Powered By Blogger

05 February 2013

Mari Kita Main Cop2!

Sebenarnya kalau korang nak tau, adik beradik Makbear semuanya rajin2 membaca! Dorang sanggup berbelanja besar untuk membeli buku yang dorang suka dan boleh hadap membaca buku2/novel2 yang tebal2 tu satu malam je dah abis. Memang kagum betul aku... Dan yang bagusnya aku tengok tabiat bukan buang tebiat tu menurun kepada anak2nya. jadi aku perhatikan anak2 buah akupun rajin membaca dan ada je bahan bacaan yang dibawa kalau ke mana2. Termasuklah keluarga aku terutamanya Wafiy, mmg suka membaca. Makbear kalau gi Pesta Buku mmg boleh naik hantu, dia punya seronok shopping buku tue macam shoppingYear End Grand Sales kat Sogo! Sampaikan aku pun berjangkitler, seronok beli buku banyak. Dah sudah baca simpan dan susun di rak baik2....

So bila buku dah banyak nie kadang2 x perasan mana pergi buku2 tue. Ada yang adik beradik pinjam, ada yang anak sedara main amik je kat bookshelf tp x bgtau. Tau2 dah xde jee. Kadang2 ntah buku sapa2 ada pulak kat bookshelf kami. Jadinya kitorang pun buatlah cop... ala cap-cap tue, omputeh kata rubber stamping gitu. Sebenarnya masa dari baru2 kawin dulu kitorang dah buat cop nie untuk dicopkan ke buku2 kami. Jadi kalau ada sesapa yang terpinjam or terjumpa taulah tu hakmilik kami.

Yang lawaknya kami letak nama kat cop tue. So dulu2 kami letak nama kami je lah 'Afzal & Najah' je kat situ, pastu Wafiy n Waseem lahir, kami ubah pulak tp x buat cop, buat mcm sticker je. Jadi sekarang nie dah ada Huda, cop pun dah uzur nau kami nengokkan, so kami buat laa yang baru. Minggu lepas aku design sikit lebih kurang pakai 'Ai' pastu Makbear gi hantar kat kedai. Hantar hari Isnin, hari selasa dah boleh amik sebenarnya tp Makbear saja je kata nak amik ari Sabtu sebab kononnya nak buat 'Rombongan Che Kiah' ke kedai berkenaan. Ye laa, 'opkos' dia mesti bawa 'Creative Art Director' aka Pakbear untuk mengconfirmkan hasil cop yang telah di rubber-stamp kan tue. Jadi secara ringkas. Aku puas hati laa. Sah sah sah!!! :)

Jadi pada sebelah malamnya dan malam esoknya dan malam esok-esoknya, bermulalah kerja2 mengecop buku2 kitorang. Seronok laa Wafiy dengan Waseem sampai berebut2 nak cop buku masing2...

Inilah bentuk copnya. Ada 5 ekor beruang siap dengan nama dan url blog kami. Cuba teka yang mana satu aku. Makbear dan anak2? Huhuhu...
Wafiy tgh syok mengecop sesuka hati... :)
Cop dan sticker dedulu... Ikon bear x tinggal okeyy!
Nama jee 'Colop' tp x kulup lansung ok?!! Mantops! Saiz diameter 40mm (diameter cop, sila terangkan otak anda! hahaha) Harga Rm68. Mahal ke murah tue ye? Hehehe
Macam biasa tolong 'pomot' gak kedai yang kami pergi hantar buat cop nie. Mcm2 keja design N printing yang dorang buat, kedai kecik je. Tp 'serbis' bertukar tangan memuaskan. Sapa yang layan/bagi 'serbis' baik, kita tolong pomot laa... (amacam boleh dapat diskaun x? hahaha)

6 comments:

Anonymous said...

Sweetnyer

pakbear said...

Thanx... Whioever you are.. ;)

makbear said...

saiz 49mm la pakbear bam...camne designer salah measurement ni..hehe

fairus said...

KALAU IKUT BAHASA IA ADALAH 'CAP' CUKAP COP.. :)

APA-APAPUN TERBAIKLAH BRO.. AKU PUN ADA CAP BUKU2 AKU, TAPI PAKAI NAMA BIASA JE..

pakbear said...

MB, aik sudah tukar ka? Hahaha

pakbear said...

Tq for the info bro... Oklah tu, ada juga cap.. ;)