Powered By Blogger

21 March 2005

Apala ASTRO nie!

Sekiranya korang penagih tegar televisyen... korang mungkin hendak berkongsi beberapa fakta dengan aku mengenai rancangan penampal ataupun dalam bahasa mudahnya rancangan yang diulang tayang beberapa kali semata-mata untuk mengisi kekosongan slot sekiranya ada:

+ Rancangan Phua Chu Kang, Senario the Series dan Konsert Karnival Sure Heboh (ulangan) adalah merupakan antara rancangan penampal paling popular sekiranya TV3 menghadapi masalah mengisi kekosongan slot.

+ Begitu juga siri-siri Fear Factor dan Maximum Exposure yang sentiasa mengisi kekosongan menampal kebocoran slot rancangan di AXN walaupun telah diulang beberapa kali.

+ Kalau korang bernasib baik, korang juga boleh mengulang beberapa kali menonton Dari Studio 1 (berbagai artis) sekiranya anda menonton RIA. Ada Siti Nurhaliza, ada Siti Sarah, ada Dayang Norfaizah, Ella, Flop Poppy, Ning Baizura, Raihan dan ramai lagilah!

+ Untuk rancangan TV1 dan TV2 aku kurang perasan sebab jarang tengok, tapi setakat yang pernah aku terperasan adalah mungkin juga rancangan Agro-Jurnal dan juga Hiburan Minggu Ini. *Mungkin korang boleh bantu part nie. Hehehe...

+ Rancangan-rancangan sitcom seperti Friends, Ed, Fraser, Everybodys Love Raymond dan beberapa lagi juga adalah merupakan rancangan yang sering diulang-ulang di channel 70, tapi rasanya tak sampai tahap rancangan penampal kot sebab masih ramai lagi yang minat rancangan nie (termasuk aku) walau diulang tayang beberapa kali.

Ada banyak lagilah.. tapi kepala aku penatlah plak nak ingatkan balik. Hehehe... Oh btw, kalau sesapa nak belajar 'kissing' ke, nak tengok pompuan seksi-seksi kee... mungkin korang nak marathon tengok rancangan di channel 16, 40, 41, 42 dan 70 di ASTRO... Hehehe.. giler babeng nyer tak cencored!! Macam-macam adaaa!!! Bila sekali sekala tertengok segan aku ngan diri sendiri..

Apalaa ASTRO nie!

.:Nota Tangan:. - Post sesaja nak isi masa lapang..

0 comments: