Powered By Blogger

Happy Birthday Umi!

Upacara bergambar dengan cupcake sempena birthday makbear pada 4 Jan 2013

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Percutian yang tak dirancang di Colmar Tropicale, pada 16-18 Nov 2012

Disneyland Hong Kong

We made it!! Hong Kong Disneyland 17-22 Nov 2011

Hari Raya Aidilfitri 2012

Huda asyik melalak je, so amik gambar pun lebih kurang je! Hehehe

Selamat Hari Lahir Waseem 2012

Sambutan birthday Waseem di Taska Permata. Cake Barney yang begitu menarik perhatian!

27 December 2005

Matawang Luar Negara

Semalam ke sebuah pasaraya besar di Melaka untuk membeli beberapa keperluan harian. Setelah memilih barang yang dikehendaki, kami beratur di kaunter pembayaran.

Jumlahnya sekian banyak..

Bila aku serahkan sejumlah wang (untuk membayar), cashier di situ membuat muka sangsi sambil memulangkan semula sekeping not RM1 kepada aku. Ingatkan kami disyaki menggunakan wang palsu, rupanya kami menggunakan not ini:












Hampehkan diorang nie? Boleh tak kalian bagitau aku, apa motif mereka berbuat demikian? Nampak sangat kaya betul orang nie. Ke aku yang salah guna duit matawang luar negara grunge dan anarchy?

26 December 2005

Resepi: Cendawan Kentaki

Resepi segera:
1) Bahan yang diperlukan: cendawan, telur, tepung kentaki.
2) Pukul telur sehingga sebati.
3) Sediakan juga tepung kentaki supaya mudah untuk dicelup.
4) Celupkan cendawan ke dalam telur tadi sehingga rata (cendawan tadi tak perlu disiat-siat).
5) Gaulkan dengan tepung secukup rasa.
6) Panaskan minyak dan goreng sehingga garing (pemukaan kuali tu sengaja dibiarkan berkerak supaya nama cam PB nie rajin memasak! hahaha..)
7) Hidangkan untuk mengisi perut yang kosong dan teringin nak makan ayam. Miahaha!!

23 December 2005

Menten Juara

Aku sebenar nak tulis cerita lain, tapi bila aku baca cerita orang gila kat blog akak nie, aku teringat pulak kisah pasal orang gila kat kampung aku.

Begini kisahnya.

Kat kampung aku dulu ada sorang nie yang kurang waras sikit. Kami panggil dia 'Ali Gila'. Sebab apa kami panggil dia camtue? Sebab nama dia 'Ali' dan dia 'gila' (dulu aku ingat nama dia Ali).

Orangnya kurus, tinggi-tinggi, rambut pendek macam Mawi (aku bukan kata Mawi, macam Mawi) dan suka tersengih-sengih bila pandang orang. Selalunya 'Ali Gila' tak kacau orang. Kalau dia lapar, dia pergi kedai makan. Kala dia rasa nak baca surat khabar, dia minta surat khabar pada sesiapa yang ada surat khabar. Masa aku kecil dulu, aku memang tak pernah ada masalah dengan dia, sebab apa kalau aku nak terjumpa dia aku dah 'cha-alip-bot' (baca: cabut) dulu!

Orang kata disebabkan dia nie gila, so tahap kawalan seksualitinya juga diragui. Kalau tengok amoi cina pakai skirt, meleleh air liurnya. Taulah tue...

Aku pun pernah nampak bebudak sekolah lari lintang pukang bila kena kejar dengan 'Ali Gila' dari lorong-lorong sempit kedai sebab katanya si Ali nak minta cium! Budak lelaki pulak tue! Tapi tue time gila dia dah sampai laa.. kalau tak ok je.

Aku ingat dulu, kat kampung ada sambutan Hari Japerun. Salah satu dari aktivitinya adalah pertandingan tandatangan tercantik. Si 'Ali Gila' pun masuk sebab ada sorang abang tue daftarkan nama, bayarkan RM0.50. Dapat kertas dan pen. Makin panjang sengih dia.

Tup-tup dia menang nombor satu. Orang kata tandatangannya cantik. Tulisan italic sambung-sambung eja R-A-Z-A-L-I membentuk kapal siap serobong asap dengan asap-asapnya. Masa tulah baru aku tau rupanya nama sebenar 'Ali Gila' nie Razali dan dulu dia kerja dalam TLDM. Mungkin dia gila tue sebab tekanan masa kerja atas kapal.

Hebat sungguh Razali, walaupun dia gila tapi tandatangannya tetap laku. Menten juara!

p/s: Razali dah lama meninggal. Dia dijumpai tersembam dalam lumpur tidak bernyawa. Innalillahi.. Al-Fatihah!

22 December 2005

Ayam

Abang Jenal tak makan ayam. Ayam goreng ke, ayam golek ke, ayam ponggeng ke, nasik ayam hatta lauk pauk yang ada hirisan-hirisan ayam. Dia tolak cenggitu jee.

Aku cakap rugi kalau ajak Abang Jenal makan kat hotel ke ataupun dinner di mana-mana. Rugi, sangat rugi sebab hilang satu nikmat di dunia! Macam orang tak suka makan durian. (Hehe aku pun tak suka sangat makan durian!)

Baru-baru nie, KDNHEP umumkan harga ayam naik RM0.20 di seluruh negara. Teman pejabat aku yang lain pula mengeluh, 'ayam pencen' pun dah mencecah RM7.00!

Mungkin tak lama lagi, rakyat Malaysia kena belajar tak makan ayam. Ataupun kerajaan patut ikhtiar mencipta lebih banyak makanan perasa ayam. Contohnya makan sayur sawi rasa ayam.

Tiba-tiba aku rasanya bertuahnya Abang Jenal tak makan ayam.

Aku tak kisah, sebab aku dah ada menu cendawan goreng perasa ayam kentaki. Kalian mahu resepi?

21 December 2005

Mutakhir

Kebalakangan ini hidup dihambat kesibukan yang teramat! Jarang sekali dapat berada di pejabat. Memang susah. Masa di hadapan pc (untuk mengapdet blog) menjadi semakin kurang seperti dulu.

Minggu lalu, talian streamyx di rumah sudah disuspend kerana bil tertunggak. Menempangkan lagi perjalananku yang sedia kala perlahan. Takpe, nanti petang aku singgah T*lekom untuk menyetelkannya.

Mak, abah dan maklongs (2 orang maklong) sudah selamat sampai di Madinah/Mekah hampir 2 minggu. Perkhabarannya, semua sihat kecuali abah yang sering batuk-batuk. Semoga abah cepat sembuh dan mereka semua selamat di bawah peliharaanNya. Amin.

Tahniah kepada Kak Apid di atas kelahiran putera pertama dalam keluarga bernama Muhammad Dayan. Sedap kan nama tue?

Lepas nie nak bayar duit gathering 1/1/2006. Kalian bila lagi?! ;)

13 December 2005

Insan Baru!

PakBear sekarang bukan seperti PakBear yang dahulu. PakBear sekarang sudah mempunyai insan baru dalam hidupnya!

PakBear sekarang bakal bergelar ayah dah begitu juga MakBear, bakal bergelar ibu. Yeayy yeayy!!

Tanda-tanda awal telah dikesan semenjak 2 minggu lalu kerana keputusan UPT-nya positif tetapi kami rahsiakan kerana merasakan adalah wajar untuk melakukan scan terlebih dahulu sebelum diwarwarkan kepada umum.

Makanya pada hari ini usia kandungan MakBear sudah hampir 7 minggu 5 hari (lebih kurang). Alhamdulillah doa serta hajat kami termakbul. Dan kepada kalian yang tak sabar-sabar menjadi 'pakcik dan makcik' kepada insan baru ini, tahniah. Sila sediakan duit raya lebih tahun hadapan.

11 December 2005

Ku Juga Mencintaimu

Sukarnya untuk ku melupakan
Sinar matamu yang menawan
Terbayang-bayang tiap masa
Senyumanmu menggoda
Kehangatan terasa dijiwa
Tika kau lafaz kata cinta
Nafas terhenti seketika
Seakan sukar kupercaya

*chorus
Ku juga mencintai dirimu
Mengapa sukar kuluahkan
Bukan sengaja ku menahan
Bibir membeku lidah terkelu
Ku juga mencintai dirimu
Kau amat sempurna buatku
Bukan saja aku biarkan
Kan ku ucap jua padamu
*

Sukarnya untuk kuucapkan
Kutakut akan kehilanganmu
Akan kubuat segalanya
Untukmu kekasihku
Cuma satu yang belum terbuat
Kalimah cinta kau nantikan
Bila masa dan ketika
Tidak dapat kumenjawabnya

*Bridge
Semalaman ku menunggu panggilanmu
Pabila terdengar suaramu
Ku terlupa segalanya







>> Dengar!>> Ku Juga Mencintaimu by Saiful (Malaysian Idol)

01 December 2005

Perasan Hebat

"Haa.. yang tue mesti kucing betina", kata aku pada Wak Tuminah dengan riak dan takabburnya sambil menuding-nuding pada seekor kucing yang bertompok-tompok, oren, kuning, coklat dan hitam yang melintas di hadapan mata.

Wak Tuminah memandang kosong kepada aku.

"Kucing jantan biasanya tak banyak kaler. Tak lebih dari 2. Kalau hitam dengan putih ke, oren dengan kuning ke, takde tompok-tompok macam tue." Wah hebat betul aku nie. Makcik MakBear (Wak Tuminah) mesti kagum giler dengan tahap pengetahuan aku yang melampau-lampau melebihi langit ke tujuh nie.

Mesti di fikir, aku nie rajin bacaan luas dan menonton National Geographic disebabkan kemahiran vetarinari aku yang power nie.

Aku angan-angan. Perasan hebat.

"Memang, ibu kucing akan makan kalau ada anak-anak jantannya yang baru lahir warna tompok-tompok lebih dari tiga", tambah Wak Tuminah.

Tapi tak riak pun. Tak perasan hebat.

Aku kebil-kebil biji mata tak percaya. Macam mana aku boleh tak tau sampai ke situ?! "Caissss!!".

28 November 2005

Titik Buta

Sudah 3 hari kami di kampung bermakna ikan-ikan dan sepasang kura-kura kami di rumah sudah 3 hari jugalah tidak makan kecuali memakan sisa-sisa buangan mereka sendiri dalam akuarium. Takut juga kalau ada yang mati macam lepas-lepas.

Malam minggu kelmarin kami singgah sekejap di rumah. Yang mengejutkan sejurus sebelum aku hendak membelok masuk ke kawasan taman rumah aku aku nyaris-nyaris hendak terlanggar seorang 'uncle' yang menunggang motor sambil dibonceng oleh 2 orang anak bujangnya. Bergoyang-goyang handle motornya cuba mengelakkan belokan maut aku. Nasib baik MakBear menjerit nyaring ke telinga yang menyedarkan aku dari khayalan lalu memaut kuat stereng kereta untuk mengelak daripada terlanggar uncle tadi.

Aku hanya sempat tersenyum kelat sambil mengangkat tangan meminta maaf. Kuat makian uncle aku dengar dari dalam kereta.

Sampai di rumah, aku memberi ikan makan. MakBear hanya tunggu dalam kereta. Mungkin masih terkejut. Sejurus kaki melangkah masuk ke dalam kereta MakBear tanya, "ada ikan-ikan yang mati?".

"Takde", jawab aku.

"Buang karen jee.. takde pulak yang mati", ngomel MakBear.

"Ikan takde mati, tapi nyaris-nyaris tadi uncle dengan anak-anaknya mati ataupun mungkin juga cedera parah kena sondol dengan kita", usik aku. MakBear menjeling geram.

"Maaflah uncle, nasib lu memang kurang baik sebab kedudukan lu dan motorsikal lu dan anak-anak lu berada dekat 'titik buta' wa sebab tue wa tak nampak lu!".

Naik Haji

Si Polan: Orang cakap tak elok pergi naik Haji masa muda-muda.
Aku: Kenapa pulak?
Si Polan: Yelah, kalau pergi muda-muda nanti balik buat dosa balik. Kalau akak, dah tua-tua nanti lagi elok kalau pergi.

"Huh?! Kau pasti umur kau akan panjang sampai kau tua?! Lupakah kau rezeki, ajal dan maut tue di tanganNya. Kau bercakap macam kafirun!", kan bagus kalau aku boleh luahkan kata-kata nie pada si polan itu.

p/s: MAAF, aku benci tahap dewa pada 'si polan'.

24 November 2005

Cincin

Ketet ketet ketet..
*SMS di taip.

"Awak ada nampak tak cincin (nikah) abang?"
"Takde"
*Message Recieved.

Sudah! Cincin aku yang diberi oleh MakBear masa nikah aritue dah hilang. Mana aku nak cari lagi nie? Nak kata tercicir, setahu aku cincin tu takkan boleh tercicir dengan mudah dari jari montok aku nie. Paling-paling kena pulas 2 3 kali baru boleh tercabut.

Tapi kalau tak tercicir, mana pulak perginya? Aku cuba ingat-ingat balik, memutarkan memori masa ke lebih kurang 12 jam sebelumnya, di mana kali terakhir aku betul-betul pasti aku masih lagi terlihat cincin silver berbatu quartz purple terikat kemas di jariku.

Aku masih gagal. Kerana sistem otak aku menolak segala kemungkinan aku ada menanggalkan cincin berkenaan dengan sengaja dan terlupa memakainya semula sehingga kehilangan.

Aku susur jalan, jejak yang aku tinggalkan sekembalinya aku dari minum pagi tadi. Itu saja, takde ke tempat lain. Namun aku masih belum berjumpa. Aku cari dalam pejabat, bawah meja, dalam poket seluar. Tiada. Kosong.

Pada saat ini, aku teringat pada satu perisitiwa yang hampir sama berlaku lebih kurang 18 tahun dulu, mak aku pun kehilangan gelang tangan emasnya. Takut tercicir semasa mak memanggung lengannya di pintu kereta ketika dalam satu perjalanan menziarahi saudara. Ketika tue kami di sebatang jalan yang sunyi, kereta hanya lalu sekali sekala dan di kiri kanan jalan hanya ada semak, estet getah dan kawasan perkuburan hindu. Tambahan dalam keadaan cuaca rembang petang sekitar jam 5.30pm tue, cukup menggerunkan.

Mak sudah ulang nangis 2 3 kali sambil menyusur jalan berjalan kaki. Kaki dah melenguh, air mata dah hampir kering. Kami dalam kereta hanya mampu berdoa supaya segalanya cepat berakhir. Mulut abah terkumat-kamit dalam kereta kemudian abah kata
"kalau gelang tue dari rezeki yang halal, maka KAU pulangkanlah hak kami". Tidak lama selepas itu gelang mak dijumpai semula.

+++
Ketika aku pulang ke rumah, aku terus mencari sambil mengulang ayat yang sama seperti kata ayahku. Depan ke belakang. Atas ke bawah.
"Ehh, macam aku tau jee benda yang berkilau-kilau tue", rupanya cincin aku telah ditemui semula di atas katil yang menyebabkan MakBear dan aku tak percaya sebab kami dan 2 3 kali mengibas cadar dan bantal katil tue tapi tidak berjumpa.

"Alhamdulillah..", bisik hati kudusku.

21 November 2005

Cerita Jiwa Kacau

Aku ada banyak cerita nak tulis, tapi aku tangguhkan dulu sebab aku nak tulis cerita nie.

Sekarang sedang sibuk dengan Majlis Raja-raja di Melaka. Aku merangkap sebagai pemandu profesional yang boleh memandu semua jenis kenderaan darat kecuali keretapi dilantik sebagai ahlil-logistik bagi jawatankuasa cenderamata.

Kusangka apabila diberikan kunci Honda Odyssey dan juga kredit kad buat mengisi minyak penuh-penuh dah cukup menggirangkan aku, rupanya kedatangan buku Jiwa Kacau yang hampir 2 minggu aku tunggu dari Nett lebih menggirangkan.

Sekarang nie, aku di persimpangan samada mahu menjalankan tugas aku sebagai ahlil-logistik tadi ataupun cabut kaki ke tempat tersembunyi bagi menikmati Jiwa Kacau idaman. Aku terpaksa memilih untuk bertanggungjawab melaksanakan amanah yang telah diamanahkan kepada aku ataupun mengikut kata setan untuk mengulau melempiaskan nafsu jiwa kacau aku?

Aku pilih jalan mudah. Aku ambik Jiwa Kacau lalu memasukkannya ke dalam kocek aku dan mula memasukkan barang-barang ke dalam Odyssey. Mungkin aku boleh curi-curi masa ketika menunggu traffic light bertukar warna merah ke hijau.

19 November 2005

Andai

Currently my favourite song.

Andai - OST Bintang Hati
Amy Mastura Feat. Anuar Zain

Amy: Uuuu....
Andaikan diizinkan
Kuundur waktu
Akanku susun langkah
Akan kucorak warna
Tiada kelam

Anuar: Namun apa daya
Andai ada pilihan
Ku ulang detik
Akan ku imbas saat kenangan silam
Kan ku hurai
Perasaan cinta

Korus:
Amy: Kasih kembalikan
Sinar diri hidupku

Amy/Anuar: Kesempatan kedua untukku pendam semula
Kebahagiaan
Sebuah harapan yang terlerai

Anuar: Kasih rasailah
Kekesalanku

Amy/Anuar: Kan beralih arah mengejar cinta sucimu

Amy: Andai takdir
Mengizinkan mengundurkan waktu ohhhh..

Anuar: Andai ada pilihan
Ku ulang detik

Amy: Akan ku imbas saat kenangan silam
Kan kuhurai perasaan cinta

Anuar: Kasih kembalikan
Sinar dihidupku

Anuar/Amy: Kesempatan kedua untuk ku pendam semula
Kebahagian

Amy: Sebuah harapan yang telerai
Oohhh kasih rasailah
Kekal kesalan

Anuar/Amy: Kan ku beralih arah mengejar cinta sucimu
Andai takdir mengizinkan
Ku mengundurkan waktu

* Mahu dengar? Ada kat radio.blog >>

16 November 2005

Sengihan Bermakna

Aku terharu betul pabila menonton di kaca tv, adengan seorang anak yang mengayuh basikal ke bendang untuk memberitahu kepada ayahnya berita gembira kejayaan beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Tiada pemandangan yang paling mengharukan tatakala melihat tangan kasar ayah yang sedang bekerja mencari rezeki ditarik dan dikucup sebagai tanda terima kasih atas segala pengorbanannya. Tubuh 4 kerat si bapa dirangkul sebagai tanda kasih dan sayang atas segala perhatian dan nasihat yang telah diberikan selama ini.

Tak kisahlah adengan itu hanya ulang rakam kerana diminta oleh jurukamera stesyen tv berkenaan ataupun senario yang sebenarnya berlaku di tempat kejadian. Yang pasti, apa yang terpapar di hadapan aku ketika itu cukup menyentuh jiwa.

Bukannya macam aku.

Masa aku dapat result UPSR dulu, aku balik rumah tengok mak aku dah tersengih-sengih. Mak aku tanya, "Berapa keputusan UPSR ko?"
"Mak teka berapa?"
"3A 1B", agak mak aku dalam keadaan masih tersengih-sengih.

???

"OOOooOOOO.. patutlah, Mak dah telefon sekolah dulu!!"
"Tak aciiiIIiiii!!!", aku dah agak sengihan mak itu mempunyai makna.

14 November 2005

Cerita Sebelum Tidur

Hahahahahaha, hihhihih!!
MuhahaHAHAhahaHEHEhihihi!!
(*Ketawa berdekah-dekah)

MakBear: Abang nie kelakar laa! Agaknya abang nie memang tercipta untuk saya. Membantu melengkapi hidup saya dengan lawak selamba dan aksi spontan abang tue.
PakBear: Hehehe, takdelah. (*malu-malu)
MakBear: Adakah kehadiran saya membantu melengkapkan hidup abang?
PakBear: Mestilah ada.
MakBear: Contohnya?
PakBear: Awak telah membantu meningkatkan taraf kehidupa/pemikiran saya (bukan atas dasar meterialistik).
MakBear: ??
PakBear: Sebab awak saya bersungguh ambil lesen kereta, kalau tidak mungkin sampai sekarang saya tak kisah nak ambil lesen memandu 8 tahun yang lalu. Bila hidup bersama awak baru saya tahu betapa nikmatnya tidur dalam bilik berhawa dingin sambil bergulung dalam 'comforter' yang best nie.
*PakBear terlena dalam kegebuan 'comforter' di sisi isteri tersayang.

18 October 2005

Jawab Shoutbox!

norchang: selamat berpuasa Pb­
~ Selamat berpuasa jugak.

Kak Nis: Salam ramadhan PB...lama tak jengah ke sini. Apa khabar PB n MB?
~ Salam Ramadhan.. Kami khabar baik. Bagaimana Kak Nis dan keluarga.

honeyfie: nanti nak duit raya! mana my package tuhhh! penat woo tunggu kat postbox
~ Hehehe, sori tak hantar lagi. InsyaAllah nanti I hantar. Betul ke tunggu kat postbox? :p

tj: beruang apa paling comel? beruang panda!! comelll!! Btw, selamat berpuasa pak beruang! fasting break makan hidangan apa ya
~ TJ? TJ mana niek eks? TJ 3R tue ke? Hehehe. Selamat berpuasa TJ!

AyAres151: makan banyak nasi lemak dah malas update jadinya ek...
~ Kalau aku malas nak apdet ko perli, kalau aku apdet tak reti plak ko nak mengomen! GrrRRr..

wanda: a'kum purbe,camna posa..hhehe hang yg masak ke najah yg masakkan heh.nyway slamat b'puasa­
~ Apa kes purbe plak ko nie? Masak? Sekarang nie MB yang masak. Aku tukang makan jee..

1-nie6116: haileh join x?
Hii, meh ler join. Nak join buka sekali ke nie? Huhuu

Masy: mana dak bear ni??org ramai dtg dia buat daakk jeee..
~ Aku ada, nak buat camner. Takkan ramai orang datang aku nak hidang kuih plak. Hauhauhau

06 October 2005

Lemak & Telur

Semalam berbuka puasa di rumah mertua. Menu istimewanya adalah roti jala dan nasi lemak. Selepas baca doa berbuka puasa dan memebasahkan tekak dengan air, terus aku suapkan roti jalan ke dalam mulut. Habis 5 keping aku makan.

Seketika kemudian kakak ipar aku menyuakan pinggan berisi nasi lemak kepada aku. Aku menggeleng, menolak dengan baik sebab perut dan kenyang dengan kuih-muih. Kemudian abang ipar aku menyampuk,
"Si Bear tak payah makan nasi lemak sebab dia dah banyak lemak", lantas mengambil pinggan nasi berkenaan. Aku geram menggetap bibir.
.
.
.
"Haa.. bagi dia telur tue. Telur tue untuk orang yang tak cukup telur!", balas aku pada abang ipar aku tadi.

Abang iparku tersengih sambil menyudu sambal telur ke dalam pinggan.
Puas hati aku!

04 October 2005

Ramadhan

Esok kita akan berpuasa. Aku yang pada mualanya memang tak sabar-sabar menanti bulan Ramadhan, kini merasa gementar pula. Maklumlah, sebelum ini bersahaur dan berbuka bersama mak, abah dan adik beradik di kampung, sekarang nie hanya dengan MakBear. Suasananya mesti tak sama.

Kalau dulu tunggu jee waktu berbuka, juadah lauk pauk dah tersedia di atas meja. Sekarang kalau tak ikhtiar nak masak apa, beli kuih muih, alamat tak berbuka pulak nanti. Malam pula kena pergi solat tarawikh. Kalau dulu bila malas boleh 'tuang-tuang', sekarang nie takkan nak buat macam tue pula. Kenalah tunjuk contoh teladan yang baik pada MakBear.

InsyaAllah, semoga segalanya berjalan dengan lancar. Apa yang pasti, bila dah tiba bulan puasa ini aku memang menunggu-nunggu iklan raya yang akan ditayangkan di kaca televisyen (adakah hanya iklan ulang tayang tahun-tahun dulu), dan juga bershopping sakan di jalan TAR (eyahoooOOO!!).

Salam Ramadhan.

28 September 2005

Menantu Taukeh

Sekarang nie aku dah menjadi usahawan kecil-kecilan menjual kerepek-kerepek/jajan dekat pejabat. "Nak besarkan anak-anak..", kata aku pada peminat setia jajan di pejabat. Biasanya laku, dengan bantuan pelajar praktikal aku yang telah aku lantik sebagai 'sales director', dalam seminggu hampir 30 paket 'sapan'!

Kerepek-kerepek tue aku tak buat sendiri dan sesungguhnya juga bukan MakBear yang buat sebab dia ada banyak keje lain yang nak hadap (di samping untuk membelai dan mengulit aku, hehehe). 'Supplier' aku adalah mak mertua aku sendiri. Selang 2 3 hari sekali mesti call tanya perkembangan bisnes.

Memandangkan mak mertua aku dan jadi 'tokan' besar sekarang nie, maka tatkala aku bersalaman dengan dia aritu aku panggil dia taukeh! Dia tergelak sambil marah-marah manja kat aku; sebab panggil dia taukeh, auuww!!

Makanya jadilah aku menantu taukeh. :)

25 September 2005

Sakit

Orang kata, perkara yang menyakitkan bagi wanita adalah melahirkan anak dan bagi lelaki pula adalah sakit gigi?!

Betul ke?

Betull, memang sakitttTTTtt! Bergolek-bergolek. Tapi aku baru rasa sakit gigi je laa belum sakit nak beranak lagi. Hehehehe