Powered By Blogger

01 April 2013

Air Pedas & Reverse Physcology

Feveret Waseem ialah minum 'air pedas'. Tau air pedas tu camne? Aku yg ajar tu, isi campuq2 warna biru, warna hijau, warna merah... Pergh sodap!
Inilah air pedasnya iaitu slurpee 7e. Sibuk, tetiap hari asal terringat je nak air pedas, nak air pedas... Dah laa kat Bandar Baru Bangi ni aku agak nak dekat 10 outlet 7e nih! Tp kadang2 je x boleh layan. Kalau x sampai hijau2 lidah dan gigi hisap slurpee! Makbear marah aku juga yg kena... Huhuhu...

Anw td kami keluar sekejap pergi kedai.  Waseem sibuk nak air pedas. Aku cakap nanti petang2 sikit. Masa otw balik dia cakap lg nk air pedas, aku cakap "nanti laaa... Nanti ptg masa kita g jemput abg wafiy kita beli ea... Boleh x waseem?", aik senyap jee xde jawapan. Merajuk ke?

Bila aku toleh belakang (masa tu tgh driving), laa rupanya dah tdo! Bertuah nyer anak, aku cakap sorang2 rupanya! Itulah waseem, dalam dia cakap2 dia boleh tidur. Tidur sambil duduk tegak pulak tue (x brsandar)! Aku selalu ckp dgn makbear, processor dia shut down secara tiba2. X sempat plak aku snap pic dia tgh tdo hahaha...

Anw nak cerita sikit, td masa balik sekolah waseem tunjuk pensel gedabak dgn keychain strawberry yg teacher dia bagi. Agaknya ole2 dr Cameron Highland lah tu. Patutlah 2 3 hari sebelum cuti sekolah ritu sibuk dia ckp nak g tempat sejuk atas bukit... Ntah apa bunyinya aku dgr highland2 jee... 
Masa waseem tunjuk tu aku senyum sambil cakap pada dia, nasib baik abang g sekolah, kalau x, x dapat abang hadiah dri teacher nie. Main reverse physcology sikit... Harap2 esok dia lebih bersemangat nak ke sekolah! Chaiyok2!!! ;) 

Sent from my iPhone

1 comments:

fairus said...

SESEKALI MINUM SLURPEE TU TAKPE BRO.. AKU RASA BANYAK KANDUNGAN GULA DIA..