Powered By Blogger

22 November 2004

GENDERisme (..diskriminasi?)


Aku menulis dari hati...

Hari nie adalah hari terakhir aku bercuti setelah lebih kurang 5 hari aku sambung cuti raya semenjak hari raya yang ke 4 hari tue (hari raya ke-4 aku kerja sehari..). Seperti biasa kalau cuti, aku suka menghabiskan masa aku di hadapan pc.. Sementelahan berteleku di depan pc nie, aku baru perasan dah lama aku tak menaip isu² yang di luar norma kebiasaan aku. Biasanya aku berceloteh pasal cerita aku seharian.. Hari nie aku nak kupas satu isu yang dah lama aku perap tapi aku rasa masih praktikal untuk dikongsi bersama.So aku capai buku nota tangan kecik aku dan aku tulis tajuknyer besar² supaya idea yang datang pun besar²! Hehehe..

Apa yang korang tau pasal genderisme nie? Aku tak pernah semak dalam kamus tapi aku percaya salah antara tiga perkataan; gender.. isme.. genderisme.. mesti ada dalam kamus. Bukannya aku malas nak buka kamus, tapi kalau korang tertarik dengan isu aku nih, korang sendiri boleh semak dalam kamus ye tak? Memandangkan aku taknak berceloteh secara ilmiah, jadi aku akan biarkan pengertian genderisme tergantung dalam fikiran kita dan aku akan mengetik keyboard nih berdasarkan pengertian naif aku mengenainya... Aku akan mulakan isu nie dengan beberapa situasi...

Situasi #1 (Di perhentian bas)
Semua orang dah letih menunggu bas tak sampai². Lebih kurang dalam 15 minit kemudiannya, tatkala hujan mula turun renyai², bas yang ditunggu pun sampai. Biasalah biler dah letih menunggu, orang ramai pun berebut² nak naik bas. Ada orang tua, orang muda, budak sekolah, orang lelaki, perempuan, bapok pun sama berebut² naik bas. Tetiba terdengar suara² sumbang..
Suara sumbang #1 : “Woi.. lelaki kemudianlah.. kasilah pompuan naik dulu!”
Suara sumbang #2 : “Ha’ah laa.. gentlemanlah sikit woi!!”
Lelaki² tidak bersuara.. terkesima sekejap tapi tetap meneruskan usaha memanjat tangga bas tanpa memperdulikan suara² sumbang berkenaan...

Situasi #2 (Di depan lif)
Sorang lelaki nie tengah tunggu lif ada urusan di tingkat 13. Tetiba ada segerombolan pompuan² vouge dalam 15 orang ntah nak ke mesyuarat apa ntah pun turut sama menuju ke lif. Biler lif terbukak, lelaki tadi masuk cepat² dan tekan butang ‘open’ supaya pompuan² tadi pun boleh masuk. Penuh satu lif.. biler masuk je pompuan yang ke-14 dan ke-15, alarm berbunyi tanda lif tue dah terlebih muatan... Seorang dua pompuan dalam lif tue menjeling pada lelaki tadi dan berkata.. “Bang, kitorang nak cepat nie, kasi kitorang naik dulu boleh? Gentleman lah sikit bang..”. Dengan muka merah padam lelaki tue keluar dari lif berkenaan bagi membolehkan pompuan² tue naik dulu.

Situasi #3 (Kat pasaraya)
Ada sepasang pakwe makwe nie tengah memilih kasut di sebuah kedai kasut. Pilih punyer pilih.. si makwe dah berkenan kat 2 pasang kasut. “Bang.. beli dua boleh?” Si makwe buat muka kesian “Beli ler...” Lepas dah habis bayar diorang pun nak beredar dari situ. Masa amoi tue hulur 2 beg plastik berisi kasut tue, si pakwe ngan makwe berpandangan antara satu sama lain, masing² macam keberatan nak angkat beg plastik tue. “Haiya boy.. lu angkat laa.. takkan nak suruh makwe lu angkat?! Berat maa...”. “Ok.. dah memang tugas lelaki kot jadi tukang angkat barang² shopping makwenye kot sampai bebila..” Si pakwe tak membantah dengan menyangka bahawa tugas tue memang dah tersenarai di Loh Mahfuz bahawa ianya tugas lelaki...

Situasi #4 (Kat pejabat)
Masa tue pejabat kena berpindah ke tempat lain yang lebih selesa, jadi pihak pengurusan telah mengarahkan kakitangan sendiri bergotong-royong memindahkan barang² pejabat ke tempat baru (kebetulan pejabat baru pun tak jauh dari pejabat lama, boleh pindah pakai lori pick-up). Angkat punya angkat lebih kurang dalam sejam bekerja, yang pompuan² sumer dah relaks jerk. Tinggal 2 3 ketul lelaki (ada gak lelaki² lain yang awal² dah angkat kaki..) yang berlelah mengangkat barang yang berat². Sorang lelaki jenguk kat dalam pejabat, barang² kecik sumer dah diangkat oleh pompuan, yang tinggal sumer yang besar².. “Kak, apsal berenti? Banyak lagi barang nak angkat nih..”.. “Alaa.. kitorang nie pompuan, mana boleh angkat berat².. korang lelakilah yang kena angkat!”... Si lelaki berlalu dengan kebengangan..

Aku tau situasi² tadi tak membayangkan sangat persoalan yang aku nak timbulkan di sini. Tapi kalau ada yang paham.. Alhamdulillah.. Situasi yang aku senaraikan ada antaranya aku pernah alami sendiri termasuklah yang aku tokok tambah sikit untuk menyedapkan jalan ceritanya. Tapi bukanlah itu isunya. Persoalannya adalah sampai biler lelaki harus mengalah pada kaum wanita padahal dalam sesetengah perkara wanita begitu lantang menyatakan kesamarataan antara gender!? Lelaki jadi PM, pompuan pun nak jadi PM. Dulu²... pasukan tentera dan polis kita hanya terdiri daripada kaum lelaki tetapi disebabkan perempuan nak buktikan bahawa mereka mampu bersaing dan sama kuat seperti lelaki, hari nie kita tengok pompuan pun dah ramai dalam polis dan tentera. Dan aku pun pernah terbaca satu artikel beberapa tahun lepas mengenai seorang wanita yang gigih telah berjaya menubuhkan sebuah syarikat sekuriti yang berjaya sambil menyifatkan kejayaannya tue sebagai satu bukti bahawa pompuan pun boleh berjaya dalam dunia lelaki dan boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki.

Baguslah kalau kaum pompuan dah rasa bahawa mereka sama kuat seperti lelaki. Mereka juga nak hak sama rata dengan seperti lelaki. Kalau dah tahu kuat, kenapa biler naik bas nak kena kasi pompuan naik dulu. Kenapa biler tiba nak mengangkat barang, lelaki yang kena angkat barang yang berat²? Sepatunya biler naik bas tue, kita kasi dulu orang tua ngan bebudak naik, pastue lelaki ngan pompuan, berebutlah sama² naik bas. Barulah sama rata ye tak.. Kenapa perwatakan ‘gentleman’ lelaki tue seringakli dijentik oleh kaum wanita untuk melemahkan kekentalan lelaki?

Aku nie bukanlah lelaki ‘dayus’ yang suka mempersoalkan kelemahan dan keistimewaan kaum wanita. Kalau ikutkan jiwa gentleman aku (gentleman ke aku nih? Sigh..), aku sanggup, tak kisah nak bersenseng lengan tolong kaum wanita nie. Sebab aku tau diorang bukannya lemah (seperti yang kita sangkakan selama ini) cuma maybe tak sekuat lelaki and we have to respect that!. Dan selama² ini (sampai pada saat dan ketika aku menaip artikel ini pun) aku masih menerima kaum wanita seadanya dan ber’ko-ordinasi’ dengan mereka dalam segala hal. Cuma kadang kala yang menyebabkan aku marah sangat, ada ‘sesetengah’ (sila fahami statement aku nie.. ‘sesetengah’) pompuan nie yang tak sedar diri dan sering mengambil kesempatan ke atas lelaki. Perkara ini adalah realiti, sekilas korang (lelaki) tak perasan, tetapi biler dikumbah.. baru korang nampak bahwa selama² ini kaum lelaki juga turut didiskriminasi!

Aku teringat pada sebuah slot rancangan TV3 yang aku tengok iaitu di Malaysia Hari Ini (MHI) baru² nie mengenai seorang chef lelaki yang berjaya dan mempunyai 3 orang anak perempuan. Dalam slot tue turut dipaparkan cerita mengenai bagaimana bapa tunggal mampu menguruskan anak² dan pada masa yang sama bekerja menyara keluarga walaupun tanpa isteri di sisi. Di hujung program, hostnya Nizal Mohammad kemudiannya meminta beliau (merujuk kepada chef lelaki tadi) memberikan kata² akhir dan antara kata²nya yang aku sempat petik.. “ saya harap pihak Kementerian ‘tooooooooooooooooooooot’ di bawah pimpinan Datuk ‘toooooooooot’ (saja jee aku nak cencored..) patutnyer kenalah prihatin dengan nasib bapa² tunggal di Malaysia nie juga dan bukannya pada ibu² tunggal sahaja. Jangan salahkan kaum lelaki sahaja sebab kaum lelaki pun ada yang jadi bapa tunggal disebabkan kaum wanita”. Nizal mencelah.. “Jangan pulak nanti, biler isteri ditinggalkan laki dipanggil ibu tunggal, biler laki ditinggalkan bini, jadi bapa ‘tunggul’!” Berseloroh... . Hey man.. it’s reality!!

.:Nota Tangan:. – Sekadar pendapat peribadi...

0 comments: