Powered By Blogger

11 December 2014

Wafiy, anak Melaka cemerlang di bumi Kenyalang

Bulan lepas pada 20hb sekolah Wafiy telah mengadakan Majlis penyampaian hadiah....




Seperti sekolah2 di Semenanjung, hanya ibu bapa yang anaknya menerima hadiah dijemput hadir...aku rasa macam tak patut je pihak sekolah tak benarkan anak2 yg tidak mendapat hadiah turut hadir. Bagi aku inilah peluang anak2 yang kurang cemerlang ini dibakar semangatnya untuk jadi cemerlang seperti kawan2 lain....tapi tu urusan pihak sekolah lah kan? Aku pulak nak menceceh...hehe

Adalah di luar jangkaan apabila aku membelek2 buku aturcara Majlis penyampaian hadiah tu rupa-rupanya Wafiy dapat hadiah banyak kali..asyik anak aku je lah yg naik pentas....Balik2 bin Afzal Effendy....tak sebut pun nama Umi...jeles tau asyik MC sebut nama Dedi je...hehe...takpe, nanti bila mahu pulang ke syurga, nama Umi akan disebut kan? :D


Best student dalam kelas


Terbaik matapelajaran BM dan PI


Terbaik keseluruhan tahun 2


Terbaik Kelas KAFA

Tengah2 majlis tu kan bila tengok keadaan dewan dan pentas yg dihias cantik, korang tahu tak apa perasaan aku? Aku rasa sedih...kenapa sedih? Sebab aku tiba2 teringat tahun lepas arwah Abah dan Mak datang konvo Master aku....aku tetiba2 terfikir, kalau lah aku yg anaknya baru darjah 2 tapi menerima hadiah macam2 ni boleh berasa sangat bangga dan terharu atas pencapaian anak aku, mesti Abah dan Mak2 kita semua rasa benda yang sama kan? Terutamanya bila kita terima degree ke, master ke, phd ke, anugerah apa2 ke....Dan sekarang baru aku faham kenapa Arwah Abah aku dulu tiap kali org datang rumah, dia akan memberi huraian yg panjang lebar berkenaan kesemua 6 orang anaknya dan adakalanya kedengaran berlebih lebihan aku rasa promosi Abah aku tu...kihkihkih...rupanya dia bangga atas pencapaian anak2 dia...rasa bangga yg mengatasi rasa bangga yg ada di seantero dunia ni...cuma Mak Abah kita ni orang lama, jadi dorg tak pandai nak puji kita berdepan...kena marah depan2 adalah..haha..begitulah rasanya bila ada anak ni, betul lah orang kata kita sukar hendak memahami tindak tanduk mak abah kita sehingga lah nanti kita ada anak sendiri...rasa sayang pada anak itu mengatasi rasa sayang pada orang atau benda lain...rasa sayang yg macam kembang mekar selari dengan setiap nafas yg kita hembus....:)

Ok, berbalik pasal majlis Wafiy...parents pada mulanya disuruh duduk di ruang atas yg disediakan, tapi aku kan pakai hp cap iphone je, takde lah kamera dslr macam yg pakbear punya jadi aku puas pikir macam manalah aku nak ambik gambar Wafiy yg cantik...so disebabkan aku macho terlebih dan malu kurang, so aku beranikan diri turun berhampiran pentas untuk snap photo...btw, actually Wafiy dah bagitau dia prefer Dedi yg pegi majlis dia sebab Dedi boleh ambik gambar cantik...well...obvious sgt la tu yg Umi takde skil fotografi..kehkehkeh...tapi sebagai study partner wafiy, Umi jugak yg pegi...diikuti oleh Dedi beberapa jam kemudian...nasib baik Dedi sampai tepat pada masanya...so dapatlah snap gmbr2 yg cun tapi masih dalam simpanan pakbear la...hahaha...gmbr yg aku share ni snap guna henpon je...

Well done Wafiy...anak Melaka cemerlang di bumi Kenyalang...Umi dan Dedi Love u....

Dah setel semua hal2 penting dalam famili kita nanti, Umi dan Dedi bawak gi holiday...:)

Eh! Next year memang sangat eventful la Wafiy kehidupan kita sekeluarga...huhu...holiday tangguh sampai adik2 semua dh besar la wafiy....tulah Wafiy...wafiy jugak yg dipersalahkan...hehe

2 comments:

imran said...

tahniah dekat adik ni

pB said...

tahniah buat anak dan juga kepada pak bear dan mama bear