Powered By Blogger

10 February 2013

Cerita Gong Xi Fa Cai


Happy Chinese New Year kepada semua masyarakat Cina di Malaysia. Walaupun aku Melayu namun kemeriahan menyambut Gong Xi Fa Cai turut dikongsi bersama terutama meminjamkan telinga utk mendengar letupan 'pertas' yang bersusun panjang dan mercun,  tengok tarian singa/naga (baru je tgk mgu lepas) dan tak ketinggalan juga limau mandarin yg sungguh tembam dan juicy itu. I loike!

Masa zaman kecik2 dulu time nak dekat2 raya cina nie kat tv banyak keluar citer Jackie Chan n Jet Li (aku pelik jugak kenapa time raya melayu keluar cerita sarkas pulak?! Hehehe). Ada satu peristiwa yang terpahat di ingatan berkaitan Chinese New Year (CNY) adalah bila aku dapat angpau. Tapi angpau nie istimewa sikit. Maksud aku, aku bukan dapat daripada pemberian org tapi aku jumpa tepi jalan. Hahaha... Ye aku jumpa tepi jalan masa baru balik dari mengaji.

Ceritanya mcm nie, masa zaman dedolu seringkali ada tarian singa yang dipersembahkan di jalanan semasa CNY. Maksud aku mmg betul2 buat di jalanan, masuk jalan2 kat kampung, persembahkan tarian dan gendang cina, pada masa yang sama mereka akan membakar 'pertas' dan memberi limau mandarin. Dalam persembahan tu, sang singa tu akan cuba untuk menjatuhkan satu bakul yang penuh dengan angpau! Bila bakul tu di'hongges' oleh singa tu makan bertaburanlah angpau2 tadi. Maka, berlarianlah anak2 berebut angpau2 tue. Sekarang x taulah ada lagi tak persembahan mcm tue, x pernah pulak aku nampak.

So masa aku balik mengaji tu aku nampak laa pertas dan angpau2 yang dah terkoyak dan bertaburan di tepi jalan. Merah jee... Entah kenapa masa tu terdetik plak hati aku untuk mengambil salah satu angpau yang terkoyak tue. Rupa2nya, jeng jeng jeng!! Punyalah best rasanya mcm menang jackpot! (cehh mcm laa pernah menang jackpot!) kihkihkih... Dapat RM10 je pun tp untuk budak2 darjah dua mcm aku masa tue kiranya mmg besar laa nilainya. Pergh!!! Terus g kedai mainan (mmg ada kedai nama 'kedai mainan' kat kg aku dulu huhuhu...), muka senyum je.

Satu lagi cerita pasal pencarian tarian singa. Tahun lepas si Wafiy dengan Waseem sibuk nak tengok 'lion dance'. Menggagau aku dgn makbear cari kat mana ada lion dance show. Ironinya masa x cari ada je memana, tp masa betul2 nak cari 'harem' nak jumpa. Akhirnya tertengok kat satu phamplet tu ada lion dance performance kat Mahkota Parade. Wafiy dengan Waseem punyalah excited, x sabar nak g.

So bila tiba tarikh yang dinantikan, maka kami pun pergilah ke Mahkota Parade. Semangat woo! Nak g tgk lion dance mcm nak g tgk wayang pacak! Hehehe... tup tup bila sampai sana, dah laa tunggu kemain lama lg rupanya x muncul pun tarian singanya, ada tarian naga je. xpelah layan je lah bebudak nie pun ok je. Tapi semenjak itulah bebudak nie mmg giler betul dengan 'lion dance'. Sib baik dorang paham 'lion dance' tu tradisi orang Cina je bukan orang Melayu. Huhuhu... Aku cakap nak layan2 tengok je boleh, jangan ler fanatik sangat sampai nak beli custom 'lion dance' tue. Hehehe...





2 comments:

fairus said...

NAK ANGPOW PAK.. :)

pakbear said...

Ko dah kawin, x noleh. Hehehe