Powered By Blogger

29 March 2005

Entri Tertangguh ~ GT4

*8.05 mlm{28.03.05}

Santai betul rasanya bila dapat duduk bersandar depan tv sambil melunjur kaki. GT4 kejap di tangan. Biasanya bila aku dah mula mengadap GT nie, memanglah aku dah tak ingat sekeliling. Sebab tue lah aku sengaja taknak baca masa kat pejabat. Kalau tidak alamatnya tak jadi kerja aku.

Buletin 8.00 (tv3) langsung tak menarik minat aku. Mak di sebelah leka melipat. Sekali sekala mak bersuara memecah kesunyian bertanya tentang itu dan ini. Aku jawab sepatah dua. Masih lagi tekun menatap GT4 yang masih panas. Baru terima pagi tadi.

Hurmmm, terasa semakin mantap. Bukan sahaja banyak artikel humor yang menggaru buah pinggang dan menggeletek ketiak bahkan cukup padat dengan pengajaran dan tips-tips kehidupan. Namun mungkin disebabkan penyumbang-penyumbang artikel kali ini ramainya terdiri daripada 'orang-orang lama', jadi mode funky dan groove nya sedikit kurang. Lebih kepada pop yeh yeh dan a-go-go. Heheheeee. Tapi layann beb!

Suasana sunyi bila masing-masing melayan perasaan sendiri. Tiba-tiba berderai ketawa! Aku bergolek-golek menekan perut.
"Apasal nie?", Mak aku bertanya pelik.

Aku bacakan artikel 'Jelingan Ayah' nukilan saudara Nordin. Aku bacakan bait demi bait. Biler sampai part Abang Nordin (masa kecil-kecilnya) memasukkan semula kain pelikat tok imam tue di celahan punggung semasa sedang sembahyang, aku dan mak tak boleh tahan. Bergema lagi ketawa seisi rumah.

"Pasnie, mak nak pinjam buku tue yee?!", hurmm
"Ok!", betapalah GT boleh memesrakan 2 jiwa!

0 comments: