Powered By Blogger

26 November 2004

Alam Baru


Designed @2.10am 26 Nov 2004

Sekarang nie sudah hampir memasuki minggu ke-2 bulan Syawal. Sana-sini masih meriah lagi orang beraya mengunjungi sanak saudara dan sahabat handai. Tidak ketinggalan jemputan ke rumah terbuka juga turut menanti, menjanjikan sajian buat mengisi perut (mungkin untuk sepanjang hari..). Bahkan kelmarin baru aku bersama beberapa rakan sekerja termasuk Goon mengunjungi rumah terbuka 2 orang sahabat baik kami di pejabat.

Dalam pada kesibukan (tak menang tangan) memenuhi undangan rumah terbuka ini, jemputan ‘walimatul-urus’ juga turut sama menyusul. Kalau tak silap aku untuk bulan 12 nie ada 4 orang sahabat aku (2 orang sahabat seofis dan 2 orang sahabat masa sekolah menengah dulu) akan mengadakan ‘jamuan’ sempena memasuki alam baru. Yee.. alam untuk belajar lebih bertanggungjawab (kerna pada lewat saat dan ketika itu, harusnya lebih daripada satu perut yang hendak diisi).

Alam baru juga bermaksud termeterinya ikatan janji untuk sehidup semati dan bersusah di kala sempit serta bersenang di kala lapang. Banyak perkara baru kelak akan ditempuhi. Semoga perjalanan hari mendatang akan mematangkan kalian semua dan belajar untuk menjadi lebih ‘dewasa’. Bersedia untuk belajar sesuatu yang baru...

Selamat pengantin baru diucapkan kepada Erne dan Nor juga kepada sahabat lama (kawan sekolah) aku iaitu Azizal dan Qairil. Semoga berbahagia ke akhir hayat. InsyaAllah.. kalau takde aral melintang, hadirlah aku nanti ke hari bahagia korang.

.:Nota Tangan:. – Excited nak tunggu saat dan ketika sendiri... :)

0 comments: