Powered By Blogger

12 March 2013

Syasha Injek Montot

Hurm sangat jeles sbb tengok Makbear bermaharajalela menaip entri di blog nie skrang. Hamboi3x!!! Huhuhu... Bz sikit laa skrang ni, almaklum ada 2 3 job yang still on going, tp dah nak selesailah kekdahnya... Tp lepas tu aku mcm dilanda keletihan tahap melampau pulak. Kenapa ntah, agaknya sbb lately selalu stay up buat kije kot... Aku ni pulak mmg well known not a multi tasking type of person.. Kalau buat satu keja tue, mmg hadap je lah sampai siap, bila kena buat 2 3 keja dlm 1 1 masa mulalah penyakit stress menyerang. Ya ya... I know, my bad! ;p

A lots of things happened recently tp aku xde kederat nak type kat blog, ada separuh makbear sempat cap n recap (thanx to makbear) n ada tu hanya berlegar2 je di kepala tp x terluah di blog. Huhuhu... almaklumlah fungsi blog kami ni kan utk mencatit segala memori berkaitan keluarga kami supaya nanti dah tua2 boleh baca balik, anak2 kamipun boleh baca kalau nak tau mcm mana perangai diorang masa kecik dan mcm mana perasaan kami dalam membesarkan diorang. Sebab tue lah tagline blog nie "Cheritera Kami-Sebuah Kisah Klasik utk Masa Depan." Cheewahhh!!! Hahaha...

Anw back to topic arini, well saja je laa nak citer sikit pasal aku bawa Syasha gi cucuk vaksin. Last saturday. Kedengaran gediks bukan?! Hahaha saja nk menggedikskan diri. Syasha ni dah mcm baby manusia. Pun nak kena injek vaksin. Basicly vaksin nie utk kuatkan antibodi je laa (sib baik x kena injek BCG mcm manusia tu, hahaha). Supaya kucing sihat dan x senang nak kena jangkitan penyakit. Which is kalau kucing tu sakit, kita sebagai penjaga ni pun easily can get the virus la also... So its some sort of self protection jugak laa bg kami dari segala penyakit berjangkit yg bakal dibawa oleh Syasha kelak dan begitu jugalah sebaliknya, since Syasha pun dah mcm ahli keluarga kami, share the family living area with us some more... 
Hari sabtu petang sambil ditemani oleh 2wau kamipun menjalankan misi membawa Syasha utk diinjek. Kami bawa ke Klinik Haiwan dan Surgeri Mesra. Klinik nie nampak okla servis dia, pernah keluar newspaper n tv (base on apa yg aku baca di bulletin board dia laa). The pet was handled profesionally by the vet. Kagum aku tgk Dr Nor Hidayah tu handle Syasha, cepat dan tangkas. Sekejap je Syasha dan diinjek dan diberi ubat cacing, x sempat aku nak snap gambar. Hahaha... Masa injek tu Syasha terjerit sikit laa, terkejut agaknya.

Anw sedikit info, kucing2 peliharaan ni dah boleh diberi vaksin apabila berumur 3 bulan ke atas. Lepas cucuk
kali pertama perlu diikuti oleh cucuk kedua right after 30 days, jgn lewat dari seminggu. Kalau lewat kena repeat balik vaksin pertama. And lepas tu setahun sekali... Kat klinik nie kos sekali cucuk RM35. Siap dpt kad perubatan lagi mcm dlm gambar di atas. Kat kad tu ada maklumat pasal kucing n rawatan diterima juga appointment utk rawatan akan datang. Kihkihkih lawak pulak rasanya... Anw bila baca kad tu baru tau Syasha tu baka DSH - Domestic Short Hair aka kucing kampung, gangster kampung dusun! ;p

Dr cakap biasa kucing akan demam lepas kena injek, aku tgk Syasha aktif je mcm biasa. Cuma memula tu rasa
badan dia ada mcm panas sikit laa.. Tp masalahnya x boleh mandi seminggu, masa aku hantar injek tu pun Syasha mmg dah lama x mandi, skrang aku tgk dia dah tergaru2 mcm beruk mat yeah dah! Hahaha kesian ko Syasha!

Sent from my iPhone

3 comments:

makbear said...

Amboi!! Asik cite psl makwe short hair dia ni je eh? ;)

fairus said...

HAI SYASYA.. BOLEH BERKENALAN.. :)

pakbear said...

makbear: aik manade... ;p

fairus: syasha kata sorry u r not her type.. ;p