Powered By Blogger

Happy Birthday Umi!

Upacara bergambar dengan cupcake sempena birthday makbear pada 4 Jan 2013

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Percutian yang tak dirancang di Colmar Tropicale, pada 16-18 Nov 2012

Disneyland Hong Kong

We made it!! Hong Kong Disneyland 17-22 Nov 2011

Hari Raya Aidilfitri 2012

Huda asyik melalak je, so amik gambar pun lebih kurang je! Hehehe

Selamat Hari Lahir Waseem 2012

Sambutan birthday Waseem di Taska Permata. Cake Barney yang begitu menarik perhatian!

18 January 2013

Ambilkan Bulan Bu...


Salam Jumaat! *Chapter 1 xde kena mengena dengan tajuk... Huhuhu*
"Alangkah bagusnya kalau Wafiy bersekolah di sekolah dan kelas yang sama dengan Amir..." itulah luahan hati aku sebaik saja aku baca pasal insiden anak buah aku (Amir) yang dikhuatiri dipau/dibuli oleh murid di sekolahnya, seperti yang ditulis oleh mamanya di fb. Ye mmglah khuatir, sapa yang xde lansung rasa khuatir pasal anak dia yang baru darjah 1 kena buli ke, pukul ke, ugut ke hatta kena jentik pun, mesti ada something wrong dgn mereka ataupun anak mereka dah terlalu ramai sampai they don't even bother what happened to their children or even worst sbnrnya anak mereka tu lah pembuli! ;)

Ekceli Makbear ada gak ulas pasal isu ni, berapi2 Makbear... makwe aku tu mmg garang, dr jaman bercinta dulu sampai sekarang in fact masa zaman muda2 dulu, Makbear lg garang tau, sekarang dah kurang sikit. aku dah asah 'kuku' dia jgn tajam2 nau. kalau x naye sapa buat hal dgn dia, mmg kena racik halus2!! Aku... nyaris2 juga kena racik (maklum laa notti..) tp lom lg kena betu2l laa... calar balar je. huhuhu... sori umi, gurau je.

Anw, kembali semula kepada statement aku td, pasal kan bagus kalau Wafiy satu sekolah dgn Amir adalah so that mereka can always looking for each other back at school. At least bila jd benda2 yg x diingini, salah sorang boleh bantu or boleh jadi saksi utk direpot ke cikgu. Ye mereka mmg rapat, mmg kami pernah plan utk sekolahkan mereka sama2 darjah 1 dulu tp sbb plan changed, kami terpaksa pindah dr Melaka. Kalau x, kalau mama dia x larat (baru dpt baby) nak g jumpa cikgu biar aku je g wakilkan mama/abah dia... Biar aku g jeling2 sikit kat budak yg membuli tu... Nak kata sound tu mcm over sgt tp biar aku psiko kan sikit budak tu. Tp ni kalau betullah kejadian tu, kalau cuma salah faham budak2 je, xpelah... Syukur Alhamdulillah...

Aku ada baca komen2 mak bapak di fb n blog pasal isu buli2 di peringkat 'pra-matang' (budak2 baru nak naik kata orang) ni and some of them mmg bersikap acuh x acuh.. Alaa biasa laa budak2, nakal sikit…. salah faham je tue, budak tgh nak cr kawan mmg laa mcm tue n yang paling best, ibu bapa pulak yang dipersalahkan. Kata terlalu manjakan anak laa, suka sangat campur urusan anak2, percaya je apa yang anak2 complaint… I'm like… huh?!! Ko nak tgu sampai anak ko patah tangan kaki ke baru nak masuk campur. Anak2 ko x makan kat sekolah sbb duit kena pau ko tau ke x? Tup tup anak xnak pergi sekolah (takut sebenarnya), tapi tuduh budak tue malas dan mcm2 lagi tuduhan yang x berasas. *Koma* 

*Chapter 2*
Budak2 skrang bukan macam dulu. Meh aku bgtau satu citer, al-kisah masa hari pendaftaran (Sabtu) Wafiy, aku nampak sorang budak yang karektarnya lain dr lain. Baju x kemas x masuk dalam, rambut walaupun x panjang, tp x sekemas mcm yg sepatutnya laa.. mcm dah lama gunting, kulit tangan dan badan mcm 'pekung' sikit (bukan kutuk tp nak gambarkan mcm badan tue x dijaga bersih) dan ada parut/kesan2 luka yg dalam di pipi. Beratur pun belakang sekali dan sering membuat aksi yang 'mcm bagus' dan agak 'kerek'. Aku peratikan kerektar budak nie mcm ada potensi utk jadi gangster. Aku tgk mak dia sound supaya 'behave' tp dia buat endah x endah je. Tapi aku xnak double standard. Aku cuba berlapang dada dan pikirkan benda yg positif. Tup-tup ari Isnin ada perhimpunan pagi (parents kena dtg lagi utk urusan buku teks) , budak tu datang lambat, so kena tahan dgn cikgu disiplin dan bajunya masih di luar seluar. Nampak? Aku x kata budak tu gangster (hanya kerana sampai lewat), tp aku tau budak tue ada masalah. Something wrong somewhere, parent dia ke, masalah di rumah dgn adik beradik ke or dia ada kisah silam yang kita x tau yang kalau tidak dibendung segera akan merebak menjadi masalah yang lebih serius.

Pada pandangan aku, parents tau sampai takat mana sesuatu perkara tu berlaku baru mereka akan masuk campur. Xdelah terus nak serang cikgu or parents lain memboboi buta. Macam kitorang pun, pantau2 dari jauh jee. Xdelah lorat2 tunggu kat sekolah (masa minggu orientasi) setiap hari. Hari pertama je. Tu pun lepas rehat aku tinggalkan dia. Sungguhpun begitu, x pernah lak sekali pun kami tunjuk yang kami abaikan dia. Everyday tanya how's school today, td rehat makan apa etc… So anak2 taulah kita care terhadap mereka. Kadang2 kami pesan juga, kalau ada sesapa kacau, pertahankan diri sikit, or at least elakkan dari terlibat secara lansung. Kalau masih berterusan, repot terus pada cikgu. So far Alhamdulillah utk darjah 1 nie Wafiy mmg xde komplen laa ada org buli dia ke apa… Cuma masa mula2 dulu ktorg ada risau sikit pasal bagi duit RM5 tapi bila sebutkan apa yg dimakan tu x sampai plak jumlahnya RM5. So kitorang tanya laa baik2. Anw cerita tu aku dah pernah ceritakan dalam entri sebelum nie.
Allah, panjang juga entri ni. Aku sebenarnya tgh nak blaja taip pendek2 je. Tapi terpanjang lagi pulak. Huhuhu… So kesimpulannya jgn nak stress2 x tentu pasal dgn anak2, kena siasat dulu dan berbincang laa secara baik dgn suami isteri untuk cari jalan penyelesaian kalau ada sebarang masalah. Untuk beri pesanan pada anak2 pun kita x boleh bg arahan gitu2 je. Mereka bukan robot, mereka ada hati dan perasaan. Ada caranya secara psikologi yg kita boleh tackle supaya dia ikut cakap kita. Sayangilah anak2 kita, pada mereka kitalah penjaga dan pelindung mereka. Seberani mereka pun, bila gelap dia cari kita untuk perlindungan dan minta pasangkan lilin, hehehe... Macam lagu Ambilkan Bulan Bu... (Sheila on 7). Akhir kata saya akhiri syarahan saya dengan serangkap pantun ehh lagu nie… Enjoy!! ;)


17 January 2013

Aku Mak Yg Tidak Rasional Bila.......

Masa Wafiy umur 5 tahun bersekolah di tadika Genius Aulad dulu ada sorang budak pompuan yg amat2 rajin kacau Wafiy...

Budak pompuan tu tumbuk Wafiy, tendang Wafiy dn kemuncaknya baling botol air kat muka Wafiy sampai hidung Wafiy berdarah....

Sume insiden tu berlaku dalam van sekolah Wafiy...luluh hati aku tengok Wafiy nangis sedu2 sedih tiap kali cerita pasal budak pompuan tu...mula2 memang aku dan pakbear ambil pendekatan tunggu dan lihat tapi akhirnya bila hidung Wafiy berdarah tu aku amik keputusan bgtau pengetua tadika tu...sejak itu budak pompuan tu diasingkan dr Wafiy masa dalam van...dan akhirnya Wafiy kata lama2 budak pompuan tu pun dh x naik van tu lagi...Wafiy pun tak tau kenapa...

Aku teringat kisah ni semula setelah mendapat tahu yg ada ciri2 buli di sekolah anak buah aku yg sebaya Wafiy sekarang...darjah satu tu...;(

Entahlah...aku memang bukan seorang Umi yg rasional bila ada orang menganiaya anak aku, buli anak aku..Anak2 aku adalah jiwa raga aku, bagai oksigen yg aku sedut hari2 untuk hidup...kalu ada yg tak kena dengan permata hati ni, aku pun bole jadi 'hypoxia' and start delirious...hahaha..paham ke orang yg baca ni..

in fact aku ringan je kaki nk jumpa parents budak pembuli tu...
Nak bertumbuk dgn mak budak tu..hehe..see..aku memang tak rasional bila ada orang kacau anak2 aku...rs nk injek high dose potassium chloride kat budak tu dan mak bapak dia bior cardiac arrest...collapse...dan wassalamu...kecik2 dah menyusahkn orang...huh!!!!

Malu Weih!!!

Rambut laki tadi lagi dahsyat!
Derrrr... aku taulah rumah ko blkg sekolah tu jee! Kot ye pun ko pakai singlet koyak berkain pelikat (gulung besar pulak tu!) dengan rambut serabai x bersikat hantar anak naik motor tunggang langgang g sekolah apa citer?

Kalau ye pun ko x malu pada org lain, malu laa pada diri sendiri... Malu laa pada anak2 yang pagi2 dah bangun mandi pakai baju sekolah hensem2, bapak dia itu gitu2 gayanya. Segan weih!! Kot laa anak ko pun malu dengan cikgu dan parents lain tengok ayahnya semacam pak lampir keja overtime. Nak tegur kang makan penampor jepun pulak pagi2 ni.. Huhuhu... Kesian ko nak ada bapak mcm tu.

Soriler aku bukan nak ngutuk, tapi aku sakit atiey tengok mak ayah yang pesen mcm tu. Kalau ye pun lom mandi, cuciler muka tu, sikat rambut baik2. Pakai baju yang ok, kalau baju basahan duk umah pun xpe tp jgnler singlet (ada lubang2) . Ni kang... kang... Haishh!! Malas ler aku nak komplen membazir air liur jee! Hahaha...

P/s: Ingatan utk diri sendiri... :)

16 January 2013

Dah Nak Exam!!!


Jadual final exam mpath aku dah keluar...nervous giler rasa...rasa macam bole short satu wayar otak aku sekarang ni...banyak sangat benda nak kena sumbat masuk dalam otak..tak taulah ada space tak otak aku ni...feel like dying very very soon...

Lecturer aku nervous tengok mock exam kitorg sume hancus!!! Argggghhhh!!! Kalu aku bole jerit, satu hospital bole dengar suara aku agaknya..huhuhu

Tapi aim sekarang selain study dengan bersungguh2...aku juga kena mengepam susu bersungguh2...exam kali ni jauh nun di HUSM Kubang Kerian..utk 10 hari akan berpisah dgn buah hati pengarang jantung si comel Nawal Huda...so kena make sure stok susu mencukupi utk budak comel tu...yang lagi sedih masa exam tu birthday Huda....sedih sedih!!! 

The Chronicles of Househusband. Part 3

Baru lepas suap Huda makan. Sekejap lg pukul 12.30 Waseem akan balik dari taska. Apa cerita budak hensem tu. Asyik malu... malu.. malu je katanya.

Anw, kalau perasan semalam aku baru update pasal dua gadget yang aku guna untuk warm kan EBM dan baby food kan? So arini aku nak citer plak gadget no 3 yang x kurang pentingnya dalam penjagaan bayi terutamanya dlm penyediaan makanannya. Sori another entry yg panjang lebar sbb ada kawan2 yg dah bertanya, so daripada aku terangkan gitu2 kat FB, baik aku taip terus entry di blog, boleh share dengan org lain. Gadget yang aku maksudkan adalah:
Philips Avent Steamer Blender
Sebenarnya kat pasaran Malaysia nie tak banyak produk yang boleh steam n blend baby food nie sbb x ramai yang minat nak pakai kot maybe dorang pikir cukup sekadar guna blender biasa yang ada di rumah. Betullah juga. Kalau dah ada blender di rumah, boleh guna, rebus/steam dulu makanan tu, toast kan n then blend ataupun lecek dengan sudu bersama penapis. Tapi pada sesiapa yang mencari kaedah yang lebih praktikal dan effisyen dalam penyediaan makanan pelengkap pertama untuk baby especially yang berumur 6 bulan ke setahun, produk steamer blender seumpama ini adalah penyelesaiannya. Yang ada dan paling feymes di pasaran (Malaysia) adalah brand Little Bean dan Philip Avent. Kami guna Philips Avent Steamer Blender ni.

Aku x pernah guna yang brand Little Bean so aku akan cakap berdasarkan pengalaman aku menggunakan steamer blender Philip Avent nie je lah. Antara sebab utama kenapa kami memilih brand ini kerana ianya hanya menggunakan satu bekas dan x perlu salin2 ke bekas lain. Secara ringkasnya container yang mengandungi sweet potatoes (sbg contoh) yang telah di steam terlebih dahulu, hanya perlu diterbalikkan untuk blending pulak. So x perlu pindah2  bekas, steam, terbalikkan, blend dan tuang ke dalam bekas untuk simpan dlm freezer ataupun untuk terus serve pada baby... Contoh gambar di sebelah, yang bekas2 biru tu untuk simpan wat stok dlm freezer dan yang warna hijau tu adalah bekas khas warmer Little Bean aku yang aku gunakan sebagai bekas makanan untuk baby. Ringkas kan? Saiznya pun compact. X besar dan senang untuk dibersihkan serta disimpan. Oh lupa nak bgtau, selain dari untuk buat makanan bayi, untuk buat jus buah2an baby pun boleh.

Ada org x suka dengan steamer blender brand ni sbb katanya containernya kecik, so x boleh nak steam n blend banyak2. Pengalaman aku sekali blend boleh laa dpt banyak mcm dlam gambar tu. Baby aku makan 1 hari 1 bekas biru tu. Kadang2 je terlebih lapar akan mkn lebih sikit. So basicly untuk sekali blend boleh laa buat stok utk 4-5 hari. Oklah tu. Campur2 laa makanan baby tu. **Jgn ler bagi sweet potatoes je sampai seminggu. Kembung perut baby tue. Huhuhu... Mcm aku, selain sweet potatoes, aku buat pisang + papaya, bubur nasi + brokoli, dgn carrot, dengan ikan bilis and also epal. Baru nak try dgn ayam pula nanti. Feveret Huda adalah sweet potatoes, itulah makanan lengkap pertama yang dia terima dan sampai sekarang mmg kalau makan sweet potatoes dia akan mkn dgn banyak sekali! Tapi kami campur2 laa juga dgn menu lain2.. Huhuhu...

**Tips: Sbg permulaan bagi satu jenis makanan pelengkap utk tempoh 5-7 hari supaya bayi x keliru kalau kita tukar2 banyak menu. Bila bayi dan serasi baru tukar menu lain. Untuk permulaan elok juga campurkan sedikit dgn EBM ataupun susu formula (kalau bayi dah minum campur) untuk meningkatkan selera makan bayi. Lagi satu sila rasa sendiri dulu sebelum bg bayi makan. Jgn kita syok2 wat puree campur tu, campur ni pastu bg terus bayi makan. Ntah2 rasanya wekkk!! Hahaha... kesian menganianya baby! Basuh tangan bersih2 dan sila jaga kebersihan dalam penyediaan makanan ye bapa/ayah/abah/abi yang baik sekalian.... :)

Pagi Yang Gelap, Kini Sudah Terang!

Alkisahnya pagi tadi Waseem tersesat dalam alam mimpi yang dahsyat (agaknya). Tak jumpa jalan keluar. Puas aku kejutkan, pujuk bagai... Gurau2 ganas gitu supaya dia bangun, tp x bangun2 juga. Tue lah malam td suruh tidur awal tp xnak. X ngantuk lg katanya (sbb ptg tue dia dah trtidur dlm keadaan yang sungguh tragis! Hahaha). Hati aku dah buntu mcm mana caranya nak kejutkan budak ni, last2 baru teringat... Makbear bgtau semlm teacher school Waseem pesan supaya pakai baju sukan setiap hari rabu. Aku pun bgtau Waseem,
"Bangun dik... arini teacher suruh pakai baju sukan, main playground", wah terus bangun! Magic sungguh perkataan 'playground' tue! Hehehe (boleh pun bangun...).

Sib baiklah nk bangun juga si Waseem nie. Aku bukannya apa, aku x suka nak kejutkan n marah pagi2 nie, nanti Waseem menangis, bad mood, dia moody plak nak g school. Lagipun kalau marah2 pagi2 nie org tua kata rezeki x masuk... So biasanya aku suka guna pendekatan bergurau dgn Waseem, geletek2 dia buat2 bising dgn bunyi2 funny sebelah dia, buka kelopak mata dia.. Main angkat kambing biri2.. Hahahaha.... Pastu biarkan sekejap, lg 5 minit kacau lagi... Maunya x terus bangkit budak tue! Hilang mamai dia... Kihkihkih!
Kalau Wafiy (abg yg no1) x mcm tu... Kalau bab bangun tidur mmg senang. Kecuali kalau mlmnya tue dia tidur betul2 lewat, baru dia susah sikit nak bangun tp senang laa... berbanding Waseem. Wafiy nie bab tidur ikut perangai aku, susah tidur senang bangun... Tp lps2 tue kepala pening sbb x cukup tdo. ;p Pastu dgr laa Makbear membebel.. Ya ampun!!! Dengan aku2 sekali kena tempiasnya.
Cerita pasal Wafiy teringat kisah semlm, dia balik2 sekolah je terus excited nak tengok Huda dah boleh merangkak lom. Sbbnya dulu dia ada tanya, bila Huda boleh berjalan? Kami jawab Huda kecik lg, tunggulah Huda 8 bulan ke, barulah Huda merangkak n pastu berjalan. So dia terima pakai jawapan kami tu. Ingat pulak tu. Rupanya pagi semlm pun Makbear bgtau aku, dia cakap x sabar nak tgu balik sekolah, nak tengok huda merangkak/jalan.
Akhirnya Wafiy frust sendiri sbb Huda berpusing2/golek2 mcm tue je. Hehehe... Tp semlm Wafiy berjaya juga mengangkat dan memangku adik dia sendiri. Lamalah juga. Sukalah tu. Eloklah bang, cpt2 sikit belajar pegang Huda tu. Pasni dd dah boleh pass over urusan pegang Huda pada awak... Boleh gitu? Huhuhuhu...

15 January 2013

The Chronicles of Househusband. Part 2


Peringatan: Entri nie panjang berjela sikit! ;)

Malam nie aku rasa nak share something yang lebih berinfomatif. Special entry untuk para surarumah (househusband laa tu) dan juga isteri kepada para suraramah yang memang betul2 mengharapkan suami  mereka agar lebih efisyen menjaga anak di rumah (since their husband working from home). Kalau suami mereka memang menjaga anak2 di rumah laa. Kalau hantar nursery/pengasuh, x kira. Hehehe.. Bukannya apa, aku rasa bagi seorang househusband, adalah lebih afdhal sekiranya mereka dapat menjaga sendiri anak2 mereka especially baby yang less then 2 years and yang belum bersekolah tadika/taska/playschool/kindergarden (whatever u call it) compare to sending them to nursery.

Almaklumlah dalam keadaan sekarang nie, macam2 insiden yang berlaku di nursery/rumah pengasuh, bukan laa aku kata dorang nie x bagus atau kerja x betul (x niat pun nak cakap mcm tu) tapi bukankah lebih bagus kalau boleh jaga mereka sendiri. Selain daripada menjimatkan wang, juga boleh mengelakkan perkara2 yang x diingini berlaku. Kalau berlaku juga bukan salah orang lain laa tapi salah kita sendiri... Hehehe.. Hey, seronoklah sebenarnya tengok anak membesar depan mata! Don't worry, as the time goes by, u will get use with the process and procedure, mmg laa penat sikit tapi adventure sebenarnya. Furthermore, it will strengthen the father n kids bonding  eventually...

Ok, as a househusband (dengan x malunya mengaku) aku nak share beberapa gadget yang aku dengan Makbear berpendapat elok ada dalam memastikan urusan seharian aku di rumah berjalan lancar. Especially untuk menjaga my baby boo (Nawal Huda - 8 m.o.) yang aku jaga sendiri dari umur dia 2 bulan sampai sekarang. So gadget pertama yang aku nak cerita adalah:

Little Bean 2-in-1 Bottle Warmer
Benda nie dinamakan 2-in-1 sbb actually dia boleh memanaskan susu (EBM) dan juga makanan baby (puree, bubur etc). Since Huda mmg fully breastfeeding, so Makbear mmg kena pump susu supaya kitorang boleh simpan stok. Sbb tu orang panggil EBM (Expressed Breast Milk). Stok susu ni disimpan dalam freezer, bila nak guna cairkan dulu (sampai hilang ais) then baru 'warm' kan. Kalau manual pakai air suam laa (jgn air panas mendidih) dan kalau yang canggih sikit, mcm yang aku pakai nie. Bagi aku mmg mudah laa.. Malam sebelumnya keluarkan beberapa paket susu dr dalam freezer dan letak di peti sejuk (fridge), untuk cairkan ais tp EBM kekal sejuk. Esok pagi boleh keluarkan dan masukkan dalam botol susu untuk di 'warm' kan. Sungguh mudah, semudah A B C! x perlu masak air, nak kontrol suhu air ke 40 darjah celcius. On kan jee mendealah nie, masukkan air sikit jee then it will heating up n keep the EBM warm sampai masa baby nak minum susu tu. Tp perlu diingat, EBM yang terdedah ke suhu bilik boleh tahan 3-5 jam sahaja. So kena pandai2 budget laa...

Selain dari tu, mcm aku ckp tadi fungsinya yg kedua adalah untuk 'warm'kan baby food. Kalau mcm kami, kami beri Huda puree buah2an ataupun bubur yang telah di'blend'. Untuk buat puree n blended baby food ni aku akan cerita dlm entri yang lain yee. Hehehe... Tu pun sama juga,  prepare the puree first then keep it in special container n freeze it. Bila nak pakai, cairkan, put it in container that came along with the set (bekas hijau yang ada telinga arnab tu) n then warm it! Setkan temperature ke 70 darjah celcius. Tunggu dlm 10 minit then boleh bagi baby makan. Yum yum!! ;) Satu lagi special features warmer Little Bean ni adalah ianya boleh juga digunakan dalam kereta (using special adaptor yang dicucuk di tempat pencucuh rokok). Boleh digunakan with or without water. So bila ada benda nie, kami berjalan2 tu x susahlaa untuk warmkan susu or puree Huda. Kalau x mana nak cari air panas kat shopping complex kan?

Gadget kedua yang aku nak cerita ni adalah sebagai tambahan kepada 2-in-1 warmer yang aku cerita tadi iaitu:

Little Bean Car Bottle Warmer
Fungsinya sama juga untuk 'warm'kan susu baby, ada special plug untuk dicucuk ke tempat pencucuh rokok kereta and it will keep the EBM/susu warm. Sampai ke destinasi, boleh cabut n gulung the cord, masukkan dlm pocket yg ada kat tepi beg tu and we're ready to go! Masuk shopping complex, pergi playground etc, the EBM will lasting warm for almost 2-3 hours. This is my favourite. Selalu jalan2 dgn anak2 bawa nie je, Makbear xde pun xpe utk bg susu. Huhuhu.. janji ada stok laa... Aku juga guna satu bekas kecil yang boleh muat beg nie utk bawa puree n air masak utk bagi Huda makan bila time kitorang berhenti utk makan. Very practical and easy to carry. Kalau 2-in-1 warmer tu mcm besar sikit nak bawa, n kereta aku xde compartment yg sesuai utk pastikan ia x terbalik. As a solution  guna car bottle warmer ni. Mudah dan ringkas...

So itulah dia utk permulaan ni. Insha Allah kalau ada masa aku update lg gadget2 lain yang aku guna (yg aku rasa seorang househusband pun patut ada utk menyenangkan kerja). Peduli apalah orang nak kata ngada2 ke apa, yang pasti aku tau apa yg aku buat dan aku tau kemampuan aku takat mana. Ye lah lelaki nie kalau dah penat, kusut2, benda jadi remeh temeh, dia cpt naik angin. Bila dah jadi mcm tu, apa pun x boleh kan? So kita gunakan apa pilihan yang ada. Kalau x, xkan diorang susah payah rekacipta gadget2 nie kalau bukan utk kemudahan dan kesenangan pengguna kan? Pucuk pangkalnya yang penting anak2 x kelaparan dan kita boleh layan mereka dengan happy dan efisyen. Tapi ye lah ikut kemampuan masing2ye, jangan pula nak paksa2 beli kalau budget tu dah ada benda lain yang patut diutamakan. Sorry entry panjang berjela.. x tau mcm mana nak cut it short. Rasanya semua penting nak cerita. Hahaha...

Finding Nemo!


Lanjutan daripada entri memelihara ikan aku sebelum nie, aku teringat mcm pernah rakam video guna phone one of my favourite tank ever setup iaitu akuarium ikan air laut masin ataupun marine fish. Alaa mcm citer 'Finding Nemo' tue! Aku dgn Makbear mmg suka sangat tgk marine fish nie berenang, lengggok renangnya lembut je dan rasa sungguh mendamaikan. So tadi aku godeh2 ler komputer cari video nie. Jumpaler tp masa nie aku baru2 setup.. ikan x banyak n coral pun x cantik lagi... yang kemudian2 punya video dah x jumpa. Sayang....

Actually this is the 2nd time aku bela ikan nie... yang kali pertama mati secara sia2 sbb xde ilmu pengurusan marine fish, yang org jual ikan tu pun mcm xnak nak jee ajar aku. Nampak mcm senang rupanya susah giler, maintainance tinggi! Percubaan kali kedua agak berjaya, penjualnya pun ambik berat pasal client2 dia punya tank dan banyak ajar serta bagi panduan. Tapi banyak jugalah habis2 aku ingat ada gak dlam 5-6 ribu.. merasalah pelihara dalam setahun. Seronok tengok tank ni tiap2 hari...

Anw eventually ikan2 tu pun mati jugak selepas kami berpindah ke rumah baru. punyalah susah payah aku buat migration procees utk ikan2 tu tp akhirnya mati sebab kedudukan akuarium di tempat baru tu x sesuai.. panas... ikan pun stress agaknya.. akupun stress ler kejap.. lepas tue ok balik. Hehehe... :) Nak pelihara marine fish nie kena ada ilmu, banyak baca n google di internet. Modal pun tinggi jugak, bohong ler kalau org kata modal x tinggi... setidak2nya lg mahal laa dari bela ikan guppy ataupun ikan mas! Huhuhu...

Selamat Pagi Donia!

Pagi ni terasa mengantuk lebih sikit agaknya sbb mlm td tdo lewat sangat. Anw just a quick update pasal Wafiy g kelas mewarna last weekend.

Kelas mewarna Wafiy ni adalah lanjutan daripa kelas yang Wafiy attend masa school break last summer (wahh summer gitu!)... Tp disebabkan Wafiy ada absent for almost about 10 days sbb bersunat aritu so teacher offer for kelas ganti but just on weekend la instead of setiap hari Isnin - Jumaat masa cuti sekolah dulu.

So ari Ahad aritu aku hantar laa Wafiy ke kelas tu. Wafiy dah masuk level mewarna dgn water colour which is the last stage in the colouring syllabus. First stage dulu mewarna dengan colour pencil, then crayon, magic pen and last skali water colour. Wafiy colour x laa lawa sgt, tp oklah sikit nampak ler ada teknik. Hehehe...

Recap sikit, kitorg hntar Wafiy dulu masa cuti sekolah end of last year sbb saja nak penuhi masa cuti dia dgn aktiviti berfaedah sikit. Daripada tgk tv n main games je, elok g kelas mewarna ni. Boleh exercise otak sikit kasi otak kiri n kanan berkerjasama, as we know otak kanan manusia terangsang kepada segala aktiviti berfikir berkaitan seni dan sebelah kanan untuk critical thinking. Correct me if i'm wrong ;) 

Actually ada banyak gak school break class yg kitorg pertimbangkan mcm swimming class, handcfraft class etc tp mmg  jodoh Wafiy dengan Kelas Anak Seni ni setelah mempertimbangkan beberapa perkara.

Anw suasana kelasnya bagus. Teacher (Mr. Farouk) pun baik and very flexible. Tp kitapun kadang2 kena la fleksibel juga pada dia ie. kelas lewat sikit, terawal sikit, postponed sbb ada hal yang x dpt dielakkan. Tp teacher nya akan bgtaulah awal2.. Teacher bz, banyak class lain.  Boleh follow aktiviti diorang kat FB >>Kelas Anak Seni.

Sent from my iPhone
P/s: Update pakai email dr phone jee ;)

14 January 2013

Mak...

Lately ni aku selalu teringat Mak...kadang2 tersedih, tersyahdu sebab pikir aku tak dapat jaga Mak di waktu Mak mungkin perlukan aku...

Tadi masa aku pegang tangan Wafiy ajar dia tulis huruf jawi satu2 pun aku teringat macam mana dulu masa aku kecik2 Mak pegang tangan aku tulis ABC, Mak siapkan homework aku, Mak ajar baca bahasa Arab....hmmmm

Lately ni Mak selalu tak sihat...Mak dah tak macam Mak yg aku ingat masa aku kecik2 dulu... Mak yg tak penah marah aku dulu, Mak yg sabar ajar aku ngaji walaupun aku main2 je ngaji, Mak yg masak nasi lemak sedap, Mak yg cuci luka aku masa aku first time jatuh basikal dulu, Mak yg nyanyikan lagu jawa masa mandikan aku dulu, Mak yg wangi, Mak yg slalu kasik aku duduk kat pangku dia, kadang2 menyorok bawah telekung Mak sambil Mak ngaji Quran sebab suka bau badan Mak yg wangi, Mak yg walaupun kurus tp empuk je badan dan kaki dia untuk aku sandar2, Mak yg menyusukan aku dgn susu badan sampai aku darjah 2, Mak yg slalu aku curi 'bra' dia buat spek or oksigen mask aku ;-)

Sekarang Mak selalu buat aku serba salah, melayan Mak dah macam melayan anak2 kecil, Mak makin sensitif, Mak yg nk manja2 dgn anak2, Mak yg suka merajuk kalu tak dapat apa yg dia nak, Mak yg sanggup mogok lapar kalu orang masak tak sedap...macam macam perangai Mak sekarang..

Itulah Mak aku, Mak yg penah bgtau aku nama 'Najah' tu Mak pilih sebab dia nk orang selalu doakan aku berjaya dan selamat selamanya...

huhuhu...sedihnya.. dr tadi menitik air mata sebab rindu kat Mak aku...

Mak, esok Adik call ye...

*mak aku memang special, hari2 nak anak2 call, dia rindu katanya...sori mak, Adik selalu terlupa yg Mak perlukan Adik macam mana Adik perlukan Mak masa adik kecik2 dulu....

Hobi Memelihara Ikan


Kali pertama aku menonton iklan ini menyebabkan aku dengan Makbear tersenyum sendiri. Aku ingat aku jee yang mempunyai habit bawa anak2 bujang aku g kedai ikan. Aku memang minat membela ikan dalam akuarium, seingat yang aku boleh kira adalah dalam 7 - 8 kali aku pernah setup akuarium daripada aku kawin sampai sekarang. Sebab tu lah anak2 aku pun mmg suka ikut aku g 'kedai ikan'. Kalau aku kata 'jom g kedai ikan' or 'pasni kita g kedai ikan', horeyy semuanya... asik2 ulang tanya bila kita nak g kedai ikan, bila nak g kedai ikan... selagi x sampai laa depan kedai ikan tue!

Bila dah beli ikannya, muka senyumm jee.. terus nak balik umah. x sabar2 nak masukkan dalam akuarium. Masa dalam kereta, sekejap2 tengok ikan, sekejap2 tengok ikan, takut ikan tu mati katanya...
Akuariuam sekarang, bela  ikan kecik2 jee. X larat lerr maintainance
So aku jamin Wafiy n Waseem nanti bila dah besar mesti suka bela ikan dalam akurium (kalau bela ikan dalam kolam lg baik, masyukkk!! Hehehehe... ). Mana xnya, dari membeli ikan sampai laa ke setup akuarium  diorang dah tengok dan sama2 buat dengan aku. Dengan pump nya, filter nya, anti klorin, lampu dan lain2 keperluan akuarium semua diorang dah biasa tengok n dah tau fungsi2nya. Bagi ikan makan jgn banyak2 nanti ikan mati... :)

Ironinya, abah aku dulupun pernah bela ikan masa kami kecil2. Ada akurium saiz 2 kaki letak sebelah tv. Masa kecik2 kami adik beradik suka bergambar kat depan akuarium tue, sbb kat corner situ aje yang nampak cantik. Hahaha... Tapi bila diingat2 balik, kesian abah, ikan2 dia asik mati jee. Mana xnya anak2 nye letak makanan ikan sampai setengah paket, basuh akurium seminggu sekali, siap letak sabun pencuci pinggan lagi! Mau x koma ikan2 tu!

P/s: Tp dengan abah dulu lg hebat, kitorg bela arnab (arnab tu makan kayu dinding sangkar dia sampai berlubang!!) dan bela burung. Sangkar buat sendiri pakai dawai yang petak2 tu, siap ada pintu n bumbung. Huhuhuhu...

Aku & Blog

Sebelum pelbagai pihak menimbulkan spekulasi cmne aku bole ada masa berblog sedangkan kununnya sibuk nk final exam...

Aku amat yakin ada org yg tertanya2...well!!! Sebenaunya..ha..ni org melaka cakap...blog aku dn pakbear dimaintain dn di'run' oleh pakbear...aku hnya co-author yg memberi sumbangan bahan2 cerita..pakbear melantik aku sbgai assisstant sbb aku pandai mengarut dan amat suka membebel...hehe

Dan sume entry blog yg ditulis oleh aku adalah di'update' oleh aku melalui emel...aku kan pakai iphone..so bila aku terasa nk menulis, aku just type la cerita dongeng aku tu dalam emel aku dn tempekkan lah beberapa gambar yg aku berkenan dn aku pikir bersesuaian dgn jalan cerita aku tu..setelah berpuas hati aku pun send je emel tu ke emel google account aku...pastu automatic emel aku tu jadi entry blog aku...semua tu pakbear yg ajar...betapa lah dia nk aku join blog dia ni, sanggup dia cari apa2 apps yg boleh memudahkan aku update blog mybearstory.com ni...hehehe...macam sekarang ni pun sebenarnya aku tgh bf huda sambil update blog...Mudah kan?

Nasib baik aku tak bela kucing kt rumah aku ni, kalu tak alamatnya susah jugak pakbear nk maintain blog kitorang nanti...hahaha

Huda 8 Bulan

Arini ambik cuti sebab nk bawak Huda gi check up 8 bulan

Excited jugak sbb nk tau berat Huda dh naik banyak mana...aku dn pakbear rasa Huda dh berat sangat..hahaha

Kitorang sampai awal..appointment pukul 2ptg tapi pukul 1.50ptg ktorang dah sampai...datang letak kad, tunggu kejap pastu nurse pun panggil 'Nawal Huda'...

Bila naik timbang, Huda nampak macam dh besor nau, dah lah asik main air liur je, hilang kecomelan anak dara aku ni....then terkejut aku bila tengok berat Huda statik, masih 7.6kg sama dengan berat masa 6bulan..apsal aku rasa Huda macam berat je...hehehe..

Lepas tu masa jumpa nurse kat dalam bilik check up Nurse tu kata "Ooo, ni yg suka main air liur tadi?!"....hehehe...Huda memang suka main sembur2 air liur, kadang2 penuh satu muka dengan air liur je...aku dn pakbear kata 'Huda buat facial guna air liur'...kehkehkeh...

Kitorang kat klinik tak sampai 20 minit..itulah kelebihannya datang awal....dh setel sume kitorang pun kembali lah semula ke Syurga dunia...

Pantasnya waktu berlalu...Huda dah 8 bulan, dn ini bermakna lagi 4 bulan lah lagi exam final aku...huhuhu

Jalan2 Cari Kolestrol

Kuetiau kerang Kampung Baru ni memang dah lama jadi favourite aku dan pakbear...tiap kali datang KL kalu sempat ktorg mesti singgah kedai ni...dulu masa aku undergrad kat hkl, kedai ni cenonet je...gerai tepi jalan je...tp aku dan pakbear memang slalu dating kt sini...org miskin kan..mampu makan tepi jalan je lah..hehehe..

Dulu kalu aku tak balik melaka time weekend, pakbear mesti naik KL...rindu le tu kat aku...hehehe

Selepas hampir 10 tahun, kitorang masih kembali ke kedai ni...dengan anak2 sume kitorang angkut...;)

Kuetiau kerang dia memang power...cukup kerangnye, sedapnye dan kolestrolnya...kuikuikui!!!!!

Sent from my iPhone

Persiapan Sekolah...

Dah hari Isnin. Esok pagi2 anak2 dah mula ke sekolah. Aku mengapur kasut putih dan menggosok baju sekolah Wafiy sambil menonton cerita Anakku Sazali. Ye lah anak bujang baru darjah satu, x pandainya lagi dorang nak basuh, gosok baju dan kapur kasut sekolah mereka sendiri. Inilah mak bapak, anaknya nak sekolah, kita pula yang sibuk. Petang tadi Makbear dah uruskan buku2 yang perlu dibawa dalam beg esok ikut jadual waktu sekolah.

Flashback 25 tahun dulu, aku x ingat bila aku mula basuh n kapur kasut sekolah sendiri. Darjah satu masa mula2 tu mungkin x laa.. tp towards the end aku dah berdikari je uruskan semuanya sendiri. Tapi selepas ditunjuk ajar dan lulus quality control oleh mak n abah laa.  Masa dulu rasa susahnya nak basuh kasut yang sebesar tapak kaki kera tue... Hahaha... Tp skrang sonang by tu!

Masa dulu kalau mak x jerit suruh basuh kasut alamat x jalan laa... dah hari ahad petang baru nak basuh, bila malam kasut x kering lg (mcm mana nak kapur kalau kasut x kering!). Mulalah sedih, syahdu syahdan... Mak dengan abah jugalah yang tolong kapurkan kasut dan letak bawak peti ais supaya cepat kering (dalam kasut sumbat kertas surat khabar).

Alahai anak2... Ironinya dengan cerita Anakku Sazali ini seorang ayah dan ibu sanggup buat apa sahaja asalkan anak-anak bahagia. Tapi jangan sampai berlebih2an. Nanti jadi pulak macam si Sazali dalam cerita tue! Sebab tu kadang kala nampak aku ni macam manjakan betul anak2, tp bila aku lihat something goes wrong over the limit, mmg aku garang. Especially bab2 disiplin nie, disiplin masa (bab ni pun makbear boleh kena sound dgn aku.. Huhuhu...), disiplin perilaku, disiplin dalam berpakaian dan disiplin dalam hubungan sesama manusia (hormat orang tua, ucap terima kasih, cakap lemah lembut etc..). Chewah!!

Ehh panjang plak melalutnya. Nak citer pasal kasut je pun! Kihkihkih... Apa lagi korang dah siap lom pakaian anak2 sekolah esok? ;)
Trivia: Beza kasut yang dah pakai sampai hari Rabu (kiri)  dengan kasut yang belum dipakai lagi (kanan)..  Ada perbezaan?! Kihkihkih


Setiap Kita Adalah Unik

13 January 2013

Opis Dedi

Dulu 'opis dedi' jadi tempat tidur... sekarang pula jadi jamban! Alahai.... Hahaha

70% Merapu / 30% Manfaat!


Flashback 20 Oktober 2004. *mode kaler tv hitam putih*

Tanggal tarikh itu aku war2kan pada kawan2 aku url blog aku. Kembang idung weih! Maklumlah back in the 2004, blog-blog nie kira baru lg. X ramai yang tau apa itu blog. Aku pun mula2 x tau tp bila dah terjebak dgn kawan2 yang berblog, aku rasa mcm interesting juga. So akupun pun berbloglah.

Pulunlah taip entri blog. Tiap2 hari blog. Makan blog, minum blog, tidur blog... Seronok! Tapi masa tu syok sorang2 jee. Sendiri taip sendiri baca, sendiri sengih2... ;p

Masa tu aku dah tetapkan sasaran aku, bila target aku tercapai baru aku boleh bgtau apa url blog aku (sbb masa tu dah ada kawan2 aku yg tau aku tulis blog tp x tau urlnya...). Maka saat itu tiba juga dan secara rasminya aku war2kan pada kawan2 url blog aku dan juga aku mendaftarkan diri aku di forum Geng Jurnal dengan no pendaftaran 1503. Chewah!! Hahaha... Geng Jurnal (GJ) feymes masa tu dalam dunia blog tanahair weih!!

