Powered By Blogger

17 October 2004

Aktiviti Hujung Minggu


"What does it takes for a man to run into a burning building when everyone else is running out?" Courage! Posted by Hello


Awek aku yang tak ketinggalan nak 'interframe' kerana suka sangat tengok citer nie. Posted by Hello

Hari nie aku ajak awek aku (tunang aku laa kalau nak lebih tepat lagi) gi tengok wayang kat MP. Dalam kepala otak takde special request nak tengok apa² citer. Kitorang budget2 redah jee then tengok apa² citer yang agak² best kat pawagam.

Kitorang nasib baik sebab hari nie tak seramai masa kitorang pergi last time nak tengok citer "The Bourne Supremacy". Pergh.. ramai sangat orang sampai beratur panjang! Setelah aku diselamatkan oleh awek aku yang terperangkap dalam hujan lebat kat Melaka Raya, kitorang bergegas ke MP sebab kalau boleh taknak miss tengok movie macam minggu lepas. Sampai² dah pukul 12.10pm. Awek aku mula² nak sangat tengok citer "The Terminal" sebab dia minat Tom Hanks (sebenarnya aku pun minat ;p), tapi sebab aku dah tertengok cd pirate citer tue kat rumah dia pun tukar citer lain (Ladder 49) nie sambail menjeling tak pueh hati pada aku hehehe.. aku buat muka 20 posen.

Secara keseluruhannya citer nie memang best! Penuh dengan action, ada adengan lucu sikit² dan ada gak drama especially masa part Jack Morrison (lakonan Joaquin Phoenix) dalam dilema untuk memilih antara kerjaya dan keluarga sebab bini dia (Jacinda Barret sebagai Linda Morrison) risaukan kerjayanya yang merbahaya sebagai "fire fighter" tuh. Yelaa.. bini mana yang tak sayang suami! Tambahan lak diorang dah ada 2 orang anak.

Yang paling best masa part action tue. Memang aku respect giler sebab special effects dia memang power. Meletup kiri kanan depan belakang wa cakap sama lu! Lakonan John Travolta sebagai Kapten Mike Kennedy pun memang sangat² tak mengecewakan. Walaupun dia nih dah terkenal sebagai hero dalam filem² dia sebelum nie (especially "Face-off" and "Dragonfly") namun dia tak kisah untuk melakonkan watak sampingan (besar jugak sebenarnya peranan dia nih) di samping Joaquin dan hasilnya wujudnya kombinasi yang mantap bersama² dengan pelakon lain yang menjadikan cerita nie berbaloi untuk ditonton.

Bagi aku kalau ada 5 bintang aku 4 bintang untuk citer nih. So korang apa lagi, kalau ada duit lebih tue gi lah panggung tengok. Tak rugi woo!! Tak caya tanya awek aku.. Hehehe. Untuk maklumat lanjut korang boleh surf kat http://ladder49.movies.go.com.
Rating aku-

1 comments:

Beskal Emas Tua said...

Aktiviti hujung minggu asik tgk wayang je, apa kata ko buat satu movie ringkas bertajuk "Hingga Hujung Minggu". mesti best!