Powered By Blogger

Happy Birthday Umi!

Upacara bergambar dengan cupcake sempena birthday makbear pada 4 Jan 2013

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Percutian yang tak dirancang di Colmar Tropicale, pada 16-18 Nov 2012

Disneyland Hong Kong

We made it!! Hong Kong Disneyland 17-22 Nov 2011

Hari Raya Aidilfitri 2012

Huda asyik melalak je, so amik gambar pun lebih kurang je! Hehehe

Selamat Hari Lahir Waseem 2012

Sambutan birthday Waseem di Taska Permata. Cake Barney yang begitu menarik perhatian!

12 February 2013

Kembalinya Syasha

Sesampai aje rumah dari kampung kira2 pukul 11 mlm tadi, Wafiy dan Waseem dan tanya, Syasha mana? Maklumler dalam kereta tidur, bila sampai rumah Bangi, dalam mamai2 tue sempat lg bertanya. Dorang ingatkan akan amik Syasha dulu di 'boarding place' sebelum sampai ke rumah.

Maka haruslah celik2 mata aje pagi td dan sibuk tanya bila nak amik Syasha? Aku tengah mengemas dapur dorang tanya, tengah basuh baju dorang tanya tengah mandi pun dorang tanya,
"Bila kita nak g amik Syasha", grrr geram pulak aku. Aku cakap kedai buka pukul 11, sabar, sabar sabar... Alahai anak2 dah rindu sangatlah tue pada Shasya.

Maklumlah 3 hari x jumpa Syasha, masuk hostel (pet boarding) sementara kitorang balik kampung cuti raya cina. Hehehe.. macam ngada2kan? 'sokati'lah!! Huhuhu.. kucing tue baru seminggu dengan kami, nak ditinggal2 je dlm sangkar kat umah, takut stress pulak, last2 k.o. Nak bawak balik kampung pun x berani takut terlepas lari masuk dalam hutan pulak atau dipicit2 oleh insan2 yg x bertanggungjawab. Cedera parah plak Syasha, banyak aku dah invest nih! Hehehe
Sampai2 kedai je 2wau (kulluhum nama Wafiy + Waseem) terus serbu 'boarding area' nak tengok Syasha. Syasha yang mula2 tengah bergosip dengan jiran sebelah teruslah x tentu arah!
Waseem excited sebab telah disapa manja oleh Syasha.
Dah x tentu arah dah Syasha nak minta di bawa baliklah tu! Huhuhu. Akhirnya setelah shopping beberapa barang keperluan Syasha, Syasha kembalilah semula ke pangkuan kami. Skrang ni tgh syok tdo dalam hammock.

Kadang2 aku terpikir jugak, 2wau nie dia suka sangat dengan Syasha sbb dorang mmg sayang sangat ke atau dorang excited jee dengan binatang2 peliharaan nie. Aku ada bela ikan dorang excited juga tengok ikan tu tp dgn Syasha nie tgk dorang bermain sampai terjerit2, Syasha pun layan jee. Lawak juga tengokkan. Makbear pun nampak suka melayan Syasha. Kesimpulannya aku pun x mendapat jawapan yang tepat cuma aku rasa sedikit sebanyak kehadiran Syasha mengubah juga lanskap kehidupan kami yang kadang2 masa stress tension je tengok muka satu sama lain, at least bila ada Syasha dan Huda, ada lah benda lain yang lg comel untuk nak dihadap. Hehehe

10 February 2013

Cerita Gong Xi Fa Cai


Happy Chinese New Year kepada semua masyarakat Cina di Malaysia. Walaupun aku Melayu namun kemeriahan menyambut Gong Xi Fa Cai turut dikongsi bersama terutama meminjamkan telinga utk mendengar letupan 'pertas' yang bersusun panjang dan mercun,  tengok tarian singa/naga (baru je tgk mgu lepas) dan tak ketinggalan juga limau mandarin yg sungguh tembam dan juicy itu. I loike!

Masa zaman kecik2 dulu time nak dekat2 raya cina nie kat tv banyak keluar citer Jackie Chan n Jet Li (aku pelik jugak kenapa time raya melayu keluar cerita sarkas pulak?! Hehehe). Ada satu peristiwa yang terpahat di ingatan berkaitan Chinese New Year (CNY) adalah bila aku dapat angpau. Tapi angpau nie istimewa sikit. Maksud aku, aku bukan dapat daripada pemberian org tapi aku jumpa tepi jalan. Hahaha... Ye aku jumpa tepi jalan masa baru balik dari mengaji.

Ceritanya mcm nie, masa zaman dedolu seringkali ada tarian singa yang dipersembahkan di jalanan semasa CNY. Maksud aku mmg betul2 buat di jalanan, masuk jalan2 kat kampung, persembahkan tarian dan gendang cina, pada masa yang sama mereka akan membakar 'pertas' dan memberi limau mandarin. Dalam persembahan tu, sang singa tu akan cuba untuk menjatuhkan satu bakul yang penuh dengan angpau! Bila bakul tu di'hongges' oleh singa tu makan bertaburanlah angpau2 tadi. Maka, berlarianlah anak2 berebut angpau2 tue. Sekarang x taulah ada lagi tak persembahan mcm tue, x pernah pulak aku nampak.

So masa aku balik mengaji tu aku nampak laa pertas dan angpau2 yang dah terkoyak dan bertaburan di tepi jalan. Merah jee... Entah kenapa masa tu terdetik plak hati aku untuk mengambil salah satu angpau yang terkoyak tue. Rupa2nya, jeng jeng jeng!! Punyalah best rasanya mcm menang jackpot! (cehh mcm laa pernah menang jackpot!) kihkihkih... Dapat RM10 je pun tp untuk budak2 darjah dua mcm aku masa tue kiranya mmg besar laa nilainya. Pergh!!! Terus g kedai mainan (mmg ada kedai nama 'kedai mainan' kat kg aku dulu huhuhu...), muka senyum je.

Satu lagi cerita pasal pencarian tarian singa. Tahun lepas si Wafiy dengan Waseem sibuk nak tengok 'lion dance'. Menggagau aku dgn makbear cari kat mana ada lion dance show. Ironinya masa x cari ada je memana, tp masa betul2 nak cari 'harem' nak jumpa. Akhirnya tertengok kat satu phamplet tu ada lion dance performance kat Mahkota Parade. Wafiy dengan Waseem punyalah excited, x sabar nak g.

So bila tiba tarikh yang dinantikan, maka kami pun pergilah ke Mahkota Parade. Semangat woo! Nak g tgk lion dance mcm nak g tgk wayang pacak! Hehehe... tup tup bila sampai sana, dah laa tunggu kemain lama lg rupanya x muncul pun tarian singanya, ada tarian naga je. xpelah layan je lah bebudak nie pun ok je. Tapi semenjak itulah bebudak nie mmg giler betul dengan 'lion dance'. Sib baik dorang paham 'lion dance' tu tradisi orang Cina je bukan orang Melayu. Huhuhu... Aku cakap nak layan2 tengok je boleh, jangan ler fanatik sangat sampai nak beli custom 'lion dance' tue. Hehehe...





07 February 2013

Ustaz Wafiy


Sedang aku bergolek2 merehatkan diri malam tadi Wafiy yang baru selesai gosok gigi sebelum tidur panggil aku..

Wafiy: Umi, cikgu cakap sebelum tidur malam kita kena solat Isya'

Aku: Ok, abang nak Umi solat dengan Abang?

Wafiy: Haah, umi solat lah dengan Abang, tapi Umi kat belakang, Abang kat depan sebab Umi girl, abang boy..biar Abang jadi imam..

Waseem: Umi, umi...acim pun dah pandai colat kat skool...acim nak colat ugak...

Wafiy: Adik tau ambik wudhu' ke?

Waseem: Tau, tapi nak ughuh Umi ajar..

Aku pun membangunkan lah badan aku yg dah makin menggebu ni ke toilet ajar Waseem wudhu'...yg aku kagum tu Waseem yg belum pun 4 tahun tahu step2 wudhu'...masa aku dok sibuk gosok gigi dan ambik wudhu' sendiri Waseem aku lihat amik wudhu' ikut step yang hampir betul...bagus jugak teacher tadika Waseem ni..;)

So kitorang pun solat la...seperti yang diarahkan Wafiy, aku pun berdiri lah di belakang sikit...Wafiy pun qamat...lepas tu Wafiy pun terus lah jadi imam...aku pulak solat la macam biasa tapi niat solat sendiri je lah... Oh yee sebelum tu aku nak bgtau yang Pakbear xde g main badminton malam tadi sebab tue lah nama Pakbear tak wujud dalam ini story. Hehehe... Selalunya Pakbear je yang jadi imam pada budak2 nie...

Solat malam ni susah nak khusyuk sebab terdetik di hati aku..."Subhanallah...anak aku dah besar...dia pun dah sunat.. dan sepatutnya dengan bimbingan yang betul Wafiy memang akan jadi Imam solat aku tak lama lagi"..... Tadipun masa Wafiy n Waseem solat maghrib dengan Pakbear, aku terdengar lepas solat tue Pakbear ada tegur dan bagi nasihat pada Wafiy tentang cara solat berjemaah yang betul. Tapi tegur secara berhikmah laa. Sejuk hati aku mendengarnya.

Aku terlupa, aku selalu ingat Wafiy masih anak2 kecil, baby comel yang gebu tembam yang aku cium2 puas dulu...dah besar anak bujang Umi rupanya...dan aku bersyukur sebab tindakan kitorang menghantar Wafiy ke tadika Genius Aulad dulu dan sekarang ke sekolah agama petang walaupun kami khuatir dia kepenatan namun ada hikmahnya..... Alhamdulillah. Dulu ada plan nak meng'english'kan Wafiy sepenuhnya..tapi aku pikir biarlah asas Wafiy cukup kuat....ilmu2 dunia yg lain tidaklah     sepenting ilmu agama kan? 

Menurut Wafiy, di sekolah agama, cikgu gelarkan dia Ustaz...sebab nya di kalangan rakan2 darjah satu Wafiy, Wafiy yang paling pandai ngaji kisahnya....dia dah sampai Iqra' 4 dan bole baca surah2 muqaddam sikit2...sebenarnya aku rasa Wafiy agak lambat mengaji sebab masa aku seusia Wafiy aku dah start baca Al quran dah...but anyway, rupanya Wafiy lebih advance dari kawan2 dia, orang lain baru nak start Iqra' 1...Dan Wafiy diarahkan oleh cikgu untuk mengajar rakan2 yang lain...Kelakar pulak aku rasa bila pikir Wafiy yang ngajar orang lain ngaji..betul2 cucu Nek Com si Wafiy ni...hahaha..Nek Com a.k.a mak aku adalah guru ngaji jugak dulu...:D
Ustaz Wafiy sedang berasa bungkam kerana kuih pau yang dihajati petang tadi takde..merajuk sepanjang perjalanan balik ke rumah...Rajuk Wafiy biasanya tak lama, biarkan saja dia bersendirian melayan kemarahan sendiri, nanti hilanglah rajuknya..

Ok, dah lah solat susah nk khusyuk sebab ter'syahdu' anak bujang acting macam Imam...tengah2 solat si Waseem yang juga join solat tadi tiba2 keluar saf dan lari lintang pukang gi toilet....kacau konsentrasi betul...hahaha

Abis solat Waseem pun kata "Umi, acim ace nak tencing, tu Acim lari epat2 gi tolet"...hehehe..Anak2 memang penyejuk mata, penghibur jiwa tapi adakalanya penyebab murka.....hahaha...yg selalu murka tu biasanya Pakbear la, aku ni biasanya lembut hati sikit dengan anak2..kan Pakbear?? ;p
Ustaz Wafiy dan Waseem dah berubah jadi Ustaz Don yg rugged di luar waktu bersiaran..hahaha

05 February 2013

Mari Kita Main Cop2!

Sebenarnya kalau korang nak tau, adik beradik Makbear semuanya rajin2 membaca! Dorang sanggup berbelanja besar untuk membeli buku yang dorang suka dan boleh hadap membaca buku2/novel2 yang tebal2 tu satu malam je dah abis. Memang kagum betul aku... Dan yang bagusnya aku tengok tabiat bukan buang tebiat tu menurun kepada anak2nya. jadi aku perhatikan anak2 buah akupun rajin membaca dan ada je bahan bacaan yang dibawa kalau ke mana2. Termasuklah keluarga aku terutamanya Wafiy, mmg suka membaca. Makbear kalau gi Pesta Buku mmg boleh naik hantu, dia punya seronok shopping buku tue macam shoppingYear End Grand Sales kat Sogo! Sampaikan aku pun berjangkitler, seronok beli buku banyak. Dah sudah baca simpan dan susun di rak baik2....

So bila buku dah banyak nie kadang2 x perasan mana pergi buku2 tue. Ada yang adik beradik pinjam, ada yang anak sedara main amik je kat bookshelf tp x bgtau. Tau2 dah xde jee. Kadang2 ntah buku sapa2 ada pulak kat bookshelf kami. Jadinya kitorang pun buatlah cop... ala cap-cap tue, omputeh kata rubber stamping gitu. Sebenarnya masa dari baru2 kawin dulu kitorang dah buat cop nie untuk dicopkan ke buku2 kami. Jadi kalau ada sesapa yang terpinjam or terjumpa taulah tu hakmilik kami.

Yang lawaknya kami letak nama kat cop tue. So dulu2 kami letak nama kami je lah 'Afzal & Najah' je kat situ, pastu Wafiy n Waseem lahir, kami ubah pulak tp x buat cop, buat mcm sticker je. Jadi sekarang nie dah ada Huda, cop pun dah uzur nau kami nengokkan, so kami buat laa yang baru. Minggu lepas aku design sikit lebih kurang pakai 'Ai' pastu Makbear gi hantar kat kedai. Hantar hari Isnin, hari selasa dah boleh amik sebenarnya tp Makbear saja je kata nak amik ari Sabtu sebab kononnya nak buat 'Rombongan Che Kiah' ke kedai berkenaan. Ye laa, 'opkos' dia mesti bawa 'Creative Art Director' aka Pakbear untuk mengconfirmkan hasil cop yang telah di rubber-stamp kan tue. Jadi secara ringkas. Aku puas hati laa. Sah sah sah!!! :)

Jadi pada sebelah malamnya dan malam esoknya dan malam esok-esoknya, bermulalah kerja2 mengecop buku2 kitorang. Seronok laa Wafiy dengan Waseem sampai berebut2 nak cop buku masing2...
Inilah bentuk copnya. Ada 5 ekor beruang siap dengan nama dan url blog kami. Cuba teka yang mana satu aku. Makbear dan anak2? Huhuhu...
Wafiy tgh syok mengecop sesuka hati... :)
Cop dan sticker dedulu... Ikon bear x tinggal okeyy!
Nama jee 'Colop' tp x kulup lansung ok?!! Mantops! Saiz diameter 40mm (diameter cop, sila terangkan otak anda! hahaha) Harga Rm68. Mahal ke murah tue ye? Hehehe
Macam biasa tolong 'pomot' gak kedai yang kami pergi hantar buat cop nie. Mcm2 keja design N printing yang dorang buat, kedai kecik je. Tp 'serbis' bertukar tangan memuaskan. Sapa yang layan/bagi 'serbis' baik, kita tolong pomot laa... (amacam boleh dapat diskaun x? hahaha)

04 February 2013

Masanya Tiba Jua... Alhamdulillah!

Sebenarnya aku xde plan untuk menghebahkan perkara ni kepada semua, tapi Makbear ada bertanya, xnak masukkan dlm blog ke? So aku pikir, why not? Benda baik eloklah diwarwarkan. Alhamdulillah sesungguhnya rezeki Allah tu datang dalam pelbagai bentuk, walaupun kami tidak merancang pun untuk menambah bilangan ahli keluarga (especially dalam tempoh terdekat nie), be coz kami plan biarlah sampai huda at least dah setahun lebih, tapi Allah SWT ada perancangan tersendiri bagi setiap hambaNya yang telah tertulis di loh mahfuz. ;)

Sesungguhnya apalah daya kita untuk menghalang takdirnya. Kalau DIA berkehendakkan sesuatu dengan kuasa 'kun-fayakun'NYA, maka 'kun' lah ia... So nak dijadikan cerita pada hari Jumaat lepas semasa aku ke kedai, aku didatangi oleh seekor kucing, kucing biasa2 je (bukan persian pun), bak kata orang mcm kucing kampung tue. Comot, telinga capang, badan kurus tapi perut je buncit sikit, x taulah penuh dengan makanan ke cacing. Hehehe... Tapi mcm yang aku cakap tadi, kami mmg ada plan nak pelihara kucing sementelahan kami anak beranak mmg suka kucing especially Makbear, tp memikirkan Huda masih kecik, dan tempat tinggal kami sekarang (pangsapuri) agak kurang sesuai untuk memelihara kucing, aku buat 'donno' je lah dengan kehadirannya (mula2...). Tapi sejurus sebelum aku nak beredar, kucing tue datang lagi menggesel2 manja di kaki aku...

"ishh... kucing tu masuk lagi eh bang? saya dah halau dah dia datang lagi. Kucing baru sampai malam tadi ni bang, ada orang buang... Menyibuk jee kucing nih!", komplen adik kedai.
"Kucing nie xde ibunya ke? konpem ea xde tuan? Saya bawa baliklah", spontan keluar dari mulut. Ahh sudah, x pasal2 tanggung beban. Nie mmg betul jalan2 cari pasal nie.

Selalunya aku jarang membuat keputusan drastik tanpa berbincang dulu dengan Makbear, tp ntah laa yang kali ni aku mcm spontan je. Sejujurnya masa aku memegang kucing tu bawa masuk dalam kereta, aku mmg xde pape perasaan yang spesifik, suka tak, kesian x, sedih pun x... bila dah masuk dalam kereta baru aku mencari rasional tindakan spontan aku tu. Kereta masih di hadapan kedai, belum bergerak, aku masih lg boleh mengubah keputusan kalau aku nak... 

"Hurm xpelah rezeki kucing nie kot nak bertuankan aku, Makbear pun selalu stress lately sbb nak exam final year, dengan keadaan rumah yang makin tunggang langgang lately atas ketidak effisyenan 'pakwe' dia nie, mana tau dengan kehadiran kucing nie boleh merealesekan sikit tension dia. Makbear suka bercakap2 dengan kucing@binatang meluahkan perasaan dia. Huhuhu... anak2 pun xde masalah dengan kucing rasanya. Perihal Huda we will figure out later...", getus hati aku. Nampak mcm panjang kan? tp aku pikir less than 3 seconds je. Hahaha...

So there it goes... Sekarang kami dah ada anak angkat (lah pulak). Namanya Wafiy yang bagi. Cerita pasal nak bagi nama kucing pun kelakar juga. Wafiy tanya boleh bagi nama manusia x? Kami dah senyum2 dah sbb kami rasa mesti dia nak bagi nama 'Lisa' (kucing tu betina) , sbb Wafiy mmg x sabar2 nak bagi nama Lisa untuk baby girl yg akan datang.

"Kita bagi nama Batrisya lah", we all like hah?! Hahaha... Wafiy2... Siap nama panjangnya Nurain Batrisya lagi. Fullamak glamer nama kucing aku.
"Ehh xnak lah kita bagi nama Shasya", haa ok sikitlah... Waseem x reti sebut 'Shasya' sebab pelat lagi dia panggil Chaca... Oklah Shasya pun shasya lah!
Muka budak bertuah, dari hidup bergelandangan ke 'banglo mewah'... Hehehe.. Masa ni belum mandi lagi. Kasi can rehat2 dulu...
Lupa nak cerita tadi, bila sampai rumah as expected Makbear terkejut laa (tapi aku tau dalam hati dia suka + sikit risau kalau aku xleh commit jaga kucing nih). Dia cakap kalau betul nak bela, g lah pet shop n beli pape keperluan asas yang patut untuk kucing macam sangkarnya (rumah banglo laa tu), pasir (untuk main istana pasir), makanan dll. So aku g kedai sini, siap jadi member lagi. Murah jee RM15 untuk 3 tahun, aku tengok banyak gak diskaunnya kalau jadi member.
Ni lah rumah banglo 2 tingkat. Siap ada hammock. Toilet dan kitchen di tingkat bawah. Hehehe...
Dah mandi, nampak 'senonoh' sikit muka. Bau lavender uuu!! Huhuhu... Seperti dijangka kucing betina nie biasanya mmg hyperactive sikit. Lari sana, lari sini, gigit2 n cakar2 manja orang lain. Abis Huda pun jadi mangsa. Marah laa Makbear.
Nampak tu, percubaan nak 'ambush' Wafiy n Waseem pulak! Kekeke...
Last2 sbb 'notty' kena kurung balik... Muka budget sedey jee.. Padan muke! ;p
Termenung jauh memikirkan masa depan...
Penatlaa nak pikir masa depan! Tidur dululah!! Hehehe...

p/s: GAMBAR PREGNANCY TEST TIADA KENA MENGENA DENGAN INI CERITA. KAHKAHKAH...

Manusia Otak Burung

Korang pernah kena 'fire' dengan burung yang sedang terbang megah sambil beristinjak di udara? Biasalah tu... redho dan pasrah je lah kalau hasil buangan burung tue mengebom kepala, baju atau kereta korang. Maklumlah burung tu xde akal. Kalaupun ada otak, kecik jee... besar mana sangatlah otaknya dalam kepala burung tu.

Anw, aku bukan nak cerita pasal otak burung unta sebesar saiz mata burung tapi aku nak cerita pasal manusia yang otaknya lagi kecik dari otak burung. Korang tengoklah nie apa yg terjadi pada kereta aku?! Sakit hati tau x bila pagi2 tengok kereta kena macam tue oleh manusia yang x bertamadun dan mementingkan diri sendiri? Kalau kena tahi burung xpelah juga. Ini kahak manusia. OMG! Sebenarnya ini bukan kali pertama kereta kami kena mcm nie. Dah baaaaaaaaaanyaaaaakkkk kali!!!

Kereta baru basuh, wax and polish okehh?! Kalau nak ludah, boleh x ludah atas kereta sendiri atau kat ruang tamu korang kalau korang suka tapi janganlah melibatkan orang lain. Pengotor laa korang nie. Jangan nak marah kalau anak2 korang berperangai mcm korang meludah sana-sini kalau korang pun sama je 2x5. So pathetic! Kami pernah juga duduk rumah flat/pangsapuri sebelum nie tapi xdelah perangi yang mcm korang nie. Plzlah...

So aku pretty sure orang yang membuat onar adalah mereka2 yang pemiliknya sebaris dengan petak parking kereta aku. Aku pandang dari tingkat 1 sampai tingkat 5, siapalah yang punya keje nie. Geram sungguh aku, geram, geram aku geram, geram2x! Astaghfirullahalazim... Astaghfirullahalazim... Semoga Allah membalasi mereka2 ini dengan pengajaran dan pembalasan yang setimpal. Amin!

31 January 2013

Cerita Tong Air

Nie cerita semalam nie, baru sempat nak 'hapdet'...

Alkisah semalam konon kawasan sekitar Bangi termasuk Bandar Baru Bangi akan dilanda ketiadaan air jadi para penduduk kampung sepening lalat telah dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya bagi mengelakkan perkara2 yang x diingini berlaku. Justeru setelah berbincang dengan CEO, aku selaku Managing Director pergilah beli tong 15 gelen nie untuk dijadikan 'kolam tadahan' bagi menampung keperluan kami sekeluarga setidaknya2 utk memasak, wudhuk dan bersihkan apa2 yg sepatutnya...

"ini lu beli untuk esok (xde air) punya ka?" tanya taukeh kedai tong air...
"errr... ye ye, mau standby simpan air..." jawab aku
"lu baik cepat, wa tengok air sudah 'kincil' (kecik)...", aku budget2 paham je la. Tp dalam hati gusar gak, sempat ke tak nak tadah air nie.

Sampai je parking aku terus angkut tong kosong nie naik atas. Tangan kanan kendong Huda, tangan kiri pegang tong, dalam tong ada beg sekolah Wafiy. Fuhh... lenguhnya tangan Ya Allah! Sib baik mengenangkan keadaan bakal menjadi darurat dan gawat jadi aku terpaksa juga mengerah lemak2 aku utk bertukar menjadi sumber tenaga segera yang merembes macam metanol injection engine. Chewahh.. paham ke? Hehehe...

Buka je pintu rumah, perkara pertama yang aku buat ada letak Huda pastu segera basuh tong untuk diisikan air. Kurang lebih 10 minit kemudian penuhlaa tong tue dengan air bersih. Fuhh lega rasanya.

Tengok jam dah pukul 6.30pm. Suruh Wafiy n Waseem mandi sementara tu aku mandikan Huda. Aku cakap mandi puas2 nanti esok xde air x merasa nak mandi puas2. Rupa2nya dorang patuh dengan cadangan aku sepenuhnya! Lepas mandi Huda aku dengar sakan betul encik abang berdua tue mandi.

"Abang, adik... dah dah, bancau dah dapur nie, sabun, mandi, berus gigi n keluar.. cepat!", macam askar pencen bagi arahan...

Lepas abis je dorang keluar aku pun uruskan baju2nya the aku plak nak mandi. Punya terkejut beruang aku tengok apa dah jadi dengan toilet dan projek 'kolam tadahan' aku tadi.... Masha Allah, Astaghfirullahal azimmmm!!! mengucap panjang aku. Tapi x urut dada sebab terlalu 'cliche'... Hahaha... abis dah bebudak nie berkubang dalam tong tue! Siap ada baldi n gayung dlm tong. Aduih rasa mcm nak marah, tp xnak laa.. sekarang nie tengah kempen nak jadi dedi penyayang... aku bebel cikitttt jee... Aku kata nanti esok xde air padan muka xleh nak mandi, sesambil tue aku isikan semula tong tue dgn air bersih. Sib baik sempat lagi...

Alahai anak2... nanti abang Wafiy dgn Waseem dah pandai baca blog nie ingat baik2 tau, sib baik dedi dah belajar berlapang dada sekarang nie, kalau tak teruk korang. Grrrr!!! Anw sayang korang, koranglah penyeri kehidupan kami... ;)

Tapi hari nie ok jee tengok, air ada pulak... Huhuhu...

Pulangkan... Ikan Bilisku!!!

Pergi kedai makan, tapau nasi lemak, nasi goreng, mee goreng, mihun goreng etc makan kat rumah. Makan sesuap, rasa kurang 'kick' / telur nasi lemak 'cinonet' nau... panaskan kuali goreng telur, telur dadar ke, telur mata ke...

Itu BIASA.. kan kan kan?

Pergi kedai tapau nasi lemak/kukus. Bawa balik rumah, rasa sikit... x puas hati. Panaskan kuali goreng ikan bilis. Korang biasa mcm tu?

Bagi aku sungguh LUAR BIASA!!!

Hahaha baru puas hati aku. Apa punya nasi kukus la (aku ckp kukus sebab ia x lemak lansung dan warna hijau pulak tu, tp bukan ns kerabu atau seumpamanya..), aku makan ada sambal n telur mata je, tu x kisah lagi... tp rasa plain nau! dalam sambal ikan bilis sekor pun xde. Timun pun tarak. Nasi lemak apa mcm tu? X tau laa apa org lain rasa, tp kalau sampai aku kena goreng ikan bilis sendiri, mmg x pernah aku buat! Hehehe...

Itulah citer nasi lemak kakak berniaga di bonggol jalan, ye gerai dia betul2 di tepi bonggol jalan yang besar...

Sebenarnya aku ada 'transaction history' dengan kakak nie. Dulu masa aku lepas hantar Wafiy ke sekolah, aku pernah beli nasi lemak dia 2 bungkus (masa tu x rasa lg nasi lemaknya), harganya 2 bungkus RM4. Tapi aku xde duit kecil, salah aku laa pagi2 org mula nak meniaga mana ada duit baki RM50. Meniaga gerai plak tu.

"Alamak kak, xde duit kecik laa", sambil tunjuk not RM50. Kat tangan dah pegang 2 bungkus nasi, segan laa pulak nak letak balik.
"xpe dik nanti bebila lalu boleh bayar, akak mmg ada jee meniaga kat sini", wah baik sungguh hati kakak tue, percaya dengan aku. Bagus2...

Nak dijadikan cerita lama jugak laa baru aku berjaya lunaskan hutang aku tu. Ye lah selalunya makbear yang hantar Wafiy gi sekolah, tp yang kadang2 aku hantar tu dia x meniaga pula. Jadi kiranya tadilah baru aku berjaya bayar hutang aku tue.

Rupa2nya... akak tu mmg genius bagi aku. Instead of aku beli 2 bungkus je nasi lemak dia and pastu tobat aku xnak beli lg (sbb x sdp mcm aku ckp td), tadi aku 'terrrrrbeli' lagi satu. Yelah seganlaa pulak dtg kedai dia bayar hutang je. So akupun beli laa sebungkus LAGI nasi lemak dia semata2 nak cover line. Walaupun aku tau rasanya mmg x kena lansung dengan selera aku. Hehehe.. untung kakak tu berurus niaga dengan pelanggan yang jujur dan pemalu macam aku nie. :)

So maybe makbear pasan kot aku beli nasi lemak sebungkus je pagi tadi, pastu x offer pun kat dia. Hahaha... sori umi, nasi lemak nie mmg x best, dedi kena goreng bilis sendiri baru lalu nak tolak ke anak tekak... Huhuhu... Alhamdulillah. Pulangkan... Ikan Bilisku!!!

29 January 2013

Buat Aku Tersenyum


Musim musim preparation untuk final exam ni aku memang akan terbuai buai kalau terdengar lagu yang satu ni...

Kenapa?

Sebab lagu ini mengingatkan aku pada pakbear yg selalu buat aku tersenyum...pakbear memang satu creature (*hahaha, macam fauna plak laki aku ni) yg berbeza dari aku....kami amat berbeza...dari luaran of course la kan, dari interior nya, cara pakbear pikir, cara dia bertindak, cara dia menyelesaikan masalah, most of things la memang opposite dari aku....kenapa aku suka pakbear? Ntah..first time dulu sbb tengok dia gebu sangat macam anak beruang kutub, tembam putih tapi kurang berbulu la..hehehe

Ok...bila dengar lagu ni aku masih teringat cara pakbear menenangkan aku ketika nk final exam medic dulu, masa aku sedih sbb tension hidup sebagai houseman, masa pakwe versi haiwan aku iaitu Abg yot mati...huhuhu...dan juga masa 1st year master time abah aku sakit, dan aku hampir rasa nk quit sebab rasa bersalah sebagai anak aku tak mampu menjaga abah..hmmmm....pakbear selalu dengan kata2 semangat nye yg memang memberi kekuatan pada aku...pakbear slalu ada lawak yg nak diceritakan...

Thanx budak bam....kerana selalu membuat budak nescafe ini selalu tersenyum...hahaha...pakbear panggil aku budak nescafe dulu sbb dia kata aku berbau nescafe bila gi keluar dating dengan dia dulu...kihkihkih....

*entri ni aku tulis ketika menunggu klon pakbear balik sekolah agama...hehe..klon yg cerewet makan mcm pakbear..;p

Sent from my iPhone

Sedetik Lebih Buat Selamanya


Di waktu malam malam begini, di kala pakbear dan semua anak2 bear dah tido, di waktu mata aku dh hampir terkatup, di kala hati masih meronta2 untuk menghabiskan tugasan yg belum selesai, aku yang teringin membaca blog sendiri telah tertaip afzal.blogspot yang membawa aku ke sebuah blog yg amat mengusik hati...blog seorang ibu yg amat merindukan anak nya bernama Afzal yg telah kembali ke alam sana....

Membaca setiap satu entri nya membuat kan aku mengakui satu hakikat...kasih ibu membawa ke syurga...aku amat teringin bertemu si ibu yang menulis blog itu...alangkah baiknya sekiranya aku bole menjadi ibu yg sebaik itu...

Anak2 umi, satu hari nanti kalu anak2 Umi dah pandai baca blog Umi dan Dedi ni, bacalah setiap satu entri Umi dan Dedi itu…. setiap satu daripadanya adalah rakaman detik2 istimewa dalam hidup Umi dan Dedi semasa membesarkan kalian...tidak ada satu pun yg Umi dan Dedi sesali dalam kehidupan kita ni...melihatkan senyuman dan keletah anak2 Umi cukup menghiburkan walaupun adakalanya menimbulkan rasa sebal di dada...hahaha...bergembiralah anak2 beruang Umi dan Dedi...sememangnya tugasan seorang kanak2 adalah untuk bergembira selalu...

Umi nak anak2 Umi tahu Umi dan Dedi amat menyayangi kalian semua....kalau boleh biarlah hanya kemanisan yg kalian rasakan...biarlah segala kepahitan dalam kehidupan ini Umi dan Dedi yang hadapi...

Luv u all anak2 bear...;)

28 January 2013

Host Rancangan Tv Dekorasi Rumah Terkenal

"Nǐ yào mǎi shénme?"
"Lu mau beli apa?!", mcm tu lah lebih kurang bunyinya dengan dibantu oleh Mr. Gugel... Pertanyaan yang sering diajukan masa aku kecik dulu. Maklumlah dengan susuk sedikit gendut, chubby dan sepet, orang cina mmg senang terkeliru sangkakan aku sebangsa mereka. Huhuhu...

Tapi nanti aku akan jawab "telur sepuluh bijik", or bawang ke, ikan bilis ke, sardin setin ke... Biasanya mereka akan tercengang sekejap ingatkan mcm aku menjual serangkap pantun pada mereka. Akhirnya tersenyum sendiri apabila mengenangkn sifat perkauman mereka itu tak ke mana. Ehh... Mcm tu pulak?!! Hahaha...

Anw hampir 28 tahun insiden itu berlalu... Aku sangkakan dengan kulit sawo ala2 x matang mcm skrang, rambut botak dan berpakaian x kpop lansung mcm org cina, mereka tak perlu lg menangguk di air yg keruh berbahasa cina dgn aku, rupanya sangkaan aku meleset. Mereka masih lg tersalah sangka, mungkin menyangkakan aku ni host rancangan tv dekorasi rumah terkenal itu!

Alahai..., dan rintik2 hujanpun menjamah ubun2..... ;)

Sent from my iPhone

26 January 2013

Wafiy's Taekwondo Class

Arini tadi bawa Wafiy ke kelas Taekwondo. Akhirnya tercapai juga hasrat aku utk masukkan Wafiy kelas tu. Almaklum ler, aku akui si Wafiy nie lebih sikit sifat lemah lembutnya (mcm dedi dia tp bukan mcm auw auw tau!!), so elokler dia masuk taekwondo ataupun apa2 ajelah kelas seni mempertahankan diri yang ada. Lagipun Wafiy nampak berminat nak join.

Hahaha lawak juga, mcm2 gelagat yang dapat dilihat. Aku duduk di tepi dewan dengan tersenyum simpul sorang2 tengok budak2 comel berlatih taekwondo. Semangat betul. 

Bila tengokkan Wafiy, dia lebih kepada seni mempertahankan diri power rangers daripada taekwondo. Kihkihkih... Anw ini baru 1st class... Hopefully he can pick-up the lesson and enjoy it at the same time. Arini pun dah dapt kawan, tu yang baju hijau tue. Minggu depan baru dpt baju (kalau ada saiz), mesti segak anak dedi! :)

Sent from iPhone

Program Jalan2 Cari Penat di KL Bird Park

Tak best la nak taip entri ni kalau mood tgh x kelakar. Hahaha... 

Meh aku citer pasal program 'jalan2 cari penat' kami tadi ke 'KL Bird Park'. Nak diringkaskan cerita, kami ke KLBP sebab dah lama anak2 menyebut nak ke sana. So kena tunggu laa masanya yang sesuai utk gi. Walaupun hari cuti (Maulidur Rasul) tp sebenarnya Makbear keja/study gak. So ktorg tunggulah, dalam tengahari baru kami gerak ke KLBP.
Taman Burung Kuala Lumpur terletak di Jalan Cenderawasih, 920 Taman Tasik Perdana. Kalau org KL tau lah kat mana tempat nie. Segan nak citer sbb kat area KL je pun hahaha. Anw KLBP dekat2 juga dengan Planetrium Negara, Muzium Polis, Galeri Tun Abdul Razak, Muzium Kesenian Islam dan juga Tugu Negara. So kalau ada perancangan untuk tawaf satu bukit (apa nama bukit ni pun aku x tau) dalam 1 hari pun dipersilakan. Banyak tempat menarik untuk diterokai. Kami jalan sikit2 dah laa, ada baby kecik (Huda) penat laa nak tawaf 1 bukit, lenkali boleh dtg lagi.
Seperti yang tertera di gambar harga tiket masuk adalah RM25 untuk dewasa (MyKad) dan RM12 untuk kanak2 (MyKid - 12 Tahun ke bawah). Maka bagi pelancong asing RM48 (dewasa) dan RM38 (kanak2). Well... kalau tanya kami agak mahal laa juga tiket masuk tue tp kami nie jenis x kisah berhabis (bayar mahal) kalau kualiti perkhidmatan dan produk yang diberi berpatutan dan terbaik! So kalau nak tahu berbaloi ke tak kami masuk taman burung nie kena laa baca sampai abis. Huhuhu...
Selain daripada aktiviti berjalan dan beramah mesra dengan burung2 dlm tue, taman burung yang dikatakam terluas di rantau ini (x tau lah rantau mana tu huhuhu) iaitu seluas 21 ekar dan mempunyai hampir 3000 spesis burung berlainan turut menyediakan pelbagai jenis aktiviti seperti aktiviti memberi makan burung2 (ostrich, hornbill, eagle etc..), sesi fotografi dan juga persembahan burung iaitu di zon 4 (amphitheater) pada setiap hari pukul 12.30 hingga 3.30 tengahari. Btw burung2 dorang mmg jinak2, aku baru masuk dah sakan snap2 gambar, baru pasan 1 zon x lepas lg sedangkan taman ini ada 4 zon!
Layan gambar dulu...
Baju Makbear pun dah sama mcm peacock aku tgk. Hahaha
Syurga untuk kaki fotografi! (mcm akuler... huhuhu)
Penunjuk arah yang selalu je hilang arah walaupun peta disediakan. hehehe...
Penunjuk arah dan wakaf rehat juga disediakan. 
Dah nak dekat 2 jam dalam tue ingatkan dah dah nak abis dah explore, rupanya baru zon nombor 2. Ketiak dah berpeluh nie walaupun cuaca x panas. Huda pun dah merengek sikit2, so kitorang berehat di wakaf yang disediakan. Actually tempat rehat banyak dan kebersihan pun terjaga. Well maintain laa bak kata org. Dalam tu juga ada kedai menjual makanan dan toilet (sori xde gambar). Kedai menjual makanan tu kami x check la mahal ke murah tapi menurut kawan Makbear, agak mahal juga. Kami mmg ada standby bawa roti dan air untuk mengalas perut dan melepaskan lelah.
Sambung tengok gambar lagi...
Burung biru burung 'peberet' Makbear!!
Yang baju purple, kanan sekali bukan Eric Leong (Casa Impian). Hehehe...
Burung2nya mmg jinak, senang nak bergambar 
Ostrich nie sawan ke mogok lapar? Hehehe 
Maklumat berkenaan burung yang ada turut dipamerkan di papan info
Masing2 dah penat tp cover line baik punya!
Suka.. Suka... Suka!!
 Sudahnya kami hanya mampu sampai di zon 3 je. Pastu masing2 dah keletihan. Takpe lenkali boleh datang lagi. Kesimpulannya jalan2 di KL Bird Park nie mmg best. Berbaloi dgn tiket yang dibayar tapi kalau dapat murah sikit lg baik. Hehehe... Truly recommended pada yang teringin nak g bersantai2 di sana sambil menghirup udara segar dan menikmati keindahan flora dan fauna. Chewah!
Ole2 dari KL Bird Park

25 January 2013

Sorang Lagi...

Sorang lagi tumpahkan air masa makan kat kedai! Hahaha... Alahai anak2. Rasa sempurna hidup sebagai bapa mithali merangkap surarumah contoh. ;)

Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlapang dada. Xnak marah2 daa... Bak kata Makbear, "no mess, no fun". Kuikuikui...
Sent from my iPhone


24 January 2013

Kenangan Maulidur Rasul...



Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. 
Pada sesapa yang tak tahu tema sambutan Maulidur Rasul Tahun 2013 Peringkat Kebangsaan adalah 
"Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah." 

Apa maksudnya? Korangkan pandai, boleh google sendiri. Anw sedikit yang aku dapat petik dari internet adalah 'wasatiyyah' (masa aku 'mengaji' dulu, aku eja 'wasadthiyah' sekarang dah tukar pulak, mcm x best jee...) berasal daripada perkataan arab al-Wasat (الوسط) yang apabila diterjemahkan dari segi bahasa bermakna pertengahan (sederhana). Seterusnya diistilahkan melalui konteks Islam sebagai adil, sederhana dan terbaik. Wallahualam...

Anw saja nak story-mory, bila bercerita pasal Sambutan Maulidur Rasul nie teringat masa zaman bekerja di jabatan lama dulu. Selalu kena berbaris dari Stadium Kubu sampailah ke Masjid Al-Azim. Pagi2 dah kena berkumpul di stadium. Walaupun perkataan 'kena' tu bunyinya mcm terpaksa kan, tp sebenarnya seronok. Berbaris beramai2, mengalunkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW bersambung2 sepanjang berbaris sampai laa ke penamat. Walaupun penat berjalan tapi bila berbaris beramai2 hilang penatnya. Mcm2 peristiwa berlaku, kasut koyak la, kaki melecet laa, 'tuang' berbaris tengah2 jalan laa, lari jap gi kedai beli air laa. Tu belum kira lagi terima 'ucapan penghargaan' daripada big bos...
"Terima kasih kerana tuan datang walaupun lambat mcm VIP..."
Hahahaha!! Kenangan... Kenangan...
Ayu2 semuanya dgn baju n tudung sponsor
Kaum Adam pun x kurang segaknya..
Selawat jgn x selawat... ;)
Haa kan dah cakap... kaki sapa laa melecet nie!