ada banyak lagi.. angka nie hanyalah serkapan kosong aku) yang auranya sampai ke tahap tue. Tapi maapler.. bukannya aku nak kata diorang buat camtue.. (merujuk pada pakai pelaris tadi). Aku nak citer jee pasal punya laa laris gerai diorang, tak hengat!! Kedai pertama tue, masak mee goreng jerk. Memang simple giler... basicly ada mee ngan taugeh. Lain takde. Nak ayam ke, daging ke, udang ke dalam mee tue... Sori pergi kedai lain! Memang taugeh semata... kalau nak telur mata kobau, boleh ler mintak. Letak sambal sikit. Perghh.. kow beb!! Orang datang berduyun2 (especially cina..). Hujan pun orang redah. Tapi awas.. tak bleh makan selalu. Dia punya berminyak, tok sah citer. Silap2 kalau makan hari2 boleh masuk hospital sebab hemoglobin tersumbat dek kolestrol! Hehehe..

Kedai lagi satu tue jual mee jugak. Tapi ada laa mee rebus, mee sup.. mihun pun ada gak (kira keluarga mee gak laa). Benda2nyer sumer dah ada. Amik mee, curah ngan sup pastue letak ayam. Siapp.. Tapi orang tetap ramai. Korang bayangkanlaa.. taukeh kedai tue dulu pakai keta cikai jee.. Sekarang haa.. Mercz ngan Stream, menjalar jee depan rumah. Dulu rumah buruk jee.. sekarang dah macam mahligai wa cakap sama lue...

Nak dijadikan cerita... tadi kitorang gi laa breakpess kat kedai yang no 2 tue. Citer laa pasal best ke tak best makanan dia sampai laa bukak citer kereta dan rumah taukeh kedai tue tue. Masa on the way balik.. kebetulan kitorang lalu kat sebuah kedai yang menurut Abang Rashid (merangkap driver kitorang tadi) mee rebus dia memang power!!

Abang Rashid: Kalau korang nak tau.. mee rebus kedai nie pun power. Aritue saya makan ngan member saya, sampai saya hirup abis kuah dia. Kuah dia ada macam udang pastue diblender... Pekat.. sedap..
Faizal: Ntah2 dia ada guna pelaris kot bang.
Aku: Masa abang hirup tue, ada rasa2 cam cebisan kain tak?
(Aku serkap jarang sebab nak kenakan dia.. hehehe..)
Abang Rashid: Takde lah plak.. apsal?
Aku: Mana ler tau.. kot2 dia ada letak spender pastue dia blender, buat pelaris!
Kahkahkah... Pecah ketawa dalam kereta.
Aku: Dia blender spender tue.. pastue dia bagi nama Mee Rebus SBLENDER!!
Kahkahkah... berderai lagi ketawa!!

Tak pasal2 wujud lagi satu istilah baru lagi di alam mayapada di pagi yang hening nie. Spender+Blender=SBlenDer!! Hahaha.. Mari2 Mee Rebus SBlenDer Special.. Singgahlerrr!!!

.:Nota Tangan:. - Sorie eks kalau ada yang tak lalu nak makan mee rebus warung lagi pasnie. Hanya cebisan senario di waktu pagi!!

20 December 2004

Kad Advance

Sepetang tadi berkesempatan berpeleseran sekejap ngan Najah meronda2 MP sambil menghirup yang tak seberapa segar sekitar Banda Hilir. Yelaa... nak kluar bersama bukan selalu (jumpa selalu laa...). Sementara ada peluang nie manfaatkanlah sepenuhnya. Takut kot2 Najah dah busy keje nanti aku plak yang dok nganga! Hehehe...

Nak dipendekkan cerita... singgah Parkson sekejap sebab nek beli beberapa item yang memang dah ada dalam list menunggu, barang yang nak dibeli sempena hari gaji nih. Hehehe.. Dah pilih yang berkenan, aku ngan Najah pun beratur laa kat cashier. Depan kami ada sorang cina tengah nak membayar ler harga barang2 yang dibelinya. Aku dok perati jee sambil mengulum senyum.. selesai membayar, masa kami berlalu tue aku berbisik kat telinga Najah...

"Wak, orang cina tadi bayar pakai credit card laa, kita bayar guna bonus link card!"
"Hahahaha...." Serentak kami ketawa.

Yelaa... cina tue beli barang nak dekat RM600.00. Pastue dengan riaknya dia menghulur credit card depan kitorang (sebenarnya dia tak riak pun, aku saja jee nak anggap dia riak! hehehe..). Cheh.. ingat kitorang tak mampu ke? Bukannya kitorang takde. Kitorang nyer credit card RM9500.00 credit limit tetiap bulan(erk.. last2 aku yang riak plak!). Tapi tak heran pun nak hulur... Nak guna jarang sekali. Seingat aku ada 2 kali jee beli barang guna credit card. Tue pun sebab tak cukup cash kat tangan. Yang lain sumer bayar cash. Bukannya apa... malas nak menanggung bilnyer tetiap bulan. Masa nak swap tue sedap laa...

Ada orang panggil credit card tue kad hutang tapi aku panggil kad advance. Apa pun istilah orang panggil, konsepnya tetap sama. Kita mendahulukan duit yang takde pada kita (tapi ada pada kad tue) sebagai tanda kita membeli sesuatu barang. Biler kita dah dapat gaji kita bayar laa balik. Dengan syarat jumlah yang kita gunakan tue mampu dibayar semula walaupun secara ansuran setiap bulan. Ada laa bunyinya cam kad advance. Nie tak, jangan credit limit RM5000.00 sebulan, kita bantai guna RM5000.00! Berapa bulan lagi korang nak bayar ansur2 nak abiskan hutang bank tue (dengan mengambil kira kadar 5% bayaran balik setiap bulan)? Nanti karang bulan depan nak swap lagi... hatta nak beli sebuku sabun basuh kat Giant pun nak swap?! Haa.. tue baru betul orang panggil kad hutang!!

Namun.. bagi sesetengah orang. Credit card tue adalah kayu pengukur bagi sebuah matlamat. Matlamat bahawa dia telah mencapai separuh daripada apa yang diinginkan dalam hidup (sebab keinginan kita sentiasa bertambah dan berubah-ubah). Lagi besar credit limit yang terkandung dalam kad tue... lagi hampir dia dengan matlamat yang disasarkan dalam hidup. Credit card adalah lambang kemegahan, bukan untuk tujuan menunjuk... tapi sekadar untuk menanam kepercayaan dalam diri bahawa kita juga boleh bermewah (seperti orang lain) kalau kita mahu tapi lebih selesa untuk bersenang dengan apa yang ada daripada bergadai sampai hilang segalanya.

.:Nota Tangan:. -Aku percaya cina tue (dan kebanyakan cina yang lain) lebih daripada mampu nak bayar cash. Saja jee pakai card. Risiko rugi kalau kena samun tue kurang laa sikit kan??! Cumer orang kita nie jee (sebilangannya sahaja) yang cepat alpa! Apalah ada pada sekeping kad...

Diet Entry

Tak moh gi lunch arinie (kekonon diet la tue!) hehehe.. Saja jee malas. Nak mengubah tabiat makan kepada cara hidup sihat... huhuhu!! Btw, sat tadi aku baru balik dari Maybank. Perggh.. punyalah ramai umat!! Aku dapat berita Maybank akan tutup 2 hari (esok ngan lusa), sebab audit. Diorang nak tutup akaun laa tue. Maklum ler.. dah ujong2 nie. Tau2 jee lah kan.. Sebab tue ler sumer sibok dok ngadu2 kat dinding (ATM ler tue..) nak kluarkan cash.

Dahlah penat aku menyilok2 nak cepat sampai. Sampai plak.. antara out of service tak pun orang beratur punyalah panjang ala2 orang beratur nak membuat undi tue. Hampes kan? Aku cari sampai Maybank yang ketiga baru bleh beratur ngan selesa (tue pun kena beratur gak tue!). Aku gi Maybank nie kannya apa.. nak bayarkan duit gath GeJu Najah pada Bendaharai Agung Geju a.k.a. Madu Lebah a.k.a. Nida. Sebab dah janji nak bayar seawal pagi. Hehehe (tue pun dah tengahari baru tecapai maksud!). Kalau tak harus aku terima surat saman GeJu lagi karang.

Konon nak bayar pakai Maybank2u tapi Maybank2u aku plak kontang sebab diorang salah masuk duit gaji aku kat akaun lama. Kena laa aku kluarkan sumer gaji aku kat BCB pastue pindahkan kat Maybank. Dah alang2 tue aku beratur terus laa kat mesin cash deposit situ. Cepat sikit urusan selesai. Hampes.. hampess.. Dahler tadi nyaris2 nak kena saman ngan penguatkuasa MBMB! Orang MBMB nie dia tau nak carik duiittt jer tau!! Hampes sekali lagi... Huahuahau...

----------
Baru dapat e-mail dari Masy. Masing2 dah berjanji, dia janji nak e-mail pada aku... aku janji nak uploadkan gambar tue kat sini. Huhuhu.. considering aku pun minat gak ngan Exists nie. So boleh laa aku upload kat sini. Tapi awas... pesanan dari empunya badan (Masy), jangan mandrem gambar dia aaaaa...

Dah upload dah.. So here they goes....


She said this photo taken @ planet.. aku asumed Planet Hollywood kot, takkan planet jupiter plak kan?


Gambar nie plak kat RTM masa rancangan... Rancangan apa Masy?? Aku lupa laa.. heh!

.:Nota Tangan:. -Masy, kalau mak ko tengok gambar2 ko nie, harus naik darah tinggi dia!! Boleh gitu?! :)

Cerita Pencuri

Malam tadi sedang aku lena diulit selimut tiba2..

"Pencuri.. pencuri.. pencuri!!"

Pergh.. pening lalat aku kejap. Bingkas aku bangun. Aku bukak pintu bilik. Tengok mak bapak aku bercempiaran tak tentu arah dalam rumah.

"Apahal nie mak?" Aku tanya mak aku.

"Bapak ko nie hah, nampak pencuri nak panjat gate rumah"

"Huh.. kurang asam boi nyer pencuri... takde rumah lain ko curi?!" Getus hati aku.

"Assalamualaikum" Aik ada orang bagi salam plak.. Takkan pencuri bagi salam nak mencuri kot. Aku, mak dan abah saling berpandangan antara satu sama lain... kehairanan.

Loooorr... rupanya abang aku (Arin) baru sampai rumah dari Langkawi. Dia gi Langkawi sejak Rabu aritue ada trip tempat keje dia dan memang dia dah bagitau nak balik pagi tadi. Aku telek jam kul 3 pagi. Ermm.. betullah tue.

Apalaa.. anak sendiri disangka pencuri. Al-maklumlah... sekarang nie memang kecoh kes pencuri kat area kampung aku nie. Eloklah berjaga-jaga. Aku pun risau gak.. dah laa pc, laptop, handycam ngan digicam (yang agak2 berharga laa..) aku memang letak merata jee dalam rumah nie. Cuma tak sangka plak abah aku jerit gitu nyer kuat nak takutkan pencuri tue. Macam azan solat subuh plak gamaknyer... apa kesss?!

Pastu aku sambung tidur balik. Puasa aku guling2 last tertidur jugak. Siap mimpi lagi aku kena culik ngan samurai. Hehehehe.. Agak2 baru nak sedap mengulit bantal berbunyi plak alarm h-set aku. Berpinar balik bijik mata aku..

"Huh.. dah siang ke? Aduuussss..." Nasib baik baju ngan seluar dah iron semalam...

.:Nota Tangan:. - Kalau aku kat tempat abah aku masa tue pun tak tau apa nak buat. Silap2 aku siap azan ngan iqamat sekali gamaknya. Huhuhu...

18 December 2004

Idiotguide?

*15 Idiotguide on How to be a So-so Blogger!

#1- Pastikan korang sendiri paham ataupun setidak2nya tahu konsep asas sebuah blog/weblog. Kalo korang tak paham tanya orang (jangan tanya aku.. hehehe).

#2- Kenalpasti enjin blog yang korang pilih samada Blogspot, Blogdrive, Diaryland dan seumpamanya. Ianya untuk mengelakkan korang menukar enjin blog di saat2 akhir biler tengok orang lain nyer weblog lagi cantik. Pikir dulu sebelum buat keputusan muktamad.

#3- Kenalpasti tema ataupun nick yang sesuai dengan jiwa korang. Tema2 ini korang boleh gunakan untuk url blog ataupun basic tamplate weblog korang contohnya seperti Tok Rimau, Langsatz, Mop Lantai, Madu Lebah dan lain-lain.

#4- Tidak semestinya pertama kali korang nak berblog, layout atau design weblog korang tue mesti gempak2 macam OP ke Tipah Vouge ke hapa... Paling cikai korang boleh memulakan aktiviti blog korang dengan menggunakan skin subsidi (sedia ada) macam Alang dan aku punya nih! Hehehe...

#5- Lepas tue, agak2 dah teror sikit boleh laa try2 carik skin yang korang suka macam kat blogskin ke ataupun blog templates. Kalo pandai lagi boleh ler buat design sendiri takpun mintak sesapa tolong buatkan macam Mushroomcute. Tue Zhoulsz yang buatkan. Ala2 simple2 macam ND punyer pun ok apa? Taklah serabut2 kepala hotak ko...

#6- Antara elemen tambahan yang biasanya ada dalam sesebuah blog adalah seperti ruangan untuk comment, ruangan sembang2 (chatterbox), entries archive, photos archive, guestbook, webcounter, link member2 blog dan lain2. Walaubagaimanapun ianya pilihan korang bukannya wajib.

#7- Flooble Chatterbox, Doodle Board dan Tag Board adalah benda yang sama cuma brand dia jee lain. Fungsinya macam laman sembang dan sms yang korang boleh letak di weblog korang supaya orang lain boleh tinggalkan pesanan ke, ugutan ke, makian ke hapa ke kat korang. So jangan keliru!

#8- Kalau meninggalkan mesej kat chatterbox orang, make sure korang tinggalkan sikit jejak korang macam url ataupun e-mail. Ini bertujuan supaya blogger2 lain boleh trace korang balik. Kalau nasib baik diorang masukkan link korang kat dia punyer weblog. Secara tak langsung boleh menambah kenalan dan mempromosikan weblog korang ye tak?. Hehehe (pintar tak aku?).

#9- Jangan terlalu terikat sangat ketika menaip entry. Ingat, weblog nie korang punyer, so sukati mak bapak korang laa nak cerita apa. Korang boleh ceritakan peristiwa2 menarik (ataupun tak menarik) yang berlaku pada korang dalam satu2 hari tue. Korang boleh cerita ulang tayang (flash back) memori lama yang korang teringat dan rasa nak share kat member lain bahkan korang pun boleh bersyair, bersajak (macam Jurnalam dan Fajaronline) dan berpantun. Sekali sekala masukkan post yang berbentuk ilmiah supaya sumer orang boleh mendapat manfaat daripada blog korang. Takdelah ‘laghoo’ jerk!

#10- Gaya penulisan pun terpulang pada korang tapi seeloknya pelbagaikan cara penyampaian cerita korang tue. Contohnya seperti memulakan cerita dengan petikan perbualan ke, cedukan daripada sms ke, ataupun sedikit keratan daripada perbualan korang melalui yahoo messanger ke even artikel yang korang plagiat daripada e-mail yang korang terima. Dalam penulisan, korang pun boleh bersikap kritis mahupun sinis dalam apa2 topik yang dibicarakan. Sukati koranglah... Tapi berani buat berani tanggung yee...

#11- Belajar menambah sikit2 sound effect pada cerita korang tue... contohnya mcam bunyi ponn ponnn!!, tok tok tok!!, ketet.. ketet.. ketet.. (sound effect OP), grrrr... (bunyi marah), ops!! (bunyi ops lah!) dan tak kisahlah apa2pun.. hatta gedebush.. keceper.. pon ponn!! pun boleh.

#12- Kalau korang rajin bercerita dalam blog, akhirnya nanti, suatu perkara yang korang akan perasan adalah, korang mempunyai lebih daripada satu gaya ketawa seperti hehehe... hahaha... huhuhu... hikhikhik... kehkehkeh... lalalala... dan muahahahaha!!! (aku panggil nie gelak penyamun). Pelbagaikan gaya ketawa nie untuk menunjukkan level gelihati korang yang berbeza!

#13- Menaiplah selalu untuk entry post korang. Kalau tak selalu pun konsisten (mcm 3 hari sekali ke) supaya orang lain akan rajin jenguk weblog korang. Jangan sampai sebulan tak update nanti orang ingat korang dah tak aktif lagi. Alamat berkubur laa weblog tue nanti. Sebab apa korang bukannya famous giler macam Mat Jan, Limau Nipis, Naga Origami ataupun Bluehikari. Kalo macam diorang sebulan tak update pun people keep on coming.. Sebab apa? Sebab diorang famous.. ko famous ke?

#14- Kalau ada duit lebih.. beli laa kamera (lagi bagus digital kamera) sebab aku rasa digicam nie memang macam dah jadi satu peralatan asas bagi seorang blogger. Ko gendonglah digicam tue ke mana2. Ada gambar menarik dan cantik, snap! Gambar2 tue nanti boleh laa dimasukkan dalam weblog korang. So that, apa yang korang nampak, boleh dishare dengan blogger yang lain. Tapi mesti ada minat dan serius baru beli, kalau tak, tak payah laa.. pinjam orang jee bila rasa nak guna. Hehehe...

#15- Biler dah ada weblog tue.. tak gheti2 lagi nak daftar jadi Geng Jurnal (GeJu) sementara keahlian percuma nie?! Banyak manfaat yang korang boleh dapat.. Tak bermakna kalau korang ada weblog tapi ko sendiri taip, ko sendiri baca ye tak? Kat GeJu nielah ko nak tambah kenalan dan tukar2 pendapat. Dari sinilah korang bleh dapat support dan idea macam mana korang nak memeriahkan lagi weblog korang. Cepat2.. jangan pikir panjang.. klik DAFTAR untuk mendaftar sebagai ahli GeJu! Muahahaha...

.:Nota Tangan:.Tip2 nie aku akan tambah dari masa ke semasa kalau ada lagi yang aku teringat. Setakat nie dah tepu dah.. tak bleh pikir lagi... :p

Seorang lelaki

"Ishh.. ishh.. ishh..."
"Aku tak boleh tunggu sampai siang... sekarang gak aku nak post entry nie!"

Selama nie aku percaya... kelembutan adalah 'secret weapon' bagi seorang lelaki. Giler2 nyer senjata yang paling ampuh! Bukannya kekerasan dan bukannya ketegasan.

Baru selesai menonton cerita 'Secangkir Cinta' kat tv2. Hati aku terpaku dengan ketabahan seorang lelaki bernama Syafiq (lakonan Hasnul Rahmat). Kekerasan hati Farah (Cheryl Samad) akhirnya lebur dek kelembutan dan keikhlasan sekeping hati.

Aku percaya... kelembutan seorang lelaki
Mampu memadamkan api yang membakar...
Aku percaya... kesabaran seorang lelaki
Mampu menghentikan sungai yang mengalir...
Aku percaya... ketabahan seorang lelaki
Mampu meruntuhkan sebuah gunung...
Aku percaya... keikhlasan seorang lelaki
Mampu meleburkan sekeping hati...

*Secangkir Cinta
Farah: "Saya mahu awak ikut saya balik..."
Syafiq: "Untuk berapa lama... kali ini berapa bulan?"
Farah:"Untuk selama-lamanya yang awak suka"
Farah:"Ampunkan saya..."

.:Nota Tangan:. - Bangga menjadi seorang lelaki...

17 December 2004

Grrrrrrr....

Aku tengah panas atiey giler skrang nih!!

Kejap tadi aku didatangi oleh seorang sahabat aku. Niat dia baiklah nak sama2 'menganyam ketupat' temankan aku yang sedang keseorangan di sudut opis nie melayan perasaaan (sebenarnya aku tengah nak me're-call' apa keje2 tertangguh yang aku nak siapkan sebelum cuti 2 hari nie). Tengah dok melayan dia tue tetiba dia ada cerita kat aku sesuatu yang menyebabkan telinga aku berdesing jee mendengarkannya. Fuuuuuussssss!! Terbang terus mood aku nak keje. Sakitnya atiey!!!!

Aku nie biasanya susah nak marah... Tapi satu perkara yang cepat jee nak buat aku naik angin ialah apabila niat baik aku orang selalu salah sangka. Apabila keputusan yang kita rasa paling tepat dan bijak pada saat ketika itu (dengan mengambil kira, perasaan oarang lain), dibalas dengan kata2 nista dan umpatan tak berasas. Kalau dia cakap depan2 aku, bolehlah jugak aku nak balas ataupun terangkan kedudukan sebenar. Nie tak, dia cerita kat orang lain. Seolah teruk sangat salah yang aku buat tue.

Biasanya kalau masalah2 kat pejabat nie, memanglah takde lain puncanya. Sure pasal 'singa betina' yang macam bagus kat dalam 'kandang' khas dia tue. Aku memang selalu jee tak serasi dengan dia. Kadang2 keputusan yang dia buat tue... macam orang bangang! Macam orang baru keje semalam. Selfish... Dipandangan mata dia sumer orang salah, kalau dia sumer betul. Dahlah.. tak larat aku nak mengumpat pasal dia.

Aiyok!!
*Away...
8.31am
------------------------------------------------------------------------------------------------

*Continue
Tuelah masalahnya dengan aku nie plak, kalau marah pun sekejap jerk. Tak retilah aku nak marah lelama. Macam sekarang nielah... dah sejuk walaupun sekejap tadi berapi aku dengan dia. Kalau lagi lama sikit marah aku tue nak reda, harus berkajang2 lagi aku cerita. Nanti tak larat plak korang nak baca kan? Tapi mood aku yang dah melayang kejap tadi sure takes time nak re-compose. Nantilah... nak amik udara segar sekejap...

.:Nota Tangan:. - Kita hanya manusia biasa...

16 December 2004

Melalut Yang Kalut

"Hurmm..."
"Hurmmm...."
"Hurmmmmm..."
Ketet..ketet..ketet...
*Tiru sound effect OP...

Extrem giler aku skrang nie.. aku dah jadi macam spiderman dah.. melompat dari blog ke blog, membuat kunjungan hormat dan kunjungan balas (abis lompat jauh.. lompat dekat.. lompat kijang.. lompat bergalah, sumer kluar!!). Kalau ada kesempatan buat barter link (ataupun.. buat muka seposen nak tumpang link! cecece..) ngan member weblog seantero Malaya (dunia belum lagi!). Suka aku tengok senarai 'readings link' aku dah bertambah panjang dan link aku terpahat di beberapa blog yang empunyanya kecian kat aku. Walaupun namanya di 'ujong2'. Oklah tue.. kata pun pendatang baru! Maksudnyer aktiviti blog aku nie semakin maju dan secara tak langsung kawan2 pun bertambah ramai.

Berbagai spesis manusia yang aku kenal. Yang tua.. yang muda.. yang dari golongan orang 'gomen' (orang sektor kerajaan laa tue), sampai laa yang orang keje swasta dan profesional. Yang sederhana ada yang kaya pun ada (aku agak2 kaya laa..), yang puitis dan yang kritis.. yang IQ sama level ngan aku sampai ler yang yang teror to the max tahap dewa.. Yang mulut comel ada yang mulut celupar pun ada. Hehehe.. aku suka.. suka aku!! Warna-warni rasanya dunia blog aku. Tapi terus-terang cakap, setakat yang aku kenal... sumernyer mulutnyer aje jahat tapi hati baik. Tue yang menyebabkan aku terus jatuh cinta ngan dunia blog nie (especially ahli2 GeJu).. Hehehe.. Bunyinya macam nak meraih undi (konon2 nak jadi Presiden GeJu penggal akan datang~Ada hati... bluekk!! Umur baru setahun jagung..), tapi tuelah realiti (merujuk kepada pandangan aku terhadap GeJu...)! Cinta pandangan ntah ke berapa kali..

Tak tau sampai biler aku mampu berkarya sebegini... Harap boleh lama.
Tak tau sampai biler silaturrahim akan tersimpul rapi... Harap kekal abadi.
Tak tau sampai biler pc aku boleh berbakti... Itu yang hakiki.
Tak tau korang kenal ke tak aku masa GeJu nanti... Sampai akhir nanti!!

.:Nota Tangan:. -Aku tak ngantuk sebenarnya tapi kena gak tidur sebab besok siang (hari nie laa..) ada presentation masa board meeting. Tue yang aku melalut jee nie... Kalut betoi.. Heh!

15 December 2004

Harapan Berbunga


Wira-wira Negara~Syabas!!

Menjelang lewat tengah malam tadi harapan jutaan rakyat Malaysia berbunga-bunga dan melonjak-lonjak keriangan apabila skuad bolasepak kita akhirnya berjaya juga menebus kekecewaan 0-1 tewas kepada Myanmar malam minggu lepas apabila berjaya mara ke pusingan separuh akhir untuk kali ke-4 selepas kali terkahir pada 2002.

Bagaimana corak persembahan skuad bimbingan Bertalan Bicskei ini sepanjang lebih kurang 95 minit perlawanan (termasuk masa kecederaan) tak payahlah aku nak cerita sebab aku percaya ramai yang mengikuti match semalam dengan penuh debaran. Apa yang nyata.. skuad harimau memulakan perjuangan semalam dengan mengharungi segala cemuhan dan ramalan peminat bolasepak negara yang nyata tidak menyebelahi Malaysia. Di bulatan sepak mula, aku melihat wajah Khalid Jamlus, Amri Yahya dan yang lain2 tampak cukup bersemangat sambil sekali-sekala menarik nafas dalam menahan gentar di jiwa. Kesian aku tengok kan.. mana taknya, di atas kertas, rekod pertemuan sudah jelas malam ini bukan milik Malaysia.

Walaubagaimanpun.. ledakan dan tandukan kemas Khalid melalui hantaran cantik daripada V. Saravanan pada minit 62 dan 64 menafikan kekebalan Thailand sekaligus mengembalikan maruah negara yang tercalar apabila kalah kepada Myanmar. Apa lagi yang boleh dikatakan.. serangan bertali arus skuad Malaysia yang diketuai oleh Rosdi Talib (Kapten) pada separuh masa ke-2, nyata membuatkan pemain2 Thailand bagai tak cukup nafas nak mengekang. Lambungan dan umpanan cantik daripada kapten, Norhafiz Zamani Misbah, V Saravanan membuat jentera serangan Malaysia sangat ampuh dan bertenaga. Jaringan awal Thailand pada minit akhir babak pertama nyata tenggelam dengan 2 jaringan pembakar semangat itu.

Syabas dah tahniah kepada seluruh ahli skuad bolasepak negara; tahniah kepada Syamsuri, Wan Rohaimi, Shukor, Khaironnisam, Mohd Ivan dan yang lain2. Korang memang superb!Tahniah kepada seluruh peminat bolasepak negara yang tak putus2 menyokong dan mengirim doa untuk kejayaan skuad negara. Kehadiran lebih 10,000 peminat bolasepak ke Stadium Bukit Jalil yang bersorak dan mengibarkan bendera Malaysia sambil menyanyikan lagu 'Inilah Barisan Kita' dan sesekali diselangselikan dengan laungan Malaysia Boleh, sungguh membakar semangat juang negara. Aku terharu sangat... Aku bangga giler!!

Cuma aku harap, biarlah panasnya sampai ke petang. Kalau sampai malam pun lagi bagus! Kalau mutu permainan semalam yang menjadi ukuran, aku ingat bertemu dengan Myanmar sekali lagipun bukan merupakan satu onar. Jumpa lagi di pusingan separuh akhir!!

Malaysia Boleh!!
Barisan Pemain Malaysia: Mohamad Syamsuri Mustafa(GK), Norhafiz Misbah, Wan Rohaimi Ismail, Mohd. Fadzil Saari (Mohd. Ivan Mohd. Yusof), Muhammad Khaironnisam Hussain, Rosdi Talib (Kap.) K. Nanthakumar, Mohd. Amri Yahyah, D.Surendran (V. Saravanan), Muhammad Shukor Adan, , Muhammad Khalid Jamlus.

.:Nota Tangan:. - Ter'bersemangat' patriotik sekejap aku! Hehehe...