Powered By Blogger

Happy Birthday Umi!

Upacara bergambar dengan cupcake sempena birthday makbear pada 4 Jan 2013

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Percutian yang tak dirancang di Colmar Tropicale, pada 16-18 Nov 2012

Disneyland Hong Kong

We made it!! Hong Kong Disneyland 17-22 Nov 2011

Hari Raya Aidilfitri 2012

Huda asyik melalak je, so amik gambar pun lebih kurang je! Hehehe

Selamat Hari Lahir Waseem 2012

Sambutan birthday Waseem di Taska Permata. Cake Barney yang begitu menarik perhatian!

13 November 2004

Raya Dedication


Untuk ibu dan bapa tersayang, untuk adik-adik yang sentiasa di ingatan.. serta untuk Pian yang berada di Kobe, Jepun semoga selamat sejahtera dan gembira hendaknya.. Untuk tunang yang sentiasa di hati semoga kasih kita kekal abadi.. Untuk teman-teman seperjuangan, teruskan usaha dan lakukan yang terbaik untuk diri sendiri.. Untuk sifu blog yang dihormati.. Tok Rimau, Bluehikari, Jurnalalam, Fajaronline, Jongkat-Jongket dll.. Untuk colleague blog yang always cool, c^k, stador, afdzal, farid~jalan-jalan sepi, malique, op dll.. Untuk pengomentar setia goon, masy dll.. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

12 November 2004

Kita Hanya Merancang

Hari nie aku masih bekerja walaupun ramai di antara kita yang dah mula bercuti sejak semalam, bersambung dengan Deepavali. Aku terpaksa bekerja sebab nak cover staf² lain yang cuti. Takpelah.. biar aku berkorban sikit sementara aku bujang nih. Walaupun bekerja, sebenarnya dalam kepala otak aku ada banyak program/kerja yang aku nak laksanakan dalam tempoh masa yang kurang daripada 8 jam nie (sebab tengahari dah break hampir 2 jam setengah, solat Jumaat). Perancangan yang aku nak buat memang banyak sampaikan aku kena relax jap and note down sumer keje yang aku nak buat:-

Work to be done today..
#1- Format pc Abang Faizal
#2- invitationfor Najah’s open house
#3- Upload pics masa berbuka pose ke fotopages (which is very selowwww...)
#4- Hantar invitation card yang dah siap designed pada Najah
#5- Hantar motor servis
#6- Gunting rambut
#7- Beli juadah berbuka untuk Najah because dia on-call hari nih
#8- Beli pelita kat JJ untuk rumah
#9- Beli selai lagi shirt/ latest Exist’s cd (either or..)

Alhamdulillah sebenarnya hampir sumer daripada senarai tue aku dapat buat kecuali gunting rambut. Memang tak sempat giler! Rambut lak dah panjang macam rambut pontianak terbakar kena mercun. Hehehe.. Oh yaa.. actually satu lagi hajat aku ke JJ untuk beli pelita yang memang aku dah usya sekian lama pun tak kesampaian sebab dah habis. Kesudahannya aku merembat selai shirt warna merah (idaman aku tue..) ngan cd Exist terbaru (Peragon..) walaupun sepatutnya aku kena beli salah satu jerk sebab aku dah budget giler dah tue. Tapi sebab tension nyer pasal pelita dah sold-out, aku rembat dua²! Hahaha.. padan muka aku!!

Sampai rumah adik aku cakap kat Shopping Jasin pun ada gak pelita yang aku nak tue bahkan lagi murah. Dalam hati aku lega sebab separuh daripada budget pelita tue dah hangus kat cd Exist aku tadi. Aku pun apa lagi.. malam tadi gak aku pergi beli. RM2.90 jee satu. Padahal kat JJ RM3.90. Tue pun dah abiss, yang ada cumer yang RM5.90 dan RM6.90. Aku menjinjit dengan megahnya 2 plastik besar berisi 6 batang pelita idaman aku tue beserta anak² pelita yang lain daripada Shopping Jasin tue. Walaupun sampai sekarang nie aku tak pasangkan pun lagi pelita tue. Hampehnyerr.. aku!

Tapi sebenarnya bukanlah apa yang aku buat hari nie yang aku nak cerita saja² kat korang. Aku nak share kat korang apa yang aku rasa selama nie dan segala yang berlaku tadi adalah salah satu bukti bahawa keyakinan aku selama nie adalah betul dan tepat. Selama nie aku sangat percaya bahawa Allah tue maha adil dan bijaksana. Dia memberi kelebihan pada kita dan pada masa yang sama dia menarik beberapa kelebihan lain yang ada pada kita. Macam aku tadi.. kalau ikutkan, memang tak lojik jerk aku boleh selesaikan sumer list² keje yang aku kena buat tue hari nie. Tapi aku buat satu demi satu sampai sumernya selesai. Allah berikan kemudahan pada aku. Dia lapangkan jalan² raya yang aku sangka akan sesak, dia hijaukan lampu² isyarat yang aku sangka akan merah, dia turunkan harga yang aku rasa mahal pada mulanya dan dia keringkan laluanku walaupun sebelumnya hujan lebat giler. Segala puji bagi Allah.. Sebagai balasannya, Allah tarik sikit jerk nikmat pada aku, dia kaburkan pandangan mata aku pada pelita² yang aku nak beli sangat kat JJ tue. Dah habis sebenarnya... Tapi aku redha, aku rasa dah cukup banyak kelebihan yang aku dapat hari nie. Yang satu tue biarlah Allah beri pada orang lain. Sapalah yang bertuah dapat dapat pelita² tue yerk?!

.:Nota Tangan:. - Kita hanya merancang tuhan yang tentukan...

11 November 2004

The Reasons

It has been a few days away since my last entry. I Keep blaming and talking to myself that this is not good. Hehehe... Aku rasa tak sedap atiey. So aku ciptalah beberapa alasan untuk diri aku sendiri. Natijahnya.. terhasillah beberapa alasan yang menyebabkan aku tak update entry aku:-

Alasan #1
Pc kat pejabat aku kena virus. Sampai sekarang aku tak sempat lagi nak repair sebab there’s a lot of last minute works have to be done before this coming hari raya eve. Actually ada separuh kerja tue memang salah aku sebab tangguh²kan keje diorang and ada separuhnya diorang yang salah sebab memang last minute bagi aku keje. Biler aku tanya biler nak... Sumer kata nak hari nie! Tue yang aku bengang tue. Sometimes aku sound jerk.. aku cakap.. “Selalulah camtue.. nak hari nie, hari nie baru cakap! Bagitaulah awal sikit..” Yelah.. kepala otak kita nie bukannya macam limau boleh perah sekaligus idea² tue. Idea kalau nak datang dia datang. Aku tak bleh nak paksa..

Alasan #2
Aku dah bosan ngan layout aku nih. Takde mood nak tengok layout aku yang sama jerk. Feeling semacam jerk. Aku nak tukar layout baru yang simple giler nyer.. Warna putih jerk. Idea dan konsepnyer dah ada Cuma masanya yang takde. Tengoklah nanti kalau ada masa.. aku tukarlah.

Alasan #3
Mood hari raya.. Yee.. sekarang nie aku dah dalam mood hari raya. Bukanlah aku sorang actually. Aku tengok kat pejabat tue sumer dah happy semacam jerk nak raya. Keje pun dah malas nak buat. Kalau bos takde, duduk sembang² citer pasal kuih raya, baju raya, mercun raya... Buka makan apa, sahur makan.. Duit raya berapa nak bagi.. Hahaha.. samalah macam aku. Keje aku buat macam biasa, tapi slowlah sikit momentumnya tue. Dalam kepala otak aku nih tengah pikir nak shopping jerk! Nak beli baju, seluar, kasut (nie kasut keje sekali actually.. kasut hitam aku dah daif benor rasanya..) dan macam² lagilah. Untuk mak ayah aku lagi, Aku tak taulah nak beli diorang apa.

Alasan #4
Yang sebenar-benar memang aku dah malas. Aku nak lawan rasa malas aku nih. Kalau tak weblog aku nih akan berkubur seperti versi² weblog aku yang terdahulu. Actually my feeling is so damn the same like wutt i feel with my last weblog. Aku rasa macam malas jee nak online. Cuma yang bezanya.. aku ada kawan² yang rajin jenguk weblog aku nih macam goon, masy, ianx, alang, stador, afdzal, c^k (dan lain-lain yang aku tak sebut namanya tue)... yang menyebabkan aku sayang nak tinggalkan so that I can always keep in touch with them. Weblog aku nih ibarat satu medium perantara antara kitorang. Maybe it’s not quite effective but it’s oklah considering kitorang pun tak pernah nak tukar² phone number nak hantar sms and wuttsoever. Thanx dude!

Masuk citer lain lak.. 9 haribulan aritue.. hari Selasa, kitorang ada majlis berbuka pose ngan pengerusi lembaga pengarah kitorang kat hotel Eq. Biasa jee laa... Cumer yang best dapat duduk ngan kawan² yang sekepala.. so meriahlah table kitorang. Goon pun pegi gak, tapi dia duduk table lain. Aku malas nak citer banyak, kalau korang sudi, tengoklah gambar² kat fotopages aku. Cau cincau...

.:Nota Tangan:. -Hari nie nak shopping lagi ngan Najah! Yea.. yea..


Makan beb jangan tak makan.. Posted by Hello


Cuba teka aku yang mana satu? Haha... Funny! Posted by Hello

07 November 2004

Persiapan Raya


Suasana meriah di Jalan TAR.. Masjid India Posted by Hello

Ada orang.. persiapan raya tak lengkap kalau tak menyinggah Jalan TAR ataupun Jalan Masjid India. Ada orang.. tak dapat shopping lelama, dalam sekejap pun cukuplah.. nak ambik mood. Bagi kaum pompuan.. tempat nie ibarat syurga membeli-belah. Dengan kain baju dan tudung bergantungan di sana-sini, cukup untuk menjentik nafsu berahi kita beraksi 'saudagar kaya' di sana. Di kalangan orang tue termasuklah aku ngan Najah. Semalam kitorang sekali lagi menjalankan aktiviti tahunan kitorang iaitu menjadi pengunjung tetap jalan² berkenaan.

Perjalanan kitorang dari Melaka (lebih kurang dalam pukul 2.30.. lepas waktu kerja) tak sesesak yang kitorang bayangkan. Walaupun hujan turun renyai² (dan kadang² hujan kadang² tak) tapi taklah sampai menyebabkan jalan jem. Alhamdulillah... kitorang sampai lebih kurang dalam pukul 5 (aku bawak slow jerk sebab takde apa yang nak dikejarkan sangat). Kitorang jalan² sekitar Petaling Street.. Samapi waktu berbuka pun.. buka lebih kurang jerk sebab lewat malam nanti dah plan nak makan/sahur kat Kampung Baru. Lepas semayang Maghrib.. kitorang pun bertolak ke Jalan TAR/masjid India.

Sebelum sampai, dari jauh dah nampak kereta banyak parking di kiri-kanan masuk jalan, tapi bila sampai bebetul kat sana, takdelah sibuk sangat. Kitorang pun terperanjat.l. Aku budget, kawan² kita yang beragama Hindu mesti masih ramai lagi yang sibuk membeli-belah kat sana, tapi telahan aku meleset.. tak ramai pun.. ada laa 2 3 ketul. Agaknya diorang dah prepare beli awal² kot...

Kitorang kat sana sampai lebih kurang pukul 12 malam. Biler kaki dah lenguh.. biler jari dah rasa perit menjinjit beg plastik, baru reti nak carik jalan balik. Tue pun sebenarnya ada beberapa lagi barang² yang dalam list kitorang tak terbeli. Sebab dah penat. Aku beli selai seluar jean, sampin songket, butang baju melayu 2 helai seluar slack Docker tiruan hehehe.. Nak beli baju.. tak berkenan. Nantilah aku carik kat Melaka. Najah beli 2 helai baju kurung, tudung, kuih raya, jeans, baju melayu bapak dia (pak... hehehehe...) apa lagi eks.. ntahler.. aku pun lupa. Ada laa lagi 2 3 barang. yang pastinya banyaklah.. sebab aku yang tukang angkatkan!

Tapi secara keseluruhannya, kitorang sependapat, aktiviti malam tadi tak semeriah tahun² sebelumnya.. aku pun tak tau naper. Yang pastinya.. biler sampai Melaka, aku terus bantai tidur sampai buka. Hehehe...

.:Nota Tangan:. - Aku habis bak dekat RM300 malam tadi... Macam air...

05 November 2004

Not RM5 Polimer

Biler tiba musim² raya nie, sumer orang sibuk nak tukar duit raya kat bank ye dak? Ada yang nak tukar RM1.00, ada yang nak tukar RM5.00 dan ada gak yang nak tukar RM10.00. Berkepuk² dalam beg (termasuk ler aku.. hehehe..). Tapi tak taulah aku kalau ada yang nak tukar duit RM50.00! Bercerita pasal duit raya nie, korang tau tak not RM5 sekarang nie dah ada ‘pesen’ baru?

Sikit info untuk korang.. Not RM5.00 yang diperbuat daripada polimer ini telah mula dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia sejak 26 Oktober lalu. Walaupun ianya diperbuat daripada polimer, namun design, warna, saiz dan juga beberapa ciri² keselamatan pada not RM5 yang sedia ada masih dikekalkan. Cuma ada beberapa modifikasi yang dibuat bagi menjadikan ia lebih tahan lasak dan dilindungi oleh ciri² keselamatan yang lebih baik (ciri² yang dimaksudkan korang boleh tengok dalam gambar).

Antara kelebihan not RM5 baru (polimer) nie adalah ianya lebih kuat dan tahan lasak berbanding not kertas (sedia ada), nyah-kotoran dan water-proof, lebih hygenic dan meminimakan pertumbuhan bakteria (kiranya macam anti-bakteria jugaklah nie.. hehehe..) dan juga susah untuk di’klon’kan. Ada gak beberapa tips yang korang bleh ikut dan yang korang tak patut buat untuk memanjangkan jangka hayat duit nie. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web Bank Negara. Memang aku ekstrak maklumat nie dari situpun... ;)


1-Clear Window~ Cetakan timbul angka 5 yang kelihatan dari di dua² permukaan duit. 3-Cetakan Mikro~ Perkataan RM5 boleh dibaca dengan menggunakan kanta pembesar. 5-Cetakan Timbul~ Cetakan timbul pada wajah Agong yang boleh disentuh dengan tangan. Posted by Hello


2-Shadow Image~ Imej bangunan JPM yang boleh dilihat apabila dilihat dibalik cahaya. 4-Elemen See-Through~ Imej bunga raya akan memadani elemen bunga yang ada dibelakang not. 6-Non-Transparent Window~Logo Bank Negara yang dicetak dengan jelas dan terang di kedua² bahagian duit berkenaan (I'm sux in translating!!). Posted by Hello

.:Nota Tangan:. -Suka bau duit baru...


04 November 2004

Lega...

Fuhh.. lega betul rasanya. Hilang terus rasa gundah gulana di hati yang bersarang semenjak dua nie. Aku sebenarnya hari nie kena present versi laman web terbaru tempat kerja aku setelah menerima kritikan yang teruk dengan versi web site yang sedia. Sebenarnya takdelah teruk sangat apa yang ada tue, tapi tak ter’up-date’ sebab sebelum nie kitorang pakai vendor. Bistue vendor nie plak, asyik jee laa missing in action. Bila time aku nak suruh update jerk, time tuelah menghilang tanpa berita. Kalau nak tunggu diorang buat sampai dah berjanggut baru nak siap.

Last².. aku amik keputusan buat balik. Daripada aku kena bantai ngan bos aku... Akhirnya siaplah jugak. Nak tunggu untuk buat presentation kat para pegawai pun punyalah susah. Nak tunggu big boss aku free, 2 3 kali presentation nie kena tangguh. Tapi bila tiba mesyuarat pagi (mesyuarat pagi nia ala² mesyuarat pengurusan gak. Cuma bezanya dibuat tetiap minggu untuk memantau progress kerja para pegawai..) aku kena gak bantai sebab tak siap dan present lagi pada diorang.

Akhirnya 2 minggu lepas aku dapat gak block tarikh hari nie untuk buat presentation tue. Dan untuk makluman korang, semenjak arituelah aku tak lena tidur. Tidur sampai mengigau² kena marah ngan bos dan pegawai² lain. Kot²lah tak puas atiey ngan mutu website aku yang baru aku buat tue. Tak senang duduk beb! Risau aku masa tue teramat sangat.. tapi aku tak tunjukkan kat orang. Orang sumer tak tau.. Muka aku selamba jerk.. tapi pada Najah aku ceritalah.. bila dah citer ngan dia lapang dada sikit.

Pagi tadi ada mesyuarat pagi macam biasa. Dalam mesyuarat pagi tadi sekali lagi aku inform dan ingatkan pegawai sumer pasal prsentation petang nanti. Sejak saat dan ketika lepas abis meeting tue (lebih kurang dalam kul 10).. Perghh.. macam kucing mati anak aku.. tak tentu arah! Masa tuelah tekak aku rasa kering semacam.. pening, demam, sawan siput babi.. sumer ada! Tak caya tanya Goon. Hehehe.. sepanjang² masa daripada lepas mesyuarat tue sampailah lunch break tengahari dia memang ada jee tengok gelagat aku yang serba tak kena tue sambil menggertak² aku dengan soalan cepu emas dia. Tapi aku tabahkan hati.. aku redah jerk! Aku tau saat dan ketika tue akan sampai jugak. Buat apa aku nak lari² ye tak? Tak hari nie, esok lusa kena gak...

Pukul 2 aku naik bilik mesyuarat untuk nak preparekan apa² yang patut. Power point lak ‘trip’ (betul ke aku eja nie.. hentam saja laa..) Berpeluh sekejap, nasib baik Abang Bob ada meredakan keadaan dengan berpura² jadi ‘wayarman’ yang tak berlesen (tapi power) dengan test-pen kontot dia tue. “Aku nie takdelah pandai sangat pasal letrik² nie.. tapi pasal bateri tue taulah sikit².. “ Kata Abang Bob neberingai... Maksudnya bateri lampu suluh dialah tue. Hahaha... Godeh punya godeh dapat gak mengatasi masalah ‘trip’ tue. Thanx to Abang Bob.

Daripada kul 2 sampai 2.30 tue (presentation aku 2.30), rasa masa macam cepat jee berlalu. Tup² bilik mesyuarat dah penuh ngan pegawai² yang dijemput. Big boss akupun dah ada. Second boss jee tak sampai² lagi. Big boss aku suruh proceed. Menggigil jap masa nak start tue.. biler dah start cakap tak bleh berhenti. Aku cerita jee sebab taknak beri ruang pada diorang nak komen/mencelah. Selesai present baru aku tanya.. “Ada apa² cadangan, komen atau saranan tambahan?”. Berkepuk² jugaklah komen yang aku dapat (tapi sumer yang positif² jerk). Nasib baik Goon ada jadi secretary aku petang tadi. Dia yang catat sumer komen² tue. Yang bagusnya, masa terus berdetik ngan pantas sedar tak sedar dah selesai pun sesi presentation dan komen mengomen tadi. Mmmmm... lega giler!! Malam nie boleh laa aku tidur lena..

.:Nota Tangan:. -Panjangnya aku cerita, padahal intipati cerita sikit jerk! Hehehe...

02 November 2004

Kemeriahan Aidilfitri

Sedar tak sedar, kita sudah menghampiri sepuluh malam terakhir berpuasa di bulan Ramadhan dan samada kita perasan atau tidak Bulan Syawal semakin menghampiri. Maksudnya tak lama lagi masyarakat Islam di seluruh dunia akan menyambut ‘hari kemenangan’. Hari kemenangan kerana berjaya mengharungi dugaan dan cabaran berpuasa di bulan Ramadhan al-Mubarak, InsyaAllah...

Kemeriahan Aidilfitri semakin terasa... Petang tadi, kat pejabat aku meriah sangat! Kitorang menghias pejabat sempena Aidilfitri yang bakal menjelang nanti. Memang dah menjadi kebiasaan kitorang tetiap tahun membuat hiasan sikit² kat pejabat nie bila nak dekat² Aidilfitri. Tapi aku rasa tahun nie rasanya lebih meriah dari tahun² yang sebelumnya. Aku tak tahulah kenapa, maybe sebab kebetulan petang tadi 2² bos kitorang takde kat pejabat, mesyuarat. ‘Haruklah’ satu pejabat masa tue. Yang pose ke, yang tak pose ke, sama jee sibuknye. Hehehe... Tapi memang bestlah...

Cuma yang tak bestnyer.. aku terlupa nak keluarkan kamera aku awal². Dah 3 suku abis menghias baru aku teringat nak merakamkan saat² meriah + lawak masa kitorang bergotong-royong tue. Sorilah beb, gambar aku tak interframe sebab dah tentu aku yang amik gambar. Dan lagi satu, korang janganlah pelik kalau ko tengok sorang lelaki jee yang sibuk tertonggeng² kat dalam gambar tue. Hehehe.. sebab apa kat pejabat aku memang kekurangan lelaki. Ada aku, Abang Joe ngan Abang Zul jerk... yang lain sumer pompuan... tue yang kitorang asyik kena buli jee tue! Yang lelaki² lain kat dalam gambar tue kalau ada terselit² hanyalah pelakon pembantu yang kitorang tak upah untuk lalu-lalang kat situ. ‘Sigh’...

.:Nota Tangan:. – Rebutlah peluang Lailatul-Qadar bila nak masuk 10 malam terakhir nie. Jangan lupa doa²kan aku kalau ‘berkesempatan’ yee...


Kerja-kerja menganyam ketupat sedang giat dijalankan... Dari belakang; Abang Joe, Kak Aryati ngan Kak Ina. Posted by Hello


Sumer orang terkagum dengan mulut separuh ternganga (perhatikan Kak Ina ngan Kak Ernie)melihat ke'teror'an Abang Joe yang cuba melekap di siling ala² spiderman! Tudung hijau lumut.. Kak Ina, Tudung pink.. Kak Ernie, tudung hijau muda.. Kak Yat, tudung oren.. Kak Aryati. Posted by Hello


Anak² dara yang dah tak sunti dengan mak dara yang sedang bersiap² membawa ketupat ke pasar Ramadhan untuk dijual. Dari kiri; Kak Salmah, Kak Zaie dan Kak Yat... Posted by Hello


Hasil kreativiti kitorang.. sumer orang konpius, nie nak sambut Aidilfitri ke Deepavali! Hantam saja laa... Hehehe... Posted by Hello

01 November 2004

Kepenatan Melanda Diri

Dalam kepala hotak aku, macam² rasa nak tulis. Tapi keletihan badan aku mengatasi segalanya... Aku ingat nak bring-up isu yang tengah hangat sekarang nie (isu pasal Datuk SA laa.. apa lagi!), tapi tak berani takut SB (Special Branch) cekup aku lak nanti. Lagipun isu tue sangatlah tak berfaedah selain daripada aku pun turut berkongsi dosa umpat-umpit korang tue nanti. Hehehe... So malam nie, kita berehatlah yee.. Buat²lah mana amal ibadah yang patut...

.:Nota Tangan:. -Rasa macam nak 'senja' dah blog aku nih... 'Sigh'

31 October 2004

Diari Dr. ‘X’

Ini adalah kisah teman aku bernama Dr. ‘X’ (bukan nama sebenar). Dr. X sekarang adalah seorang Pegawai Perubatan setelah berjaya menamatkan pengajian selama 6 tahun (setahun matrikulasi dan 5 tahun pengajian di peringkat ijazah) yang memeritkan dan kini bertugas di sebuah hospital di selatan tanahair. Setiap hari Dr. X melalui rutin harian yang tak banyak berubah dan percayalah tidak ada perkara yang lebih menggembirakan selain daripada menanggal kot putih yang dipakainya dan pulang ke rumah untuk berbaring melelapkan mata.

Rutin harian Dr.X bermula sekitar jam 7.30 pagi setiap hari. Biasanya pagi² Dr.X akan review pesakitnya dari katil ke katil (jumlah pesakit tak menentu, kadang² ramai kadang² sikit) terlebih dahulu kerana sebentar lagi Dr. yang lebih senior ataupun kadang² Dr. pakar akan datang dan dia perlu bersedia dengan maklumat² pesakit di bawah jagaannya. Selesai review, baru nak melabuhkan punggung Dr. Senior dah datang. “Aduh.. baru nak relax, dah datang dah si cerewet nih” getus hati Dr.X. “Ok Dr., wutt happened to this patient?” tanya Dr.Senior tue dengan berlagak sekali. “He got leukemia and there’s big ulcer on his abdoment. The bp (blood pressure) is also very high.” Jawab Dr. X terketar². “Then, you know wutt to do rite?" Dr. X telan air liur, “yes dr”. “Aku taulah, dah tentu nie kerja aku tetiap hari!”.

Kerja Dr.X berterusan untuk 7 jam berikutnya. Cucuk tangan dan leher patient untuk amik darah dah jadi perkara biasa baginya. Ada cucuk sekali dah terus dapat, meluncur jee darah tue mengalir masuk dalam picagari, ada tue ‘terkencit²’ darah nak keluar. Kena cucuk tempat lain. “Aduh Dr...” patient merungut dan marah sebab dah naik hancur urat lengan, darah tak mahu keluar lagi. Dr.X pekakkan telinga. “Kalau nak layan rungutan patient memang tak siap keje aku nie karang”. Untuk seketika Dr.X tersenyum sendirian, teringat peristiwa lucu yang berlaku baru² nih. Agaknya patient dia yang sorang nie ‘Dr.’ jugak (penagih dadahlah tue). Habis hancur urat² lengan dan leher dia, dah takde tempat nak cucuk supaya Dr.X boleh amik darah. “Dr... tempat lain sumer dah tak boleh, Dr. cucuk kat ‘highway’ jee lah Dr.” patient cakap dalam keadaan separuh lalok sambil tue membuka sikit kangkangan kaki dia. Nasib baik Dr.X cepat tangkap maksud patient tue, panik sekejap. Rupanya patient tue suruh amik darah darah kat urat peha dia sebab dah takde tempat lain. Hehehe...

“Dr... patient bed 7 collapsed!” jerit nurse. Terkejut beruk Dr.X berlari ke tempat patient tue collapsed nak tengok² apa ikhtiar yang boleh dibuat. Perkara² kritikal macam nie memng Dr.X tak suka sangat... leceh, macam² boleh berlaku. Nasib baik patient tue takde apa². Kemudian, Dr. X pegi lak ke bed lain, nak buat prosedur ‘tebuk perut’. Selang 40 minit lepas tue, apek yang duduk bed 14 dah tunggu dah (walaupun apek tue pun tak suka nak tunggu) Dr.X nak masukkan wayar kat dalam kemaluan dia. Nak buat apa ntah, akupun tak tau. “Ish... dah lah tak sunat, lembik jee ‘benda tue’, macam mana wayar nih nak masuk” Dr.X lak merungut. Dalam keadaan dan ketika begini, Dr.X tak kisah ‘kalau benda tue’ tegak berdiri, senang jee wayar nak masuk. Alaa.. bukannya sebelum nie tak pernah jadi macam tue! Lantaklah apa orang lain kata, janji kerja Dr.X selesai. Macam mana ‘benda tue’ boleh bendiri, korang tanyalah patient tue sendiri.

Banyak lagi prosedur lain yang Dr.X kena buat nak korek dubur patient amik najis, nak cucuk hidung ke, tekak ke ataupun dubur ke sebab nak buat endoscope. Buat ultra-scan untuk scan otak laa.. Tue sumer yang Dr. kena mahir dalam masa yang singkat Kadang² botol darah pecah masa nak dihantar ke makmal, kena ulang prosedur amik darah tue walaupun baru 20 minit sebelum tue patient tue dah kena cucuk. Bantahan, rungutan dan maki hamun patient dah jadi lumrah bagi Dr.X. Dr. X abaikan jerk, Dr.X anggap maki hamun tue macam nyamuk jee yang terbang kat telinga dia. Tapi awas, jangan berani nyamuk tue nak ‘enjek’ , ‘pap!’ haa.. kan dah kena... Dr. X pun pernah naik ambulan nak hantar patient yang dah nazak pulang ke rumah. Dr.X memang cukup tak suka nak buat, sebab pertama kena naik ambulan (dahlah dia nie kaki mabuk), yang keduanya nak tengok keluarga si patient tue menangis sedih tengok mak, ayah atau sedara diorang yang tengah nazak tue. Hiba jee suasana masa tue. Kalau korang nak tengok? Dr.X kena gak hadapi.

Begitulah rutin Dr.X sampai ke petang. Rehat tengahari bukannya mcam kita 1 jam. Waktu pukul satu, gilir²lah dengan Dr. lain pergi turun makan, dah makan² terus naik wad. Kalau 15 minit, 15 minitlah waktu rehat dia. Petang kalau dah habis keje, 4.30 setengah tue bolehlah balik, tapi biasanya jam 5.00-5.30 baru boleh beransur... nak selesaikan dulu mana² patient yang perlukan rawatan segera. Sampai bilik (bilik asrama), buatlah apa² yang patut, sebab lepas maghrib nanti nak kena gi wad lagi. Pukul 10.00 atau 11.00 malam baru boleh balik dan melelapkan mata.

Besok, Dr.X on-call. Dr.X tak boleh balik bilik sebab kena stand-by kat hospital 24 jam. Daripada pukul 8.00 pagi besok sampai laa.. 8.00 pagi berikutnya. Lepas tue pun bukan boleh balik bilik, kene keja macam biasa sampai pukul 4.30 petang. Maknanya Dr.X bekerja straight 36 jam stand-by kat hospital!. Seminggu biasanya antara 2 ke 3 kali Dr.X kena on-call. Kadang on-call biasa, kadang pasif call. Pasif call tue maksudnya tak semestinya dia stand-by kat wad, dia boleh balik bilik tapi h-set kena sentiasa on kot² kalau ada kes. Kalau tak nanti nurse ngan operator claim Dr.X ‘uncontactable’. Nanti tak pasal² kena marah ngan pengarah. Tapi jangan korang ingat pasif call nie lagi senang, sebab pasif call nie korang kena stand-by untuk dipanggil oleh mana² wad (yang dalam posting kita laa) untuk kes, kalau on-call biasa tue untuk satu wad jerk. Tapi kalau Dr.X, pasif call pun dia tidur kat wad ataupun kat bilik ‘Dr. Atas Panggilan’ sebab lagi senang. Dah tentu memang tetiap malam ada kes, baik dia duduk situ jee...

Kehidupannya sekarang memang sama seperti sangkaannya sebelum ini cuma sebenarnya lebih susah dan getir. Memerlukan ketahanan diri (mental dan fizikal) yang tinggi dan sokongan yang kuat dari keluarga dan rakan². Kasar² Dr.X boleh dapat RM2600++ sebulan tapi dengan +-118 jam keje seminggu. Korang rasa berbaloi tak? Itu semua terpulang pada penilaian korang, ada yang sanggup ada yang tak sanggup. Kalau tanya Dr.X, dia memang lebih daripada tak sanggup! Dr.X sekarang dah makin kurus... selalu jee depress. Dr. X ingat lagi masa mula² keje dulu, tak terkira air matanya meleleh sebab kerja nie. Even sampai sekarang pun Dr.X kadang² menitik juga air mata. Tapi Dr.X terus tabah. Dr.X adalah idola aku dalam ertikata mencari ketabahan. Aku doakan Dr.X akan terus tabah untuk kini, esok dan selamanya...

.:Nota Tangan:. –Sekarang Dr.X dah pindah wad lain. Tak perlu keje malam. Untuk seketika bolehlah Dr.X amik napas lega. Berkat bulan Ramadhan kot. Alhamdulillah...

30 October 2004

Kerja Giler!

Aku baru lepas buat keje giler.. Tadi aku try apply new skin/layout for my up-coming weblog (ada ke?). Tapi nampak brutal sikit ahh.. Kalau nak tengok design tue KLIK SINI. Wutt do u all think? I really need advise rite now.. Kalau boleh aku nak buat multi-layout ikut mood semasa aku. For example.. kalau mood tengah jiwang lay-out lain, kalau tengah brutal lay-out lain etc.. Tapi nak kena explore lagi. Please.. leave ur comment ok. Kat sini boleh, kat weblog satu lagipun boleh. Thanx guys!

29 October 2004

Pesona Ikan Bakar


Sapa kata ikan bakar takde pesona?! Posted by Hello


Aktiviti sebelum menunggu waktu berbuka pose... Belek majalah pengantin. Hehehe...Posted by Hello

“Singgah bang.. kak..” Aku senyum. Aku melangkah masuk ke warung ikan bakar nombor 4 menonong terus ke tempat pilih ikan. “Bang, ikan nie (siakap saiz sederhana) sekor, belah dua sebelah masak sweet-sour sebelah bakar”. Sotong aku pilih yang besar² lebih kurang dalam 8 ekor… “Yang nie separuh masak goreng tepung, separuh lagi masak cili. Nak ketam tak?” Aku tanya Najah. “Boleh jugak tapi mahal laa… Alaa takpe setahun sekali jee kita nak rasa makan macam² camnie” Najah tersenyum kambing. “Oklah bang, ketam nie (aku hulurkan 2 ekor bagi kat tuan kedai) masak goreng tepung jugak”. Tuan kedai tue sengih.. “Sayur bang? Kangkung masak belacan” (favorite aku ngan Najah).

“Bang, duduk meja no.6 eh?”. Aisehh.. bengang jap aku. Aku pilih kedai dia dah cukup nasib baik. Dia plak arah²kan aku nak duduk mana. Patutnya aku ada hak nak duduk mana² aku suka. Tapi sebabkan mood aku tengah baik masa tue. Tak jadi aku nak melawan. Tapi aku ada tanyalah gak tuan kedai tue kalau aku duduk meja lain bleh tak? “Meja lain sumer dah ada orang bang.. belum sampai lagi”. Ohh bookinglah tue… Takpelah alasan diterima.

Sebenarnya kitorang memang dah 3 tahun berturut², sehari dalam bulan pose memang kitorang berbuka kat Medan Ikan Bakar, Umbai nie. Saja jee nak allocate personal time bersama. Biasanya tuelah sekali (ataupun 2 3 kali kalau kitorang gi kl) kitorang berbuka bersama. Kalau tak masing² berbuka kat rumah jerk. Lagi selesa buka kat rumah. Lepas buka boleh rehat jap lepas tue terus mandi. Takde berlambat² sangat. Kalau buka luar kan leceh. Tapi sekali sekala takpelah. Bukannya selalu, setahun sekali.

Maghrib masuk dalam pukul 7.00 (tak silap aku). Lawaklah jugak masa nak buka tue, semua saling pandang memandang antara satu sama lain, tak konfiden dah masuk waktue ke belum. Sebab takde radio, tv ataupun laungan azan daripada surau berdekatan. Tuan kedai tue kemudiannya kata “dah masuk waktu bang.. oh ok!” Aku buat muka konfiden.. baca doa pastue makan. Banyaknyee lauk. Alhamdulillah rezeki tuhan. Kitorang makan sampai kenyang sangat. Tuepun ada ketam sekor ngan sotong sikit yang tak abiss. Aku suruh diorang tapau. “Bang berapa? RM63.00 bang”. Aku hulur duit genap² pastue terus gi semayang kat surau berdekatan. Malam tue aku balik dalam keadaan hujan renyai sepoi² bahasa sepanjang perjalanan ke rumah.

Berakhirlah episode buka pose yang best (bagi aku laa…). Korang biler lagi, taknak merasa berbuka kat Umbai ke? Best beb… Aku promote kat korang kedai no.4 tue. Aku rasa boleh tahan masakan dia… Nak kasi ‘bintang’ (rating) ke? Takyahlah, hehehe….

.:Nota Tangan:. -Bersyukur atas nikmat Tuhan…

Taklimat Pemuliharaan & Pewartaan Masjid


Aku post gambar dulu. Nanti aku bagitau apa citernyer... Posted by Hello

Herm... puas aku nak curik² masa nak lengkapkan entry aku yang nih. Tapi aku takde masa. Busy buat preparation untuk taklimat tue besok. Dah lama aku tak rasa sebusy macam nie. Sampai nak buang air pun kena ala² 'fast n furious' gitu. Hee... Anw, sesikit maklumat pasal taklimat nie besok...

Kalau korang nak tau Negeri Melaka telah dikenali sebagai negeri yang bersejarah dan mempunyai bilangan masjid lama yang banyak. Untuk memastikan masjid² nie kekal terpelihara dalam fasad yang originalnya, masjid² ini telah diwartakan di bawah Akta Benda Purba 1976 oleh pihak Jabatan Muzium dan Antikuiti Kuala Lumpur.PERZIM telah mengambil langkah yang sama dengan mewartakan masjid-masjid tersebut melalui Enakmen Pemuliharaan & Pemugaran Negeri Melaka 1988 (Pindaan 1993).

Golongan sasaran taklimat ini adalah ahli² jawatankuasa masjid seluruh Negeri Melaka terutamanya kepada 55 buah masjid yang telah diwartakan tue. Ianya adalah anjuran Kerajaan Negeri Melaka melalui PERZIM dan Jabatan Agama Islam (JAIM). Antara objektif taklimat nie diadakan adalah seperti berikut:-
- Memberi pengetahuan kepada ahli-ahli jawatankuasa dan yang berminat akan
kepentingan Pemuliharaan & Pemugaran sesebuah bangunan
- Memberi pendedahan kepada ahli-ahli jawatankuasa teknik yang bersesuaian untuk pemuliharaan masjid/bangunan lama
- Memberi pengetahuan mengenai pengwartaan
dan perkara-perkara yang terkandung di bawah Enakmen Pemuliharaan dan Pemugaran Warisan Budaya.
- Memberi pendedahan mengenai usaha-usaha yang sedang dan akan dijalankan bagi pengekalan warisan di Melaka khasnya.
- Memberi pengetahuan tentang garispanduan pemeliharaan bangunan warisan di bawah Pelan tindakan MBMB
- Memberi kesedaran tentang kepentingan pengekalan warisan untuk generasi muda dan akan datang.

.:Nota Tangan:. - Aku bagitau nie bukan nak ajak korang datang. Saje nak info apa² event yang berlaku di Melaka.

27 October 2004

PC Plus Malaysia Mag-Review #1


PC Plus Malaysia Vol. 2 month of October 2004 Posted by Hello

Aku banyak keje sebenarnya hari nie. Tapi tengahari tadi masa aku tengah ‘nyetuk’ ngadap pc, black-out lak! Ciss.. hampeh betul! Aku tunggu nak dekat satu jam, takde lagi letrik. Tengok jam kat tangan dah pukul satu. Aku amik keputusan nak keluar cuci² mata kat MP sesambil tue boleh beli barang² keperluan yang agak² boleh capai depan mata.

Lalu kat depan MPH baru teringat bulan nie aku tak dapatkan lagi PC Plus aku. Minggu lepas aku dah beli CHIP, ingat nak beli dua² sekali (bulan lepas) tapi maklumlah dah hujung² bulan (masa tue gaji tak keluar lagi), tak jadi beli. Hari nie baru aku teringat, tang² tue gak terus aku sambar. Hulur not RM10.00 tunggu baki RM1.00, tutup mata, telan air liur dan blah jee dari situ. Sebab kadang² tue ada gak rasa ralat kalau belanja RM9.00 untuk sebuah majalah setebal 130 mukasurat nih. Tapi nak buat macam mana, ilmu tue lebih berharga dari segala²nya. Sekarang nie kecanggihan teknologi pesat membangun. Teknologi berubah dalam sekelip mata. Walaupun pc kat rumah aku nie Pentium 3 jerk, yang penting otak aku nih macam P4 10Gbt speed processor! Hehehe…

Isu utama PC Plus bulan nie adalah mengenai ‘Graphic Card’. Diorang test (buat perbandingan) antara 7 graphic card (gc) mana yang lebih bagus. Antaranya adalah gc ASUS A9250 (Gamer Edition), GeCube dan lain² lagi. Pilihan editor untuk bulan nie adalah GeCube dan ‘Best Performance’ gc plak adalah HIS Excalibur 9250 128Mbt. Kalau korang nak tau² macam mana diorang buat perbandingan nih korang kenalah baca sendiri (tak kose aku.. hehehe…).

Selain tue diorang ada gak bagi perbandingan antara motherboard² yang ada di pasaran. Perbandingannya termasuklah dari segi harga, features dan performance. Ada sikit² pasal ‘latest web authoring packages, pasal gadgets² terkini yang ada di pasaran, pasal games (Doom 3) dan juga katalog² pc, laptop, ipod, thumb drive, mp3 player, digital camera dan macam² lagilah. Memang giler babeng punya banyak kalau ko nak tau pasal market price benda² nih. Especially kalau ada yang tengah survey² nak beli pc/laptop tue, korang kena beli kalau nak tau. Di samping tue korang juga akan dapat CD yang mengandungi trial/demo software dan adware. Ada gak 2 3 software yang diorang bagi free (full version) dalam ‘Featured Software of the month’.

Kalau tanya aku, berapa yang aku nak bagi daripada 5 bintang, aku akan bagi 4 setengah. Tapi aku tau memang tak adil laa sebab bukan sumer orang suker magazine macam nie. So kepada sesiapa yang minat jee laa, Bolehlah pertimbangkan rating aku nih.
Rating aku-



Bulan November nih ada PC fair kat PWTC. Ada sesapa yang berhajat? Moh pergi... Posted by Hello

.:Nota Tangan:. –Aku review nie sikit² jerk. Kalau aku citer page to page, harus sampai besok tak abis. Padat sangat content dia… ;)

26 October 2004

Aku tak tahu...

Aku tengah 'hangin' giler sekarang nih! Aku rasa marah sangat macam sekor kambing kena simbah dengan air sejuk. Rasa panas jerk kepala otak aku nih. Walaupun kat luar tue hujan bukan main lebat lagi. Aku rasa macam aku tengah tak puas hati pada sesuatu. Aku rasa macam hati aku terpukul oleh sesuatu. Apa dia? Aku tak tahu...

.:Nota Tangan:. -Pada saat dan ketika ini, kaki terasa lebih baik daripada tangan. Apa... korang tak paham? Aku pun tak paham!

25 October 2004

Tersurat vs Tersirat Part 2

Berjumpa lagi dalam segmen 'Tersurat vs Tersirat'. Aku ingat senang nak cari gambar² untuk segmen camnie, rupanya susah woi! Pening laa gak aku nak dapatkan gambar² nih... Anw, entry kali nih malas nak membebel panjang². Enjoy the segment!


Apa yang korang nampak?~ Sebuah benda yang 'sophisticated' dan bercahaya. Melambangkan sesuatu yang eksklusif umpama arca... Posted by Hello


Apa yang korang tak nampak?~ Zooom out skit.. Sebenarnya benda tadi tue mentol lampu! Niehaa.. lampunya. Cantik kan? Posted by Hello

.:Nota Tangan:. -Berehat sebentar dari mengetik setelah 2 minggu 'berjuang' mempertahankan kedaulatan blog nih! 'Sigh'...

24 October 2004

3R- Rogol Temujanji


Among My Favorite Tv Series

Korang mesti tak tau yang aku nie pengikut setia rancangan 3R. Aku dah follow siri nie sejak musim pertama dulu. Masa tue host dia Rafidah, Yuen ngan Azah. Musim silih berganti... Rafidah quit sebab further study kat oversea dan digantikan lak dengan Tini. Mereka bertiga sampailah Yuen kluar hujung musim lepas sebab nak concerntrate pada family dan digantikan dengan Celina. Sekarang nie Azah plak nak further study and Rafidah masuk balik. So musim nie 3R di’host’kan oleh 3 orang host yang best iaitu Rafidah, Tini dan Celina.

Actually bukan tue yang aku nak ceritakan pada entry kali nie. Aku nak ceritakan mengenai salah satu isu dari 3R hari nie yang aku rasakan cukup menarik dan aku nak kongsikan dengan korang. Isunya bertajuk “Rogol Temujanji”. Sekilas pada mulanya aku pun tak tau apa maksud tajuk tue. Tapi biler aku dah tengok baru aku tau. Rogol temujanji lebih kurang macam satu kejadian rogol yang berlaku melalui pertemuan dengan seseorang yang memang kita kenal. Tak kisahlah, boifren kita sendiri ke, kawan chat ke, kawan kolej, kawan sekampung hatta kawan yang baru kita kenal kat cyber-cafe 15 minit sebelum tue. Janji kita kenal dia dan pertemuan itu berakhir dengan hubungan seks yang memang tak mendapat keizinan daripada pasangan kita (especially wanita). Haa.. biler kejadian macam tue berlaku, wanita berkenaan dianggap menjadi mangsa rogol kerana dia telah melakukan hubungan seks secara terpaksa walaupun temujanji sebelumnya berlaku secara suka sama suka.

Kejadian hubungan seks secara paksaan nie (rogol lah tue), boleh berlaku melalui beberapa justifikasi iaitu:-

i) Si mangsa telah menolak (tidak memberi keizinan) permintaan pasangannya untuk melalukan seks secara terang-terangan tapi kemudiannya di paksa melalui
kekerasan;
ii) Si mangsa berada bawah pengaruh dadah, ubat khayal ataupun alkohol (walaupun diambil dengan keinginan sendiri ataupun diberi secara diam²) kerana keizinan mangsa untuk melakukan hubungan seks tidak boleh diterima pakai kerana dia berada dalam keadaan separuh sedar;
iii) Si mangsa telah diugut dengan kekerasan ataupun ancaman terhadap keluarga mahupun kenalannya sekiranya dia enggan melakukan seks. Ianya dianggap rogol kerana keizinannya untuk melakukan seks atas dasar terpaksa dan;
iv) Sekiranya si mangsa berumur 16 tahun ke bawah, ianya juga dianggap rogol kerana gadis dalam lingkungan umur berkenaan masih dianggap di bawah tanggungjawab keluarga dan tak berhak untuk mengizinkan berlakunya hubungan seks ke atas dirinya walaupun dengan dasar suka sama suka.
So, kepada gadis² di luar sana u better be careful. Ingat...

i) Cinta tak semestinya melakukan hubungan seks;
ii) Jangan melakukan seks kerana rasa terhutang budi dengan pasangan kita setelah menerima hadiah ataupun pertolongan daripada mereka dan;
iii) Sekiranya bertemujanji dengan orang yang kita kenal, berjumpalah di tempat yang ramai orang dan jangan sekali² menaiki kereta mereka jika kita tidak yakin dengan mereka. Lagi satu maklumkanlah pada kawan² atau ahli keluarga kita sekiranya kita nak bertemujanji dengan sesiapapun samada kita dah lama kenal atau baru berkenalan.
Itu jee lah sikit² yang aku boleh kongsi ngan korang. Kalau ada di kalangan korang yang pernah menjadi mangsa pada keadaan seperti ini, don’t hesitate to teel the truth. Buat laporan pada polis ataupun rujuk dahulu pada WHO kalau korang was² samada benda tue rogol atau tidak. Aku respek ngan korang kaum wanita sebab tue aku ketengahkan isu nie. Aku respond ngan persekitaran aku dan sekarang nie aku nak relaks! Hehehe… Anw, 4 setengah bintang untuk 3R kali nie.
Rating aku-

.:Nota Tangan:. -Macam mana kalau pompuan tue tukar statement kata lelaki tue rogol dia walaupun pada mulanya dia sendiri yang nak buat atas kerelaan/kehendak dia…? ;P

Ekspo Perabot 2004


Sekitar ruang dalam pameran Posted by Hello


Model tetap aku! Jangan mare... Posted by Hello

Hari² minggu macam nie biasanya aku jarang duduk rumah. Kecuali kalau Najah keje.. Kalau dia keje alamat aku duduk kat rumah jee laa.. meng’organize’ mana² yang patut (terutama katil tidur aku) setelah hampir seminggu ditinggalkan. Tak pun basuh moto ke, siapkan keje pejabat yang aku bawak balik rumah ke. Apa² jee lah yang boleh. Kalau tak pun tengok tv.

Disebabkan Najah tak keje hari nie, kitorang pergi Ekspo Perabot kat MITC, Ayer Keroh. Ekspo nie berlangsung dari 22 Oktober sampai 30 Oktober kalau tak silap aku. Actually Najah yang beria² sangat nak pergi dari aritue. Aku ikutlah jee lah. Janji tak balik lewat, sebab badan aku rasa letih semacam lah plak minggu nie. Keje pun banyak yang aku bawak balik rumah. Konon²nya nak buat, tapi tak siap² lagi. Arakian biler dah sampai sana, ntah apa yang silapnya aku pun tak tau. Najah ‘muncung’ jee memanjang. Aku pikir² gak kot aku ada salah cakap ke apa... Kot² aku selebet sangat ke arinie sampai dia ber’reaksi’macam tue. Agaknye dia bad mood. Penat gak keje macam aku. Tambahan pulak bila dia tau gaji aku dah keluar hari nie, gaji dia tak kluar² lagi (aku buat hipotisis sendiri). Agak² jee.. Kat sana, aku cuci² mata jee sebab takde perancangan nak beli apa². Najah sambar satu karpet kecik, katanya nak buat alas kat bilik tidur dia. Explorasi kitorang akhirnya terkandas kat booth HSBC. Najah nak buat kad kredit. Aku ikut jee.. Tak menghalang sebab aku rasa dia pandai manage duit dia sendiri. Lagipun dia memang ada bagitau aku yang salah satu daripada impian dia nak kad kredit sebelum ataupun masa umur dia 25 tahun. Tahun ke-25 baru dia yakin dia mampu nak ada kad kredit sendiri. So biarlah dia buat.

Overall.. ekspo nie biasa² jerk. Daripada 5 bintang aku kasi 3 jerk. Takdelah banyak sangat barang. Tapi setakat barang² yang ada tue boleh tahan cantik dan murah². So kalau ada yang boring tak tau apa nak buat bulan² pose nie, gielah survey apa² yang patut. Kalau ikut aku banyak benda yang aku nak beli. Tapi kalau ikut status kewangan semasa, bak kata orang ‘man²’lah dulu. Hehehe.. Aku ada snap 2 3 keping gambar. Sekadar untuk korang nak dapat gambaran tentang ekspo tue. Kalau nak tengok boleh tengok kat Fotopages aku. Selamat berhujung minggu!
Rating aku-

.:Nota Tangan:. – Ekspo macam nie bukan ada selalu...

23 October 2004

Cinta USB


Apa guna posessi juga posisi tanpa USB di sisi... Posted by Hello

Aku seperi biasa dengan rutin harianku; berteleku di depan komputer memerah kepala nak keluarkan idea apa yang aku nak ceritakan pada korang. Dalam aku mengerut² dahi tue, aku terpandangkan segumpal wayar berlonggok kat atas meja komputer aku. Semak aku pandangkan tapi aku tak boleh nak buang atau ‘ketepikan’ sebab itulah nyawa aku dan nyawa komputer aku. Wayar² tue ibarat urat² nadi dan darah yang mengalir dalam tubuh manusia. Manusia tak boleh mati pun kalau putus salah satu urat tue (kecuali urat yang sambung kat otak tue laa..), tapi rasa macam tak lengkap. Samalah jugak dengan wayar² tue... Oh wayar USB (Universal Serial Bus)! Hehehe...

Komputer aku nie komputer tahun 2000. So dia punya USB port tak banyak. Kalau tak silap aku ada 2 lubang jerk (kat bawah lubang PS2 mouse ngan keyboard). Tue pun USB port version 1.0. Sekarang nie dah version 2.0 kan? Jadi disebabkan aku nie memang kalau bekerja, sangat² memerlukan perkakasan² macam scanner dan printer. So mana cukup dua lubang tue, masuk speaker ngan multimedia keyboard jerk dah tak tahan. So untuk nak mengatasi masalah nie, aku beli USB hub (macam dalam gambar tue laa.. tapi yang lain, dah rosak pun). Masa tue aku tak tau lagi (bukan tak tau.. taknak amik tau!) bahawa ada USB card yang kita boleh ‘slot’kan kat PCI slot kita. Bolehlah nak tambah agak² lagi 4 port. So aku beli jee laa USB hub 4 lubang tue dan USB hub tue berbakti pada aku hampir 3 tahun sampailah baru² nie rosak dan aku gantikan yang baru. Yang agak² sama tapi tak sama sebab yang nie ‘encem’ sikit (aku dah malas nak beli USB card sebab aku rasa dia akan memberatkan CPU aku dahlah CPU aku memang sediakala slow).

Bila dah masuk tahun 2004 nie, aku rasa pengguna PC version awal 2000 nie dah kenalah berkira² nak tambah port USB kat komputer masing terutama ‘penagih² tegar’ era digital/multimedia. Sebab apa sekarang nie kebanyakan perkakasan komputer (terutama gadjet² digital) semua memerlukan USB. Sebab USB nie laju sikit ‘data transfering’ dia. Nak guna kamera digital pakai USB. Nak pakai webcam pakai USB. Handycam, optical mouse, sub-woofer, thumb drive (handy steno), bluetooth, infra-red adapter dan macam² lagilah. Even nak ‘sync’ kan PDA dan iPOD (mp3 player) pada komputer pun pakai USB. Tue tak termasuk external floppy, external CDR-W dan external HDD dah konpem pakai USB! Begitu kuat pengaruh USB pada kita ye tak?

So kepada sekalian ‘penagih tegar’ era digital/multimedia (merujuk baris ke-3 perenggan ke-3) di alam mayapada nih, kenalah mula berjinak² dengan ‘lubang keramat’ nie. No way out, take it or leave it! Belajar bercinta dengan USB, kelak korang yang rugi. Korang akan menyesal.. jangan biarkan diri korang diselubungi misteri! Hahahaha (ikut intonasi seram)... Ehh.. dah siap pun entry aku untuk malam nie!

.:Nota Tangan:. - Kepada sahabat² yang tak familiar ngan perkataan² yang aku sebutkan, sila abaikan. Ini hanyalah sebuah ‘bebelan’.

22 October 2004

Cerita Hari Jumaat


Masjid Al-Azim, Melaka Posted by Hello

Aku nie takdelah arif sangat pasal agama. Walaupun amalan aku tak seberapa, sekurang²nya aku cuba untuk kurangkan dosa yang aku tanggung. Hari nie sembahyang Jumaat tajuk khutbahnya “Bersederhana di Bulan Ramadhan”. Isi²nya aku taklah ingat sangat (aku mengaku aku berkhayal jerk masa khutbah tadi ;p) tapi ada laa sikit² menyentuh mengenai banyakkan ibadah (termasuk solat terawikh) dan bersedekah di bulan Ramadahan. Jangan boros bahkan bersederhana sewaktu berbelanja dan ada laa lagi tapi aku dah tak ingat.

Aku selalu semayang Jumaat kat Masjid Al-Azim (Masjid Negeri laa tue). Aku tak tau apsal aku suka semayang kat situ. Kawan² aku ramai yang tak suka semayang kat situ sebab kononnya ramai orang. Bagi aku orang memanglah ramai tapi sesuailah dengan saiz masjid tue yang besar ‘gedabak’ tue! Tapi sebenarnya selesa sembahyang kat situ. Tempat wudhuk luas, toilet pun banyak dan bersih. Tak pernah plak aku gi toilet kat situ jumpa ‘sub-marine’ terapung.

Tapi yang paling syok biler aku tengok student ramai² naik bas nak pergi semayang. Sekarang nih dah tak ramai paling ada budak KYM. Kalau masa zaman aku sekolah dulu ada budak² sekolah MOZAC, budak Munsyi, budak KYS, budak teknik dan termasuklah kitorang budak Sultan Muhamamd. Hehehe.. teringat masa dulu kalau nak gi semayang Jumaat, bertolak² sumer nak naik trip last (dahlah naik bas kilang yang warna biru tue!). Tapi kalau masa nak balik, berlari². Yang senior ke yang junior ke, sama jee. Sumbat satu bas ramai² macam sardin. Sumer nak balik cepat² sebab kalau hari Jumaat makan best woo kat dewan makan asrama. Kalau lambat habis. Kadang² kitorang di’pekena’kan dengan nasik ayam, nasik beriyani, nasik tomato (aiskerim pun ada, paling bangsat pun buah epal). Fuhh.. sedapnyer makan masakan orang² indon dewan makan tue kan kawan²? ‘Sigh’…

Untuk sahabat aku yang beragama Islam aku ada masukkan sikit info² berkaitan untuk maklumat dan perkongsian bersama dalam blog aku nih. Orang sibuk berkata ‘tanggungjawab sosial’ sana-sini. Inilah sumbangan aku untuk korang. Sekurang²nya biler surf blog aku nih, teringat laa sikit nak semayang ye tak?!

Aku mintak maaf sebab buat sementara waktu, ruangan ‘Mu’min Info’ tue aku letak jauh kat bawah. Aku tau kurang sesuai tapi aku ada masalah nak menyesuaikan coding dia dengan coding template aku. InsyaAllah kalau aku dah tau nak adjust nanti aku naikkan ke atas.

.:Nota Tangan:. -Aku manusia biasa…

Sleepy Entry

Huwarghh... Sangap seh! Semalam aku tidur menggila. Daripada pukul 9 malam sampai sahur. Habis semua aku langgar. Akupun tak tau apasal aku ngantuk sangat semalam. Nak kata aku letih keje tak tau lah plak. Agaknya semalam sebab hujan lebat kot. Aku balik semalam pun sepanjang jalan hujan. Sampai naiklah air kat area² rendah kat kampung aku tue. Takpe, hujan tue kan rahmat.

Semalam kat opis aku borak² dengan Abg Goon. Dia minat betul dengan blog² nih tapi tak reti nak buat. Aku katalah nak buat blog nih senang jerk. Aku pun offerlah kat dia kot² kalau dia nak aku buatkan simple template untuk dia. But he resist. Maybe dia rasa dia belum bersedia lagi kot nak menceburkan diri dalam dunia penulisan blog/jurnal nih. Tapi aku tau kalau dia start buat blog camnie mesti lagi best! Dia nie pun ahli forum/bahas jugak masa zaman sekolah² dulu macam aku. Kemahiran berbahasa dia memang aku respek. Yang paling penting, ada laa gak kawan² keje aku yang minat nak berblog macam aku nih. Goon pun ada sarankan kat aku supaya mengetengahkan isu² semasa dalam blog aku. Supaya kawan² boleh ‘comment’. Sebenarnya aku memang teringin sangat nak buat tapi tunggulah, sebab nak bring-up sesuatu isu nie memerlukan study dan info yang cukup. Barulah terasa bernas point² yang kita nak sampaikan tue.

Perbualan 30 minit kitorang seterusnya berkisar kepada penceburan awal aku dalam dunia blog nih. Kalau korang nak tau, aku dah start ber’blog’ nih sejak setahun yang lepas. Tapi masa tue aku nie jadi tukang baca jerk (ada orang panggil ‘stalker’). Aku minat baca blog student² Malaysia yang study kat luar negara. Sebab aku rasa best baca pengalaman² diorang berada di luar negara dan pengalaman study diorang. Daripada situlah aku kenal dengan Jurnalalam. Blog Jurnalalam nih sangat unik dan lain daripada yang lain. Blog dia sarat dengan puisi dan kata² indah daripada penulis yang berkisar kepada kehidupan dan pandangan beliau mengenai isu² semasa. Kemudian dari situlah aku kenal Tok Rimau (aku takyah citerlah pasal Tok Rimau, aku sure ramai yang dah tau kehebatan dia nih kalau tak tau gak klik kat sini), Nizam Zakaria Limau Nipis dan Fajaronline. Nie semua adalah blog² favorite aku.

Biler dah baca² blog orang, teringin lak nak buat sendiri. Aku mula buat sendiri sejak awal tahun nih. Tapi sekerat jalan jee sebab aku rasa aku menulis sorang² dan malu nak bagitau orang lain tentang kewujudan blog aku sendiri masa tue. Blog aku nih adalah yang keempat bagi aku. Aku harap blog nih bertahan lama. Kalau boleh aku nak teruskan budaya ber’blog’ nih walaupun sampai aku kawin sebab aku rasa benda camnie bagus dan aku suka share pengalaman dan buah fikiran aku dengan kawan secara tak langsung dari masa ke semasa. So my dear friend please bagi support dan datanglah sini selalu-lalu. Kalau korang suka baca ‘bebelen’ aku, datang lagi, kalau tak suka pun datang jugak. Hahaha...

.:Nota Tangan:. -Baru belajar nak menulis...