Powered By Blogger

21 April 2013

Birthday Boy Yang Garang

Pada 12 April 2013 lepas kami telah mengadakan sambutan hari lahir (belated) yang ke 4 tahun Muhammad Waseem yang dilahirkan pada 10 April 2009. Alaa sambutan ala kadar je, blanje adik beradik aku makan di Medan Ikan Bakar Parameswara Umbai Melaka. Program yang x diplan sgt sebenarnya, tp keknya mmg diplan sungguh2 laa oleh Makbear. Hahaha... Well... semenjak dah jumpa pakar buat kek yang power nie, kitorang mmg suka bagi cabaran pada Kak Hawa tue dengan design kek/cupcake yang mencabar namun hasilnya mmg x pernah mengecewakan. Ktorg pernah mintak buat kek angry bird laa, barney n friend laa dan juga cupcake yang bermotifkan doktor sempena besday Makbear awal tahun aritu. Semuanya beyond expectation dan menepati kriteria yang ditetapkan. Kek aku juga yg xde! Hahahaha...

Berbalik kepada topik utama iaitu besday Waseem. Anak aku yang no 2 nie karakter dia mmg garang sikit berbanding abangnya (yg lebih sopan santun dan leman lembut hehehe...). Masa kecik2 dulu kitorang mmg panggil dia anak rimau dan bila tanya dulupun "Waseem anak siapa?", dia akan jawab "Anak rimau!!". Hahaha... Bila aku kata dia garang maksud aku dia jenis orang yang tegas dan berprinsip (walaupun baru umur 4 tahun). Kalau ada benda yg dia x suka dia akan marah, don't play2 aaa... paling kuat dia diam membatu... buat derkkk jee.. cakap apa pun x jalan. Kasi dia sejuk dulu baru boleh pujuk. Contoh lain yang paling jelas nak menerangkan karakter Waseem ini ialah kalau g 7eleven dia kata dia nak coklat (mcm yang dia nak), kalau coklat yang dia nak tu xde, dia xkan beli benda lain. Itu prinsip dia. Unless kalau aku bebetul pujuk coklat lain mungkin dia akan terima gak kot tp secara asasnya dia mmg berpegang pada prinsip dan kata hati dia. Kalau dia x suka jgnler paksa... mmg susah dia nak ikut! Itulah Waseem yang ku kenal...

Anw seperti tahun2 yang terdahulu, ktorg akan sediakan sedikit goodies untuk kawan Wafiy/Waseem di sekolah. Dan tawun nie pun kami buat simple jee tp yg istimewanya tahun nie instead of kami bagi gula2 dan coklat, kami juga bagi buku. Yeah Makbear seorang pencinta buku jadi dia memang suka bagi hadiah buku kat orang semoga budak2 nie minatlah nak membaca buku. Wafiy dan Waseem pun suka membaca, nie semua hasil asuhan Makbearlah. Thanx syg... :)

Inilah ghupenya goodies untuk kawan2 Waseemun...
Inilah kek Oggy n the Cockroaches pilihan Waseem!!! Ada sesapa ke yg x pernah tgk citer nie?
So nak dijadikan cerita mcm aku ckp tadi, Waseem nie orgnya berpendirian dan sedikit keras hatinya. Kami dah bagitau dia yang kita akan balik kg umah Nek Nah n Tok Jak untuk potong kek dia bersama Amir dan Hadif. Tp sbb last minit tukar plan tetiba sampai ke Umbai pulak, dia protes laa kenapa datang situ pulak, kenapa x balik umah Nek Nah. Sedangkan Nek Nah, Amir n Hadir semua2 ada jee kat Umbai masa tue. Tp dia merajuk laa, moody sikit. Tue yang ajak amik gambar pun xnak tue! Sabor je lah.. Sib baik ada Amir dan Hadif ada yang memeriahkan suasana...
Thanx korang sbb datang... :)
Keluarga Maklong n Paklong yg sentiasa supportive lg spoting
Muka malu2 sebelum mula membaham! :p
Nyum3x... rasa x puas makan aritu sbb jg organizer n photographer, blk Melaka kena repat lg nie!
Sesi memotong kek, masa nie mood besday boy dah ok... kadang2 bila pikir2 balik si Wafiy pun dah paham perangai adiknya. Dia pun sabar juga melayan kerenah dan memujuk Waseem. Dia ada fikiran bahawa sambutan besday nie x buat selalu, so kena amik gambar sbg kenang2an...
Rainbow uuu!! Mcm2 laa Makbear nie, rainbow laa, red velvet laa, cheese choc laa...
Baru muka nak senyum.. tue pun susah betul nak bergambar! Waseem2x...
Keadaan lipas2 yg masih lg 'intact' dan hensem2
Habis kena kitai!! Hidung, kepala, mata semua dah tercabut!! Hahaha...
Sesi bg hadiah... seronokler anak2. Thanx semua pada yg bg hadiah...
Huarrrrghhh!!! Aye dah nagntuk laa.. aye nak balik tdo... Huhuhu...

P/s: pada sesapa yg nak tau harga runcit kek mcm kami nie adalah RM280 utk 2kilo. Tp kami dpt sepecial price (dpt lg cupcake laa..)  sbb regular customer katakan n kawan pulak kepada kakak ipar aku. Nak bg url FB dia tp cr2 x jumpa laa. Kalau teringat nanti aku update kat sini...

2 comments:

fairus said...

HAPPY BELATED BIRTHDAY WASEEM.. SEMOGA TERUS BERJAYA DALAM KEHIDUPAN DI DUNIA DAN AKHIRAT..

pakbear said...

Amin bro... Amin! InshaAllah