Powered By Blogger

12 February 2005

Encik Pemandu Teksi

Baru-baru ini aku ada terbaca sebuah entri di blog seorang teman yang menceritakan perihal teksi dan KL. Yang mana antara lainnya menurut beliau, teksi dan KL ini adalah 2 elemen yang tak dapat dipisahkan terutamanya apabila kita bercakap mengenai kesesakan di jalanraya dan alternatif untuk bagaimana untuk sampai ke sesuatu tempat itu dalam kadar segera. Apatah lagi kalau kita tidak mengetahui lokasinya dan apa yang ada hanyalah sekeping kertas yang tercatit alamat tempat yang nak dituju. Kepada siapa lagilah yang hendak dirujuk kalau tidak kepada abang ataupun pakcik teksi.

Namun bagi aku, ada satu kisah mengenai TEKSI ini yang aku tak boleh lupakan sampai bila-bila...

Aku ingat lagi pada suatu pagi beberapa tahun yang lepas. Pada ketika itu, Najah masih lagi sedang menghadapi tahun-tahun akhirnya pengajiannya di GH. Kebetulannya aku pun mempunyai urusan di KL dan memerlukan beliau untuk menghantar aku ke tempat berkenaan (nie kes menumpang kasih laa nie..) dengan syarat, setibanya aku ke Puduraya, aku perlu mencari jalan sendiri ke GH dan dari GH Najah akan bawa aku ke destinasi yang sepatutnya.

Sejurus turun dari bas di Puduraya, aku segera bergerak ke bahagian hadapan bangunan untuk mencari teksi. Dalam pada melilau-lilau mencari teksi, memang sengaja aku mengadjust mode muka aku kepada mode semi automatik konfiden supaya tak nampak sangat aku nie cam orang luar. Sebab apa aku selalu terdengar cerita pasal kes pemandu-pemandu teksi di KL nie yang sering menjadikan orang-orang yang luar daripada KL (yang kurang arif pasal selok belok jalan KL) sebagai mangsa cekik darah mereka.

Nak menarik perhatian pemandu teksi bukannya kerja yang sukar. Bermodalkan beg yang sederhana besar dan muka yang terpinga-pinga, senang sangat kita disapa oleh ramai pemandu-pemandi teksi yang sedia kala mencari makan di kawasan itu. Macm pelakon popular plak lagaknya...

"Encik mahu pergi mana?",
Dalam banyak-banyak pelawaan menaiki teksi mereka, pelawaan yang satu ini menarik perhatian aku. Cukup dengan hormat dan sopan-santunnya. Orangnya sederhana besar, berbangsa India tetapi berperwatakan cukup kemas dengan jaluran rambut yang agak nipis dan beruban di kepala. Bahasa Melayunya cukup fasih.
"Hurm.. yang nie nampak muka boleh percaya sikit...", getus hati aku.
Encik pemandu teksi membuka pintu belakang sambil memberi isyarat mempelawa aku masuk.
"Takpe... saya akan duduk depan", memang begitulah tabiat aku. Aku kalau naik teksi berseorangan, aku lagi suka duduk di hadapan, sebelah pemandu. Terasa lebih mesra dan selesa untuk berbual.

"Encik dari mana, hendak ke mana?", encik pemandu teksi memulakan bicara.
"Saya dari Gombak, ada temuduga di GH", aku menipu untuk mengelakkan dari termasuk perangkap pencekik darah. Memang aku asal kecilnya dulu menetap di Gombak pun dan memang aku dah sediakan jawapan tue awal-awal sebagai langkah berhati-hati.
"Sekarang nie jadi pemandu teksi susah... orang sudah tidak percaya dengan kami",
adu encik pemandu teksi.
"Kenapa pulak?", aku baling umpan artificial...
"Ramai pemandu teksi yang jahat-jahat, suka cekik darah. Sekarang orang sudah tak percaya nak naik teksi.", ujar beliau lagi.
"Yelaa... ada pemandu teksi yang menipu, macam mana orang nak percaya lagi. Tapi uncle, meter teksi nie boleh modified ke, camner diorang boleh tipu pakai meter ek?", perbualan jadi semakin menarik. Saja aku nak korek rahsia encik tue, kot-kot kalau aku masuk perangkap, tahulah aku helah mereka.

"Encik, ini meter memang tak boleh bukak untuk modified punya. Sebab apa, kalau kita bukak ini meter, dia punya seal nanti pecah. Nanti JPJ ataupun polis tahulah yang kita dah modified ini meter", encik pemandu teksi pecah rahsia.
"Dahtue, camner diorang boleh adjust meter nie sampai boleh charge mahal-mahal walupun ikut meter?", aku korek rahsia lagi.
"Diorang pandai, kadang-kadang diorang (merujuk kepada pencekik darah tadi) letak ada satu wayar kat sini... ataupun kat sini... kadang-kadang ada yang taruk kat sini", sambil menunjukkan tempat-tempat strategik kat mana nak sorokkan wayar tue. Aku jeling sekali lalu jee..
"Nanti, kalau passenger tak perasan, diorang tarik wayar nie boleh kasih shot dekat itu meter. Sekali tarik 10sen, 2 kali tarik 20sen... banyak-banyak kali tarik, beringgit-ringgit diorang boleh dapat.", sambil menggayakan bagaimana caranya diorang buat aksi mencekik darah secara terang-terangan.
"Oooooohhh.. camtue! Patutlah orang tak perasan", jaga ko pencekik darah, aku takkan tertipu dengan tipu helah korang lepas nie. "Rahsia korang dalam tangan aku", dengan riak dan takabburnya hati aku.

Dalam seronok bercerita tue tak perasan dah sampai GH. Aku tahu dari Puduraya ke GH memang tak jauh pun dan jalan yang encik pemandu teksi tue bawak aku tadi pun memang jalan yang selalu kami lalu kalau menaiki kereta Najah.
"Encik sudah sampai... mana mau turun?", lega aku dah sampai dengan selamat. Tak sia-sia aku pilih pemandu yang sopan-santun dan peramah cam encik pemandu teksi yang satu nie. Sembang punya sembang dah sampai. Hilang sekejap gundah di hati.
"Turunkan saya kat sana tue", aku tengok meter dan aku hulurkan jumlah seperti yang tertera di meter.

Aku SMS Najah mengatakan ketibaan aku di tempat seperti yang telah dijanjikan.
"Awal awak sampai, naik teksi ehh... berapa dia charge awak?" tanya Najah
"Ha'ahh.. RM17.50", balas aku. Najah buat muka tercengang.
"Apsal buat muka camtue, mahal ke murah RM17.50 tue?", saspen...
"Mahal laa... awak dah kena tipu!",
argghhhh!!!!

Aku dah agak dah... patutler aku pun rasa cam mahal jee tambang aku padahal kannya jauhpun. Manaler aku tau. Aku ingat itu standard harga bagi jalan sejauh tue. Terkena jugak aku!
"Ciss.. binawe nyer encik pemandu teksi! Dalam ko cerita-cerita tipu helah ko tue ko kenakan aku ye. Ampesss!", ammarahku mencecah ubun-ubun...

Sekembali di Melaka, aku tanyakan pada teman aku yang biasa ulang alik Puduraya ke GH kerana membawa anaknya yang mengalami leukimia. Dan daripada respond yang aku dapat, chargenya sekitar RM4.50 ke RM7.50 jerk... (kalau tak silap aku laa..), *&%$#@ ... Aku rasa cam akulah penumpang teksi paling bodoh dalam Malaya masa tue!! Arghhhh....

Sekian, Wassalam. :p
----------
Baru pulang dari menjenguk sahabat-sahabat GeJu di KLD. Nampaknya mereka sedang riang gembira bersama keluarga di sana. Padan muka dengan korang dan aku yang tak pergi! Huhuhu...

Takpe-takpe, at least merasa jugak aku makan nasi lemak, ayam BBQ, ikan bakar (yang sedap dan membangkitkan selera, timakasih TOK dan Kak G yang mempelawa...), melihat gambar-gambar dan tayangan video eksklusif (aksi kena pukul gangster Kulai kat tepi tasik yang paling ngerii!) KLD 1 dan KLD 1.5 dan juga pemeriksaan 'angin' dalam badan dari tuan punya KLD secara percuma. Jangan jeles!!

Untuk laporan lanjut... nantikan tuan-tuan punya badan sendiri balik dari KLD, baru boleh cerita. Sebab Basrie Bro kata tak aci diorang yang lenguh-lenguh dan calar balar beraksi, aku yang usung perut (dah lah FOC) jee nie plak yang cerita.. Ngehngehngeh.. Tungguuu!!!

.:Nota Tangan:. - Trauma naik teksi sampai sekarang....

0 comments: