Powered By Blogger

30 April 2013

Penipuan yang Merugikan

Last week di sekolah agama Wafiy ada jualan buku lah kononnya...dari title yg ditulis di kertas order, aku dh agak dah ni buku cikai2, buku yg tidak berfaedah maksudnya tidak membina pemikiran dan minda tapi sebab Wafiy nak sgt buku Transformers dan Naruto, aku ikutkan je lah..Harga setiap buku rm3, so rm3x2= rm6. Disebabkan tak kuasa nk mencari duit rm6 secukupnya, aku pun bagi rm10, dengan anggapan Wafiy akan menerima baki rm4...

Pd petang kejadian, ketika aku ambil Wafiy pulang dari sekolah agama, Wafiy memberitahu, tadi masa nak beli buku2 yg berkenaan ada seorang abang Darjah 5 tolong belikan buku2 tu..aku tanya kenapa Abg tu tolong, Wafiy kata abang tu yg nk tolong...so aku pun tanya Wafiy, mana duit bakinya? Wafiy kata takde...aku pun siaplah suruh Wafiy buat kira2 sendiri..rm10-rm6=rm4..so mana rm4 itu...of courselah Wafiy tak bole bagi jawapan mana terbangnya duit yg mungkin telah disonglap oleh Abang darjah 5 yg kononnya tolong Wafiy beli buku tu or sebenarnya duit baki memang tidak dipulangkan oleh penjual yg baik hati tu....aku kecewa...amat kecewa...

Aku perasan ini bukan pertama kali ada peniaga2 yg berjualan samada di kantin sekolah Wafiy mahupun gerai2 yang berjualan di kawasan sekitar sekolah Wafiy cuba ambil kesempatan dari ke'blank'ngan anak2 kecil ni...mula2 dulu aku dan pakbear pasan walaupun harga makanan di sekolah Wafiy ada yg berharga rm1.50 dan bersen2 di hujung angka2 itu tapi Wafiy tidak penah pulang ke rumah dengan baki sen sen itu..ok, selepas menerangkan pada Wafiy tentang peri pentingnya dia meminta duit baki maka perkara begitu sudah tidak berlaku....cuma yang aku kesalkan dan aku simpulkan bahawasanya sekiranya budak2 macam Wafiy tak mintak baki, maka mereka peniaga tak pulangkan lah baki...tidak berusaha memulangkan...ok, maybe murid ramai sangat, so dorg tak sempat nak cam mana murid yang bayar terlebih tu...hmmm...aku boleh katakan aku tak terima alasan tu sebab bagi aku duit itu adalah duit orang...korang tak pulangkan baki maknanya korang ambil duit haram....so kena lah usaha pulangkan duit anak2 itu...dan aku yakin mereka bukan baru berniaga sehari dua di kantin tu....takkan takde mekanisme yang bole difikirkan untuk mengatasi masalah tu..jangan bagi alasan..aku tak terima alasan..hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih...

Ada lagi satu kejadian, Wafiy nak beli aiskrim kon...aku biasa2 nya akan menyuruh Wafiy pegi sendiri je beli..sebab pakcik jual aiskrim tu park motor aiskrim dia tu kat tepi sekolah Wafiy je..tapi pada suatu hari tu, aku saja nak berjalan2 di luar kereta dan follow Wafiy beli aiskrim..so dah aku yg ikut, makanya aku lah yang nak bayar..dan sambil berjalan ke arah pakcik tu, aku tanya Wafiy aiskrim tu berapa ringgit? Wafiy kata rm1...heh!! Dan bila aku nk bayar, aku sengaja tanya berapa ringgit ye? Pakcik tu kata rm0.50...erk!!!! Tak ke berbeza tu rm1 dengan rm0.50...so selama ni anak aku bayar rm1 untuk aiskrim tu...dan samada pakcik tu yg sengaja tak pulang baki pada Wafiy sebelum ni or Wafiy yang lupa mana duit baki tu or mungkin pada hari tersebut pakcik tu buat sale less 50%...;p

Aku emo?? Duit aku kan...rm0.50 pun kalau darab dengan 10hari dah bersamaan rm5 tau...lepas duit makan tengahari aku....nasib baik aku ni skrg agak sopan..kalau ikut jiwa panas aku ni, ada aku buat surat komplen kat sekolah..dan juga pada JKKK kampung tu...tunggu je lah bila angin mengamuk aku ni datang, puting beliung le jawabnya...;D

*kejujuran dan kepercayaan itu amat penting, sekiranya anda tidak dipercayai lagi, jangan salahkan orang lain, tapi salahkan diri sendiri...kenapa suka menipu dan merosakkan kepercayaan orang terhadap anda..;)

4 comments:

Masy said...

itu baru anak ko, anak org lain dah berapa ramai jugak yg kena. kali dgn seminggu, sebulan. nak cepat2 pegi naik haji kot dorang ni. elok sangatlah makan duit haram tu.. syabassssssss

fairus said...

PARA PENIAGA SEHARUSNYA LEBIH BERTANGGUNGJAWAB..

Anonymous said...

Duit haram yg diambil...jadi darah daging utk ank2...Nauzubillah...

Maria Qiptiyah said...

Makcik kantin sekolah pun buat mcm tu ker? Adehhhh...