Powered By Blogger

12 March 2005

Diari Bakal Pengantin Pt 1

{08.03.05}
Selepas waktu keje, window shopping dengan Najah.

Najah sudah berkenan dengan sebuah gelang jenama Kong Wah (wakaka...) di TESCO. Baru usya, belum nak beli lagi.. :)

{09.03.05}
Sibuk membuat keja-keja last minute nak approvekan design kad jemputan kawin aku. Menjelang petang akhirnya selesai jugak.. Tunggu untuk dicetak. Dalam 10 hari insyaAllah siaplah...

{10.03.05}
Membeli beberapa lagi barang untuk dijadikan hantaran kami.

Minggu lepas, (hari semasa sesi lantit) kami berkesempatan membeli barang-barang seperti perfume, kasut dan jam tangan semasa shopping di Midvalley.

So cadangnya masa nie nak lengkapkan apa yang tak cukup lagi. Tapi memasing baru balik kerja. Otak letih dan badan penat. Shopping pun shoppinglah juga walaupun kesudahannya barang aku tak berbeli, Najah jee yang sempat menyambar sebuah wallet.

Kemudiannya kami berkejar ke TESCO. Sebab kat TESCO tue ada Kong Wah, kedai emas yang kami dah usya beberapa hari lepas. Hangus RM1000++ aku buat beli gelang angkara tak puas hati sesi bershopping tak berjalan seperti sepatutnya... Hehehe...

{11.03.05}
Kad jemputan Najah dah siap. Tengahari merengek soh aku datang hospital nak tunjuk kad jemputan dia yang baru siap tue.

Cantik kadnya, simple dan comel!

Kami duk bawah pokok yang redup dan nyaman barang beberapa minit sambil aku memuji kad dia yang cantik. Tersengih-sengih Najah suka (Akupun suka!).

Aku mintak satu, Najah tak kasi. Sebab katanya kad 2 keping tue (1 besar 1 kecik) buat peneman dia on-call malam nie.

"Kalau saya boring, boleh saya tengok kad-kad nie..", katanya.

{12.03.05}
Tengahari lepas kerja Najah ada sesi ber'Mustika Ratu' dengan ditemani kakak iparnya. Aku tak boleh ikut, sebab aku lelaki. Hehehe...

Nak service/overhaul body kot!

Aku balik rumah, bantai tidur sampai petang.. "Errrkk... adeh letihnya badan!".
----------

Sekarang nie musti Najah tengah nak qada' tidur. Dia post-call arinie... Kesian Najah!

.:Nota Tangan:.
- Sesekali, belajar gak ilmu-ilmu perkahwinan.. buat bekalan dunia dan akhirat...

0 comments: