Powered By Blogger

26 November 2004

Album Review #1


Exist~Paragon... Designed @1.00am 26 Nov 2004

Biasanya aku tak mengambil masa yang lama untuk menerima lagu-lagu Exists dalam album²nyer terdahulu. Tetapi tidak dengan ‘Paragon’. Tak tau di mana silapnya, mungkin kerana produk Exists kali ini kurang mengancam ataupun mungkin aku sendiri yang tak berkesempatan membenarkan diri aku untuk jatuh cinta dengannya disebabkan masih dalam mood raya. Seperti biasa, aku cuba bersikap adil. So, untuk review kali ini aku memang sengaja memasang Paragon setiap kali ada masa santai. Sudahnya aku sendiri membuat keputusan bahawa buah tangan Exists kali ini sama kali tidak mengecewakan terutamanya kepada semua ‘kipas susah mati’ Exists (termasuklah aku sebab aku memang tak pernah ketinggalan membeli CD² Exists terutamanya sejak album ADA).

Album Exists kali ini memang banyak kelainannya. Genre muzik yang diterapkan juga variety. Daripada slow rock, heavy rock, fast number dan juga jangan tak caya, kali nie Exists pun turut menyelitkan lagu yang ala² nasyid gitu, tapi more on moderate/alternative nasyid sikitlah. Aku pun tau camner nak gambarkan tapi macam lagu kumpulan Mirwana tue laa... Lirik patriotik pun ada terselit satu dalam album nie.

Apa lagi yang lain eks..? Haa.. dalam album nie Along pun turut sama menyumbangkan suaranya dalam 2 buah lagu iaitu Dengar Ella Menyanyi dan Pada 31 (nielah lagu yang aku cakap ada elemen patriotik sikit tue). Suara dia not bad, tapi as for me laa.. tak bleh celen lagi suara Ezad. Huhuhu... Tapi bukanlah aku nak menafikan Along (nanti marah lak Masy.. ), kalau takde Along nie tak ‘jadi’ lak album Exists nie. Yelaa.. Alonglah antara tulang belakang Exists selama nie, dialah yang paling banyak cipta lagu untuk Exists (guna nama pena G-Nola), dialah yang jadi back-up vocal (bukan back-up dancer!) untuk Ezad, dialah yang buat music programming and music arrangement serta teror main gitar, pinano (piano laa.. hehehe), keyboard dan lain²..

Antara lagu² yang aku telah ‘kenalpasti’ sendiri sebagai rancak (heavy rock) antaranya dah tentulah Penisilin (featuring Farihin Abd. Fatah nih!), Revelasikan dan Hidup. Lagu² jiwang melankolik yang memang dah jadi trademark Exists selama ini (Seperti Mengintai Dari Tirai kamar) juga tidak ketinggalan, antaranya Hilang Dalam Ramai, Dosa Pada Dinda, Dengan Atau Tanpamu dan Kau Jadikan Tandanya. Lagu Dengar Ella Menyanyi cukup menarik dengan lirik dan melodi yang catchy, mengingatkan aku pada lagu Hani Lempengnya Hangus dan Raksa Pancut Ke Siling (ada dalam album²nyer yang terdahulu). Yang lain², lagu fast beat dan banyak bunyi effect (machine music) seperti Bergelutan dan Revelasikan. Last but not least, lagu ala² nasyid tapi best yang macam aku cakap tadi iaitu Dirgahayu Kerlipan Bintang (also featuring Munif Hijjaz, padanlah pun..) tapi oklah tak macam lagu duet antara Awie dan Raihan tue (apa ntah tajuknya..) featuring Man Kidal. Macam hampeh... Lagu yang satu nie, kalau dengar tenang jerk. Suara Munif merdu ya amat, menusuk ke jantung. Hehehe...

Pilihan aku:
# 1- Penisilin
# 2- Dengar Ella Menyanyi
# 3- Hilang Dalam Ramai
# 4- Dosa Pada Dinda
# 5- Dirgahayu Kerlipan Bintang

Macam aku cakap tadi, aku kan adil dan saksama. So apa yang tak best? Ada gak yang tak best, Masy sure hate this part! (sorry Masy, I have to tell this.. hehehe). Yang tak bestnyer ada beberapa lagu yang mempunyai pengaruh Nirvana yang kuat sangat pada melodinya terutamanya lagu Pilihan. Betullah aku tak tipu, memang ada unsur Nirvana sikit. Satu lagi lagu Kau Jadikan Tandanya yang memang ada bunyi² macam lagu nasyid yang pernah aku nyanyi kat sekolah² dulu, tapi aku tak taulah apa nama lagu nasyid tue. Takdelah sama sangat, tapi ujong² tue ada bunyinya.. Yang lain semua ok! 4 bintang aku bagi untuk Paragon.
Rating aku-

.:Nota Tangan:. – Sapa nak tau.. Masy kan ‘kipas susah mati’ Exists tau.. Giler²nyer susah nak mati.. terutamanya pada Along. Muahahaha...

1 comments:

Anonymous said...

Terima kaseh atas review untuk album Exists - Paragon.

Darkz05
Web Designer Of Exists
www.exists.com.my