Powered By Blogger

14 March 2013

Cinta Monyet

Beberapa hari lepas semasa aku duduk bersembang2 dgn Wafiy aku telah berjaya mengorek satu rahsia! Jeng... Jeng.. Jeng! Anw sebenarnya bukan aku yg tanya tapi dia sendiri yg bgtau, ntah apa topik perbualan kami masa tu tetiba je masuk pasal citer lain plak.

Citernya mcm ni, Wafiy kata,
"Kat sekolah abg ada sorang budak pompuan tu, kawan2 abg suruh abg jln2 dgn dia pastu abg pun jln je lah dgn dia..."

Aku yg rasa semacam pelik ni pun cakaplah,
"Nak kawan2 boleh tp kalau kawan2 abg suh pegang2 tgn ke, cium ke abg jgn buat tau...". Serius aku risau!

"Berdosa tau, Allah marah! lagipun nanti kalau abg buat, teacher tau, mak ayah dia tau teruk abg kena marah nanti!!". 

"Mmg dia dah cium abg pun... Masa kat sekolah agama... Kat pipi..", selamba kodok je Wafiy bgtau...

Kalau korang boleh nampak, biji mata aku dah terjojol keluar dah masa tue, terpaksa aku tolak masuk balik dalam 'soket' dia... AstaghfirullahalAzim3x... Mengucap panjang aku (tapi dalam hati jee...).

"Abg x boleh mcm tue, kan dedi dah cakap tadi, berdosa! Kenapa abg buat..?". Seram sejuk aku dibuatnya!

"Bukan abg yg buat tp dia yg cium abg...", tukas Wafiy. Alahai... Dulu dedi sekolah rendah feymes juga tp xler sampai cium2x!

Tp aku x cepat melatah (panik sikit jee, huhuhu...) mungkin cerita sebenarnya x seteruk yg aku bayangkan or maybe Wafiy tokok tambah cerita (aku x kata Wafiy menipu, cuma fahamlah kanak2 ni imaginasi dia terlebih sikit...). Aku relax je, aku ckp dgn Wafiy lenkali jgn buat lg, "kalau dia nak cium lg abg tolak, kata x elok buat berdosa... Allah marah...", aku ajar wafiy cara nak menepis yg aku harap2 sgt dia akan ikut. 

"Ooooo... kalau nak cium2 kena tgu dah kawin ea mcm umi dgn dedi?", soal Wafiy. "errr... ye begitulah kira anak2...", huhuhu... Nampak Wafiy mcm paham dan janji x buat lagi.

Apa yg aku nak 'habaq hang', budak2 skrang punyalah advance... Dorang bukan main cinta2 monyet mcm zaman2 kita dulu, ni dah mcm cinta king kong namanya! main sukati tok nek dia je, gejala2 ni kalau x dibendung, nauzubillah takut aku nk bayangkan!

Banyak faktor yg menyebabkan perkara mcm ni berlaku dlm masyarakat cilik kita. Jadi kita sbg parents kenalah rajin amik tahu perihal anak2... Nak amik tahu kenalah rajin berdamping dgn mereka. Anak2 ni x tau dia bulah salah, kitalah yg kena terangkan pd mereka mana yg baik dan mana yg buruk... Ahh sudah, dah bg ceramah parenting pulak aku nih!

Noktah bertindih...

Wafiy, Waseem n Huda... Dedi dgn umi dulupun cinta monyet. Tp masa tu pun dah tingkatan 3. Almaklum, kalau dedi jumpa umi korang masa dedi darjah 3, mungkin dedi x minat sebab umi korang lasak mcm lelaki! Hahaha...

Jadi perjalanan tu jauuuuhhhh lagi. Nak berkawan2 boleh tp jgnler buat benda yg x sepatutnya dibuat. Utamakan pelajaran. Dedi berdoa dan harap2 sgt anak2 dedi x mcm tu walaupun dulu umi ngan dedi dah terbabas juga masuk lane sebelah, tp kami x eksiden... Sib baik sampai jua ke destinasi yg dituju. Hahaha... Pening budak2 ni nk paham! Alah paham sendiri je dah lah yee... 

Makbear, ingat x gambar ni? ;)

Sent from my iPhone

8 comments:

isabelle frankly said...

Hahaha.gmbr last tu xpatut sgt makbear xigt...sbb aku pun igt

pakbear said...

;) kan?!
Hahaha....

makbear said...

Penah tengok la but ada significant ke dgn kita? ;p

Masy said...

tak lama lagi dapat menantubear laa uols.. hahaha adoyai budak2 skrg.

fairus said...

KENA PANTAU BEBETUL BRO.. RISAU JUGAK KAT ANAK LELAKI AKU YANG SORANG TU..

pakbear said...

Cereteja certeka... Hehehe

pakbear said...

Alaa nanti ko tertekan pulak... Tgu ko dululah! Hahaha

pakbear said...

Ituler pasal bro... Mau x risau...