Powered By Blogger

Happy Birthday Umi!

Upacara bergambar dengan cupcake sempena birthday makbear pada 4 Jan 2013

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Percutian yang tak dirancang di Colmar Tropicale, pada 16-18 Nov 2012

Disneyland Hong Kong

We made it!! Hong Kong Disneyland 17-22 Nov 2011

Hari Raya Aidilfitri 2012

Huda asyik melalak je, so amik gambar pun lebih kurang je! Hehehe

Selamat Hari Lahir Waseem 2012

Sambutan birthday Waseem di Taska Permata. Cake Barney yang begitu menarik perhatian!

30 April 2013

Penipuan yang Merugikan

Last week di sekolah agama Wafiy ada jualan buku lah kononnya...dari title yg ditulis di kertas order, aku dh agak dah ni buku cikai2, buku yg tidak berfaedah maksudnya tidak membina pemikiran dan minda tapi sebab Wafiy nak sgt buku Transformers dan Naruto, aku ikutkan je lah..Harga setiap buku rm3, so rm3x2= rm6. Disebabkan tak kuasa nk mencari duit rm6 secukupnya, aku pun bagi rm10, dengan anggapan Wafiy akan menerima baki rm4...

Pd petang kejadian, ketika aku ambil Wafiy pulang dari sekolah agama, Wafiy memberitahu, tadi masa nak beli buku2 yg berkenaan ada seorang abang Darjah 5 tolong belikan buku2 tu..aku tanya kenapa Abg tu tolong, Wafiy kata abang tu yg nk tolong...so aku pun tanya Wafiy, mana duit bakinya? Wafiy kata takde...aku pun siaplah suruh Wafiy buat kira2 sendiri..rm10-rm6=rm4..so mana rm4 itu...of courselah Wafiy tak bole bagi jawapan mana terbangnya duit yg mungkin telah disonglap oleh Abang darjah 5 yg kononnya tolong Wafiy beli buku tu or sebenarnya duit baki memang tidak dipulangkan oleh penjual yg baik hati tu....aku kecewa...amat kecewa...

Aku perasan ini bukan pertama kali ada peniaga2 yg berjualan samada di kantin sekolah Wafiy mahupun gerai2 yang berjualan di kawasan sekitar sekolah Wafiy cuba ambil kesempatan dari ke'blank'ngan anak2 kecil ni...mula2 dulu aku dan pakbear pasan walaupun harga makanan di sekolah Wafiy ada yg berharga rm1.50 dan bersen2 di hujung angka2 itu tapi Wafiy tidak penah pulang ke rumah dengan baki sen sen itu..ok, selepas menerangkan pada Wafiy tentang peri pentingnya dia meminta duit baki maka perkara begitu sudah tidak berlaku....cuma yang aku kesalkan dan aku simpulkan bahawasanya sekiranya budak2 macam Wafiy tak mintak baki, maka mereka peniaga tak pulangkan lah baki...tidak berusaha memulangkan...ok, maybe murid ramai sangat, so dorg tak sempat nak cam mana murid yang bayar terlebih tu...hmmm...aku boleh katakan aku tak terima alasan tu sebab bagi aku duit itu adalah duit orang...korang tak pulangkan baki maknanya korang ambil duit haram....so kena lah usaha pulangkan duit anak2 itu...dan aku yakin mereka bukan baru berniaga sehari dua di kantin tu....takkan takde mekanisme yang bole difikirkan untuk mengatasi masalah tu..jangan bagi alasan..aku tak terima alasan..hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih...

Ada lagi satu kejadian, Wafiy nak beli aiskrim kon...aku biasa2 nya akan menyuruh Wafiy pegi sendiri je beli..sebab pakcik jual aiskrim tu park motor aiskrim dia tu kat tepi sekolah Wafiy je..tapi pada suatu hari tu, aku saja nak berjalan2 di luar kereta dan follow Wafiy beli aiskrim..so dah aku yg ikut, makanya aku lah yang nak bayar..dan sambil berjalan ke arah pakcik tu, aku tanya Wafiy aiskrim tu berapa ringgit? Wafiy kata rm1...heh!! Dan bila aku nk bayar, aku sengaja tanya berapa ringgit ye? Pakcik tu kata rm0.50...erk!!!! Tak ke berbeza tu rm1 dengan rm0.50...so selama ni anak aku bayar rm1 untuk aiskrim tu...dan samada pakcik tu yg sengaja tak pulang baki pada Wafiy sebelum ni or Wafiy yang lupa mana duit baki tu or mungkin pada hari tersebut pakcik tu buat sale less 50%...;p

Aku emo?? Duit aku kan...rm0.50 pun kalau darab dengan 10hari dah bersamaan rm5 tau...lepas duit makan tengahari aku....nasib baik aku ni skrg agak sopan..kalau ikut jiwa panas aku ni, ada aku buat surat komplen kat sekolah..dan juga pada JKKK kampung tu...tunggu je lah bila angin mengamuk aku ni datang, puting beliung le jawabnya...;D

*kejujuran dan kepercayaan itu amat penting, sekiranya anda tidak dipercayai lagi, jangan salahkan orang lain, tapi salahkan diri sendiri...kenapa suka menipu dan merosakkan kepercayaan orang terhadap anda..;)

28 April 2013

Hari Sukan Tadika Vonad


Pada 27 April yang lalu, Waseem yang hensem telah dengan jayanya menjayakan sukan Tadika nya sendiri iaitu Tadika Vonad...ianya berlangsung di padang Kompleks Kejiranan Presint 16 Putrajaya....

Pagi2 tepat jam 7.30 pagi, makbear dan Waseem dah terpacak dekat padang...as expected orang masih tak ramai..ada le tak sampai pun 10 orang parents yang dah sampai...ktorg tpaksa bahagi 2 famili ktorg hari tu sebab pada hari yg sama Wafiy ada grading taekwondo pada jam 12tghari...so bagi mengelakkan Wafiy overexhausted so kami buat perancangan agar makbear pegi dulu temankan Waseem untuk sukan tadika dia, dan aku menyusul kemudian bersama Wafiy dan Huda. Kami sampai dah pukul 9 lebih..ngam2 untuk acara sukan yg Waseem sertai..

