Powered By Blogger

Happy Birthday Umi!

Upacara bergambar dengan cupcake sempena birthday makbear pada 4 Jan 2013

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Percutian yang tak dirancang di Colmar Tropicale, pada 16-18 Nov 2012

Disneyland Hong Kong

We made it!! Hong Kong Disneyland 17-22 Nov 2011

Hari Raya Aidilfitri 2012

Huda asyik melalak je, so amik gambar pun lebih kurang je! Hehehe

Selamat Hari Lahir Waseem 2012

Sambutan birthday Waseem di Taska Permata. Cake Barney yang begitu menarik perhatian!

12 January 2013

Waseem 1st day di Tadika


Dah seminggu lebih baru aku pasan aku langsung tak cerita pasal waseem first time gi tadika...maybe sebab seminggu lepas sibuk sangat dengan hal ehwal Wafiy...Wafiy start darjah satu, aku dn pakbear plak yg rasa macam sekolah hari2...stresss ooo...hahaha
Apa pun tidak disangka2...Waseem surprisingly bole bangun awal gi skool dengan aman damainya...langsung tak meragam..very2 good boy...Waseem kalu dibanding dengan Wafiy memang berperwatakan berbeza...ada notti lebih sikit dan keras kepala macam umi dia ni...hahaha...Waseem kalu dah tak nak maksudnya mmg taknak...dan kalu nak mesti nak time2 tu jugak...yg itu memang sifat2 aku...hihi

Pakbear slalu kurang ngam dengan Waseem...tp ktorang slalu ingatkan diri masing2 anak2 kita adalah istimewa dan unik dalam cara nye yang tersendiri...bagaimana pun tingkah laku dn perwatakan dia, kita sebagai ibu bapa lah yg mencorakkan nya..so far nampak Wafiy dan waseem masih mengikut acuan corak yg kitorang inginkan...Alhamdulillah...

Waseem walaupun pada kebanyakan masa 'ikut otak dia' je, tapi dia takde masalah nak pegi skool...aku dn pakbear memang surprised..

Waseem nampak sangat hepi gi skool...dan ironi nya antara komplen pertama waseem pasal skool adalah sama dengan komplen wafiy di sek rendah dia iaitu "Umi, kawan2 abang notti, teacher suruh senyap tapi diorang tak senyap pun...Abang sorang je senyap umi." Hahahaha...aku slalu wonder sapa antara anak aku yg akan ikut ke'notti'an aku sepenuhnya..so far masih genetik baik2 pakbear belaka....yeehaaaaa!!!!!

11 January 2013

Afzal-Najah Dari 1995 Hingga ke Syurga

Di suatu petang di Syurga Dunia:

Pakbear: ok, abg dah masukkan dah semua gambar2 kita yg ayg suruh masukkan dalam blog..
Makbear: ok, gmbr yg mana?
Pakbear: Gambar tonka, gmbr ni...*sambil pakbear tunjukkan gmbr aku tengah bf Huda. Abang tengok gambar2 ayg cantik2 pulak..nanti orang jatuh cinta pulak tengok gambar bini abg...
Makbear: ala bang...jangan risau, ramai mana pun orang jatuh cinta kat ayg, ayg takkan layan pun......*pause*......kecuali AARON AZIZ.....kahkahkah
Pakbear: Eh! Ada kecuali pulak?!
Makbear: kehkehkeh...
Semasa mengerjakan umroh tahun 2008.. Masa ni waseem dah ada dalam perut.. ;)

Aku dn pakbear dah kenal satu sama lain sejak 1 april 1995 masa join satu kursus motivasi untuk PMR
dulu, in  short, org pegi kursus motivasi jadi lebih bersemangat, tp aku lagi hebat bawak balik "pemberi semangat" yg berkhidmat seumur hidup....hehe


And since declare pakwe-makwe on 1st july 1995 sampai la sekarang, aku memang tak penah ada pakwe lain...bunga-bunga cinta pun takde...pakbear adalah cinta pertama dan terakhir aku, insyaallah...doakan kitorg bersama, berdua hingga ke syurga, aku ckp kat pakbear aku nk jadi ketua dayang2 layan dia masa kat syurga nanti....hehe..ketua yg garang...;)

Video ni dibuat oleh pakbear masa bestday aku tahun 2006 :)
Sent from my iPhone

10 January 2013

Pompuan Pregnant Emo

Lately ni baru aku pasan pompuan pregnant memang emo..ada yg terlalu emo sampai tak sedar sebenarnya mereka2 itu telah membuka aib suami sendiri..or senang cite membuka pekung di dada...sampai org akn mengesyakki ada sesuatu yg berlaku dlm rumahtangga pompuan preggy itu...

Aku pun tertanya2 adakah aku emo masa preggy dulu? So bila tnya Pakbear, dia kata aku memang sensitif sikit tp taklah teruk sangat..hehehe..yg kelakarnya aku langsung tak ingat yg aku ni over sensitive masa preggy..so aku rs samada pakbear tipu aku secara terang terangan sbb nk menyedapkn isu pompuan pregnant emo (*sori bosh!!) or aku yg ada short term memory loss lepas bsalin ni...kihkihkih...


towards the end of my pregnancy, pakbear lah  yg akan tolong potong kuku kaki aku..hehe

Yg aku pasan aku mmg ada perasaan nekad yg mmg agak nekad bila aku dh rasa stres sangat tapi the worse yg penah aku buat adalah check in hotel dn berehat tido kat situ...bila dh rs lega, baru aku balik rumah...tak tau pakbear ingat tak..tp aku pun x ingat kenapa aku buat camtu masa tu..hehehe..tp kira ada standard la kan cara aku release stress...yakni gi tido di katil empuk hotel....heeee...

Dan makin usia meningkat aku dh lama buang segala 'angin' dalam badan aku ni...kalu ada selisih paham dengan pakbear pun biasanya aku dn dia akan senyap je...bila dah salah sorang senyap seribu bahasa, yg sorang lagi akan paham yg soulmate nye itu sedang marah..tapi tak lama pun berantakan...lepas tu mesti akan ter'borak' balik sebab aku memang suka bercakap dan bercerita dengan pakbear...bila tak bercerita dgn pakbear bole mati kutu2 atas kepala aku ni....bole kata perkelahian aku dgn pakbear adalah perkelahian yg tak real la kot...

Anyway, whateva pun aku rasa sebaiknya seseorang itu elakkan lah dari membuat statement2 yg berbau masalah rumahtangga...aku rasa sebagai  isteri kita kena jaga aib keluarga kita, jaga dgn rapi sampai tiada siapa pun boleh menghidu masalah kita...memang suami kita notti, dah nama pun lelaki...kalu tak notti bukan jantan kan...itu yg pakbear bgtau aku lah...hehehe..so kalu laki korang notti tu mksdnya diorang cukup jantan la kan???  Tak gitu pakbear ku?? Adios!!!! ;-)

Ada sesapa nk jantan subur ni?
Sent from my iPhone

Sesenduk Sambal Sotong...


Makan tengahari kami arini di bawa dari dapur orang lain. Belilah tu.

Makbear balik membawa lunch yang ditapau dari kedai biasa. Lauk ayam goreng untuk aku dan sambal sotong untuk Makbear bersama regunya pucuk ubi masak lemak.

"Awak nak rasa x sambal sotong ni", tanya Makbear seraya menyudunya ke dalam pinggannya.

"Bolehlah, tinggalkan sikit 2 3 ketul", jawab aku.

"Ini sambal sotong sesenduk RM5. So saya tinggalkan untuk awak betul2 2 potong. Hahahah...", Makbear. Yelah sesenduk sedang berapa ketullah sangat sotongnya pun.

Alahai, sambal sotong sesenduk RM5!
Sekadar gambar hiasan.

09 January 2013

Nekad

Semenjak dua menjak nie, alang datangkan naked nekad je! Apa yg aku rasa nk buat, aku redah. Semlm g gunting rambut botak licin! Dah bosan dengan masalah rambut yang asik gugur secara pola pertempatan berpusat yang menyebabkan rambut aku berlubang2 mcm batas ubi kena 'hongges' dengan boboi hutan.

Maafkan aku andainya analogi aku kurang tepat. ;)

Natijahnya mlm tadi Makbear tidur dalam kengerian sbb dia dan Wafiy ckp aku dah mcm toyol gendut! Kahkahkah...

Pagi ni pun Waseem terkebil2 pandang aku... Pelik. Penat nk layan soklan dia kenapa dedi gunting rambut 'pendet'?, katanya.

"Nanti umi mesti 'pranjat' tgk rambut dedi!", Ujar Waseem, dia mesti ingat aku baru gunting rambut pagi ni. Hehehe...

Huda.

Budak bau syurga ni pandang je muka aku. Mesti dia pelik, suara mcm dedi tp muka mcm Eric Leong! Kihkihkih...

Sent from my iPhone

08 January 2013

Waseem Hilang!

Ya Allah Waseem...! Logik akal aku mengatakan mustahil Waseem boleh hilang dalam rumahku yang sekangkang kera ni. Kalau pun dia x hilang, mustahil juga dia boleh menyorok sehinggakan aku x boleh nak jumpa sedangkan lekok, ruang tersembunyi rumah aku bukannya banyak. Paling tidak pun di bawah ampaian baju/tuala ataupun di sebalik pintu. Selain itu, tiada apa yang boleh menyorokkan tubuh Waseem yang comel tetapi ligat itu.

Puas sudah aku mencari, pelbagai kemungkinan menjelma di fikiran. Xkanlah ada orang jahat masuk rumah ataupun Waseem pandai2 keluar rumah sedangkan rumah dan gate berkunci kejap. Aku dah hampir hilang pedoman... Patutlah rumah aku sunyi sepi jee. Manalah Waseem nih.

Tiba-tiba.... laaa... kat situ rupanya anak notty dedi nie! Dengan susu botol yang aku buatkan tadi masih berbaki di tangan. Tertidur!!! Bawah meja 'workstation' aku yang walaupun sekali imbas dia memang boleh menyorokkan dirinya kat situ, tp aku x pernah terlintas yang dia boleh tidur kat situ, dengan panas dan sumuk bilik yang menyimpit rongga pernafasan, sebab bilik tu juga merangkap setor. Alahai anak dedi, bikin dedi gundah!!

Hehehe... Apa motif dia tidur kat sini nih?
Al-kisahnya Waseem mmg bukan kaki tidur, tapi kalau dia 'terrrrtidur', mmg ekstrem sungguh gayanya! Hahahaha... Pernah sekali dalam kereta, baru seminit dia minta aku bukakan plastik lolipop, pastu tengok2 dia dah tertidur di seat blkg dgn lolipop masih lagi di dalam mulut. Patutlaa keadaan dalam kereta sunyi secara drastik! Kalau x mulut dia je menceceh. Aku rasa makbear ada snap gambar dia nanti aku uploadkan. Kihkihkih... Waseem2...

Aku angkat tubuh mungil Waseem dan aku baringkannya di katil empuk. Selamat tidur sayangku. Nanti jap lagi kita nak g jemput abg balik sekolah pulak.
+++UPDATED++
Gambar waseem tertidur dengan lolipop! Hehehehe





Susu Perisa Durian

Aku mmg tak makan durian dari zaman kecik2 sampai la dh suku abad lebih ni...aku bole muntah2, diserang kepeningan tahap gaban sekiranya aku terperangkap dlm bau ke'durian'an... kenapa aku tak makan durian? Ntah!! Aku pun x tau.. Hehe

Dan aku mmg tak paham kenapa org rasa durian tu sedap..hehehe..dan aku btambah tak paham bila ada org simpan bekas berisi durian dia dlm freezer public dlm pantry lab aku...bau dia fuh!!!! Kaw kaw!!! 


Disebabkn  org yg fanatik durian tu maka tpaksalah aku pikirkan mana tempat lain yg sesuai utk letak susu ebm aku...Grrrrrr...geram aku..tak pasal2 kang susu ebm aku berbau durian plak nanti..."Susu perisa durian"...menu baru utk huda hud...sabor je le..

The Chronicles of Househusband. Part 1

Pagi yang mendung lagi mendamaikan.

Bagi sesetengah orang, terutama bekas teman sekerja dan kenalan terdekat mungkin telah sedia maklum bahawa aku adalah seorang 'househusband'. Maksud aku 'househusband' dalam ertikata yang sebenar2nya. Kalau sesiapa x tahu apa maksudnya boleh try google (ye, google adalah teman rapat aku sekarang huhuhu...). 

Anw basicly apa yang aku boleh explain, aku nie macam suami yang bekerja dari rumah je lah. Di samping bekerja, jaga anak2 dan menguruskan rumah tangga juga. Untuk seketika aku simpan dulu baju2 kemeja dan seluar slacks aku termasuk name tag hitam (tulisan putih) dalam satu tong khas yang x tau lah bila tong itu akan terbuka semula. Aku boleh kerja dengan pakai boxer je kat rumah kalau aku mau! 

*censored*

Kenapa aku pilih untuk jadi househusband? Panjang pulak untuk diterangkan. Perhaps what can I conclude, it's the best decision at that time. Dan sampai sekarang pun aku masih rasa ianya adalah suatu tindakan yang wajar dan tepat demi masa depan keluarga aku. Ehh, aku bekerja ye... Bukan x bekerja cuma aku bekerja dari rumah sesambil menjaga anak2 dan menguruskan rumah tangga. Apa kerja aku? Mungkin aku boleh cerita dalam entri2 yang akan datang. 

*ye laa ye laa... gelakler gelakler... nak kata aku 'looser' lah tu* ;p

Crime Scene: Kerja + baby + tv... 
Ada juga teman2 yang bertanya macam mana jadi househusband? Penat x? Jawapannya masha Allah... Tuhan sahaja yang tau penatnya. Tapi aku happy sbb aku dekat dengan keluarga aku. Aku dengan makbear dah terbiasa bersama, susah payah bersama... So menguruskan anak2 di samping take in charge hal ehwal di rumah adalah satu cabaran yang aku sahut dengan berbesar hati. Tapi mcm mana pun aku nak ucapan million thanx pada makbear, walaupun aku kata aku akan take in charge everything, kadang2 aku hopeless juga, mujur makbear turut sama membantu. And to be truth, ada certain2 thing mmg tangan makbear je yang buat akan nampak impaknya... contohnya memastikan kebersihan lantai rumah dah handwash baju2 yang tak boleh masuk mesin. Maklumler sentuhan lelaki dgn pompuan nie x sama, aku rasa ok, makbear kata x sampai 'hun' nya lagi kata org! Kihkihkih

Memang laa stress juga, mcm kerja gomen dulu. Penat kemain, kadang2 tue datang juga baran aku ni (makbear) tau laa mcm mana kalau aku dah marah... Tapi membesarkan anak2 sendiri depan mata, menyediakan sendiri makan pakai anak2 dan isteri... Is priceless man! Aku berada di suatu posisi yang x ramai lelaki merasa untuk membuatnya. Memang kadang2 rasa rendah diri juga tp kadang2 rasa bangga sbb aku boleh laksanakan perkara yang ramai lelaki/suami kat luar sana x sanggup nak buat (dorang mampu, tp x sanggup jee...).

Hurm panjang plak entri ni. Sambung lg lah part 2. Anw sikit lagi sebelum aku sign out, sbb dah jadi househusband nie laa aku mula balik blog ni, atas galakan awal makbear juga. So tgh excited lagi explore the new blogspot ni. Best... banyak benda baru yg xde masa aku mula2 aku berblog tahun 2004 dulu...

Till the, see yaa! To be continued... :)

Alkisah Belanja...

Dah masuk minggu kedua Wafiy bersekolah di darjah 1.

Aku nak cerita satu kisah pasal 'belanja'...  

Alkisahnya masa hari kedua Wafiy ke sekolah tempoh hari, aku ada bertanya pada dia,
"Rehat tadi makan x?", 
"Makan...", Wafiy jawab macam yakin x yakin. So aku taulah ada something wrong. Aku pun mulalah jadi penyiasat x bertauliah... 
"Betul ke ni? cuba abg cerita dengan dedi betul2..." soal aku.
"Sebenarnya tadi kawan abg kata dia x bawa duit, jadi abg bagi dia duit abg... bila abg bagi dia duit abg, abg xde duitlah nak makan, abg beli air milo jee", ujar Wafiy selamba kodok. Huhuhu 

Ehh ehhh... mcm nak termenyirap plak aku dengarkan. Mula2 rasa nak marah Wafiy kenapa beri duit pada budak tu? Pada masa yang sama, aku risau plak kot sebenarnya Wafiy kena pau dengan budak2 lain. Aku x tau lah berapa dia bagi budak tu sebab aku bekalkan dia duit RM3 utk sekolah pagi dan RM2 utk sekolah petang (agama).Risau... Risau... Gundah gulana aku dibuatnya.

Tapi aku rasa nak marah membuta tuli pun xde faedahnya, as long as aku tengok Wafiy macam ok jee (dari raut wajah selamba dia), aku pun akan buat selamba. Cuma aku pesan pada Wafiy, lain kali jangan bagi duit sembarangan pada orang sedangkan dia kelaparan. Dahulukan diri sendiri dahulu, sebab menuntut ilmu itu kan satu perjuangan, bila nak berjuang kita kena ada tenaga. Macam orang nak berperang... Aku cuba tackle psikologi Wafiy pelan2...  

