Powered By Blogger

14 March 2005

Penemuan & Projek Basah

*Seperti post aku di forum GJ.

Semalam...
Semalam aku sesaja bereksperimentasi dengan Sony DVCam aku...Aku setkan mode kepada night-vision.

Aku tutup semua lampu dan sumber-sumber elektrik yang ada sambil melilau-lilau dalam rumah untuk merakam sebarang aktiviti-aktiviti parnormal/pergerakan entiti kot-kot ada...

Saspen beb! Tak pernah aku rasa sesaspen nie... Dahlah aku sorang-sorang jee kat rumah.

Tiba-tiba...
Tiba-tiba lensa DVCam aku berjaya merakamkan sesuatu. Memang sah, aku dah agak. Musti ada sesuatu... Ada penemuan nie beb!

Aku rasa pelik, seperti ada sesuatu yang ingin disampaikan daripada penemuan itu. Kenapa dia pilih aku? Kenapa dia tak pilih Basrie ke, Cik Nana ke, E1 ke, ND ke (sekadar menyebut beberapa nama..). Kenapa aku?!

Namun aku tak sempat lagi nak proses rakaman DV tape tue lagi. Tak sabar-sabar aku nak balik rumah. Aku nak proses rakaman tue dan aku akan uploadkan di sini nanti.

Korang tak caya ehh? Aku tak kelentong maa... Tunggu!!
***

Oh yaa.. amacam ahli-ahli GJ lain yang masih dan terus bersemangat nak gi Projek Basah nanti. Panas lagi tak? Perlukan 'api'? Nanti malam sikit, aku kasi boost itu sumbu kasi berapi balik!!

Makin lama aku dalam GJ nie, makin banyak yang aku kenal manusia-manusia yang bernama 'BLOGGER' nie..

Betullah kata korang, ada yang cakap berapi kat dalam blog, YM dan forum, tapi bila tiba masa komitmen dan penglibatan ahli-ahli ditagih. Dia senyap...

Ada yang sekali-sekala muncul dalam forum, YM dan begitu low-profile di blog, tapi begitu aktif dan memberikan kerjasama jitu dalam sebarang aktiviti GJ... Demi untuk melihat GJ terus maju ke hadapan. Tak kiralah aktiviti GJ apa pun, lantit ke, kelawo, menduging ke, futsal ke, memanah ke, bowling ke, piknik ke...

Sayang sangat RM90.00 tue? Alaa.. kalau korang tak join Projek Basah nie pun, abis gak RM90.00 tue. Tak ke mana... Percayalah cakap aku!! Huahuahua...

Kejamnyerr... aku!! :p

p/s: Amacam aktiviti pra duging, jadi tak? Aku dah berkobar nie... Ahaks!!

.:Nota Tangan:. - Tunggulah pembongkaran melampau aku malam ini... Hahaha...

0 comments: