Powered By Blogger

18 October 2004

Air oh Air...


Tragedi kepala paip yang dah 4 hari tak menjalankan peranannya sebagai kepala paip yang taat dan berkaliber. Posted by Hello


Suasana kemeriahan Pasar Ramadhan kat tempat aku. Posted by Hello

Hari nie aku nak cerita sikit pasal ketidakpuasan hati aku dengan mutu bekalan air yang kejap ada kejap takde kat tempat aku nih! Aku bengang betul.. bila time² puasa nie laa air pulak asyik takde jee. Kalau ada pun air tengah² malam tue, airnya halus jee macam air kencing. Memanglah bukan aku yang tunggu air tue sampai 2 3 pagi, tapi kesianlah gak kat mak bapak aku. Nak membasuh baju, nak memasak punyalah susah.

Takyah nak cakap banyaklah.. korang tengok jee aku nih, dah 4 hari 4 malam mandi air kena catu tau tak?! Mula amik segayung, curah 'burrrr'.. pastue terus sabun. Lepas sabun tue dapatlah mandi lagi 2 3 gayung. Pergh.. punyalah menderita. Aku nie dahlah stok kalau mandi memang tak ingat. Suka lama². Nak buang air pun susah.. aku nie bukan jee setakat nak buang air, air tu kena catu... proses pembuangan air tue pun aku kena catu jugak tau tak. Nasib baik tak kena sembelit. Hehehe.. Kenapa ek.. tragedi (Macam Tragedi Buah Epal Lak) nie terjadi? Tue baru puasa, korang tengoklah nanti masa nak raya nanti. Lagilah azab!

Anyway, lupakanlah pasal tragedi takde air nie. Kalau aku membebel pun memang tak ke mana. Kepala paip kat rumah aku tetap berkarat macam tue jugak. Apa² hal pun rasanya aku patut bersyukur sebab mungkin kat tempat aku jerk yang takde air kot. Biarlah bersusah sikit.. (tuelah dulu masa banyak air tak ingat! hehehe...). Kalau dibantainya satu Melaka takde air macam masa tahun 1995 dulu macam mana? Lagi susah. Sampai kering Kolam Durian Tunggal ngan Kolam Machap tue!

Aku konfiden kat tempat aku jee takde air sebab tadi masa aku pergi Pasar Ramadhan kat daerah aku nih, aku tengok orang berpusu² jee seperti biasa. Takdepun nampak muka macam tak mandi. Takde plak aku tengok baldi²/tong² air apek yang besar tue tersadai depan rumah. Menunggu bekalan air subsidi daripada PAM. Okeylah tue.. Alhamdulillah.. Eh, aku dengar macam bunyi air jee daripada paip depan rumah aku tue. Horeyy!! Buat seketika rungutan aku nih mungkin Tuhan dengar. Baik aku gi mandi cepat. Badan pun dah bau 'bacin' nih!!

1 comments:

Beskal Emas Tua said...

rindunya pada pasar Ramadhan..