Noktah.

Noktah, senoktah2nya... Aku redha, Aku halalkan rezeki yang budak tue terima dari duit sekolah anak aku. 

Hari ini.
"Dedi tadi abg g sekolah petang, abg lupa bawa beg duit... Tertinggal kat sekolah transit", kata Wafiy usai dia melangkah masuk ke kereta masa aku jemput dia petang tadi.
"Laa abistu Wafiy makan x?", gumam aku...
"Makan... Wafiy makan donat. Abg minta kawan abg belanja, dia belikanlah makanan yang abg nak..."

Masha Allah... Itulah ketentuan-Nya. Aku redha dan halalkan pemberian anak aku pada kawan dia sebelum ni... Aku harapkan kawan dia halalkan jua apa yang anak aku makan tu.

Pikiran anak2 ni kadang2 kita susah nak jangka. Ntah apalah yang difikirkannya. Harap2 Wafiy tak dituduh menge'pau' kawan2 dia pulak. Hehehe...

07 January 2013

Happy Bestday!!



Happy birthday to me,
Happy birthday to me,
Happy birthday to diri sendiri.......
Happy birthday to me......

Dah umur 33 dah aku...tp kenapa aku masih suka tengok kartun, suka anything yg berciri ke'kartun'an eh?! Hahahaha...usia hanya angka...di hati aku masih berasa muda belia..;D

Meh tengok kek besday aku yg amat comel...hehehe..
takde sapa nk belikn kek utk aku..aku cari design sendiri, tempah sendiri, dn syok sendiri...hahahaha...ada org tu sibuk nk durian crepe...siap selit order sekali tu...nyibuk aje...;P

Tapi pakbear yg bam telah dgn baik hatinya bersetuju utk membelikan aku tudung ala2 Fareeda ni as my birthday present...bukan satu tau, tapi tiga you...hahaha..bukan FAREEDA NYATA JELITA tau...ala ala je...tp kualiti mmg mirip2..harga pun mirip2...;D
Tima kasih pakbear bam ku...

Hepi birthday to myself again...tahun depan nak sambut birthday dgn title baru dkt chop rasmi aku...hahaha..INSYAALLAH...Chaiyok Najah
Sent from my iPhone
Makbear

06 January 2013

Keterujaan Aku dan Kesedihan Insan Lain


Sblm ni aku x penah tau rupanya dlm ke'syok'kan aku dn kawan2 yg otai breastfeeding memberitahu dunia (dlm fb) tentang journey ktorg as a nursing mum akn mengguris hati insan lain yg tak berkesempatan or bkemampuan ber bf..aritu ada sekali aku plan nk hantar gmbr aku dn baby Huda sedang nendo kt majalah pa&ma, so tgh aku sibuk2 potong form kat majalah tu ada lah kwn2 yg meluahkn rasa hati diorang sebagai ibu yg tak ber bf...

Rupanya diorg rasa ibu2 yg ber bf ni x patut expose2 kelebihan ktorg...kelebihan kemampuan meng'bf'kan anak ni....tgezut aku bila dgr pendapat diorg...bg diorg tunjukkan gmbr kita dn baby sedang bf, gmbr breastpump kita, gmbr hasil perahan kita, gmbr stok susu kita dlm freezer tu semua menunjukkan ke'eksyen'an ibu2 yg fully bf...

Aku terkelu time tu sbb sbnrnya mmg lah aku pun bukan antara ibu2 yg mempamerkan bla2 bla2 di atas...tp aku slalu rs sbnrnya ibu yg share the journey of breastfeeding dia dlm fb or blog adalah ibu2 yg hepi...ibu yg bangga sbb berjaya menyusukan anak dia secara eksklusif...especially kalu ibu2 tu adalah career woman mcm aku yg sanggup x rehat sbb pam susu, sanggup x keluar shopping lunch break jumaat sbb nk pastikan jadual pam tak terganggu, yg sanggup smbil abiskan keja kat opis smbil pam, sanggup pikul beg mengepam di samping pikul beg buku/keja lah, sanggup tak pakai baju yg cun2 sbb nanti masa nk pam susah...hahaha..itu experience aku lah....

SO APA SALAHNYA IBU2 MACAM AKU SHARE KEGEMBIRAAN AKU?

Amacam ada gaya x? Hehehe
Pada ibu2 yg tak berjaya menyusukn anak secara eksklusif jadikan lah benda tu as challenge utk u all ber'bf' jugak...dun take it negative way...ktorg tak niat nk menyinggung hati sesapa, ktorg hepi sbb anak ktorg menyusu susu dr hasil usaha keras kitorg dn mmg dalam Islam kita digalakkn menyusukn anak smpi usia 2 tahun kan? So janganlah terasa dgn para ibu yg menjalankn tuntutan agama tu...think positive ya...chaiyok! Chaiyok!!
Bekerja sambil menyediakan stok EBM :)

05 January 2013

Aku Yang Terlupa


Sudah 15 tahun berlalu... Aku ingat aku x akan menghadapi situasi ini lagi.

Rupanya aku lupa, akhirnya waktu itu tiba jua. Memang begitulah sifat manusia yang lemah, mudah alpa dan lupa...

Aku lupa rupanya bila Wafiy mula menjejakkan kaki ke sekolah (darjah 1), akhirnya aku terpaksa menghadapi realiti...

Kasut oh kasut! Meh sini aku basuh ko kasi bersinar2 supaya Wafiy bertambah2 ceria untuk ke sekolah Isnin nanti!

P/s: Nasib baik aku nie suka basuh kasut sekolah... Huhuhu...


- Posted using BlogPress from my iPhone

03 January 2013

Anak2 dan Oyen Jush (orange juice)


Satu hari tu Wafiy dn Waseem asik gaduh je...so akhirnya aku dpt idea utk mengurangkn ketegangan dua org budak notti tu so aku pun suh dorg buat oren jus sendiri....hehe..tbukti idea aku bjaya...bila perlu bekerjasama menghasilkan sesuatu yg dorg suka, dorg pun stop gaduh...Brilliant jugak otak aku ni...

I'm BIG, I'm TOUGH, I'm Tonka Part 2

Tonka in action!!!
Wafiy cari idea cmne nk main Tonka dia
Waseem yg asik ketawa je

Suka Suki 3 Suku

Anak-anak permata hati, penyejuk jiwa, penambah bara...hahaha...tak gitu Pak bear

Cerita Bowling

Hehehe...pd 22nd Dec lepas family pak bear buat pertandingan bowling...

Pak bear aku pasan sejak beranak pinak ni dn sejak aku buat master dia mmg dah slow down benda2 sampingan ni...mcm bowling..kesian pakwe aku ni

So masa kat group fb famili Pak bear, adalah sepupu sepapat pak bear yg dh tunjuk piala2 kemenangan dorg...cheh!! Kira nk kata dorg tu juara bertahan la...hahaha..

Aku personally seriau sikit lah sbb aku tau pak bear amat suka main bowling dn juga dh biasa menang...tp dh lama giler pak bear tak main bowling, kalu kalah kesian plak kan...tp nk gi training x sempat sbb Wafiy masih belum baik dr sunat..

Masa mula2 game tu aku tgk hebat2 jugak sepupu sepapat pak bear main....aku tgk pak bear mcm slow je...so pastu aku bwk lah permata hati ktorg yg comel iaitu Huda hud utk senyum2 skek, cium2 skek pak bear dn mberi semangat...Wafiy masa tu yg pair up dgn pak bear asik baling masuk longkang je...lama2 dia pun dh malas so bg mengelakkan Wafiy frust aku bwk le bdk2 notti 3 org tu bjalan2 beli coces (*sosej) and wejes (wedges)...hahaha

Tp sblm tu aku sempat bisikkn sesuatu pd pak bear...hnya pak bear yg tahu apa isi bisikan sepoi2 aku tu...hihi...

Bila aku keluar dn tgk je pak bear main dr jauh baru aku pasan Pak bear makin lama makin power dn aku pun terpandang lah perut buncit dia, lengan gebu dia, pipi mongel dia, kaki gajah dia yg mjadi pujaan aku dr dulu...seriously teringat dulu2 kalu aku stres pak bear akn suakan lengan dia utk aku gigit smpi lebam...romantik kan? Hehe..pasan sungguh...

Dn aku pun tpikir makin lama kita kahwin kita bukan x mau bermesra2, bermanja2 tp situasi tak mengizinkan...tp sib baik ktorg berdua mmg jenis tak malu...ada chance ktorg bergurau senda je wpun dpn anak2...smpi Wafiy slalu kata Umi dgn Dedi ni asik kawin je..hahaha

See...kan pak bear kata aku pandai merapu..sbnrnya nk cerita yg akhirnya Pak bear menang bowling tu..hahahaha...ternyata bisikan azimat aku tu berjaya meniup semangat pak bearuang ku...
Tahniah ye bang...hadiah kalu nak kena cari sendiri kat mana umi letak...kehkehkeh...

*impian nk belikan Wafiy set bola bowling masih tnggal impian..buat master ni bnyk perkara yg aku tpaksa ketepikan sementara waktu..cedih cedih..

Di Suatu Malam Wafiy, Huda & Boboiboy



I'm BIG, I'm TOUGH, I'm Tonka



Tonka adalah antara toys milik ktorg yg ktorg jaga dgn penuh kesopanan dan kesusilaan ...wpun slalu dibanting, dicampak ke laut, dihempap, dilenyek, direndam dlm air berhari2 oleh anak2 bearuang yg rajin berkubang tp mamat2 tonka ni mmg tough...so far lgsg tak penah blaku kecederaan teruk...mb sbb material dia getah yg tahan lasak..
Incik Tonka warna oren tu adalah kenderaan pertama ber'brand' tonka yg ktorg dpt..Kakak aku bagi sempena birthday Wafiy yg pertama..

Set yg dgn BIG BRO Oren tu adalah balai bomba..ada rupa tak? hehe..set ni ada sentimental value bg aku...aku beli masa pak bear outstation 2minggu kt penang..aku beli sbb masa tu Wafiy kena chicken pox..kesian sgt kat anak2 dn jugak diriku sendiri sbb pak bear jauh...huhuhu...so set balai bomba ni sbgai pengubat hati duka lara..
Tonka the bestest!!
Rasaksa kiut datang menyerang..

02 January 2013

Dengar Cakap Cikgu Disiplin

7.20 pagi, murid2 sedang beratur di padang perhimpunan sempena hari pertama penggal persekolahan tahun 2013.

Dimulai bacaan doa, nyanyian lagu2 rasmi, bacaan ikrar dikuti dgn ucapan demi ucapan daripada Cikgu Besar, Cikgu Bertugas Mingguan, cikgu-cekgi... bla bla bla... termasuklah Cikgu Disiplin.

Cikgu Disipilin: "saya ucapkan selamat datang bla bla bla....
Saya nak berikan taklimat mengenai peraturan pakaian bla bla bla... Dengar ye cakap cikgu ni... (Aku x taulah budak2 ni paham ke x huhuhu).

Yang lelaki hari Isnin wajib pakai neck-tie, wajib. Ingat tau, pakai tali leee... herrrr?!!! Tapi kalau nak pakai hari2 lain pun digalakkan... Hen.....semmmm!!

Yang perempuan pula pakaian baju kurung putih n kain biru. Dan yang penting sekali kalau yang pakai tudung tu kena pakai tudung fareeee...daaaa!!"Ehh... Mcm pelik plak bunyi tudung tu?! Owh tudung putih. Aku berhalusinasi rupanya... Kahkahkah...

Trivia: daripada Cikgu Besar, GPK HEM, GPK2, Guru panitia sampailer ke guru kelas, semua wanita...

- Posted using BlogPress from my iPhone

01 January 2013

Selamat Tahun Baru 2013!


Betul juga cakap makbear, kalau x dek kerana ucapan tahun baru secara rambang teman-teman di FB dan dentuman bunga api tepat detik 12 malam di kaca televisyen dan hadapan rumah aku yang kedengaran cukup kuat dari balkoni rumah, mungkin kami x perasan pun akan kehadirannya. Seolah-olah kami dalam kapsul masa kami sendiri. Maksud aku, aku perasan laa tahun 2012 tu akan berganti tarikhnya ke 2013, tapi aku menganggapnya sebagai sesuatu yang 'common', seperti berlalunya masa, bergantinya hari, bertukarnya minggu dan beralihnya pergerakan bulan mengikut kalendar masihi.  Sedangkan bagi orang lain ianya menjadi sesuatu sangat 'significant' dengan ucapan selamat tahun baru yang dititipkan bersama soalan apa azam tahun baru? sudah tercapaikah azam yang lama? :)

Well... sejujurnya aku ini bukanlah seorang yang berminat sangat untuk memasang azam, menyasarkan resolusi baru yang perlu dicapai menjelang tahun baru berikutnya. Cukuplah kalau aku katakan, asalkan geraf progresif hidup itu sentiasa memacu ke hadapan, it's good enough... Kalau semakin merudum, kerja keras sikitlah kawan. Itulah seadanya.

Noktah.

Persediaan awal,  gi gunting rambut 
Cukuplah perihal tahun baru dan azam. Apa yang aku nak cerita adalah mengenai peralihan tahun 2012 ke 2013 ini yang akan memberikan impak yang cukup besar kepada kami sekeluarga. Iya lah, lusa ataupun dengan lebih tepat lagi Rabu akan datang ni, iaitu 2 Jan 2013, Wafiy akan mula bersekolah darjah satu. Mengenangkannya sudah cukup membuatkan emosi aku bercampur baur, antara gembira, sedih, 'nerbes', risau dan segala macam perasaan. Maklumlah selama ini aku rasa Wafiy tu kecil lagi, masih lagi perlukan tunjuk ajar, teguran dan perlindungan daripada aku dan makbear, tapi sekarang ini aku perlu menerima hakikat bahawa dia sudah darjah satu, bukan lagi sekolah level sekolah makan mcm nursery ataupun tadika/Genius Aulad seperti yang Wafiy pergi sebelum ini. Mungkin bagi org lain akan kata, alah baru darjah satu... Tapi aku percaya ianya adalah sesuatu yang besar bagi Wafiy.

Dengan sekolah paginya, kemudian transit di tadika untuk makan dan mandi sebelum bersiap ke sekolah agama pula. Laratkah Wafiy, bolehkah dia menumpukan perhatian untuk suatu tempoh yang lama seperti itu, selamatkah dia dari diapa2akan oleh orang/murid yang berniat tidak baik pada dia? Alahai anakku Wafiy, dedi tau Wafiy seorang yang cintakan belajar, suka pergi sekolah macam dedi masa kecik2 dulu... (cuma bila dah sekolah menangah je dedi jadi malas sikit. Huhuhu)... Dedi dan umi harap sangat Wafiy boleh mengharungi dengan semangat, gembira dan selamat.

Pagi2 sebelum gi orientation day
Aku happy sebab aku dapat hantar dia ke sekolah untuk pertama kali semasa 'orientation day' Sabtu lepas. Gembira bukannya apa, aku boleh menilai sendiri macam mana penerimaan Wafiy dari segi mental dan fizikal mengenai 'idea' kami untuk menghantar dia ke sekolah itu. Cukup bersediakah dia? Sejujurnya aku akui, Wafiy seperti biasa tidak pernah mengcewakan aku bila tiba bab-bab seperti ini... Maksud aku dari kali pertama Wafiy masuk nursery di Taska Yippie di Melaka, kemudian berpindah ke Taska An-Nisa' di Nilai, lepas tu pindah balik ke Taska Yippie, kemudian selepas 6 bulan pindah ke Taska Permata di Hospital Melaka (transit), tengaharinya ke Genius Aulad Melaka... Kemudiannya pindah lagi ke Genius Aulad Bangi. Wafiy sentiasa berjaya menempuhi the whole process and complete the 'transition period' without major complaint. Iya itulah dia Wafiy, semangat dia untuk ke sekolah tak pernah luntur. Itulah satu perkara yang aku sangat kagum mengenai Wafiy.

Sentiasa berusaha senyum utk dedinya
Mesti ada yang bertanya kenapa Wafiy banyak pindah2 nursery/sekolah? Well... apa yang aku boleh jawab, panjang ceritanya. :)  Anw as for me, bagi seorang budak yang seusia dia, aku anggap dia as a truly survivor and saviour, very understanding, banyak sangat berkorban untuk umi, dedi n adik2. Thanx Wafiy.

Soriler teremosi sikit membebel berjela2... maklumler anak pertama baru masuk darjah satu. Huhuhu.. Sibuk tanya Wafiy dah bersedia ke belum, umi dengan dedinya pun belum bersedia lagi... lencana kat baju pun x tampal lagi, buku2 latihannya pun x dituliskan nama lg. Lusa dah nak sekolah dah. Hahahaha... apa laa umi dgn dedi nih!

Anw guys... Happy new year 2013. May all your dreams come true!

Trivia: Lebh 99% murid perempuan memakai beg berwarna pink ;)
Trivia lagi: Selain mengajar, guru juga bertindak menjadi papan tanda... Hehehehe