Powered By Blogger

28 March 2013

Pengembaraan Memburu Katak & Kodok


Jumaat petang yang lalu kami telah ke Muzium Alam Semulajadi di Laman Politik, Persint 15 Putrajaya utk melawat Pameran Katak dan Kodok oleh Jabatan Muzium Malaysia.

Sejujurnya inilah kali pertama kami ke Muzium Alam Semulajadi ni namun walaupun x tau jalan, Cik Garmin (aku panggil cik sbb suaranya pompuan huhuhu) berjaya menunjukkan kami ke jalan yang benar. Hehehe... Kami sampai lebih kurang 3.15pm. Dekat je, lebih kurang 20 min jee dari rumah kami.

Sampai di kawasan muzium terus parking, ada basement parking u!!! Parkingnya selesa dan banyak kosong. Sbb baru hari Jumaat, x ramai lagi orang yg datang. Apa yang menarik dari kawasan parkir ke pintu muzium ada disediakan laluan berbumbung lengkap dengan ram khas utk pengunjung berkerusi roda dan stroler kanak2. Cuma bila lalu jalan khas ni masuk dari tepi pulak. X pasal2 kami masuk free je memula tu sbb x jumpa kaunter tiketnya di mana. Sib baik kamudiannya ada sorang staff tu tegur n minta kami bayar sebelum balik di tingkat bwh.. Ohh btw ada lif jugak! Hahaha... Masa nak balik tu kami pun beli laa tiket, RM2 je utk seorang dewasa.

Secara ringkas pameran ni agak menarik gak. Walaupun ruang kecil dan jumlah kodok/katak yang dipamerkan xlah banyak (aku rasa dalam 8-10 ekor je) tapi dari segi penggunaan ruangannya, optimum serta dipenuhi dengan panel2 grafik yg menarik dan berinformatif, jd rasa berbaloi2 datang...

Aku rasa mesti ramai x tau apa beza katak dgn kodok. Sebenarnya kamipun x tahu! Macam beza kupu2 dgn rama2. Tapi bila datang sini baru tahu perbezaannya! Oooooooo.... Aku seronok mencari2 kat mana katak2 ni menyorok dan meng'camouflage'kan dirinya. Mmg menarik! Apa lagi moh tgk gambar...
Tiket masuk, selalu orang bayar tiket masa nak masuk kan? Kitorang byr masa nak keluar. Hebat kan? ;)
Kebetulan pulak, siangnya ada Sidang Media pameran nie.
Berlansung sehingga 22 April 2013
Beza antara katak dan kodok. Makbear kata senang citer beza pakbear dgn makbear! Hahaha
Katak/kodok dipamerkan dalam bekas khas seperti ini yang sentiasa perlu dilembabkan

Sempat lagi jengah kat bawah, ada tulang ikan paus!

Antara bahan pameran

Cuba cari di mana kataknya?!

Inilah dia katak bertanduk Borneo...

Puas cari katak nie rumahnya menyorok bawah tempurung! Ini kata beracun biru...

Katak pokok mata merah nie kalau x betul2 cari mmg x jumpa... nyorok belakang daun!

Grafik yang simple dan menarik

Koleksi katak2 yang diawet dan cara mengawet katak turut dipamerkan

Katak tanduk Cranwell. Aku sure orang yg jumpa katak nie nama Cranwell. :)

Mentang2 nama katak nie katak budget, duduk pun mcm kat hotel budget jee! Hahaha

Tak tau apa nama katak nie, katak betong kot tapi aku suka, macho!

Katak perut berapi! Macam beracun jee...

Ada sudut permainan dan tayangan video. Yang aku rasa sangat sesuai bagi family yang ada budak2. Muzium2 lain elok contohi...

Yeayyy!! Wafiy happy sebab puzzles dia dah siap!!!

Alkisahnya nielah dulu putera katak yang kena cium dengan puteri dari kepulauan jawa terus jadi jejaka gojes! Hahaha ;p

Katak peberet Makbear, katak sejati. Sejati, itu yang kau ucapkan.. bila janjiku genggam... bawah pohon kemboja!! lalala

Jeruk katak, sedia dimakan begitu sahaja! ;p

Inilah kodok, besar, gemuk, pendek, badan menggerutu dan berbintik. Hahaha

Mmg hobi kami bawa anak2 berjalan ke tempat sebegini untuk membuka minda mereka tentang bermacam2 keajaiban di dunia/ciptaan Tuhan.
Kitaran hidup katak!
Rangka katak gergasi!

Ada sekor katak terlepas!

Masa nie kami dah turun ke tingkat bawah, Muzium Alam Semulajadi. Pun ada tempat santai untuk kanak2 mcm nie. Best! Ikutkan hati dedi pun nak join!!!

Alololo omel kali. Huda cover sikit 'kecapangan'mu itu!

Rangka paus bryde yang dijumpai terdampar di persisiran laut Labuan pada tahun 2005
Bahagian lobi muzium ada panel besaq nie!

Tengkorak gajah laa pulak
Kanak2 mmg suka explore, bagi yang dah pandai membaca mcm Wafiy lagilah dia excited...

Tenggiling. Ada kisah disebalik nama haiwan nie. Ada orang nyaris2 ke'tenggiling'an lif. Hahaha

Sebelum balik kitorang dah kemas balik tau tempat kitorang 'dolek2' tadi. Ini semua 'rejim' yang telah diterapkan oleh Makbear pada anak2nya (termasuk aku) untuk sekian lama. Lepas main/guna, sila kemas seperti asal. :)

Jadi begitulah berakhirnya pengembaraan kami memburu katak dan kodok. Sapa yang belum pergi jangan lepaskan peluang nie. Bawa anak2, biar anak2 tau apa itu katak dan kodok dan mcm mana ghupenya katak tue membesar dari seekor berudu kepada katak. Jomm!!

2 comments:

fairus said...

MEMANG MENARIK PAMERAN NI BRO..

pakbear said...

Kannn....??? Aku citer tu yg rasa lg menarik tue! Hahsha