Dan tarikh azimat itu adalah 20 April 2004.
Gathering Geng Jurnal yang pertama aku join 2004
* fast forward *

Dan... blog itu akhirnya terkubur jua pada tahun 2007-2008. Tahun 2009 try untuk berblog semula, tapi tersungkur kembali sehingga 2012. Taip 4 5 entri.. Masih lagi mood suam2 kuku... Dan... kembali terkubur. Kihkihkih...

Tup2 tahun 2013 dapat semangat baru. Makbear nak join aku berblog. Aku yang ala2 mcm yakin x minat nak berblog lg tetiba mcm terbersemangat balik plak nak berblog. Rupanya banyak dah yang baru di blogspot nie (blog aku guna blogspot). Sementelahan sekarang nie banyak masa sikit, so rajin laa nak tune sana, tune sini kat blogspot dan taip entri. Macam berlumba2 plak dengan Makbear post entri. Eloklah Makbear pun rajin bercerita, biar dia cerita kat blog lg baik.

"Biar kita cerita semua peristiwa2 penting hidup kita dlm blog, nanti bila kita dah tua, anak2 dah besar, kita boleh tersenyum bila baca balik blog entri kita sendiri", ujar Makbear.

Memangpun, aku bila baca balik entri2 aku maca zaman dedolu, entah laa mcm malu je rasanya. Rasa mcm nak hide kan post2 tue! Ntah hapa2!! Kekekeke... Mahapkanlah yerk atas ketidakmatangan aku pada masa tu! ;p

So guys.... Its 13 Jan 2013 (130113), n I'm officially announce that we're back in business. Hahaha mcm overlah plak. Soookatilah (sukahatiakulah) kannn...!!? Anw matlamat aku berblog skrang x sama mcm dulu2, dulu mmg rasa gila nak feymes jee pon!! (wah sungguh berterus terang! tp x feymes plak) Hahaha.. Kami mmg suka-suki jee nak berblog, no hidden agenda. Basicly we will share everything yang boleh di share n just enjoy the story by ourselves.

Anw blog kami ni 18PL rated. Content blog kami bila dinisbahkan adalah seperti berikut: 70% merapu / 30% manfaat. Hahaha!!

www.mybearstory.com

12 January 2013

Colour Blocking!

*Alaa aku dah buat entri tajuk nie, rupanya Makbear pun buat juga. Since dah siap nie, upload je lah.. Huhuhu...

Anak-anak kami dah 15 minit restless... Semua dah siap berpakaian hensem2 nak keluar, umi dgn dedinya yang x siap2 lagi. Aku baru nak salin baju yang ok sikit n merapikan rambut. Eh lupa aku dah xde rambut nak dirapikan! Hahaha... Makbear pun sama baru nak memilih baju yang sesuai dan bermekap ala kadar (ala kadarlah sangat!! sori bosh!! Hahaha...).

Masa tengah terkocoh2 bersiap tue Makbear bertanya,
"Bang, matching x kalau tudung nie pakai dgn baju ni?", Makbear minta pandangan konsultan fesyen dia yang x bertauliah nie.
"Abg rasa mcm x matching sangat...", ntahla pada pandangan mata aku nie, tudung warna merah ber'awn'ing kaler biru dgn ropol2 biru 3 tona tu x masuk dgn dress labuh merah bata tue.
"Rasanya ok kot... inilah orang sekarang kata colour blocking!", kadang2 Makbear x setuju juga dgn pandangan konsultan imej old fashion dia nie! Hahaha...

Tiba2 istilah 'colour blocking' tu mcm jadi trending plak pada aku. Ada satu ingatan yang 'pop-up' dlm fikiran aku. Haah colour blocking tue mmg tgh hype skrang nie. Bila pandang2 balik rupanya cun jugak pakai baju n tudung kaler2 bombastik mcm nie. Nampak sangat aku nie buta fesyen, x up to date kata orang. Hehehe

Ehh, jeles lah plak tgk Makbear pakai baju ala2 kaler blocking (katanya..). Aku belek susuk gendut di cermin. Pakai baju kaler biru laut terang, line2 putih. Seluar warna coklat2 grey patern kotak2...

Aku senyum... ;)

"Umi, tengok... dedi pun kaler blocking jugak", kembang idung, senyum2 buat muka kiut tahap kungfu panda... Umi terdiam sekejap tengok aku...
"Nie bukan colour blocking, nie 'GOBLOK'ing!!!", hahahaha...
Tau x goblok tue apa? sila Google tp translate bahasa jawa!
Cisss... ciss... itu suatu pengutukan yang perlu diberi pengajaran! Aku rasa mcm nak cekik2 jee Makbear, aku geletek dia! Hahaha...
Eh ehh.. sama laa warna biru kita!

Colour Blocking vs Go'blok'ing


Arakian dikisahkan di kala kami sekeluarga sibuk2 meng'cun' dan meng'hensem'kan diri memasing ketika nk keluar bawa anak2 ke playground.

Aku: Bang, matching tak tudung ni dengan baju ni?

Pakbear: Macam tak matching je...

Aku: Rasanya matching....ni lah orang panggil 'Colour blocking'...kaler yg kontra dipadankan...hehehe

Pakbear setuju akhirnya yg kaler baju dn tudung yg aku pakai bersesuaian...tak lama kemudian pakbear datang balik kat aku selepas dia siap pakai baju yg hensem pd pandangan matanya...;p

Pakbear: Umi, abg pun colour blocking jugak....hahahaha....

Aku: Yg ni bukan colour blocking...ni go'blok'ing....(*memang padanan baju kaler biru cair belang2 dn seluar coklat kotak2 yg pakbear pakai tu aku rasa a bit bizarre)....hehehe...*hampir2 aku dicekik oleh pakbear..ekkkkk!!!!!*

Untuk yg tak paham...GOBLOK itu adalah bahasa jawa utk BODOH...hihihi

Masa dalam keta baru aku dan pakbear sedar yang sebenarnya kaler tudung aku actually lebih matching dgn baju pakbear...hahaha