Powered By Blogger

20 October 2004

Hari Bersyukur

Hari nie aku rasa sangat bersyukur sangat kerana penantian aku untuk mewar²kan blog aku kepada kawan² selama ini telah berakhir. Aku tahu sepatutnya aku tunggu lebih lama lagi supaya lebih banyak post yang dapat aku berikan untuk tatapan kawan² aku ataupun setidak² untuk memaklumkan kepada orang lain bahawa aku bukanlah baru ‘setahun jagung’ dalam bidang penulisan jurnal/blog (bergantung kepada penafsiran dan pemahaman korang) ini. Tapi naluri kemanusian aku tak dapat dibendung. Keinginan aku meluap² untuk berkongsi apa yang aku usahakan selama ini kepada kawan². Akhirnya, genap ‘hit’ aku sendiri yang ke-100 melawat blog aku nie (yee.. selama nie aku sorang jee yang surf blog aku sendiri sampai 100 kali!), aku war²kan pada kawan² aku. Aku mulakan dengan memaklumkan pada adik aku pian yang kat Jepun tue, kawan² aku yang ada dalam addresses list yahoo dan hotmail, friendlist aku kat dalam YM dan juga kawan² kerja aku yang rajin surf internet (especially abg goon dan kak shidah). Kawan² dalam phone list aku jee yang aku tak bagitau sebab aku kena ‘sort-out’ list² yang tak berkenaan yang aku rasa diorang tak perlu dan tak hingin pun nak baca blog aku. Apa yang menyebabkan aku lebih bersyukur adalah, blog aku nih menerima respond baik daripada kawan² aku. Walaupun blog aku nih tak seberapa pun tapi yang penting aku happy sangat! Dan disebabkan itulah, hari nie jugak aku telah mendaftarkan diri aku sebagai ahli dalam “Geng Jurnal Malaysia’ iaitu salah sebuah komuniti penulis² jurnal/blog yang paling besar dan glamour kat Malaysia nih. Nom bor pendaftaran aku adalah 1503. Hehehe... bestnyer rasa!

Hari ini jugak aku bersyukur sebab pemeriksaan lanjut pada mak Najah (awek aku) adalah tak seteruk yang dijangka. InsyaAllah dengan izin-Nya beliau akan sembuh semula. Aku happy dan bersyukur sangat masa awek aku call aku bagitau pasal berita nie. Aku tau dia pun gembira sebab aku dapat dengar riak² kegembiraan pada nada suara dia. At least dia takdelah risau sangat sampai menggangu kerja dia. Dia gembira aku pun gembira.


Meja aku kat pejabat! ;p Posted by Hello

Disebabkan aku terlalu gembira (hehe..) hari ini aku akan membongkar salah satu daripada rahsia aku (kecuali kawan² pejabat aku laa..) tentang tabiat aku yang tak reti nak mengemas meja kerja aku. Aku tak taulah.. tetiap hari aku kemas, mesti berselerak balik! Tue yang aku tension tue, lama² aku dah malas nak kemas. Sebenarnya selain daripada sifat malas aku, salah satu sebab yang menyumbang kepada ketidak kemasan tue adalah kerana kerja aku nie banyak main ngan spare-part (komputer). Aku bukak part nie, ganti part tue. Last² kat meja aku laa tersadai part² yang dah rosak tue (ada gak yang ok lagi, aku pun dah konpius mana satu yang elok). Tapi dalam gambar nie aku cubalah jugak sorok sikit². Apa yang korang tengok nie hanyalah 75% daripada yang sepatutnya. Enjoy guys!


Nie pulak meja komputer kat rumah setelah dikemaskan. Hahaha... Meja tue baru beli beb! Posted by Hello

0 comments: