Powered By Blogger

Happy Birthday Umi!

Upacara bergambar dengan cupcake sempena birthday makbear pada 4 Jan 2013

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Percutian yang tak dirancang di Colmar Tropicale, pada 16-18 Nov 2012

Disneyland Hong Kong

We made it!! Hong Kong Disneyland 17-22 Nov 2011

Hari Raya Aidilfitri 2012

Huda asyik melalak je, so amik gambar pun lebih kurang je! Hehehe

Selamat Hari Lahir Waseem 2012

Sambutan birthday Waseem di Taska Permata. Cake Barney yang begitu menarik perhatian!

14 December 2004

Recharge..

Blurr....Blurrr...
Takde mood nak keje.. need some recharge!

Meh sini aku citer kat korang apa yang aku jumpa masa aku balik kampung kelmarin. Masa tue aku tengah drive nak balik kampung, ada kenduri. Nak dijadikan cerita, masa aku sampai kat satu area tue (kalau aku sebut.. takut korang tak tau plak..) ada laa sebuah keta kancil nie macam bagus bawak 40km/j padahal jalan punya laa luas, punya laa lurus!

Aku pun hairan laa gak apsal plak slow giler keta nih?! Nak kata kereta lama/buruk/semput, aku tengok plat baru lagi. Rupa2nya kat dalam kereta tue ada pasangan kekasih (aku tak pedulik laa diorang dah kawin ke blum..) tengah asyik bercengkerama! Yang si pompuan bukan main asyik melentok2 kat bahu lelaki, tangan kiri lelaki plak bukan main asyik lagi membelai2 sampai mencium2 pompuan tue!

Ewwww.. gross lah!! Dude.. tengok laa masa tue terang ke gelap ke? Aku kesah apa ko nak buat apa pun.. tapi tengoklah sekeliling sikit beb. Kalau cermin tinted takpe gak. Nie dahlah tak tinted, terang benderang pukul 12 tue dia dok buat projek plak. Tengah drive plak tue! Don't 'drink' and drive laaa... Bahaya tau tak? Aku cam jee no plat keta tue.. bila ada peluang, aku drop gear 3 and terus over-take kereta tue. Tak larat laa aku tengok drama tue.

Ishh.. terasa nak bagitau korang laa no plat dia hehehe.. kot2lah korang (especiallay kalau orang Melaka, or ntah2 ahli keluarga korang sendiri ke?) pernah tengok kan.. Erm takpelah.. taknak bagitaulah..... MBA4480! Hahahaha.. kenal2?

.:Nota Tangan:. - Kalau eksiden, kojol.. sesia jerk!

13 December 2004

Suratan Atau Kebetulan?

Entry aku kali nie khusus untuk orang yang sedang bercinta ataupun ada pengalaman bercinta. Hehehe...

“Awak letih, malam nie nak borak tak?”
Aku send sms kat Najah.
*Sesaat kemudian. Toot..tooot.. ~ Message Received
“Abah kata nikah buat Jumaat malam Sabtu.”

Erk... aku terkonpius sekejap. Apsal reply dia tak menjawab langsung soalan aku? Hurmmm....

*Toot..tooot... ~ Message Received
“Kita hantar sms serentak lagi kan?”
“Ha’ah.. once again! Magic kan, camner bleh jadi camtue ek?!”
Aku reply...

Insiden yang baru berlaku 10 minit tadi adalah satu senario yang dan berpuluh2 kali berlaku dalam sejarah aku bersama Najah. Korang pernah tak mengalami insiden macam tue? Kalau korang ada, sharelah ngan aku. Sebab apa aku rasa macam magic sangat camner insiden macam ter’send’ sms or even ter’call’ makwe/kawan kita secara serentak nie boleh berlaku. Yelah.. kalau sekali takpelah, nie banyak kali. Lately nie aku rasa lagi kerap. Nak kata masa kami bersms tue sama dan konsisten jerk everytime tak jugak. Kadang2 berlaku awal pagi, tengahari, petang, malam dan kadang2 tengah malam. Dalam 86,400 saat sehari, kenapa saat yang satu tue boleh sama serentak send sms?

Aku ingat lagi pada satu insiden yang mana masa tue aku angkat gagang telefon sebab nak call Najah. But then lepas aku mendail tue aku dengar bunyi toot.. toot.. toot.. kat hujung talian. Seolah bunyi orang mendail. Pastue aku dengar senyap jerk. Tapi aku sure orang yang di hujung talian lagi satu tue tak hang-up lagi. So aku cakaplah..
“Hello?!”
“Hello ya?!”
Aik.. Najah rupanya yang mendail tue! Dia nak call rumah aku. Kitorang sesama tergelak besar. Rupanya kami mengangkat gagang telefon hampir serentak! Cuma bezanya dia dail lewat sikit dari aku. Kebetulan just before the phone ringing dia angkat.. Sebab tuelah aku boleh dengar bunyi dia mendail nombor rumah aku! Hehehe.. lawak kan?

Ada tue pulak.. bila aku call rumah dia engaged.. pastue aku dapat sms daripada Najah, dia tanya kenapa dia call rumah aku engaged? Erkk.. apa aku nak jawab.. memanglah engaged, sebab masa dia call aku tue, aku tengah dail nombor rumah dia! Suratan atau kebetulan?

.:Nota Tangan:. – Teringat masa zaman bergayut kat public phone zaman dedulu. Kalau masa tue dah ada h-set kan senang...

12 December 2004

I'm A Purple Koala?!


Huhuhu.. Lalala...

*9.05am @ Sunday
"Huwarghhhh...!!"
*Awake..

It's kinda really sooo damn boring, lazy and dizzy Sunday morning until finallyI found out that I am also a 'cute' purple koala deep inside instead of normal person as u and me can see physically!! Hahaha.. it's very funny!

Erk.. gtg! catch u later!!
11.44am
------------------------------------------------------------------------------------------------

*Continue..

Actually found this funny webpage from Madu Lebah. She is an orange monkey!! Because of curiosity, i did try and end up found myself as a purple koala! (Takde warna lain ke? bagi ler grey koala ke, brown koala ke, black koala ke.. nampak ler 'bengis' sikit. Nie purple koala.. tak maskulin langsung!!).

The 'kerektor' of 'purple koala' person:-
# Purple Koala seems quiet from the outside, you like to look after junior fellows, and is a very popular person (popular ke aku nie?).
# However, unlike your external outlook, you have a fire burning inside, and are a person of great fight. Once you come across obstacles, you tackle it fiercely.
# You are effectively well balanced with being "active" internally, and "calm" externally.
# You are extremely clever, and have sharp sensitivity.
# You are good at analyzing the future.
# You can act smoothly, and can handle affaires easily.
# Nevertheless, if you act too fast, unnecessary clash and loss may occur, and you may end up handling those.Set backs and failures may be caused by your external and internal conflict.
# You can overcome these conflicts by cherishing friends who would give you advice.
# You don't like to change your mind.
# When you become obstinate, you should step back and try to get help from the others. By doing so, you can increase your good fortune.
# The secret of success lies in how you can build up good relationship with other people.
*The one with bold words is soo damn me!!

.:Nota Tangan:. -Pelik macam mana diorang boleh ramalkan benda2 camnie.

10 December 2004

2 Cerita Dalam 1

*23 jam lalu..
“Pendi, ko kata aritue ko cari cd Entiti kan?”
“Ha’ah, naper?”
Oja call aku malam semalam.
“Takdelah Oja kat uptown nie, kat sini ada orang2 Entiti tue yang jual. Ko nak tak?”
“Ok gak, brape?”
“RM19.00”
“Uih.. mahalnyer!! Ori ke tue?”
“Yelaa.. bebudak diorang yang jual laa… Dia beli dapat buku ngan cd sekali”
“Oklah.. ko belilah. Ko balik besok kan?”
“Ha’ah.. ok kem salam kat mak ngan abah.”
*toot.. ~hang-up..

Aku tak taulah korang tau tak pasal citer group Entiti nie. Aku pun takdelah tau sangat. Tapi ada la baca sikit2 kat dalam majalah Mastika sebab si Mas (adik bongsu aku) suka beli majalah nie tetiap bulan sebagai sumber bacaan alternative dia. Aku tumpang sekaki jerk. Aku rasa majalah camnie ok gak. Yelaa… daripada baca Manggga ngan URTV, baik baca Mastika. At least ada gak laa ruangan pengajarannya yang boleh menimbulkan keinsafan. Bab mengarut pun banyak gak.. so terpulang laa pada minat masing2.

Berbalik pada citer Entiti aku tadi. Group Entiti nie adalah satu group yang suka mengkaji kewujudan para-normal dengan pendekatan lojik dan kecanggihan teknologi (takdelah canggih sangat pun sebenarnya..). Ada ala2 macam citer ‘The Scariest Places on Earth’ laa yang kat AXN dedulu. Yang merakamkan fenomena para-normal nie dengan menggunakan video, pembaca suhu, pengimbas haba dan banyak lagi gadget2 canggih. Bezanya group Entiti nie menggunakan handycam, mikrofon dan ada laa beberapa gadget lain yang tak seberapa. Antara ahli group tue ada Lando Zawawi (dia nie pelakon salah satu telemovienya adalah Seriau), Aswad, Che En dan Abdullah Alattas ataupun dipanggil Uncle dalam group nie. Abdullah Alattas kalau ada sesapa perasan dia seorang penulis dan pengkaji para-normal persendirian dan ada juga menerbitkan cerita dan hasil kajian beliau untuk dijual kepada umum.

Erm.. nak tengok cd nya malam nie tak sempat lagi sebab tengah syok tengok (tengah tengok laa nie) match Malaysia vs Filipina dalam Tiger Cup. Peluang banyak tapi ending macam hampeh. Penalti pun tak masuk. Tak taulah apa aku nak cakap. Sebab apa kalau aku main pun sure tak bleh score gak. Hahaha… Bila tengok try2 Malaysia, aku rasa kalau ada Akmal Rizal mesti lebih daripada satu score Malaysia skrang nie sebab Akmal memang suka bola speeding depan ataupun dari sisi pintu gol sebab speeding tue memang kelebihan dia. Masalahnya tuelah asyik injured jerlah plak. Jarang sangat aku tengok dia beraksi. Penat hantar belajar jejauh. Ibaratnya macam nielah, beli kuda lumba harga 2 juta tapi tak bleh lari .. sebab tempang. Huhuhu…

.:Nota Tangan:. – Taklah minat sangat kat Entiti, saja2 nak tengok sebab lain daripada yang lain. For sure mesti lagi menarik dari ‘I Know What U Did Last Raya’!

09 December 2004

Blurr...

Errkk... rasa macam ada pasir lak kat dalam anak tekak aku nih. Dari sepagi tadi sampai skarang nie makin teruk lak keadaannya. Rasa pedih, rasa panas dan berkahak. Akupun tak tau dari mana aku dapat virus nie. Nak kata sejak hari keluarga aritue dan lepas 2 3 hari dah berlalu. Nak kata kena hujan takdelah pulak aku berhujan sehari dua nie. Konpius aku.. Tak taulah kot kalau2 sebab cuaca sejuk melampau kebelakangan nie yang menyebabkan aku camnie. Mata pun pedih semacam badan rasa tak sedap. Adakah aku nak demam? Ish.. tak suka demam. Menderita aku dibuatnya nanti. Tadi lepas makan aku dan telan 2 bijik panadol ngan ubat pencair kahak. Hopefully besok boleh hilang virus nie. Kat pejabat tue ada banyak lagi keje yang aku nak buat..

By the way, pagi tadi ada mesyuarat pagi. Mesyuarat nie lebih kurang macam mesyuarat pengurusan laa. Cuma bezanya mesyuarat pengurusan dulu diadakan sebulan sekali. Mesyuarat pagi nie sekaligus menggantikan mesyuarat pengurusan dan dibuat tetiap minggu setiap hari Khamis. Tujuan mesyuarat nie diadakan secara mingguan sebab nak buat pemantauan kerja tue secara mingguan laa.. Maklum laa.. bila dah ada pemantauan berterusan macam nie keje pun lajulah sikit ye tak? Tetiap minggu bos ketuk..

Pegawai2 kat pejabat aku memang benci betul ngan mesyuarat pagi nie. Bukannya apa, kadang2 mesyuarat nie jadi medan menghentam satu sama lain. Tapi baiklah jugak. Sekurang2nya lepas dah menghentam tue jumpa laa solution camner nak setelkan workload. Kalau tak pending jerk, sampai biler tak siap. Nasib baik takde point untuk aku dalam minit mesyuarat tue. Kalau tak berpeluh gak aku nak sediakan jawapan maklum balas.

Huwargh.. tak taulah apa nak citer. Blurr... Badan rasa letih. Aku memang rasa kreativiti dan produktiviti kerja aku memang menurun sejak akhir2 nie. Tapi aku anggap perkara tue normal sebab letih open house, orang kahwin, kenduri dan hari keluarga memang tak hilang lagi. InsyaAllah.. nanti oklah tue. Amin..

.:Nota Tangan:. – Tengah carik idea entry baru..

08 December 2004

Family Day

“Hari nie berapa haribulan ek?”
Sambil menelek kalendar kat dinding rumah aku.
“Erm.. 8 haribulan Disember.. sempat lagi kot..”
Getus hati aku..
Bukan apa.. saja nak semak samada aku sempat lagi tak nak post sikit citer pasal family day pejabat aku kat Pedas Wetland, Isnin aritue (6 Disember laa tue). Takut nanti orang kata citer dah basi lak kan. Tapi memandangkan kat pejabat aku masih lagi hangat memperkatakan tentang family day nie, aku pun nak citer laa sikit.

Permulaan pagi untuk semasa nak bertolak ke Pedas memanglah amat tak menyeronokkan dan menekan jiwa. Aku tensen jerk.. sebab apa tak ramai yang naik bas. Ramai yang naik kenderaan sendiri. Padahal yang konpem nak naik bas punyalah ramai. Urusetia dah sediakan 2 bijik bas besar siap ngan air-cond. Tapi yang naik bas adalah dalam 20 ketul. Bagi 2 buah adalah dalam 10 orang dalam satu bas. Mau aku tak tensen?! Tak rasa langsung kemeriahan berhari keluarga walaupun pada dasarnya aku memang sebatang kara jee pun sepanjang kat Pedas tue. Yang bujang dalam bas yang aku naik tue ada laa dalam 3 ketul. Sham Janggut memang dan tentu tak bleh masuk ngan aku (dia ada dunia dia sendiri.. lantak dia laa..), lagi sorang si Pijan. Aku pandang dia, dia pandang aku last-last dua-dua bantai tidur. Aku sedar2 jerk dah nak sampai Pedas dah. Memandangkan aku telah melantik diri aku sendiri sebagai cameraman tak rasmi masa tue, terpaksa laa aku menghilangkan pisat2 mata aku sepantas mungkin dan bersedia untuk merakam detik2 ketibaan kitorang ke Pedas Wetland tue.

Sampai2 jerk, sukut sakat lain yang berkonvoi sendiri dah pakat2 makan dulu. Aku yang takde member sejak dari Melaka nie pon terpinga2 sekejap (macam rusa masuk kampung) nak carik kroni biasa. Last2 jumpa port baik kat Kak Lyz.
“Hentam jee laa… takkan aku nak berdiri tercengang kat tengah dunia nie”
“Kak Lyz, join bleh.. wahwah.. makan tak tunggu ehh?!”
“Ehh.. sila2 jangan tak join..”
Balas Kak Lyz.
Bab makan tak tahan, ala2 hotel gitu! Siap ngan roti 2 keping, hot-dog ngan kacang panggang. Tapi… (ada tapi tue.. hampeh! Satu round jerk). Bagi orang macam yang memang dok kebulur dari rumah nie memang lerr bertambah tekanan jiwa tue.
“Tak kisahlah… lepas nak bersukaneka ngan mandi lagi”
Aku memujuk hati.. huhuhu…

Masa part sukaneka banyaknya acara budak2, aku malaslah nak cerita. Ada laa main isi air dalam botol laa, baling bola masuk dalm bakul laa. Ntah apa lagi.. malas aku nak recall. Yang dewasanya ada main bowling kampung. Alaa.. yang main tin kosong pakai buah kelapa komeng tue. Part nih best sikit.. punya laa ramai nak main, sampai kena beratur. Macam nak beratur masa nak mengundi lak gamaknya. Yang pompuan lagi banyak tak kena daripada kena, yang lelaki… not bad! Ramai gak yang berjaya mendapatkan strike dan spare tapi tak macam aku laa.. aku sipi2… kena tapi tak kena. Erkk….. Tapi aku tak kisah, sebab ramai otai2 bowling yang selamba bowl kat MP pun turut kecundang. Maybe rerumput kat Pedas nie tak selicin macam kat lane bowling tue kot. Hahaha..

Lepas acara padang, kita terjun lak ke dalam kolam.. best beb!! Dah lama giler tak berenang, sekali-sekala layan jadik badak air pun best gak. Masa kat kolam tue ada acara lari atas pelampung, kutip guli dalam air, lumba pelampung laju dan acara kemuncaknya adalah tarik tali dalam air. Part nie aku teror.. team aku menang woo… dapat hamper banyak wooo!! Sebelum tue lupa aku nak bagitau.. acara2 nie diselang-selikan dengan cabutan no bertuah. Antara yang bertuahnya.. akulah! Dapat hamper lagi… Acara rasmi abis dalam kul 2.00pm. Pastue ada yang terus balik, ada yang stay sampai kul 5. Maklumlah, bukan selalu. Aku dah serik naik bas, pakat2 balik dulu tumpang keta member. Lagipun kalau aku stay berkubang, masa tue best laa.. masa nak balik nanti… Hambek ko!! Padan muka aku nanti..

Tuelah.. sikit cerita.. tak banyak yang menarik. Saja nak cerita kat korang. Gambar pun tak banyak ambik sebab aku sebok ngan shooting video aku (tue pun ntah biler dapat edit!). Tapi tetap cerita yang top di tangga teratas adalah cerita…
#1- Anak Abang Joe yang kecik terberak dalam kolam.
#2- Anak Abang Joe yang nombor 2 kencing berdiri tepi kolam.
#3- Ada laa.. 2 3 orang dewasa tue pun bantai kecing dalam kolam. Hehehe… (apa laa.. macam bebudak!). Antaranya ‘tooot’, tooooooot’ ngan ‘tooooooooot’.. Teka2.. :0


.:Nota Tangan:. – Ada sesapa yang berminat nak mandi kat waterworld ke memana yang setaraf dengannya lepas nie?

07 December 2004

Selamat Pengantin Baru!


Pasangan Nor dan Faizul- 4 Disember 2004


Pasangan Erne dan Izam- 5 Disember 2004

Arakian.. tanggal 5 Disember yang lepas maka gugurlah 2 lagi keahlian Kelab Teruna dan Dara PERZIM dengan termeterinya ikatan janji sehidup semati 2 orang sahabat baik aku iaitu Nor dan Erne. Alhamdulillah.. berkesempatan jugaklah aku pergi 2² rumah nie. Huhuhu.. makin kuranglah teman² aku kat opis nih yang masih lagi gigih mempertahan status single masing². Tue pun tahun depan nie tumbanglah lagi 2 3 ketul (hehehe.. termasuklah aku!).

Sekali lagi aku ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada Nor dan Erne bersama pasangan masing² semoga korang berbahagia ke akhir hayat. Amin...

.:Nota Tangan:. - Jangan tenung amoi yang pakai skirt hijau (gambar bawah: berdiri kanan sekali) tue. Boleh tembel woo...

04 December 2004

Hobi baru


SONY DCR-HC30E

Recently aku asyik sangat surf website² amature or perhaps semi-amature home video maker especially yang local nyer produksi laa... My first intention is to explore sikit² laa pasal camner nak buat in-house video making considering skrang nia aku dah ada hobi baru. Aku memang tengah giler membuat home video nih. In fact, aku ngan Najah pun dah kongsi beli handy-cam brand Sony DCR-HC30E masa hari raya aritue. Hard disk komputer kat rumah aku pun dah penuh dengan beberapa footage yang aku shoot tapi belum sempat diedit. Bukannya apa, aku dahulukan pada mana yang memberikan ‘keuntungan’ dulu. Yang sendiri² punyer kemudian boleh cerita... So far aku dah buat hampir 6 footage yang merangkumi pelbagai pola cerita. Teringin nak share ngan korang tapi tak tau nak upload dengan cara yang paling effisyen.

By the way, bukan tue aku nak cerita.. I did download a few short movie from TERATO and there’s one clip video yang betul² menarik perhatian aku. Lain daripada lain. Very straight forward and pretty nasty. For certain people, it’s most probaly quite annoying. Kiranya macam 18PL jugak laa.. Korang boleh DOWNLOAD CLIP (right click--> save target as) tue ataupun korang boleh pergi ke website TERATO untuk download dan beberapa lagi clips video lain yang best² macam Aku Cinta Aku Rindu dan Ikhtiar. Satu lagi website yang best tapi dah lama tak update ialah LAMANESTETIKA. Surf laa.. banyak korang boleh belajar dari sini. Ada duit boleh beli handy-cam macam kitorang yeee.... ;)

.:Nota Tangan:. – Tujuan surf laman web nie sebab nak belajar teknik² videografi yang baik...

Soalnya Hati

Kalau tak silap aku, sekarang dah nak masuk hari² 10 Syawal yang terakhir. Jemputan ke rumah open house tak susut² bahkan makin bertambah sehari ke sehari. Alhamdulillah.. tuelah rezeki namanya. Aku kalau orang mengajak, InsyaAllah sampai kalau takde aral melintang. Walapun rumah aku nie agak jauh sikit dari orang lain. Aku tak kisah, asalkan kemesraan dan silaturrahim ini terpelihara dan bertambah erat. Yelah masa² macam nie lah kita nak kenal keluarga, laki bini dan anak² diorang. Nak tengok rumah diorang cantik ke tak? Masa nielah nak ronda dari depan sampai ke dapur! Hehehe.. Kalau nak tunggu hari lain, alamat orang panggil ko buang tebiat.

Macam² menu dan resepi yang aku dah dan akan rasa. Ada masak mee bandung, mee hailam, mee rebus, lontong, nasi ayam, mihun goreng, nasik paprik, nasik lemak, satay dan macam² lagilah di samping makanan² yang konpem interframe macam lemang dan nasik himpit. Tapi nasib baiklah nafsu makan aku tahun nie terkawal lah plak. Tak rasa nak makan banyak... Kalau datang rumah orang makan ala² jamah jerk. Tak taulah aku kenapa, mungkin sebab teringat yang lepas nie nak gie rumah orang lain plak. Alaa.. makan tue kannya penting sangat, yang penting mengutuk dan mengumpat terang²an masa makan tue yang buat makanan tue bertambah lazat. Hehehe.. sorie eh, aku tak mengumpat belakang, nie mengutuk dan mengumpat sesama ahli rombongan jerk. Nak buat modal ‘pecah perut’...

Malam tadi jerk aku pergi 2 buah rumah yang buat open house. Sumer makan heavy² nyer.. Tue pun nyaris² jadi 3 rumah, tapi aku terpaksa tolak dan adjust ke hari lain. Aku sempat pergi rumah Kak Aryati ngan Kak Ernie jerk, kesian Kak Salmah.. tak sempat aku nak singgah rumah dia. Dah malam sangat. Takut aku ter’bermalam’ lak kat rumah dia sebab kekenyangan dan tak bleh drive balik. Disebabkan rumah Kak Aryati ngan Kak Ernie tue agak jauh sikit dari rumah aku (kira² sejam gak perjalanan..), so aku bawak kereta. Kalau dekat² tue aku bantaikan motor jerk! Malam tadi, agak² kul 11 baru aku bergerak dari rumah Kak Erne. Dalam perjalanan balik tue aku ter’muhasabah diri plak..

Dalam kehidupan nie, kita selalu berhadapan dengan persimpangan. Ada simpang dua, ada simpang tiga ada simpang empat. Yang roundbout pun ada... Kita berada di persimpangan untuk terpaksa membuat keputusan. Untuk bersetuju ataupun tak bersetuju, untuk menerima ataupun menolak, untuk mematuhi ataupun mengabaikan. Kadang kala kita terpaksa memilih satu antara dua ataupun dua antara tiga. Dan ada pula yang tak memilih antaranya tetapi memilih jalan tengah. Mana yang mampu... Dan selalunya apabila dalam membuat keputusan tue kita akan menyediakan rasional ataupun alasan dalam setiap keputusan yang kita buat. Main nekad kita dengan persimpangan yang kita pilih, makin besarlah alasan ataupun rasional kita tue.

Tapi selalu yang kita alpa adalah kadang kala alasan yang kita beri tue tak masuk akal seperti lupa, hari hujan, tak sihat dan penat. Aku tak kata alasan tak sihat dan penat tue bukan satu alasan yang tak masuk akal, tapi bergantung pada keputusan yang kita hendak buat. Kadang² alasan tue pun berguna jugak. Aku tak merujuk pada sesiapa tapi pada diri aku sendiri jerk. Yelaa.. kadang² mak aku ajak gi beraya rumah makcik dan pakcik aku, macam² alasan aku bagi (antaranya penatlah..). Hehehe.. tapi biler tiba part kawan² sendiri yang buat kenduri atau open house, cepat jee aku setuju. Jauh ke, dekat ke.. malam ke, siang ke.. Aku redah jeerk! Jangan ranjau aku, sebab korang pun pernah begitu dan aku pun tak suka nak ranjau korang sebab sifat manusia memang macam tue, lemah. Kita tak terdaya nak buat semua, so kita akan buat benda yang paling senang dan yang kita paling suka.

Dalam banyak perkara yang kita buat, soalnya hati. Tak kisahlah apa orang lain nak tuduh dan kata. Yang penting tepuk dada tanya selera. Itulah yang aku ajar diri aku selama nie. Aku cuba untuk mengelak dari memberi alasan, kerana aku rasa memberi alasan tue dah makin tak praktikal sekarang nie. Ianya antara kita menipu mencipta alasan, ataupun kalau betul pun alasan kita tue orang takkan percaya. So apa gunanya beralasan? Kalau aku rasa nak buat, aku buat.. kalau taknak, tak payah buat. Beri alasan pada diri sendiri sudah memadai.. tapi jangan tersilap percaturan, kalau tak alasan² tue akan menjadi ‘dinding’ dalam diri selama²nya yang akan memakan diri...

.:Nota Tangan:.Aku tak ajar korang jadi ‘selfish’ tapi buat apa yang terbaik untuk diri...

29 November 2004

Orde Aku Sendiri


Orde Aku Sendiri... Designed @10.05pm 29 Nov 2004

Blog’a’holic

Semalam aku ke KL (area Subang to be exact..), bawak mak bapak aku plus barang² Oja berpindah ke rumah yang diorang baru beli masa lepas kawin aritue. Macam biasalah, bila tiba part² logistik nie memang keje akulah jadi pemandu rasmi diorang. Bertolak dari Melaka dalam kul 10 lebih dan sampai lebih kurang pukul 1. Lambat sikit sebab hujan lebat sepanjang jalan so aku bawak slow jerk pastu singgah makan jap kat KESAS Highway. Malam tadi kitorang tidur sana dan awal pagi dalam kul 9 kitorang dah bergerak balik ke Melaka sebab aku ada exam petang tadi.

Aku tak sabar sangat nak balik rumah. Aku rasa rindu sangat kat pc kat rumah nih! Perjalanan pulang ke Melaka rasa lambat sangat. Memang lambat pun sebab aku tak bleh speeding. Speed trap banyak giler. Aku kira² dari KESAS Highway sampai ke Melaka tadi ada laa dalam 4 orang ‘sniper’ berbaju putih purak² mencangkung di tengah highway tue (cheh.. macamlah aku tak tau..) saje² teropong laa konon.. Dah laa tak bleh bawak laju, kena bawak around 90km/h jerk sebab aku bawak van walupun signboard kata 110km/h, aku tetap kena bawak 90km/h. Hampeh betul.. Padahal kalau ikut speedometer van bapak aku tue, 140-160km/h tue selamba jerk!

Makin dekat nak sampai Melaka, makin aku tak tentu arah. Dalam kepala otak aku nie ligat menayangkan semula saat² indah aku ‘bercengkerama’ dengan pc aku nih. Setiap saat dan ketika, dari terbit sang matahari sampai munculnya sang bulan (kecuali masa aku keje laa..) aku begitu asyik ngan pc aku. Aku teringat saat² aku mengelus² lembut tetikusnya dan saat jejariku memicit² papan kekunci sambil mata bertentang mata dalam keadaan muka aku dan monitor jadi begitu hampir. Yang kedengaran hanyalah nafas aku berdegup kencang yang akhirnya menjadi satu... Hehehe.. apa aku merepek nie!

Tapi betul beb.. tak tipu! Dalam banyak ketika, saat itulah yang paling menguji jiwa aku. Aku rindu sangat kat pc aku. Aku rindu nak berblog! Walupun tak sampai 36 jam pun aku berjauhan, aku dah terasa seperti kehilangannya. Rasa macam ada yang kurang. Gegendang telinga aku terngiang² suara serak² basah Otis Redding mendendangkan lagu ‘Sitting on the Dock of the Bay’ (lagu tema weblog aku..). Aku tertunggu² mesej ataupun comment daripada teman² blog aku (walaupun sebenarnya si Masy jerk yang agak² ada singgah kat weblog aku dalam tempoh 36 hours nih). Aku tak sabar nak stalk on my other blog-pal’s weblog.. nak tau citer ataupun kot² ada new entry. Nak tengok respond daripada mesej² dan comment yang aku post kat weblog diorang sebelum² nie.

Aku balik² jerk tadi terus bukak pc.. online. Tak sempat buat apa. Aku masuk rumah, on switch pc duduk dan mengadap pc aku sambil menghela nafas panjang dan dalam. Melepaskan rindu pada pc aku. Hahaha.. dah tahap gila meroyan aku nih. Macam gila talak lak rasanya. Tak kisahlah korang kata aku gila ke hapa.. Aku tau sindrom nie mesti sumer ‘hustler²’ blog tahap dewa kat dunia nie pernah alami. Tak caya tanya laa diorang. Betul.. aku tak tipu!

.:Nota Tangan:. – Kalau Najah tau, mesti dia merajuk ngan aku... Kat diapun aku rindu gak... Rindu yang takkan terlerai sampai kami diisytiharkan sebagai suami isteri yang sah kelak. InsyaAllah...

26 November 2004

Aku


Aku... Designed @12.30pm 26 Nov 2004

Album Review #1


Exist~Paragon... Designed @1.00am 26 Nov 2004

Biasanya aku tak mengambil masa yang lama untuk menerima lagu-lagu Exists dalam album²nyer terdahulu. Tetapi tidak dengan ‘Paragon’. Tak tau di mana silapnya, mungkin kerana produk Exists kali ini kurang mengancam ataupun mungkin aku sendiri yang tak berkesempatan membenarkan diri aku untuk jatuh cinta dengannya disebabkan masih dalam mood raya. Seperti biasa, aku cuba bersikap adil. So, untuk review kali ini aku memang sengaja memasang Paragon setiap kali ada masa santai. Sudahnya aku sendiri membuat keputusan bahawa buah tangan Exists kali ini sama kali tidak mengecewakan terutamanya kepada semua ‘kipas susah mati’ Exists (termasuklah aku sebab aku memang tak pernah ketinggalan membeli CD² Exists terutamanya sejak album ADA).

Album Exists kali ini memang banyak kelainannya. Genre muzik yang diterapkan juga variety. Daripada slow rock, heavy rock, fast number dan juga jangan tak caya, kali nie Exists pun turut menyelitkan lagu yang ala² nasyid gitu, tapi more on moderate/alternative nasyid sikitlah. Aku pun tau camner nak gambarkan tapi macam lagu kumpulan Mirwana tue laa... Lirik patriotik pun ada terselit satu dalam album nie.

Apa lagi yang lain eks..? Haa.. dalam album nie Along pun turut sama menyumbangkan suaranya dalam 2 buah lagu iaitu Dengar Ella Menyanyi dan Pada 31 (nielah lagu yang aku cakap ada elemen patriotik sikit tue). Suara dia not bad, tapi as for me laa.. tak bleh celen lagi suara Ezad. Huhuhu... Tapi bukanlah aku nak menafikan Along (nanti marah lak Masy.. ), kalau takde Along nie tak ‘jadi’ lak album Exists nie. Yelaa.. Alonglah antara tulang belakang Exists selama nie, dialah yang paling banyak cipta lagu untuk Exists (guna nama pena G-Nola), dialah yang jadi back-up vocal (bukan back-up dancer!) untuk Ezad, dialah yang buat music programming and music arrangement serta teror main gitar, pinano (piano laa.. hehehe), keyboard dan lain²..

Antara lagu² yang aku telah ‘kenalpasti’ sendiri sebagai rancak (heavy rock) antaranya dah tentulah Penisilin (featuring Farihin Abd. Fatah nih!), Revelasikan dan Hidup. Lagu² jiwang melankolik yang memang dah jadi trademark Exists selama ini (Seperti Mengintai Dari Tirai kamar) juga tidak ketinggalan, antaranya Hilang Dalam Ramai, Dosa Pada Dinda, Dengan Atau Tanpamu dan Kau Jadikan Tandanya. Lagu Dengar Ella Menyanyi cukup menarik dengan lirik dan melodi yang catchy, mengingatkan aku pada lagu Hani Lempengnya Hangus dan Raksa Pancut Ke Siling (ada dalam album²nyer yang terdahulu). Yang lain², lagu fast beat dan banyak bunyi effect (machine music) seperti Bergelutan dan Revelasikan. Last but not least, lagu ala² nasyid tapi best yang macam aku cakap tadi iaitu Dirgahayu Kerlipan Bintang (also featuring Munif Hijjaz, padanlah pun..) tapi oklah tak macam lagu duet antara Awie dan Raihan tue (apa ntah tajuknya..) featuring Man Kidal. Macam hampeh... Lagu yang satu nie, kalau dengar tenang jerk. Suara Munif merdu ya amat, menusuk ke jantung. Hehehe...

Pilihan aku:
# 1- Penisilin
# 2- Dengar Ella Menyanyi
# 3- Hilang Dalam Ramai
# 4- Dosa Pada Dinda
# 5- Dirgahayu Kerlipan Bintang

Macam aku cakap tadi, aku kan adil dan saksama. So apa yang tak best? Ada gak yang tak best, Masy sure hate this part! (sorry Masy, I have to tell this.. hehehe). Yang tak bestnyer ada beberapa lagu yang mempunyai pengaruh Nirvana yang kuat sangat pada melodinya terutamanya lagu Pilihan. Betullah aku tak tipu, memang ada unsur Nirvana sikit. Satu lagi lagu Kau Jadikan Tandanya yang memang ada bunyi² macam lagu nasyid yang pernah aku nyanyi kat sekolah² dulu, tapi aku tak taulah apa nama lagu nasyid tue. Takdelah sama sangat, tapi ujong² tue ada bunyinya.. Yang lain semua ok! 4 bintang aku bagi untuk Paragon.
Rating aku-

.:Nota Tangan:. – Sapa nak tau.. Masy kan ‘kipas susah mati’ Exists tau.. Giler²nyer susah nak mati.. terutamanya pada Along. Muahahaha...

Alam Baru


Designed @2.10am 26 Nov 2004

Sekarang nie sudah hampir memasuki minggu ke-2 bulan Syawal. Sana-sini masih meriah lagi orang beraya mengunjungi sanak saudara dan sahabat handai. Tidak ketinggalan jemputan ke rumah terbuka juga turut menanti, menjanjikan sajian buat mengisi perut (mungkin untuk sepanjang hari..). Bahkan kelmarin baru aku bersama beberapa rakan sekerja termasuk Goon mengunjungi rumah terbuka 2 orang sahabat baik kami di pejabat.

Dalam pada kesibukan (tak menang tangan) memenuhi undangan rumah terbuka ini, jemputan ‘walimatul-urus’ juga turut sama menyusul. Kalau tak silap aku untuk bulan 12 nie ada 4 orang sahabat aku (2 orang sahabat seofis dan 2 orang sahabat masa sekolah menengah dulu) akan mengadakan ‘jamuan’ sempena memasuki alam baru. Yee.. alam untuk belajar lebih bertanggungjawab (kerna pada lewat saat dan ketika itu, harusnya lebih daripada satu perut yang hendak diisi).

Alam baru juga bermaksud termeterinya ikatan janji untuk sehidup semati dan bersusah di kala sempit serta bersenang di kala lapang. Banyak perkara baru kelak akan ditempuhi. Semoga perjalanan hari mendatang akan mematangkan kalian semua dan belajar untuk menjadi lebih ‘dewasa’. Bersedia untuk belajar sesuatu yang baru...

Selamat pengantin baru diucapkan kepada Erne dan Nor juga kepada sahabat lama (kawan sekolah) aku iaitu Azizal dan Qairil. Semoga berbahagia ke akhir hayat. InsyaAllah.. kalau takde aral melintang, hadirlah aku nanti ke hari bahagia korang.

.:Nota Tangan:. – Excited nak tunggu saat dan ketika sendiri... :)

Mosque = Masjid?

Most of the time, I hate to copy n paste any article from other website in my entry except on certain circumstancus. Because.. I know it's hurt seeing people copying our article without preferences or any credit to the writer. But not this time, I think it's really important and crucial to share it with u all. I extract this article from 'Canvas of Life'. Don't worry, I did informed her eventhough I quite sure she also copy it from somewhere else.. :)

Ini adalah informasi yang sangat amat penting. Muslim seharusnya tidak lagi menggunakan kata "Mosque". Suatu hari, saya membaca buku berjudul "THE COMPLETE IDIOT'S GUIDE TO UNDERSTANDING ISLAM" "PETUNJUK IDIOT YANG LENGKAP UNTUK MENGERTI ISLAM) dan buku itu berisi fakta-fakta yang lucu. Salah satunya adalah mengenai kata "Mosque." Banyak dari kita yang berfikir bahwa ini adalah terjemahan bahasa Inggris untuk Masjid. Saya yakin tak ada seorangpun dari kita yang mengetahui bagaimana kata ini ada dan kemudian mempunyai kemiripan suara dengan 'Masjid'. (Kita masih sangat muda ketika kita berfikir bahwa ini hanyalah sebuah kata dalam Bahasa Inggris. Saat itu kita belum berfikir kritis dan analitis, jadi tak ada keberanian untuk menanyakannya kepada guru, benar kan ?). Bagaimanapun, buku ini menunjukkan bahwa kata 'Mosque' diperoleh dari kata dalam bahasa Spanyol, yaitu "Mosquito" ("Nyamuk"). Dinamakan seperti itu karena saat Perang Salib terjadi, Raja Ferdinand berkata bahwa mereka akan berangkat dan membasmi Muslim "like mosquitoes"("seperti nyamuk-nyamuk"). (Dimana lagi mereka dapat temukan muslim dalam jumlah yang cukup besar untuk dibasmi jika bukan di Masjid?). Lalu tanpa rasa sungkan mereka menyebut "Masjid" sebagai "Mosque". Jadi saudara-saudara seiman, hindarilah penggunaan kata yang dengan jelas menunjukkan tamparan kemuakan ke wajah umat. Beritahukanlah saudara-saudara kita tentang sejarah dan etimologi (ilmu asal kata)tentang kata ini. Dan marilah kita ganti kata itu dengan kata yang memiliki makna yang seharusnya : Masjid! Tempat untuk Bersujud!! Bukan Mosque: tempat pembasmian! Jika ada diantara saudara-saudara yang masih ragu tentang hal ini, silakan mencari buku tersebut dan kemudian membacanya.

.:Nota Tangan:. -Tolong sebar²kan...

23 November 2004

New Theme Song

Guys.. this is my weblog new theme song. Kalau pada sesapa yang tak tau tajuknyer adalah 'Sitting On The Dock of The Bay' by Otis Redding. Aku tak tau pendapat korang, tapi aku suka dengan melodi dan lirik dia. Walaupun liriknya anti-klimaks dan anti-optimis tapi ala² kena jerk dengan tema weblog aku nih.. Hehehe...

Sitting On The Dock of The Bay
Sitting in the morning sun
I'll be sitting when the evening comes
Watching the ships roll in
And I watch 'em roll away again
[Chorus]
Sitting on the dock of the bay
Watching the tide roll away
I'm just sitting on the dock of the bay
Wasting time
I left my home in Georgia
Headed for the Frisco bay
Cause I had nothin to live for
And look like nothing's gonna come my way
So I'm just...
[Chorus]
Look like nothing's gonna change
Everything still remains the same
I can't do what ten people tell me to do
So I guess I'll remain the same
Sittin here resting my bones
And this loneliness won't leave me alone
It's two thousand miles I roamed
Just to make this dock my home
Now, I'm just...
[Chorus]
(Whistle)

22 November 2004

GENDERisme (..diskriminasi?)


Aku menulis dari hati...

Hari nie adalah hari terakhir aku bercuti setelah lebih kurang 5 hari aku sambung cuti raya semenjak hari raya yang ke 4 hari tue (hari raya ke-4 aku kerja sehari..). Seperti biasa kalau cuti, aku suka menghabiskan masa aku di hadapan pc.. Sementelahan berteleku di depan pc nie, aku baru perasan dah lama aku tak menaip isu² yang di luar norma kebiasaan aku. Biasanya aku berceloteh pasal cerita aku seharian.. Hari nie aku nak kupas satu isu yang dah lama aku perap tapi aku rasa masih praktikal untuk dikongsi bersama.So aku capai buku nota tangan kecik aku dan aku tulis tajuknyer besar² supaya idea yang datang pun besar²! Hehehe..

Apa yang korang tau pasal genderisme nie? Aku tak pernah semak dalam kamus tapi aku percaya salah antara tiga perkataan; gender.. isme.. genderisme.. mesti ada dalam kamus. Bukannya aku malas nak buka kamus, tapi kalau korang tertarik dengan isu aku nih, korang sendiri boleh semak dalam kamus ye tak? Memandangkan aku taknak berceloteh secara ilmiah, jadi aku akan biarkan pengertian genderisme tergantung dalam fikiran kita dan aku akan mengetik keyboard nih berdasarkan pengertian naif aku mengenainya... Aku akan mulakan isu nie dengan beberapa situasi...

Situasi #1 (Di perhentian bas)
Semua orang dah letih menunggu bas tak sampai². Lebih kurang dalam 15 minit kemudiannya, tatkala hujan mula turun renyai², bas yang ditunggu pun sampai. Biasalah biler dah letih menunggu, orang ramai pun berebut² nak naik bas. Ada orang tua, orang muda, budak sekolah, orang lelaki, perempuan, bapok pun sama berebut² naik bas. Tetiba terdengar suara² sumbang..
Suara sumbang #1 : “Woi.. lelaki kemudianlah.. kasilah pompuan naik dulu!”
Suara sumbang #2 : “Ha’ah laa.. gentlemanlah sikit woi!!”
Lelaki² tidak bersuara.. terkesima sekejap tapi tetap meneruskan usaha memanjat tangga bas tanpa memperdulikan suara² sumbang berkenaan...

Situasi #2 (Di depan lif)
Sorang lelaki nie tengah tunggu lif ada urusan di tingkat 13. Tetiba ada segerombolan pompuan² vouge dalam 15 orang ntah nak ke mesyuarat apa ntah pun turut sama menuju ke lif. Biler lif terbukak, lelaki tadi masuk cepat² dan tekan butang ‘open’ supaya pompuan² tadi pun boleh masuk. Penuh satu lif.. biler masuk je pompuan yang ke-14 dan ke-15, alarm berbunyi tanda lif tue dah terlebih muatan... Seorang dua pompuan dalam lif tue menjeling pada lelaki tadi dan berkata.. “Bang, kitorang nak cepat nie, kasi kitorang naik dulu boleh? Gentleman lah sikit bang..”. Dengan muka merah padam lelaki tue keluar dari lif berkenaan bagi membolehkan pompuan² tue naik dulu.

Situasi #3 (Kat pasaraya)
Ada sepasang pakwe makwe nie tengah memilih kasut di sebuah kedai kasut. Pilih punyer pilih.. si makwe dah berkenan kat 2 pasang kasut. “Bang.. beli dua boleh?” Si makwe buat muka kesian “Beli ler...” Lepas dah habis bayar diorang pun nak beredar dari situ. Masa amoi tue hulur 2 beg plastik berisi kasut tue, si pakwe ngan makwe berpandangan antara satu sama lain, masing² macam keberatan nak angkat beg plastik tue. “Haiya boy.. lu angkat laa.. takkan nak suruh makwe lu angkat?! Berat maa...”. “Ok.. dah memang tugas lelaki kot jadi tukang angkat barang² shopping makwenye kot sampai bebila..” Si pakwe tak membantah dengan menyangka bahawa tugas tue memang dah tersenarai di Loh Mahfuz bahawa ianya tugas lelaki...

Situasi #4 (Kat pejabat)
Masa tue pejabat kena berpindah ke tempat lain yang lebih selesa, jadi pihak pengurusan telah mengarahkan kakitangan sendiri bergotong-royong memindahkan barang² pejabat ke tempat baru (kebetulan pejabat baru pun tak jauh dari pejabat lama, boleh pindah pakai lori pick-up). Angkat punya angkat lebih kurang dalam sejam bekerja, yang pompuan² sumer dah relaks jerk. Tinggal 2 3 ketul lelaki (ada gak lelaki² lain yang awal² dah angkat kaki..) yang berlelah mengangkat barang yang berat². Sorang lelaki jenguk kat dalam pejabat, barang² kecik sumer dah diangkat oleh pompuan, yang tinggal sumer yang besar².. “Kak, apsal berenti? Banyak lagi barang nak angkat nih..”.. “Alaa.. kitorang nie pompuan, mana boleh angkat berat².. korang lelakilah yang kena angkat!”... Si lelaki berlalu dengan kebengangan..

Aku tau situasi² tadi tak membayangkan sangat persoalan yang aku nak timbulkan di sini. Tapi kalau ada yang paham.. Alhamdulillah.. Situasi yang aku senaraikan ada antaranya aku pernah alami sendiri termasuklah yang aku tokok tambah sikit untuk menyedapkan jalan ceritanya. Tapi bukanlah itu isunya. Persoalannya adalah sampai biler lelaki harus mengalah pada kaum wanita padahal dalam sesetengah perkara wanita begitu lantang menyatakan kesamarataan antara gender!? Lelaki jadi PM, pompuan pun nak jadi PM. Dulu²... pasukan tentera dan polis kita hanya terdiri daripada kaum lelaki tetapi disebabkan perempuan nak buktikan bahawa mereka mampu bersaing dan sama kuat seperti lelaki, hari nie kita tengok pompuan pun dah ramai dalam polis dan tentera. Dan aku pun pernah terbaca satu artikel beberapa tahun lepas mengenai seorang wanita yang gigih telah berjaya menubuhkan sebuah syarikat sekuriti yang berjaya sambil menyifatkan kejayaannya tue sebagai satu bukti bahawa pompuan pun boleh berjaya dalam dunia lelaki dan boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki.

Baguslah kalau kaum pompuan dah rasa bahawa mereka sama kuat seperti lelaki. Mereka juga nak hak sama rata dengan seperti lelaki. Kalau dah tahu kuat, kenapa biler naik bas nak kena kasi pompuan naik dulu. Kenapa biler tiba nak mengangkat barang, lelaki yang kena angkat barang yang berat²? Sepatunya biler naik bas tue, kita kasi dulu orang tua ngan bebudak naik, pastue lelaki ngan pompuan, berebutlah sama² naik bas. Barulah sama rata ye tak.. Kenapa perwatakan ‘gentleman’ lelaki tue seringakli dijentik oleh kaum wanita untuk melemahkan kekentalan lelaki?

Aku nie bukanlah lelaki ‘dayus’ yang suka mempersoalkan kelemahan dan keistimewaan kaum wanita. Kalau ikutkan jiwa gentleman aku (gentleman ke aku nih? Sigh..), aku sanggup, tak kisah nak bersenseng lengan tolong kaum wanita nie. Sebab aku tau diorang bukannya lemah (seperti yang kita sangkakan selama ini) cuma maybe tak sekuat lelaki and we have to respect that!. Dan selama² ini (sampai pada saat dan ketika aku menaip artikel ini pun) aku masih menerima kaum wanita seadanya dan ber’ko-ordinasi’ dengan mereka dalam segala hal. Cuma kadang kala yang menyebabkan aku marah sangat, ada ‘sesetengah’ (sila fahami statement aku nie.. ‘sesetengah’) pompuan nie yang tak sedar diri dan sering mengambil kesempatan ke atas lelaki. Perkara ini adalah realiti, sekilas korang (lelaki) tak perasan, tetapi biler dikumbah.. baru korang nampak bahwa selama² ini kaum lelaki juga turut didiskriminasi!

Aku teringat pada sebuah slot rancangan TV3 yang aku tengok iaitu di Malaysia Hari Ini (MHI) baru² nie mengenai seorang chef lelaki yang berjaya dan mempunyai 3 orang anak perempuan. Dalam slot tue turut dipaparkan cerita mengenai bagaimana bapa tunggal mampu menguruskan anak² dan pada masa yang sama bekerja menyara keluarga walaupun tanpa isteri di sisi. Di hujung program, hostnya Nizal Mohammad kemudiannya meminta beliau (merujuk kepada chef lelaki tadi) memberikan kata² akhir dan antara kata²nya yang aku sempat petik.. “ saya harap pihak Kementerian ‘tooooooooooooooooooooot’ di bawah pimpinan Datuk ‘toooooooooot’ (saja jee aku nak cencored..) patutnyer kenalah prihatin dengan nasib bapa² tunggal di Malaysia nie juga dan bukannya pada ibu² tunggal sahaja. Jangan salahkan kaum lelaki sahaja sebab kaum lelaki pun ada yang jadi bapa tunggal disebabkan kaum wanita”. Nizal mencelah.. “Jangan pulak nanti, biler isteri ditinggalkan laki dipanggil ibu tunggal, biler laki ditinggalkan bini, jadi bapa ‘tunggul’!” Berseloroh... . Hey man.. it’s reality!!

.:Nota Tangan:. – Sekadar pendapat peribadi...

19 November 2004

Film Review # 2

Filem yang aku nak review kali ini adalah filem 7 Perhentian. Filem yang sedang ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia sempena perayaan hari raya Aidilfiri. Filem ini turut berentap di pawagam dengan filem I Know What U Did Last Raya dan beberapa lagi filem luar negara seperti Shark Tale dan The Incredible. Seperti yang korang sedia maklum filem ini arahan sutradara kontroversi iaitu Profesor Razak Mohaideen dan dibarisi para pelakon seperti Erra Fazira dan Farid Kamil sebagai pendokong utama dan juga beberapa pelakon sampingan seperti Vaneeda Imran, Waheeda Wassini, Hattan, Rashidi Ishak dan yang lain²nya yang aku kurang kenal.

Sebenarnya filem 7 Perhentian nie adalah filem kedua semenjak filem Ladder 49 yang aku tonton awal bulan Ramadhan aritue. Secara keseluruhannya... sorry to say, citer nie memang macam hampeh dan mengecewakan sangat. Aku tak tau orang lain, aku komen nie dari pandangan aku sebagai penonton yang terdorong untuk menonton sebuah cerita yang diwarwarkan sebagai filem romantik thrill yang julung² kali diterbitkan. Pada peminat² Erra Fazira or maybe Farid Kamil even Prof. Razak sendiri yang merasakan filem nie best, aku respect pendapat korang. Ini cumalah pendapat aku dariapa penonton biasa yang tiada langsung latar belakang seni dan filem dalam jiwa aku.

Sepanjang hampir 2 jam aku menonton, tiada perasaan lain yang aku dapat gambarkan selain daripada bosan yang teramat sangat! Dan yang menariknya, dalam aku kebosanan tue, aku dapat merasakan orang kiri, kanan, depan dan belakang aku juga berkongsi perasaan yang sama berdasarkan reaksi diorang semasa filem berkenaan dipertontonkan. Aku rasa RM6.00 yang aku bayar untuk menonton filem tue tak berbaloilah sangat²nyer. Walaupun Prof. Razak memang terkenal dalam membikin filem² yang dikatakan lebih menumpukan kepada aspek komersial dan tidak kredibilitinya sendiri sebagai seorang Sarjana dalam subjek perfileman seperti Anak Mami, Mami Jarum, Cinta Kolestrol mahupun Jutawan Fakir (filem nie dia bikin ke? Aku lupalah..), aku still boleh tahan lagi, tapi produk beliau kali nie, macam aku cakap tadi.. sangat² mengecewakan. Macam tangkap muat jerk...

Filem nie kalau tak keterlaluan aku cakap, macam takde halatuju. Aku tercari² motif yang ingin disampaikan dalam cerita nie.. tapi tak jumpa. Kalau adapun, tak sampai kepada penonton. Dahlah ending cerita tergantung, penonton tertanya² apa kesudahannya hubungan Amirul (lakonan Farid Kami) dengan Mira (Vaneeda Imran). Yelah.. dia kekal sebagai suami isteri ke ataupun dia bercerai sebab Amirul dan tergila²kan Soraya (Lakonan Erra Fazira). Tapi tak mungkin Soraya boleh terima cinta Amirul bulat² camtue apatah lagi dalam keadaaan Amirul yang mengalami masalah mental. Apa endingnyer? Agak² kalau yee pun nak buat sequence, biarlah ending tue nampak dramatik sikit at least macam cerita Trauma (Arahan Aziz M. Osman lakonan Amy Mastura, Nasha Aziz dan Azhar Sulaiman). Ni tak, Soraya yang sebenar jumpa Amirul, Amirul senyum terus habis... Konpius aku.

Jalan cerita antara scene pun terlalu panjang dengan skrip yang meleret². Penonton Malaysia bukannya bodoh sangat. Dengan beberapa skrip ringkas, penonton dah boleh ramal apa yang berlaku dalam scene yang berikutnya. Aku takler cakap semua scene skripnya mesti pendek², tue dah jadi macam cerita Charlie Chaplin lak nanti. Maksud aku masa part² yang tak penting laa, macam masa part Hattan kena soal siasat dengan polis, masa part Amirul marah² staff dia dan juga beberapa lain part lain yang akupun dah tak berapa nak ingat. Lakonan² kaku dan menghafal skrip daripada para pelakon juga memburukkan lagi perjalanan cerita dan yang paling teruk ialah lakonan Abdul Latif Mohaideen yang memegang watak ASP apa ntah dalam cerita nie. Begitu juga dengan lakonan Rashidi Ishak, Serina Redzuawan (yang pernah melakonkan watak dalam filem lain dengan lebih baik.. but not this time!) dan juga Waheeda Wassini dengan lakonannya yang ‘so-so’.

Tapi aku nie taklah kejam sangat.. Dalam kutukan dan komen yang tak membina aku nie, aku nak puji outstanding acting daripada Erra Fazira. Erra Faziara mebuktikan dialah pelakon wanita tersohor di Malaysia setakat ini. Pujian nie bukan kerana aku memang minat Erra Fazira ke apa (bahkan sebelum nie aku tak pernah minat dia pun, aku paling meluat lakonannya dalam filem Hingga Hujung Nyawa dan Kuliah Cinta!) Lakonan Vaneeda Imran dan Maya Karin pun not bad.. Untuk Farid Kamil, aku rasa dia ada potensi untuk jadi pelakon (Maybe bukan tahap star laa) dan untuk permulaan sebagai pendokong utama filem aku rasa OK. Yang lain² aku nak puji, aku suka baju kemeja merah yang Farid Kamil pakai walaupun mustahil aku boleh pakai dan kereta mercedeznya yang gerek habis! Hehehe...

Overall.. 2 bintang aku kasi untuk filem nie. Tuepun satu bintang dari Erra Fazira, setengah dari Vaneeda dan masing² suku bintang dari Farid Kamil dan Maya Karin. Yang lain tue, sori beb... korang kena usaha lagi! Tapi walau macam mana pun aku tak rasa filem nie akan rugi di pasaran sebab citarasa penonton di Malaysia nie berbeza² ye tak? Ada yang menonton mahupun kepuasan dari setiap ringgit yang diorang keluarkan, ada yang menonton untuk menengok lakonan pelakon pujaan mereka dan ada juga yang saja² menonton serta menghabiskan masa dan tak kisah dengan berapa jumlah duit yang diorang belanjakan. Sori, kalau ulasan aku nie nampak terlalu laser dan membunuh minat pada sesapa yang nak tengok filem nie. Korang kalau rasa nak tengok, tengoklah.. Aku cuma bagi komen seikhlas yang boleh supaya korang tak rasa tertipu dan menghabiskan RM6.00 pada sesuatu yang takde kualiti. More review.. click here!
Rating aku-

.:Nota Tangan:. – Tak suka kena tipu...

17 November 2004

Adware Binawey

Did your PC has been protected by Adware? Amaran kawan² aku sekelian.. pastikan pc or laptop korang mempunyai adware protection. Sebab apa adware² nie akan menyusahkan kehidupan korang kalau korang tak berhati². Dua² pc aku kat umah ngan pejabat telah dijangkiti dengan malapetaka nie. Bengang giler aku. Adware² nia akan menyebabkan IE korang corrupted. Nak check email tak bleh, nak download tak bleh nak upload tak bleh. Also ada certain² website pun tak boleh nak bukak. Cuba korang bayangkan?! So, untuk menyelamatkan keadaan korang boleh download anti-adware software kat sini. Ataupun kalau susah², ko search laa kat internet.. keyword nyer 'AD-AWARE'. Kalau ada yang telah dijangkiti adware nie pun, bleh gak download sebab dia pun boleh scan komputer korang. Gi cepat sebelum terlambat. Good luck!

.:Nota Tangan:. - Mencegah lebih baik dari mengubati.

15 November 2004

Kali Pertama... Kali Terakhir...

Sepanjang kehidupan aku selama 25 tahun (bermakna 25 kali dah laa aku beraya), barulah raya tahun ini, aku benar² merasakan kemanisan beraya. Aku tak pasti kenapa, tetapi tanggal 1 Syawal 1425 hijrah ini akan aku kenang sampai bila² sebagai raya pertama yang paling bermakna dalam hidup aku.

Semalam, ada banyak peristiwa yang tidak pernah (ataupun jarang²) berlaku, berlaku dalam hidup aku. Saat dan detik semalam sejak terbitnya matahari sehingga terbenamnya mentari, adalah suatu saat yang benar² aku nikmati dengan sepenuh hati aku.

Sebenarnya tahun ini adalah merupakan tahun pertama aku dan keluarga aku beraya beramai² dalam ertikata sebuah keluarga sebenarnya. Walaupun Pian jauh di Jepun, tapi kemeriahan masih lagi terasa dengan kehadiran adik beradik lain terutama Oja (adik aku yang no.3) yang pulang beraya di sini bersama suaminya untuk kali pertama (adik aku baru berkahwin bulan 5 aritue). Kenapa aku kata kali ini adalah kali pertama kami beraya sebagai satu keluarga dalam ertikata sebenar adalah kerana tahun ini kitorang menyambut hari raya pertama di rumah kami sendiri. Sebelum² nie beraya gak, tapi kitorang beraya di kampung nenek dan datuk. Lepas semayang raya, ziarah² rumah sedara mara kat kampung. Lepas tue, dah nak dekat tengahari baru kitorang balik rumah sendiri. Tuepun sekejap, mandi² semayang terus gi rumah nenek sebelah abah lak. Malam baru balik tuepun biler sampai rumah dah tak rasa macam raya. Takde beza macam hari² lain kecuali ada kuih raya.

Kalau macam tahun nie. Sejak sehari sebelum raya lagi dah terasa kemeriahannya. Mak dan adik² pompuan aku sibuk masak² kat dapur untuk juadah berbuka dan sarapan pagi esoknya. Aku plak sibuk buat projek pelita dan kad raya aku. Bukannnya apa.. raya² sebelum nie aku gantung pelita yang kecik² tue, tahun nie nak buat lain daripada lain sikit. Kalau kad raya pun, daripada kad raya tak pernah bergantung kat umah aku, tahun nie dah ada laa gantung sana-sini. Meletup kau!! Hehehe.. Barulah rasa sikit feel nak raya tue..

Raya tahun nie jugaklah rasanya kali pertama aku sarung baju melayuwarna biru (kain hantaran bertunang aku aritue) lengkap ngan butang baju melayu RM10 yang aku beli kat Jalan TAR dan lengkap bersampin songket dan bersongkok UMNO (alaa.. songkok baldu tinggi tue aku panggil songkok UMNO!). Sebelum nie memang tak pernah. Ada jee tak lengkap. Pakai baju melayu ngan kain pelikat macam orang nak pergi terawikh jerk. Kalau sepasang pun, sarung kepalanya tak sesuai sebab pakai kopiah jerk.. Kalau ada songkok pun, sampin songketnya takde. Pakai kain pelikat jerk. Sedih aku.. Tapi sebab masa tue beraya kat kampung. Sepupu² yang balik dari KL pun dressing macam tue (sebab diorang mana kisah nak pakai baju melayu nih..), aku pun dressinglah macam tue jugak. Kalau tak poyo² jee lak kang.

Lepas semayang raya..untuk pertama kalinya jugak kitorang ada sessi bermaaf-maafan dengan mak ngan abah dan adik beradik (secara formalnya laa..). Sebelum nie ada gak, tapi kat kampung, sepupu-sepapat ramai keliling, salam mintak maaf pun macam² tue jee laa... Selalu aku tengok kat tv orang sampai nangis² mintak maaf ngan mak ngan ayah. Aku tak pernah rasa macam tue. Tahun nie barulah terasa. Tahun nie first time aku melutut kat depan mak ngan abah, aku cakap.. “abah, mak.. selamat hari raya Aidilfitri, halalkan makan minum Pendi dan ampunkan salah silap Pendi zahir dan batin..”. Aku kucup tangan mak ngan abah dengan setulus hati aku. Aku kucup pipi mak aku dengan air mata yang hampir bergenang di kelopak mat aku (tapi diorang tak perasan). Korang percaya tak.. drama macam tue tak pernah berlaku dalam hidup aku kecuali aku cium dan peluk mak aku masa hari graduasi aku kat UPM tahun 2002 dulu. Tahunlah nie yang pertamanya..

Kemudiannya kitorang ada sessi bergambar.. tue pun pertama kali gak. Sebabnya tahun nie baru dapat berkumpul semua adik beradik (kecuali Pian) one shot kat rumah di pagi raya. Kalau dulu aku ngan abang aku semayang kat kampung, mak, abah ngan adik² pompuan aku semayang kat Selandar sebab abah kena baca khutbah raya. Dah nak dekat tengahari baru diorang balik dari Selandar. Masa tue sessi bergambar kat kampung dah habis. Kenalah buat muka 2 posen nak pinjam kamera kat pacik makcik aku nak tumpang seronok amik gambar raya. Bukannya kitorang takde kamera, tapi kitorang nyer kamera biasa jerk. Pakcik makcik aku pakai kamera digital yang canggih tue.. bapok nyer mahal!! Segan nak kluarkan kamera.. Tahun nie dah ada kamera digital (Sony CyberShot) yang Pian hadiahkan masa dia balik dari Jepun aritue. Nielah masanya kitorang balas dendam.. Pueh hati aku!

Tahun nie jugaklah kitorang beraya konvoi beramai gi rumah arwah datuk ngan nenek belah ayah aku kat Pernu. Kecuali masa aku kecik² (masa arwah datuk ngan nenek aku masih hidup), tahun² kemudiannya memang tak pernah yang cukup. Ada jee yang tak pergi terutamanya akulah! Hehehe...

Banyak lagi yang berlaku yang aku dah tak larat nak cerita kat korang. Lagipun, bagi sesetengah orang mungkin apa yang aku cerita, takde yang istimewa. Tapi bagi aku ada... Aku cakap pada hati aku.. “walau apa pun yang terjadi, aku akan nikmati raya nie ibarat raya yang tekahir bagi aku...”.

.:Nota Tangan:. - Mungkinkah ini raya yang terakhir bagi aku?


Famili aku.. (Berdiri dri kiri) Arin, Rizal (suami Oja), Oja, aku. (Duduk dari kiri) abah, mak & Mas.


Tumpang glamer.. keta sponser! Hehehe... Matching tak ngan baju aku?! ;p


Projek aku raya tahun nie.. jadi tokey pelita.. Ada macam kenal tak pelita nih?