Masa perbarisan Waseem melalak..tanak join berbaris..puas dipujuk oleh Makbear dan kemudian di pass kepada aku tapi pujukan tidak membuahkan hasil...sampai lah dah nak start acara sukan Waseem, dia masih mogok...apa lagi Makbear la jadik tukang paksa Waseem lari...hehehe...
Acara pertama Waseem, lari dan isi air dalam botol...makbear yang bersemangat lari dengan prinsip nya jangan mengalah sebelum mencuba..so diheretnya Waseem berlari bersama...



Lepas Waseem dah lari untuk acara pertama tu dan selepas menerima kata2 perangsang dari abg Wafiy yang bertindak seperti coach, akhirnya Waseem memberi kerjasama yang baik untuk acara yang kedua iaitu acara Lari bawak pundi kacang...laju Waseem lari..seriously aku tak terpikir pun yang Waseem ni actually kuat lari..kembang kempis hidung dia...kuikuikui...tapi dia lari memang laju...;)

Acara belum habis, kami semua dah bersiap2 pulang ke sarang...sebelum pulang, makbear dengan machonya merembat sebanyak mungkin makanan/potluck yang dibawa oleh parent parent sekalian...banyak betul makanan...aku dan makbear bawak kek coklat moist yg dibeli di pasar malam...hehehe...coklat favourite family ktorg...makbear konon nak buat sendiri..tapi mana le penah jadi kenyataan kan..hehehe...yg pastinya ada orang puji kek coklat ktorang tu sedap...org tu ingat Makbear yg buat sendiri...kehkehkeh....

Selesai upacara menyumbat segala makanan dalam beg, lalu kami pun beransur pulang, aku bawak Wafiy ke dewan taekwondo untuk grading pulak...makbear pula pulang ke rumah dengan anak dia yang lagi 2 orang...eh!!! Anak aku jugak sebenarnya...hehehe...

27 April 2013

Majulah Sukan...

Hari ni sebenarnya ada acara yg sgt penting bagi 2 orang anak bujang aku. Pagi tadi Hari Sukan yang boleh dikatakan pertama kalilah bagi Muhammad Waseem. Sebab sblm ni masa di nursery x pernah buat hari sukan, ada konsert aka persembahan2 pentas jee. So kali ni di Taska Vonad ni adalah Sport Day.

Nak diringkaskan citer mula2 tu Waseem mmg xnak participate lansung, Waseem nie kan pemalu orgnya... berbaris pun xnak. Tp lepas dipujuk2 berjayalah juga. Sampai makbear (dgn semangat kesukanan yg cukup tinggi lagi jitu) pun join lah sekali berlari isi air dalam botol! Hahaha... Lawak betul! Nasib baik 2nd acara tu mood dia dah baik dan bertanding dengan sangat cemerlang! Acara bawa pundi kacang sambil melompat gelung. Dapatlah tempat kedua... Jadilah, kalau x nanti kawan2 dpt medal dia x dpt, haru juga nak menjawabnya.... Hikhikhik...

Sekarang tgh tgu Wafiy pula nak grading taekwondo. Baru nak test tukar bengkung kuning. Amacam agak2 boleh berjaya x?! Insha Allah... Tgk level of confident, bengkung hitam pun lepas nih! Hahaha... Aku dah practice dgn Wafiy apa2 yg akan dinilai masa grading test tue, sbb masa sir dgn madam tue ajar akupun catit nota dlm notes iphone aku n rakam video. Sampai boring2 Wafiy tgk aku ulang tayang video tue. :)

Semalam pun masa solat maghrib berjemaah aku saja je baca doa kuat2 Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah kemudahan dan kau kurniakanlah kejayaan dalam semua acara yang disertai oleh Muhammad Wafiy dan Muhammad Waseem... Biar diorang dengar, biar diorang tahu selain dari berusaha, kita pun perlu bertawakal dan berdoa kepada Allah SWT. Wafiy sampai malu2 dgr aku sebut nama dia dalam doa sembahyang. Huhuhu

Ok good luck Wafiy, sekarang dia tgh warming up! Akhir kata majulah sukan untuk keluarga pakbear dan makbear!

Sent from my iPhone

24 April 2013

Tolong jangan malas

Aku mengakui satu hakikat kehidupan dan juga kelemahan aku dari dulu...aku ni pemalas orangnya...aku hanya rajin bila tiba part tido, makan2, berborak, merapu, baca novel, tengok katun....aku amat malas bab2 lain..cuma aku bernasib baik kerana terang hati dan luas permukaan otak mengingat benda2 yang aku belajar...hehehe...dan agaknya kerana tu aku ditakdirkan kawin dengan pakbear...sebab pakbear agak rajin secara am nya dari diri aku dan lebih berdisiplin...aku amat benci perkataan peraturan....apatah lagi follow peraturan yang aku rasa takde asas kewujudannya...aku adalah antara pemberontak tegar...kepala batu ada dalam bak kata kakak2 aku..

Tapi dalam malas2 aku ni aku ada prinsip kehidupan...dan sebab prinsip tak mau kalah...tak mau gagal jadi sebarang apa yang aku usahakan akan aku lakukan bersungguh2...dalam malas2 aku ni, aku mempunyai matlamat ingin hidup berjaya..

Dan aku amat tak gemar dengan sikap sesetengah orang Melayu kita yang dah lah keja ala kadar, hidup ala kadar, semua benda ala kadar lah..dicampur dengan sikap malas dn tak serius bekerja..kena marah sikit berhenti kerja, kerja penat sikit berhenti lagi...dan lagi dan lagi...tu aku belum suruh jadi houseman kat wad lagi..baru lah korang tau istilah sebenar 'work like dog, treated like shit'..

Banyak sangat dah aku jumpa melayu camni...termasuk budak pompuan merangkap service lady untuk penapis air dan penapis udara kat rumah aku ni...berbeza sangat tahap profesional service lady di Melaka dulu (seorang perempuan Cina) dengan service lady yang sekarang....aku pasan orang Cina bila tiba bab kerja, mereka amat efisien, dedikasi, menepati janji, masa dan faham selok belok kerja mereka dengan details...tapi budak melayu yang sorang ni selalu menaikkan darah aku...bila janji nak datang jam sekian sekian...dia bole datang super lambat...tanpa rasa bersalah..dan langsung tak call or mesej bagitau yg dia akan lambat..semalam bila aku mesej tanya "awak jadi datang tak malam ni?" dia bole jawab "jadi, akak dah nak tido ke?"...itu pada jam 9.45malam, dia janji nak hantar barang kat rumah aku pukul 8.30 malam ok...hebat kan adik sorang ni? dia ingat aku dengan pakbear ni takde keja lain ke selain duduk rumah tunggu dia datang?? Dan bila datang rumah, ada sekali tu aku pasan dia usik2 barang hiasan aku...ok, memang almari aku tu bersepah sikit tapi dia tak patutlah sibuk2 kemas barang aku...dan gaya dia macam kepochi sikit..datang keja je dah lah..tak payah la nak manja2 macam aku kakak dia pulak..aku ni memang peramah orangnya tapi bila ada orang nak terlebih mesra ni aku malas nak layan terutamanya dengan sikap tak bertanggungjawab dia tu...

Maaflah..aku bukan anti kaum sendiri, in fact sekarang kalau aku ada bahan2 rujukan extra berkaitan exam akan aku share dengan semua kawan2 melayu aku...tapi jumpa Melayu malas ni aku memang rasa terkilan..."Dek, ko buat keja yang mudah je dek..mudah la bagi aku..sebab time aku keja mula2 dulu, makan sehari sekali je Dek...solat terbang, berdiri seharian, tido ala ala je...pukul 6.30 pagi dah tercongok dalam wad, patient dalam selimut lagi aku dah datang buat ward round, malam patient dah masuk selimut semula pun belum tentu aku dah balik, weekend pun kerja, tu belum kira time aku oncall..32 jam straight tak tdo..dah lah keja melibatkan nyawa dn kesihatan orang...kesalahan tidak dibenarkan sama sekali..."

"Dek, ko keja bole sempat pegi makan, pegi solat, ada masa rehatkan punggung pun ko masih tak hargai kerja ko dengan bekerja betul2...kecewa lah aku Dek, nak malas sekali sekala boleh..tapi biarlah simpan dalam diri je...jangan melarat sampai masa bekerja dan jangan lah tunjuk malas tu depan customer"...

Bangunlah orang Melayu...sampai bila nak malas dan harapkan orang tolong kita...kalau aku tak kesiankan service lady aku ni dari dulu lagi aku dh report kat company dia..tapi kesian punya pasal aku diamkan je lah...

Oklah hadirin dan hadirat sekalian...
Dengan ini saya akhiri ceramah saya malam ini dengan ucapan Wabillahi taufik wal hidayah..Wassalamu'alaikumwarahmatullahiwabarakatuh.....JANGAN LUPA UNDI SAYA!!! Kihkihkih

22 April 2013

Wafiy dapat hadiah :D

Hari ni ketika Wafiy balik sekolah, Wafiy dengan bersemangatnya memberitahu aku yang dia dapat hadiah..hadiah sebab di sekolah Wafiy, dia merupakan antara pembaca buku terbanyak..dah habis buku Nilam 1...dan sedang berusaha memenuhkan buku Nilam 2.

Hepi sungguh Wafiy..dia kata tak ramai budak sekolah yang dapat hadiah..baguslah sayang Umi...umi berbangga dengan Wafiy..tadi pun aku dah salam tangan Wafiy dan ucapkan tahniah...dia nampak gembira...bila anak2 gembira, aku pun gembira.

Aku terkilan sebenarnya sebab dah busy2 nak exam ni banyak perkara berkaitan anak2 ni aku terpaksa abaikan...tapi Alhamdulillah..macam mana pun Wafiy dan adik2 sentiasa ada bersama aku..

Anyway, back to Wafiy..aku memang kagum dengan semangat Wafiy yang rajin membaca...tingkah laku dia bila bertemu buku memang sebijik aku...malam2 lampu dah malap pun dia masih rajin membaca buku2 dia...bila melihat Wafiy, aku tersedar sesuatu iaitu minat membaca itu boleh dikatakan kecenderungan genetik..tak payah ajar pun Wafiy mengikut je jiwa ulat buku aku ni..hehehe...Wafiy, umi love you very much...Dah besar nanti baca blog Umi dan Dedi tau...

*gambar aku dan Wafiy tu actually cubaan Wafiy memeluk pinggang aku dari belakang macam pakwe makwe tu...hehehe...pakbear jelesh sebab Wafiy selalu manja2 dengan aku macam tu bila jalan2 gi shopping..;p

Jangan Politikkan Entri Ini


Dah nak dekat2 pilihanraya ni, di mana2 meriah dengan bendera2, banner2 parti yang bertanding. Tak ketinggalan juga di Bandar Baru Bangi ni. Al-kisah semalam petang masa aku membawa anak2 ke taman permainan dalam kereta Wafiy bertanya "dedi bendera yang warna biru putih nie bendera BN kan? BN tu maksudnya Barisan Nasional kan?", aku jawab "ye mana abg tau?", Wafiy jawab kawan dia yang bagitahu.

Kemudian Wafiy tanya lagi "dedi yang bendera yang warna hijau ada bulan tu bendera apa?". "Oooohh itu bendera PAS, Parti Islam Semalaysia...". "Oooo tp kenapa diorang pasang bendera banyak2 ni dedi?", aik banyak pulak tanya budak nie huhuhu... "X lama lagi kita nak pilihanraya, pilihanraya tu untuk kita undi siapa pemimpin yang kita nak", aku jelaskan semudah yang mungkin.

"Ok tp nanti abg dah besar abg nak undi BN ke PAS dedi?", wah berat nie nak jawab! Huhuhu... "Abg pilih laa pemimpin yg abg suka... Ok mcm nie, abg suka Mahathir ke Nik Aziz?", niat ikhlas nak bg paham pd Wafiy parti BN n PAS tu mcm mana. Maksud aku kalau dia suka Mahathir undilah BN, kalau suka Nik Aziz undilah PAS. Sekadar perbandingan mudah untuk anak2 mudah paham. Jangan politikkan kenyataan aku nie ea.. Aku nak bg mudah anak aku paham, tue jee...

Sekali apa Wafiy jawab?!

Jeng!

Jeng!

Jeng!

"Abg nak undi Nik Azizlah!", mak oii!!! Hahaha.... "Kenapa abg pilih Nik Aziz?, tanya aku. "saja jee, abg x kenalpun dia...", sesooka hati kau je nakkk... hahaha budak2 mana paham lagi... 

Sejujurnya aku xde masalah dengan kecenderungan politik anak2 aku bila dah besar nanti. Bagi aku, kita dah bagi asuhan dan didikan yang sepenuhnya zahir dan batin, dunia dan akhirat, kelak biar dia yg tentukan sendiri siapa atau parti mana yg mereka pilih. Yang penting tunaikan tanggungjawab untuk mengundi. Hormati ulama' sbb ulama' tu pewaris Nabi. Hormati Mahathir sbb beliau banyak berjasa kepada Negara, bangsa dan agama... Titik!

Jangan politikkan entri ini.... :)
Sent from my iPhone

21 April 2013

Birthday Boy Yang Garang

Pada 12 April 2013 lepas kami telah mengadakan sambutan hari lahir (belated) yang ke 4 tahun Muhammad Waseem yang dilahirkan pada 10 April 2009. Alaa sambutan ala kadar je, blanje adik beradik aku makan di Medan Ikan Bakar Parameswara Umbai Melaka. Program yang x diplan sgt sebenarnya, tp keknya mmg diplan sungguh2 laa oleh Makbear. Hahaha... Well... semenjak dah jumpa pakar buat kek yang power nie, kitorang mmg suka bagi cabaran pada Kak Hawa tue dengan design kek/cupcake yang mencabar namun hasilnya mmg x pernah mengecewakan. Ktorg pernah mintak buat kek angry bird laa, barney n friend laa dan juga cupcake yang bermotifkan doktor sempena besday Makbear awal tahun aritu. Semuanya beyond expectation dan menepati kriteria yang ditetapkan. Kek aku juga yg xde! Hahahaha...

Berbalik kepada topik utama iaitu besday Waseem. Anak aku yang no 2 nie karakter dia mmg garang sikit berbanding abangnya (yg lebih sopan santun dan leman lembut hehehe...). Masa kecik2 dulu kitorang mmg panggil dia anak rimau dan bila tanya dulupun "Waseem anak siapa?", dia akan jawab "Anak rimau!!". Hahaha... Bila aku kata dia garang maksud aku dia jenis orang yang tegas dan berprinsip (walaupun baru umur 4 tahun). Kalau ada benda yg dia x suka dia akan marah, don't play2 aaa... paling kuat dia diam membatu... buat derkkk jee.. cakap apa pun x jalan. Kasi dia sejuk dulu baru boleh pujuk. Contoh lain yang paling jelas nak menerangkan karakter Waseem ini ialah kalau g 7eleven dia kata dia nak coklat (mcm yang dia nak), kalau coklat yang dia nak tu xde, dia xkan beli benda lain. Itu prinsip dia. Unless kalau aku bebetul pujuk coklat lain mungkin dia akan terima gak kot tp secara asasnya dia mmg berpegang pada prinsip dan kata hati dia. Kalau dia x suka jgnler paksa... mmg susah dia nak ikut! Itulah Waseem yang ku kenal...

Anw seperti tahun2 yang terdahulu, ktorg akan sediakan sedikit goodies untuk kawan Wafiy/Waseem di sekolah. Dan tawun nie pun kami buat simple jee tp yg istimewanya tahun nie instead of kami bagi gula2 dan coklat, kami juga bagi buku. Yeah Makbear seorang pencinta buku jadi dia memang suka bagi hadiah buku kat orang semoga budak2 nie minatlah nak membaca buku. Wafiy dan Waseem pun suka membaca, nie semua hasil asuhan Makbearlah. Thanx syg... :)
Inilah ghupenya goodies untuk kawan2 Waseemun...
Inilah kek Oggy n the Cockroaches pilihan Waseem!!! Ada sesapa ke yg x pernah tgk citer nie?
So nak dijadikan cerita mcm aku ckp tadi, Waseem nie orgnya berpendirian dan sedikit keras hatinya. Kami dah bagitau dia yang kita akan balik kg umah Nek Nah n Tok Jak untuk potong kek dia bersama Amir dan Hadif. Tp sbb last minit tukar plan tetiba sampai ke Umbai pulak, dia protes laa kenapa datang situ pulak, kenapa x balik umah Nek Nah. Sedangkan Nek Nah, Amir n Hadir semua2 ada jee kat Umbai masa tue. Tp dia merajuk laa, moody sikit. Tue yang ajak amik gambar pun xnak tue! Sabor je lah.. Sib baik ada Amir dan Hadif ada yang memeriahkan suasana...
Thanx korang sbb datang... :)
Keluarga Maklong n Paklong yg sentiasa supportive lg spoting
Muka malu2 sebelum mula membaham! :p
Nyum3x... rasa x puas makan aritu sbb jg organizer n photographer, blk Melaka kena repat lg nie!
Sesi memotong kek, masa nie mood besday boy dah ok... kadang2 bila pikir2 balik si Wafiy pun dah paham perangai adiknya. Dia pun sabar juga melayan kerenah dan memujuk Waseem. Dia ada fikiran bahawa sambutan besday nie x buat selalu, so kena amik gambar sbg kenang2an...
Rainbow uuu!! Mcm2 laa Makbear nie, rainbow laa, red velvet laa, cheese choc laa...
Baru muka nak senyum.. tue pun susah betul nak bergambar! Waseem2x...
Keadaan lipas2 yg masih lg 'intact' dan hensem2
Habis kena kitai!! Hidung, kepala, mata semua dah tercabut!! Hahaha...
Sesi bg hadiah... seronokler anak2. Thanx semua pada yg bg hadiah...
Huarrrrghhh!!! Aye dah nagntuk laa.. aye nak balik tdo... Huhuhu...

P/s: pada sesapa yg nak tau harga runcit kek mcm kami nie adalah RM280 utk 2kilo. Tp kami dpt sepecial price (dpt lg cupcake laa..)  sbb regular customer katakan n kawan pulak kepada kakak ipar aku. Nak bg url FB dia tp cr2 x jumpa laa. Kalau teringat nanti aku update kat sini...

18 April 2013

Love vs Marriage

Love is holding hands in the street.
Marriage is holding arguments in the street.

Love is dinner for 2 in your favorite restaurant.
Marriage is a take home packet.

Love is cuddling on a sofa.
Marriage is one of them sleeping on a sofa.

Love is talking about having children.
Marriage is talking about getting away from children.

Love is a romantic drive.
Marriage is arrive on tops curvy tarmac .

Love is losing your appetite.
Marriage is losing your figure.

Love is sweet nothing in the ear.
Marriage is sweet nothing in the bank.

Tv has no place in love.
Marriage is a fight for remote control.

Love is 1 drink and 2 straws.
Marriage is "Don’t you think you’ve had enough!".

Conclusion: " Love is blind, Marriage is an eye opener!"

*aku copy paste je kata2 di atas...macam best je kata2 dia....marriage is an eye opener...nasib baik aku kawin dengan orang yang betul..so takdelah teruk nau...hehehe...dah beranak pinak ni nak cari masa berdua2 macam zaman dedolu memang susah.....dpt duduk berdua2 di waktu malam gelap pekat sambil menonton tv dan minum nescafe panas lepas anak2 semua dh masuk tdo pun dh kira amat bernasib baik..;D

09 April 2013

Orang pelik Wafiy

Wafiy sekarang dah join kelas melukis. Sama kat tempat yang dia belajar mewarna dulu. Wafiy beria2 betul nk belajar melukis..so aku dan pakbear ikutkan je lah....tapi ktorg taklah strict sangat pasal kelas melukis ni...kalau sempat pegi..wafiy tak penat sgt weekend tu ktorg hantar le..kalau tak, tak kisah lah...budak2 tak sepatutnya dibebankan dengan stress kehidupan..hidup kena enjoy!!! Work hard, play hard!!! lagipun Cikgu Farouk yang ajar budak2 ni pun jenis tak berkira sangat...
Dan semalam masa Wafiy main2 dengan Waseem aku pasan dia sibuk melukis sesuatu...ktorg pun tak lah kisah sangat apa yang anak2 ni buat...tak lama pastu Wafiy tunjuk "Orang pelik" ni....hasil lukisan dia...cantik jugak pada pandangan aku yang tak artistik ni..tapi memang pelik le "Orang pelik" ni...kehkehkeh....tahniah Wafiy!!! Bila Umi tengok balik "Orang pelik" ni mesti Umi tersengih sorang2...hehe

Bye 'body'

Lega rasa hati ni setelah selesai exam forensik aku yang aku nanti2kan dengan penuh debaran..penuh ke'stress'an sampai nk telan makanan pun tak rasa....mandi pun macam tak mandi.....huwaaa...huwaaaa.....stres giler wa cakap lu...kdg2 tu meleleh air mata sbb stres sgt...;(
Forensik memanglah satu subjek yang aku tak minat....kalau tau kena posting forensik, aku rasa macam kena dera zahir batin...dari awal2 tahu forensik adalah salah satu minor dalam Mpath histopath ni, aku selalu tpikir sapa lah yg pandai benor include kan forensik sebagai exam...haiyooo...

kenapa aku tak minat forensik? Sebab aku takut hantu sebenarnya..hehehe..logik tak alasan aku? In fact kalau aku buat postmortem aku hnya akan sekilas pandang je muka body tu...just for the purpose of documentation...dan aku selalu jauhkan perasaan kesian lah, sedih lah...sebab kalau aku pikirkan ahli keluarga si mati yg dok tunggu beramai2 kat luar mortuary tu aku mmg kesian...biasanya aku pun takkan pandang2 muka relatives si mati...jalan menonong je...sebab aku tau dorg semua tgh terkejut dn sedih...penah masa counsel relative body Muslim, sedara si mati tu tnya aku "Doktor muslim kan? Doktor rasa sakit tak mayat tu kena bedah? Kalau keluarga doktor, doktor benarkan tak?"...camne nak jawab tu?? Sebab aku tau camne postmortem dijalankan...dan aku penah pesan kat pakbear dn kawan2 aku supaya sentiasa pakai yg dalam dalaman tu cantik2, jgn yg koyak2, comot2 ke sbb semua tu dicatit tau masa postmortem...hehehe..saiz apa, corak apa...kita mana nk tau kita mati bila kan? Kang kalau kena postmortem kang, at least biorlah kita nampak cun bergaya dn hensem walaupun dah mati..;D

Ok...selesai postmortem exam, maka selesai sudah satu adegan 'fear factor' dalam kehidupan aku ni...kalau examiner aku tu Aaron Aziz ok jugak kan??? Hahaha...ke?? Elok dia je jadi body yg aku perlu postmortem kan?? Eheheheheh...mesti jeles pakbear aku nanti...mana bole AA jadi bahan postmortem...kesian dia..anak2 kecik lagi...

Anyway, aku doakan kita semua sihat2 belaka...jalani hidup sihat...sekarang ni banyak nau kes mati mengejut org2 muda umur 20-30an tau...macam2 la punca kematian nya..nk kata dorg gemuk2, tak jugak sebenarnya....in fact ada yg lebih kurus dari pakbear ku yg kiutmiut dn gebus itu...abis master ni aku nk suh pakbear join gym biar tough macam AA...hehehe...boleh kan pakbear ku?...tukar yang one pack jadi 6 pack...i like beary beary much!!!!

Bye uols!!! Aku nk rehat kan otak..esok kena resume semula study untuk major exam aku bulan depan...teruskan usaha Najah!!! Chaiyok chaiyok!!!



02 April 2013

Yeayyy!! Dapat lucky draw

Hehehe...dolu2 aku memang selalu dapat lucky draw...pantang ada lucky draw mesti aku yg menang...tak ku sangka2 hari ni aku menang lucky draw lagi...tapi kali ni lucky draw yg datang dengan penuh debaran..hadiahnya 8hb ni...

Alah...bukan apa lah...aku cabut undi untuk exam autopsy aku nanti...amik turn sapa yang akan pergi exam dulu..exam forensik ni secara kejamnya bole aku katakan macam menunggu dn mengharap ada orang mati...kami semua mpath histopath ada 20+ candidate for final year exam ni..so mcm yg semua sedia maklum bukan la hari2 ada kes yg akan perlu dipostmortem kan..dan disebabkan ktorg candidate exam ramai so kenalah cabut undi, so nanti ikut turn la...kes2 kematian yg perlu postmortem di hospital di sekitar lembah Klang ni akan di operate oleh ktorg2 ni lah..tapi ikut turn..sapa dpt undi no 1 maknanya kes pertama yg mati dia lah yg kena gi buat kes tu...dn begitulah turutannya sehingga semua org dh dapat kes masing2...dan since ktorg ramai, so bila ikut turn dn ikut bila ada kes kematian..so exam fever ktorg ni berlarutan lah sehingga berminggu2...sbb bukan semua kes yg kena postmortem ktorg dibenarkan buat..adalah prasyarat tertentu..contohnya kalau kes bunuh ke..yg tu takleh le dibuat jadi kes exam..nanti bnyk medicolegal plak...dn juga kes infection macam hiv dn tb....

So...ktorg semua tak suka le kalau ktorg dapat turn lambat sbb letih la nanti berdebar2 tunggu kes kematian dari sehari ke sehari..sbb tu aku selalu berdoa dn ckp dgn pakbear aku nk jadi org yg awal2...hehe..so that lepas tu aku bole fokus study utk exam yg seterusnya pada bulan mei nanti...

Dan...sungguh ku tak sangka2 hari ni Allah makbulkan doa aku...tadi cabut undi aku adalah candidate yg terawal..paling awal...memang lucky draw....hehehe...bila aku bgtau pada pakbear, pakbear spontan kata "Kan ayg selalu kata nk exam awal, Allah bagi lah..."

Terima kasih Allah..walaupun aku tak lah ready sangat tapi aku amat yakin Allah tau yg terbaik untuk aku...akan aku usahakan sehingga berjaya..

Ok, ku taip entri ni laju2 giler sbb nk cepat..nk study semula..tadi beria study....bila dh break kejap ni dah rasa macam nk tido je pulak..hehe....semua org pun dh tdo..king bear dan princes n princess pun dah tdo..tinggallah mak bearuang yang tergolek2 baca buku...spek pun dh besor macam budak2 kpop...hehehe

01 April 2013

Air Pedas & Reverse Physcology

Feveret Waseem ialah minum 'air pedas'. Tau air pedas tu camne? Aku yg ajar tu, isi campuq2 warna biru, warna hijau, warna merah... Pergh sodap!
Inilah air pedasnya iaitu slurpee 7e. Sibuk, tetiap hari asal terringat je nak air pedas, nak air pedas... Dah laa kat Bandar Baru Bangi ni aku agak nak dekat 10 outlet 7e nih! Tp kadang2 je x boleh layan. Kalau x sampai hijau2 lidah dan gigi hisap slurpee! Makbear marah aku juga yg kena... Huhuhu...

Anw td kami keluar sekejap pergi kedai.  Waseem sibuk nak air pedas. Aku cakap nanti petang2 sikit. Masa otw balik dia cakap lg nk air pedas, aku cakap "nanti laaa... Nanti ptg masa kita g jemput abg wafiy kita beli ea... Boleh x waseem?", aik senyap jee xde jawapan. Merajuk ke?

Bila aku toleh belakang (masa tu tgh driving), laa rupanya dah tdo! Bertuah nyer anak, aku cakap sorang2 rupanya! Itulah waseem, dalam dia cakap2 dia boleh tidur. Tidur sambil duduk tegak pulak tue (x brsandar)! Aku selalu ckp dgn makbear, processor dia shut down secara tiba2. X sempat plak aku snap pic dia tgh tdo hahaha...

Anw nak cerita sikit, td masa balik sekolah waseem tunjuk pensel gedabak dgn keychain strawberry yg teacher dia bagi. Agaknya ole2 dr Cameron Highland lah tu. Patutlah 2 3 hari sebelum cuti sekolah ritu sibuk dia ckp nak g tempat sejuk atas bukit... Ntah apa bunyinya aku dgr highland2 jee... 
Masa waseem tunjuk tu aku senyum sambil cakap pada dia, nasib baik abang g sekolah, kalau x, x dapat abang hadiah dri teacher nie. Main reverse physcology sikit... Harap2 esok dia lebih bersemangat nak ke sekolah! Chaiyok2!!! ;) 

Sent from my iPhone

Anak Bujang #1

Kalau sekali lipat baju, spender anak bujang aku yg no 1 dah banyak ni, apa maknanya? Ini cerita 3 4 hari sekali punya lipat tau...

Maknanya anak bujang dedi dah semakin besar dan matang. Maklumler kata pun dah sunat... ;p

P/s: teringat masa zaman aku dedulu, masa darjah 6 pun spender ada laa 4 5 helai... Bukan x suka pakai, tp mak pak x mampu nak belikan banyak2. Pakai laa mana yg ada... Huhuhu

Sent from my iPhone

31 March 2013

Tq ToysRus!

Semalam pergi ke ToysRus Alamanda selepas telinga dan hati dah cair dengar si Waseem nak keta kontrol... Keta kontrol... Dah lama dah dia minta, kononnya... Jadinya kami plan nak belikan je lah... Since besday dia pun x lama lg, kira merangkap hadiah besday lah nie...

Sampai2 je aku dah sound awal2, beli keta kontrol je jgn nk melencong ke tempat lain. Walaupun aku sendiri dah lama usha toys Ironman kat situ! Wakaka!!! Makbear suruh aku jd consultant dlm pembelian keta kontrol berkenaan, jadi akupun pilih laa yg bersesuaian dan apa yg penting memenuhi kriteria bakal owner nya. Hahaha...

Usha punya usha, kami jumpa laa keta kontrol yg berkenan setelah dilobi baik punya oleh aku! Tp yg bestnya Waseem pun lobi jugak, suruh beli dua utk abgnya sekali! Punyalah sayang Waseem kat abg dia. Nak main sama2 main, baru seronok agaknya. Untunglah abg Wafiy, menangguk di air jernih nampaknya! ;)

Ok, itu cerita beli mainan. Sampai rumah apa lg keja membuka laa kotak permainan, isi bateri dan main. Tp yg aku pelik apesal keta kontrol Waseem berpusing je... X jalan ke depan. Aku baca manual sepatutnya boleh. Masa aku tgh berpikir2 tu, "dedi arial kontrol ni dah patah", aduhai semanis kurma bunyinya! Hahaha well itu tragedi biasa bagi pemilik kereta kontrol bawah umur ni, Wafiy dulu brape banyak dah patah.

Anw hati dah berbelah bagi, aku rasa kereta ni kena hantar ToysRus balik nie, mungkin boleh ganti baru or setidak2nya dorang boleh repair balik. Tp bila mengenangkan arial pun dah patah (tapi aku dah lekatkan balik pakai selofen tape), kotak dan display form dia dlm tu pun dah masuk plastik sampah (actually plastik ToysRus tu yg telah dijadikan plastik sampah), hati aku dah 'goyang'... Dpt ke replace baru ni?

Sbb tu biasanya kalau patern aku lah yang bukakan kotak mainan budak2 nie, aku bukak baik2, tali2/kawat2, plastik, soft form bagai semua tok nenek yg dtg bersama kotak tu dan yg plg penting resit, aku simpan dulu sampai konpem mainan tu boleh guna dan puas hati baru boleh buang. Kalau x jadi mcm nie lah. X pasal2 aku korek balik plastik sampah tu utk cari balik kotak dia. Sib baik resit mmg aku simpan.

Mengenangkan kesian tgk kereta tu pusing2 je, jadi sbg org yg bertanggungjawab memilih mainan tu, ptg tadi aku gagahkan juga diri aku ke Alamanda (aku rasa bulan ni dah brape kali aku g Putrajaya) utk merujuk masalah yg timbul, plannya pas selesai urusan di ToyRus boleh laa g tgk belon udara panas (aritu g malam dah x banyak belonnya). Lagipun Wafiy mmg ada ckp mak tgk belon tu banyak2 pada waktu siang.

Yg bestnya bila sampai di ToyRus, akupun komplen pasal mainan tue, technician dorang check lebih kurang, terus ganti baru! Huhuhu... Alhamdulillah! Dengan arial2 baru ganti sekali... Inilah baru dikatakan servis yang terbaik, xde banyak songeh. Agak2 x ok je terus tukar, test sampai pengguna puas hati. Lepas tu ucap terima kasih, sila datang lagi. Haruslah aku dtg lagi dik... Lg pun aku mmg ada member card ToysRus.

Bercerita pasal member card ToysRus ni aku nak khabarkanlah sikit yang mana antara kelebihan pemegang kad ni, kita boleh dapat special discount on selected item (cr yg ada tulis member/hot item/ special mcm tue laa) mcm kereta mainan Waseem tu harga RM99.95 tp sbb member dapatlah RM79.95. Less RM20. Oklah kan? Pastu masa besday pemegang kad (termasuk isteri dan anak2) boleh dapat less RM30 bila tiba besday dorang, janji kena tgu dulu sms dr ToysRus dan kena pembelian lebih RM150 dlm 1 resit. Mcm mana nak dptkan kad nie kena tanya dorang, akupun dah lupa tp x silap aku kalau beli barang lebih RM100 kot boleh dpt kad tu.
Muka malu2 suruh bergambar depan ToyRus sbb ramai orang lalu lalang...
Yeay dapat replace with new set. Thanx ToysRus!

Kesimpulannya kita sebagai pengguna ada hak untuk tukar mainan kita yang kita beli dari penjual kalau kita rasa x puas hati atau rosak. Simpanlah resit, so kalau jadi insiden2 mcm nie resit tue amat berguna dan kalau nak beli mainan anak2 belilah dr penjual yg bertauliah, huhuhu... at least kalau beli kat ToysRus nie, kalau rosak tue boleh laa ganti... kalau mcm aku beli kat My**n dulu, dah laa baru maian 2 3 jam dah rosak, nak g tukar balik pun malas bila pikirkan masa beli tu pun org tue mcm nak xnak je layan kita. Ingat ye Wafiy, Waseem.... jgn beli mainan kat situ. :)

p/s: Plan nak g tgk hot air balloon dibatalkan sebab hujan lebat siap ribut petir lg. Kecewa aku tahun nie...

Sent from my iPhone

29 March 2013

Gigi Huda Dan Perut Pakbear

Huda yg omel dah tumbuh gigi...pakbear yg pasan semalam setelah Huda men"ongges" perut pakbear yg gebus itu...hehehe...bagus Huda..keep up ur good work!!! Port baek punya...pandai Huda pilih tempat utk uji ketajaman gigi dia....;p

Aku?? Attitude problem??? Apa tu??

Terima kasihlah...selepas hidup di dunia ini selama 33tahun lebih akhirnya buat pertama kalinya ada seseorang berani labelkan aku ada attitude problem just based on few criteria yang tidak berpatutan...tahniah jugalah utk diri ni...bukan senang org bernama aku nk dapat title tu...hnya selepas 33 tahun, selepas dh melalui onak ranjau jadi med student, HO, MO dn ketika buat master, dh final year pulak tu...lagi beberapa bulan je lagi nk complete master dn menyandang pangkat yg baru....ahaksss...harimau tido jangan diganggu ye...saja aku abadikan kenangan dilabel attitude problem ni di blog aku supaya aku akan sentiasa ingat untuk terus dan terus meninggalkan org yg kata aku ada attitude problem ni....kita tengok sapa yg akan pegi lebih jauh. ;p

28 March 2013

Pengembaraan Memburu Katak & Kodok


Jumaat petang yang lalu kami telah ke Muzium Alam Semulajadi di Laman Politik, Persint 15 Putrajaya utk melawat Pameran Katak dan Kodok oleh Jabatan Muzium Malaysia.

Sejujurnya inilah kali pertama kami ke Muzium Alam Semulajadi ni namun walaupun x tau jalan, Cik Garmin (aku panggil cik sbb suaranya pompuan huhuhu) berjaya menunjukkan kami ke jalan yang benar. Hehehe... Kami sampai lebih kurang 3.15pm. Dekat je, lebih kurang 20 min jee dari rumah kami.

Sampai di kawasan muzium terus parking, ada basement parking u!!! Parkingnya selesa dan banyak kosong. Sbb baru hari Jumaat, x ramai lagi orang yg datang. Apa yang menarik dari kawasan parkir ke pintu muzium ada disediakan laluan berbumbung lengkap dengan ram khas utk pengunjung berkerusi roda dan stroler kanak2. Cuma bila lalu jalan khas ni masuk dari tepi pulak. X pasal2 kami masuk free je memula tu sbb x jumpa kaunter tiketnya di mana. Sib baik kamudiannya ada sorang staff tu tegur n minta kami bayar sebelum balik di tingkat bwh.. Ohh btw ada lif jugak! Hahaha... Masa nak balik tu kami pun beli laa tiket, RM2 je utk seorang dewasa.

Secara ringkas pameran ni agak menarik gak. Walaupun ruang kecil dan jumlah kodok/katak yang dipamerkan xlah banyak (aku rasa dalam 8-10 ekor je) tapi dari segi penggunaan ruangannya, optimum serta dipenuhi dengan panel2 grafik yg menarik dan berinformatif, jd rasa berbaloi2 datang...

Aku rasa mesti ramai x tau apa beza katak dgn kodok. Sebenarnya kamipun x tahu! Macam beza kupu2 dgn rama2. Tapi bila datang sini baru tahu perbezaannya! Oooooooo.... Aku seronok mencari2 kat mana katak2 ni menyorok dan meng'camouflage'kan dirinya. Mmg menarik! Apa lagi moh tgk gambar...
Tiket masuk, selalu orang bayar tiket masa nak masuk kan? Kitorang byr masa nak keluar. Hebat kan? ;)
Kebetulan pulak, siangnya ada Sidang Media pameran nie.
Berlansung sehingga 22 April 2013
Beza antara katak dan kodok. Makbear kata senang citer beza pakbear dgn makbear! Hahaha
Katak/kodok dipamerkan dalam bekas khas seperti ini yang sentiasa perlu dilembabkan

Sempat lagi jengah kat bawah, ada tulang ikan paus!

Antara bahan pameran

Cuba cari di mana kataknya?!

Inilah dia katak bertanduk Borneo...

Puas cari katak nie rumahnya menyorok bawah tempurung! Ini kata beracun biru...

Katak pokok mata merah nie kalau x betul2 cari mmg x jumpa... nyorok belakang daun!

Grafik yang simple dan menarik

Koleksi katak2 yang diawet dan cara mengawet katak turut dipamerkan

Katak tanduk Cranwell. Aku sure orang yg jumpa katak nie nama Cranwell. :)

Mentang2 nama katak nie katak budget, duduk pun mcm kat hotel budget jee! Hahaha

Tak tau apa nama katak nie, katak betong kot tapi aku suka, macho!

Katak perut berapi! Macam beracun jee...

Ada sudut permainan dan tayangan video. Yang aku rasa sangat sesuai bagi family yang ada budak2. Muzium2 lain elok contohi...

Yeayyy!! Wafiy happy sebab puzzles dia dah siap!!!

Alkisahnya nielah dulu putera katak yang kena cium dengan puteri dari kepulauan jawa terus jadi jejaka gojes! Hahaha ;p

Katak peberet Makbear, katak sejati. Sejati, itu yang kau ucapkan.. bila janjiku genggam... bawah pohon kemboja!! lalala

Jeruk katak, sedia dimakan begitu sahaja! ;p

Inilah kodok, besar, gemuk, pendek, badan menggerutu dan berbintik. Hahaha

Mmg hobi kami bawa anak2 berjalan ke tempat sebegini untuk membuka minda mereka tentang bermacam2 keajaiban di dunia/ciptaan Tuhan.
Kitaran hidup katak!
Rangka katak gergasi!

Ada sekor katak terlepas!

Masa nie kami dah turun ke tingkat bawah, Muzium Alam Semulajadi. Pun ada tempat santai untuk kanak2 mcm nie. Best! Ikutkan hati dedi pun nak join!!!

Alololo omel kali. Huda cover sikit 'kecapangan'mu itu!

Rangka paus bryde yang dijumpai terdampar di persisiran laut Labuan pada tahun 2005
Bahagian lobi muzium ada panel besaq nie!

Tengkorak gajah laa pulak
Kanak2 mmg suka explore, bagi yang dah pandai membaca mcm Wafiy lagilah dia excited...

Tenggiling. Ada kisah disebalik nama haiwan nie. Ada orang nyaris2 ke'tenggiling'an lif. Hahaha

Sebelum balik kitorang dah kemas balik tau tempat kitorang 'dolek2' tadi. Ini semua 'rejim' yang telah diterapkan oleh Makbear pada anak2nya (termasuk aku) untuk sekian lama. Lepas main/guna, sila kemas seperti asal. :)

Jadi begitulah berakhirnya pengembaraan kami memburu katak dan kodok. Sapa yang belum pergi jangan lepaskan peluang nie. Bawa anak2, biar anak2 tau apa itu katak dan kodok dan mcm mana ghupenya katak tue membesar dari seekor berudu kepada katak. Jomm!!