Powered By Blogger

15 November 2004

Kali Pertama... Kali Terakhir...

Sepanjang kehidupan aku selama 25 tahun (bermakna 25 kali dah laa aku beraya), barulah raya tahun ini, aku benar² merasakan kemanisan beraya. Aku tak pasti kenapa, tetapi tanggal 1 Syawal 1425 hijrah ini akan aku kenang sampai bila² sebagai raya pertama yang paling bermakna dalam hidup aku.

Semalam, ada banyak peristiwa yang tidak pernah (ataupun jarang²) berlaku, berlaku dalam hidup aku. Saat dan detik semalam sejak terbitnya matahari sehingga terbenamnya mentari, adalah suatu saat yang benar² aku nikmati dengan sepenuh hati aku.

Sebenarnya tahun ini adalah merupakan tahun pertama aku dan keluarga aku beraya beramai² dalam ertikata sebuah keluarga sebenarnya. Walaupun Pian jauh di Jepun, tapi kemeriahan masih lagi terasa dengan kehadiran adik beradik lain terutama Oja (adik aku yang no.3) yang pulang beraya di sini bersama suaminya untuk kali pertama (adik aku baru berkahwin bulan 5 aritue). Kenapa aku kata kali ini adalah kali pertama kami beraya sebagai satu keluarga dalam ertikata sebenar adalah kerana tahun ini kitorang menyambut hari raya pertama di rumah kami sendiri. Sebelum² nie beraya gak, tapi kitorang beraya di kampung nenek dan datuk. Lepas semayang raya, ziarah² rumah sedara mara kat kampung. Lepas tue, dah nak dekat tengahari baru kitorang balik rumah sendiri. Tuepun sekejap, mandi² semayang terus gi rumah nenek sebelah abah lak. Malam baru balik tuepun biler sampai rumah dah tak rasa macam raya. Takde beza macam hari² lain kecuali ada kuih raya.

Kalau macam tahun nie. Sejak sehari sebelum raya lagi dah terasa kemeriahannya. Mak dan adik² pompuan aku sibuk masak² kat dapur untuk juadah berbuka dan sarapan pagi esoknya. Aku plak sibuk buat projek pelita dan kad raya aku. Bukannnya apa.. raya² sebelum nie aku gantung pelita yang kecik² tue, tahun nie nak buat lain daripada lain sikit. Kalau kad raya pun, daripada kad raya tak pernah bergantung kat umah aku, tahun nie dah ada laa gantung sana-sini. Meletup kau!! Hehehe.. Barulah rasa sikit feel nak raya tue..

Raya tahun nie jugaklah rasanya kali pertama aku sarung baju melayuwarna biru (kain hantaran bertunang aku aritue) lengkap ngan butang baju melayu RM10 yang aku beli kat Jalan TAR dan lengkap bersampin songket dan bersongkok UMNO (alaa.. songkok baldu tinggi tue aku panggil songkok UMNO!). Sebelum nie memang tak pernah. Ada jee tak lengkap. Pakai baju melayu ngan kain pelikat macam orang nak pergi terawikh jerk. Kalau sepasang pun, sarung kepalanya tak sesuai sebab pakai kopiah jerk.. Kalau ada songkok pun, sampin songketnya takde. Pakai kain pelikat jerk. Sedih aku.. Tapi sebab masa tue beraya kat kampung. Sepupu² yang balik dari KL pun dressing macam tue (sebab diorang mana kisah nak pakai baju melayu nih..), aku pun dressinglah macam tue jugak. Kalau tak poyo² jee lak kang.

Lepas semayang raya..untuk pertama kalinya jugak kitorang ada sessi bermaaf-maafan dengan mak ngan abah dan adik beradik (secara formalnya laa..). Sebelum nie ada gak, tapi kat kampung, sepupu-sepapat ramai keliling, salam mintak maaf pun macam² tue jee laa... Selalu aku tengok kat tv orang sampai nangis² mintak maaf ngan mak ngan ayah. Aku tak pernah rasa macam tue. Tahun nie barulah terasa. Tahun nie first time aku melutut kat depan mak ngan abah, aku cakap.. “abah, mak.. selamat hari raya Aidilfitri, halalkan makan minum Pendi dan ampunkan salah silap Pendi zahir dan batin..”. Aku kucup tangan mak ngan abah dengan setulus hati aku. Aku kucup pipi mak aku dengan air mata yang hampir bergenang di kelopak mat aku (tapi diorang tak perasan). Korang percaya tak.. drama macam tue tak pernah berlaku dalam hidup aku kecuali aku cium dan peluk mak aku masa hari graduasi aku kat UPM tahun 2002 dulu. Tahunlah nie yang pertamanya..

Kemudiannya kitorang ada sessi bergambar.. tue pun pertama kali gak. Sebabnya tahun nie baru dapat berkumpul semua adik beradik (kecuali Pian) one shot kat rumah di pagi raya. Kalau dulu aku ngan abang aku semayang kat kampung, mak, abah ngan adik² pompuan aku semayang kat Selandar sebab abah kena baca khutbah raya. Dah nak dekat tengahari baru diorang balik dari Selandar. Masa tue sessi bergambar kat kampung dah habis. Kenalah buat muka 2 posen nak pinjam kamera kat pacik makcik aku nak tumpang seronok amik gambar raya. Bukannya kitorang takde kamera, tapi kitorang nyer kamera biasa jerk. Pakcik makcik aku pakai kamera digital yang canggih tue.. bapok nyer mahal!! Segan nak kluarkan kamera.. Tahun nie dah ada kamera digital (Sony CyberShot) yang Pian hadiahkan masa dia balik dari Jepun aritue. Nielah masanya kitorang balas dendam.. Pueh hati aku!

Tahun nie jugaklah kitorang beraya konvoi beramai gi rumah arwah datuk ngan nenek belah ayah aku kat Pernu. Kecuali masa aku kecik² (masa arwah datuk ngan nenek aku masih hidup), tahun² kemudiannya memang tak pernah yang cukup. Ada jee yang tak pergi terutamanya akulah! Hehehe...

Banyak lagi yang berlaku yang aku dah tak larat nak cerita kat korang. Lagipun, bagi sesetengah orang mungkin apa yang aku cerita, takde yang istimewa. Tapi bagi aku ada... Aku cakap pada hati aku.. “walau apa pun yang terjadi, aku akan nikmati raya nie ibarat raya yang tekahir bagi aku...”.

.:Nota Tangan:. - Mungkinkah ini raya yang terakhir bagi aku?


Famili aku.. (Berdiri dri kiri) Arin, Rizal (suami Oja), Oja, aku. (Duduk dari kiri) abah, mak & Mas.


Tumpang glamer.. keta sponser! Hehehe... Matching tak ngan baju aku?! ;p


Projek aku raya tahun nie.. jadi tokey pelita.. Ada macam kenal tak pelita nih?

0 comments: