Powered By Blogger

31 March 2013

Tq ToysRus!

Semalam pergi ke ToysRus Alamanda selepas telinga dan hati dah cair dengar si Waseem nak keta kontrol... Keta kontrol... Dah lama dah dia minta, kononnya... Jadinya kami plan nak belikan je lah... Since besday dia pun x lama lg, kira merangkap hadiah besday lah nie...

Sampai2 je aku dah sound awal2, beli keta kontrol je jgn nk melencong ke tempat lain. Walaupun aku sendiri dah lama usha toys Ironman kat situ! Wakaka!!! Makbear suruh aku jd consultant dlm pembelian keta kontrol berkenaan, jadi akupun pilih laa yg bersesuaian dan apa yg penting memenuhi kriteria bakal owner nya. Hahaha...

Usha punya usha, kami jumpa laa keta kontrol yg berkenan setelah dilobi baik punya oleh aku! Tp yg bestnya Waseem pun lobi jugak, suruh beli dua utk abgnya sekali! Punyalah sayang Waseem kat abg dia. Nak main sama2 main, baru seronok agaknya. Untunglah abg Wafiy, menangguk di air jernih nampaknya! ;)

Ok, itu cerita beli mainan. Sampai rumah apa lg keja membuka laa kotak permainan, isi bateri dan main. Tp yg aku pelik apesal keta kontrol Waseem berpusing je... X jalan ke depan. Aku baca manual sepatutnya boleh. Masa aku tgh berpikir2 tu, "dedi arial kontrol ni dah patah", aduhai semanis kurma bunyinya! Hahaha well itu tragedi biasa bagi pemilik kereta kontrol bawah umur ni, Wafiy dulu brape banyak dah patah.

Anw hati dah berbelah bagi, aku rasa kereta ni kena hantar ToysRus balik nie, mungkin boleh ganti baru or setidak2nya dorang boleh repair balik. Tp bila mengenangkan arial pun dah patah (tapi aku dah lekatkan balik pakai selofen tape), kotak dan display form dia dlm tu pun dah masuk plastik sampah (actually plastik ToysRus tu yg telah dijadikan plastik sampah), hati aku dah 'goyang'... Dpt ke replace baru ni?

Sbb tu biasanya kalau patern aku lah yang bukakan kotak mainan budak2 nie, aku bukak baik2, tali2/kawat2, plastik, soft form bagai semua tok nenek yg dtg bersama kotak tu dan yg plg penting resit, aku simpan dulu sampai konpem mainan tu boleh guna dan puas hati baru boleh buang. Kalau x jadi mcm nie lah. X pasal2 aku korek balik plastik sampah tu utk cari balik kotak dia. Sib baik resit mmg aku simpan.

Mengenangkan kesian tgk kereta tu pusing2 je, jadi sbg org yg bertanggungjawab memilih mainan tu, ptg tadi aku gagahkan juga diri aku ke Alamanda (aku rasa bulan ni dah brape kali aku g Putrajaya) utk merujuk masalah yg timbul, plannya pas selesai urusan di ToyRus boleh laa g tgk belon udara panas (aritu g malam dah x banyak belonnya). Lagipun Wafiy mmg ada ckp mak tgk belon tu banyak2 pada waktu siang.

Yg bestnya bila sampai di ToyRus, akupun komplen pasal mainan tue, technician dorang check lebih kurang, terus ganti baru! Huhuhu... Alhamdulillah! Dengan arial2 baru ganti sekali... Inilah baru dikatakan servis yang terbaik, xde banyak songeh. Agak2 x ok je terus tukar, test sampai pengguna puas hati. Lepas tu ucap terima kasih, sila datang lagi. Haruslah aku dtg lagi dik... Lg pun aku mmg ada member card ToysRus.

Bercerita pasal member card ToysRus ni aku nak khabarkanlah sikit yang mana antara kelebihan pemegang kad ni, kita boleh dapat special discount on selected item (cr yg ada tulis member/hot item/ special mcm tue laa) mcm kereta mainan Waseem tu harga RM99.95 tp sbb member dapatlah RM79.95. Less RM20. Oklah kan? Pastu masa besday pemegang kad (termasuk isteri dan anak2) boleh dapat less RM30 bila tiba besday dorang, janji kena tgu dulu sms dr ToysRus dan kena pembelian lebih RM150 dlm 1 resit. Mcm mana nak dptkan kad nie kena tanya dorang, akupun dah lupa tp x silap aku kalau beli barang lebih RM100 kot boleh dpt kad tu.
Muka malu2 suruh bergambar depan ToyRus sbb ramai orang lalu lalang...
Yeay dapat replace with new set. Thanx ToysRus!

Kesimpulannya kita sebagai pengguna ada hak untuk tukar mainan kita yang kita beli dari penjual kalau kita rasa x puas hati atau rosak. Simpanlah resit, so kalau jadi insiden2 mcm nie resit tue amat berguna dan kalau nak beli mainan anak2 belilah dr penjual yg bertauliah, huhuhu... at least kalau beli kat ToysRus nie, kalau rosak tue boleh laa ganti... kalau mcm aku beli kat My**n dulu, dah laa baru maian 2 3 jam dah rosak, nak g tukar balik pun malas bila pikirkan masa beli tu pun org tue mcm nak xnak je layan kita. Ingat ye Wafiy, Waseem.... jgn beli mainan kat situ. :)

p/s: Plan nak g tgk hot air balloon dibatalkan sebab hujan lebat siap ribut petir lg. Kecewa aku tahun nie...

Sent from my iPhone

2 comments:

fairus said...

BESAUNYA KERETA KONTROL DIA.. MESTI BEST MAIN..

pakbear said...

mestiler best! hahaha...