Powered By Blogger

24 April 2013

Tolong jangan malas

Aku mengakui satu hakikat kehidupan dan juga kelemahan aku dari dulu...aku ni pemalas orangnya...aku hanya rajin bila tiba part tido, makan2, berborak, merapu, baca novel, tengok katun....aku amat malas bab2 lain..cuma aku bernasib baik kerana terang hati dan luas permukaan otak mengingat benda2 yang aku belajar...hehehe...dan agaknya kerana tu aku ditakdirkan kawin dengan pakbear...sebab pakbear agak rajin secara am nya dari diri aku dan lebih berdisiplin...aku amat benci perkataan peraturan....apatah lagi follow peraturan yang aku rasa takde asas kewujudannya...aku adalah antara pemberontak tegar...kepala batu ada dalam bak kata kakak2 aku..

Tapi dalam malas2 aku ni aku ada prinsip kehidupan...dan sebab prinsip tak mau kalah...tak mau gagal jadi sebarang apa yang aku usahakan akan aku lakukan bersungguh2...dalam malas2 aku ni, aku mempunyai matlamat ingin hidup berjaya..

Dan aku amat tak gemar dengan sikap sesetengah orang Melayu kita yang dah lah keja ala kadar, hidup ala kadar, semua benda ala kadar lah..dicampur dengan sikap malas dn tak serius bekerja..kena marah sikit berhenti kerja, kerja penat sikit berhenti lagi...dan lagi dan lagi...tu aku belum suruh jadi houseman kat wad lagi..baru lah korang tau istilah sebenar 'work like dog, treated like shit'..

Banyak sangat dah aku jumpa melayu camni...termasuk budak pompuan merangkap service lady untuk penapis air dan penapis udara kat rumah aku ni...berbeza sangat tahap profesional service lady di Melaka dulu (seorang perempuan Cina) dengan service lady yang sekarang....aku pasan orang Cina bila tiba bab kerja, mereka amat efisien, dedikasi, menepati janji, masa dan faham selok belok kerja mereka dengan details...tapi budak melayu yang sorang ni selalu menaikkan darah aku...bila janji nak datang jam sekian sekian...dia bole datang super lambat...tanpa rasa bersalah..dan langsung tak call or mesej bagitau yg dia akan lambat..semalam bila aku mesej tanya "awak jadi datang tak malam ni?" dia bole jawab "jadi, akak dah nak tido ke?"...itu pada jam 9.45malam, dia janji nak hantar barang kat rumah aku pukul 8.30 malam ok...hebat kan adik sorang ni? dia ingat aku dengan pakbear ni takde keja lain ke selain duduk rumah tunggu dia datang?? Dan bila datang rumah, ada sekali tu aku pasan dia usik2 barang hiasan aku...ok, memang almari aku tu bersepah sikit tapi dia tak patutlah sibuk2 kemas barang aku...dan gaya dia macam kepochi sikit..datang keja je dah lah..tak payah la nak manja2 macam aku kakak dia pulak..aku ni memang peramah orangnya tapi bila ada orang nak terlebih mesra ni aku malas nak layan terutamanya dengan sikap tak bertanggungjawab dia tu...

Maaflah..aku bukan anti kaum sendiri, in fact sekarang kalau aku ada bahan2 rujukan extra berkaitan exam akan aku share dengan semua kawan2 melayu aku...tapi jumpa Melayu malas ni aku memang rasa terkilan..."Dek, ko buat keja yang mudah je dek..mudah la bagi aku..sebab time aku keja mula2 dulu, makan sehari sekali je Dek...solat terbang, berdiri seharian, tido ala ala je...pukul 6.30 pagi dah tercongok dalam wad, patient dalam selimut lagi aku dah datang buat ward round, malam patient dah masuk selimut semula pun belum tentu aku dah balik, weekend pun kerja, tu belum kira time aku oncall..32 jam straight tak tdo..dah lah keja melibatkan nyawa dn kesihatan orang...kesalahan tidak dibenarkan sama sekali..."

"Dek, ko keja bole sempat pegi makan, pegi solat, ada masa rehatkan punggung pun ko masih tak hargai kerja ko dengan bekerja betul2...kecewa lah aku Dek, nak malas sekali sekala boleh..tapi biarlah simpan dalam diri je...jangan melarat sampai masa bekerja dan jangan lah tunjuk malas tu depan customer"...

Bangunlah orang Melayu...sampai bila nak malas dan harapkan orang tolong kita...kalau aku tak kesiankan service lady aku ni dari dulu lagi aku dh report kat company dia..tapi kesian punya pasal aku diamkan je lah...

Oklah hadirin dan hadirat sekalian...
Dengan ini saya akhiri ceramah saya malam ini dengan ucapan Wabillahi taufik wal hidayah..Wassalamu'alaikumwarahmatullahiwabarakatuh.....JANGAN LUPA UNDI SAYA!!! Kihkihkih

0 comments: