Powered By Blogger

Happy Birthday Umi!

Upacara bergambar dengan cupcake sempena birthday makbear pada 4 Jan 2013

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Percutian yang tak dirancang di Colmar Tropicale, pada 16-18 Nov 2012

Disneyland Hong Kong

We made it!! Hong Kong Disneyland 17-22 Nov 2011

Hari Raya Aidilfitri 2012

Huda asyik melalak je, so amik gambar pun lebih kurang je! Hehehe

Selamat Hari Lahir Waseem 2012

Sambutan birthday Waseem di Taska Permata. Cake Barney yang begitu menarik perhatian!

09 March 2006

Kisah Benar Ronald McDonald

Ini adalah sebuah kisah benar yang telah diberi suntikan mesra pembaca.

Jam 9.00 mlm, di sebuah gedung membeli-belah.

"Bagi saya cuba saiz 8" pintaku pada promoter.

Kasut saiz 8 dengan potongan yang berkenan di hati sudah di tangan. Aku buka kasut lusuh yang sedia mebalut kaki. Aku cuba-cuba sarung kasut baru. "Ahh.. sedang elok", sambil berkira-kira harga kasut setelah ditolak diskaun 30%.

"Ok, saya amik yang ini", aku menyerahkan semula kasut berkenaan untuk dituliskan resit. Sesambil itu tangan meraba-raba mencari kasut lusuh di kaki kerusi. Tiada!

"Aik.. sudah, kasut lusuh kepam tue pun ada orang nak curi ke?".

Tiba-tiba aku nampak sesusuk tubuh jalan terkedek-kedek macam Ronald McDonald di baris-baris kasut cantik bergaya. Kasutnya besar sungguh! Tak sesuai dengan tubuhnya yang molek. Aku berkira, saiznya kasut itu mesti saiz 8, bukan untuk tuan punya kaki yang mungkin bersaiz 4. Dia berpaling sampai melemparkan senyuman. Nampak selesa sungguh begitu.

"Ahh.. sifat keanak-anakan di sebalik wajah seriusnya itulah yang sentiasa menambat hatiku", aku balas senyuman MakBear sambil menggamit-gamit tangan supaya dia menyerahkan semula kasut lusuhku.

Itulah hobinya, menyarung kasut aku yang besar. Mungkin dalam kasut tue dia rasa jari jemari kakinya lebih panas, seperti kucing yang suka berdiang di tepi dapur kayu. Macam koko panas?

Tamat. Noktah.

Daerah Terpencil

Otai blog kata, kalau kita lama tak tulis blog, kita akan kehilangan peminat. Ahh.. tidak apa, aku bukannya ada peminat pun. Hiks.

Maaf, teman. Aku berlama-lama meninggalkan blog nie tidak berusik. Bukannya sebab dah hilang ketagih tapi sibuk dengan rutin. Rutin yang lebih dari biasa.

Selepas 2 minggu berhempas pulas menyelesaikan projek, aku mengambil cuti panjang hampir sepuluh hari. Ada orang ingat MakBear dan nak terbersalin, haha.. lawak la. Belum lagi kawan. Lama lagi. Ternyata ada yang sudah tidak sabar.

Aku menghabiskan cuti, berlama-lama di negara jiran. Menziarahi susur galur saudara serumpun sebelah MakBear. Seronok? Aku rasa seperti melemparkan diri sendiri ke daerah paling terpencil aku pernah jejaki. Tetapi percayalah, sampai hari ini detik di daerah itulah yang paling aku rindui.

Daerah yang aku rindui itu bernama Pacitan. Bila teman bertanya di mana Pacitan? Kat Sumatera ke? Best ke?
"Pacitan itu daerah yang paling terpencil dan paling selatan sekali di Kepulauan Jawa. Letaknya kiranya 12 jam perjalanan darat dari Kotaraya Jakarta dan 4 jam perjalanan dari Solo. Bentuk muka buminya berbukit bukau mcam naik turun Cameron Highland. Daerah yang sungguh terpencil dan sunyi", jawab aku. Tidak sepadan dengan soalan yang bertubi-tubi aku terima. Teman hanya ternganga membayangkan.

Aku tersenyum. Cukuplah. Pengalaman yang selebihnya takkan dapat dibayangkan kalau kau tak berpijak sendiri di daerah sunyi itu. Ahh.. terima kasih pada Yantor dan Hiru yang sudi menerangkan maklumat penting ini kepada aku.

14 February 2006

Tempat Simpan Phonebook

12.35pm.

Matahari terik membakar ubun-ubun. Orang bersimpang siur. "Ramai sungguh manusia, mesti feymes keluarga dia nie", aku.

Mata mengitar bundar, mencari batang tubuh yang mungkin dikenali. Segala objek bergerak di hadapan mata dirakam dan diproses, namun masih belum berhasil mengecam seorang pun manusia yang termasuk dalam kategori teman taulan hatta musuh durjana sekalipun.

Seketika baru dapat berjumpa dengan tuan punya majlis. Belum bersiap lagi. Masih berbaju melayu warna biji kundang dan sampin terikat kemas, simple (tiada bunga-bunga ala-ala P. Ramlee). Ramah melayan tetamu.

Dari jauh bila terpandangkan aku, si Azmir sudah tersenyum meleret. Iya, aku kenalan dari sekolah lama yang pertama sekali sampai ke rumahnya (atau mungkin yang kedua - Zaidi). Bersalaman sambil mengucapkan tahniah, berbual lebih kurang, aku berundur sikit memberi ruang kepada Azmir untuk menguruskan apa-apa yang patut.

Agenda pertama dah selesai. Agenda kedua belum lagi, iaitu makan. Aku mengetet-ngetet sms, risau teman-teman yang lain belum tiba. Mana sedap makan sorang-sorang.

1.30pm.

Makin ramai kenalan yang datang. Majlis kahwin seperti ini, selain meraikan raja sehari, yang paling best lagi ialah berjumpa dengan teman-teman sekolah yang lama. Dah macam reunion pula.

Aku datang sorang, Azizal datang sorang (sebab bininya dalam pantang) dan Mozack pun datang sorang. Hanya Huzaimy saja yang dah berkahwin angkut anak bini ke rumah Azmir. Azizal kata senang jee "orang rumah duduk rumah laa..".

"Najah on-call", aku.

Suasana makin kecoh bila, makin ramai yang datang. Edi datang dengan emaknya. Dah sedikit kurus. Jambangnya dulu kalau aku jumpa berserabut tidak terurus, sekarang sudah semakin kemas. Cuma bulu atas kepalanya tue yang aku tengok dah semakin kurang. Nampak jendul sikit dahinya. Semakin luas.

"Din, no telefon ko masih yang 566**** tue kan?", Edi. Lewat menjabat tangan.

"Ha'ah.. ingat lagi ko yee", Din. Menambahkan pelik kitaorang sebab kalau iyepun si Edi dengan Din pernah berhubung, itu mungkin 9-10 yang lepas. Takkan dia ingat lagi. Kuat betul ingatan Edi.

"OooOOo.. baru aku tau apa guna dahi luas kau nie.. tempat simpan phonebook rupanya!", Azizal; merujuk dahi Edi yang jendul!!

10 February 2006

Aku Bilang Dulu

Pagi tadi. Aku bilang pagi tadi. Masa pulang dari bersarapan.

Jalan kaki.

Ketika melangkah tangga-tangga kecil, curam ke bangunan pejabat, anak mata menangkap kelibat sepasang mat saleh yang hendak menuruni tangga yang sama.

Woah, seksi sungguh wanita mat saleh itu. Perutnya sedikit buncit (mungkin pregnant). Tapi masih lagi seksi berskirt jeans pendek dan berbaju sendat warna putih.

Berdasarkan keadaan kami yang sedikit mendongak (kan aku dah bilang tadi tangga itu curam?) ketika memanjat kaki-kaki tangga aku sempat berbisik pada teman di sebelah, "silap-silap haribulan nampak *kutaknya nanti nie..".

Ops!! Kan aku dah kata.. Astaghfirullahal Azim!

Dulu aku memang mahir dengan subjek pelan dan dongakan. Aku bilang dulu!

Nota(*): Di kalangan kami kutak tue adalah underwe*r.

31 January 2006

Detik Baru.. Salam Hijrah

Tahun baru detik baru. Dah baca doa akhir dan awal tahun?

Argh.. Badan aku sedang menanggung akibat keghairahan melampau semasa kunjungan kami ke rumah sahabat di Alor Setar 28 & 29 Januari lepas. Keletihan memandu 6 jam pergi dan balik Melaka-Alor Setar-Melaka, baru sekarang merayap ke urat belikat dan otot tubuh.

Keseorangan akibat ditinggal bini (on-call) menyebabkan semakin mudah aku dilanda depression rekaan sendiri.

Ahh.. Biarkanlah, selepas badan terkena cucran air sejuk dari pancuran pasti akan terasa segar. Tambahan masih ada beberapa lagi urusan yang perlu aku selesaikan selepas ini. Mungkin kemudiannya akan pulang ke kampung menjenguk anak-anak buah baru.

Tahniah kepada Farah dan K. Semoga detik baru ini menjadikan kehidupan kalian lebih girang bermakna! Cepat menimang cahaya mata.. :)

Salam Tahun Baru Hijrah 1427!

27 January 2006

Hari Bersejarah Yang Bersejarah

Amir Zaqwan namanya..

Bayi yang seberat 2.8kg nie dah tak sabar-sabar untuk melihat dunia! Tak sabar hendak berkawan dengan Adam Syahmi.

Amir tahu neneknya nak balik haji pada 21 Januari, dia dah keluar dulu 2 hari awal (19 Januari 2006) menyebabkan mak aku di Tanah Suci tak sabar-sabar nak balik untuk menatap wajah-wajah 2 cucunya.

Aku ingat dah cukup bersejarahlah nie dapat 2 orang anak buah lelaki dalam tak sampai 2 minggu! Tapi rupanya mak dan ayah aku lagi mencatat sejarah apabila penerbangan kembali ke tanah air hampir 5 kali ditunda atas sebab-sebab yang tak dapat dikenal pasti! Dramatik sungguh..

Aku yang sepatutnya jadi tukang jemput mak ayah aku juga terpaksa 'mendramatikkan diri' apabila dipaksa menelefon Pusat Gerakan Tabung Haji beberapa kali untuk mengesahkan masa ketibaannya. Dari sepatutnya pada 21 Jan jam 5.00am ke 23 Jan jam 1.30a.! Tak ke jauh tunda tarikhnya? Sampaikan kenduri kesyukuran kami ditunda 2 kali dan akhirnya terpaksa buat juga pada 22 Jan walaupun insan-insan yang 'nak disyukurkan' tue tak jejak pun kaki di Malysia! Bersejarah tue..

"Balik dululah yee.. tunggu pengantinnya tak sampai-sampai lagi", orang-orang kampung mengusik nakal.

Sudahnya pada zohor 23 Jan tue buat lagi sekali kenduri syukur dan doa selamat. Takpelah, janji semuanya selamat sampai dan mak bapak aku berada dalam keadaan sihat walafiat.

Suka betul mak ayah aku bila disambut oleh 2 orang cucu sulung. Mak aku kata, rombongan yang sama kepulangannya dengan mak aku semua dah tau mak aku tak sabar melihat cucu bila pulang ke Malaysia. Sudahnya bila Tabung Haji asyik tunda jee penerbangan, semua bersorak.. "Alahai, kesian cucu nak tunggu neneknya lama tak sampai-sampai!".

Begitulah kecohnya bila nenek dan cucu tak sabar nak bertemu! Tapi jangan salah paham yee.. Amir Zaqwan tue anak sulung abang aku (yang sanding sama dengan aku aritue). Pada siapa yang dah lupa, Adam Syahmi tue pulak anak sulung adik perempuan aku. Anak aku?? Coming soooonnn!!! :)

Tak mainlah keluar beramai-ramai nie! Hehehehe

25 January 2006

Kelmarin & Semalam

Kelmarin.

MakBear demam teruk. Menggigil, batuk dan selsema. Kemabukan mengandung juga semakin mejadi-jadi. Sejak kebelakangan ini selalu muntah dengan banyak. Dahsyat sungguh bunyinya. Kalau orang-orang tua cakap 'muntah belelah', muntah yang dah takde apa-apa lagi nak keluar sampai lembik.

MakBear menafikan muntahnya itu disebabkan dia mengandung tapi hanyalah kerana demam yang tak mahu kebah. Tapi aku agak yakin gejala muntah-muntah itu berkait kuat dengan pembawaan baby dalam kandungan sebab menurut mak mertua aku, dulu dia pun kalau mengandung memang teruk mabuknya.

Kelmarin adalah puncak bagi segala kesabaran dan kekhuatiran aku. Aku bawa juga MakBear ke klinik setelah ubat yang MakBear beli sendiri di farmasi sebelum ini tidak menunjukkan kemajuan. Aku risaukan MakBear, aku khuatirkan baby dalam perut MakBear yang dah 3 bulan lebih tue.

Dr. bagi banyak ubat. Macam-macam. Untuk MakBear dan juga untuk baby. Kemudian aku mintak scan baby. Aku nak tengok sendiri keadaan baby setelah scanning terakhir yang dibuat pada minggu ke-9 lalu.

Alahai.. imej baby nampak besar sungguh di paparan skrin. Walaupun hakikatnya hanya beberapa cm sahaja besarnya. Lasak sungguh! Mengingatkan tabiat aku yang suka bergolek-golek ketika tidur. Kakinya menendang-nendang, tangannya terangkat-angkat seperti Tunku melaungkan kemerdekaan. Nampak sihat dan cergas sungguh walaupun MakBear sendiri mengaku belum dapat merasai sentuhan penuh listrik itu.

"Sayang makan ubat tau.. jangan "skip-skip". Jaga kesihatan, baby pun sihat nanti", aku pimpin tangan MakBear keluar dari klinik. Hati menghela lega.

Semalam.

Aku sengaja mencari-cari maklumat di google mengenai pregnancy nie, tetiba aku ditemukan dengan blog Dr. Max. Aku tau Dr. Max nie kakak MJ. Aku tau mengenai pemergian Adam yang direlakan dengan berat hati oleh Dr. Max pemergiannya kembali ke sisi Si Pencipta dengan keramat 'kun-fayakun' pada Ramadhan yang lalu.

Aku tergerak untuk membaca blog beliau. Aku baca dan cuba selami perasaan Dr. Max. Ahh.. sungguh pilu. Tercarik seribu perasaan aku. Tak sanggup aku habiskan catatan arkib pilu beliau. Usai aku mencapai h-set dan mengetuk-ngetuk papan kekunci..
"Abg bc weblog dr.max, dia kakak MJ. anaknya meninggal sbb 'prematurity 26 weeks'. kesiann.. sedih abg. ayg jaga kesihatan & baby baik2 tau.. luv u".
Aku send sms pada MakBear.

Aku tahu, aku ditemukan dengan blog Dr. Max ada hikmahnya. Allah taknak aku terlalu gembira dengan nikmat yang diberikanNya. Doa aku panjatkan semalam-malam agar segalanya selamat dan sempurna.

Al-Fatihah untuk Adam.

Tak Malu Sungguh

MakBear: Keluarga Muhammad Taufik tuntut pampasan gantirugi RM130,000 sebab anggota JPJ baling kerusi, cedera jatuh dari motorsikal.

Aku: Alahai.. tak malu sungguh nak tuntut pampasan. Cedera pun dah kira bagus, kalau dibiarkan anaknya berlumba haram, mati sebab lumba haram jee gamaknya!

::BACA::

19 January 2006

Buli.. Balik


Afdlin Shauki telah berbesar hati untuk menjemput para komuniti blog untuk sama-sama menonton keunikan filem Buli Balik arahan beliau sendiri. Tayangan ini adalah istimewa untuk komuniti blog yang mana anda berpeluang untuk menonton filem Buli Balik lebih awal dari tayangan biasa.

Kapasiti panggung untuk seramai 200 orang sahaja. Tempat adalah terhad.

+++

Lusa pagi, mak abah akan balik dari Tanah Suci. Aku berdoa semoga semuanya selamat dan tugas aku untuk menjemput serta membawa mak abah pulang ke rumah juga berjalan dengan lancar, seadanya.

Susah aku nak gambarkan perasaan aku sekarang ini.

Dulu masa mak dan abah berangkat ke sana, aku betah menangis. Tapi adakah kepulangannya nanti akan kusambut dengan mata berkaca? Aku tak tahu... Yang pasti ada sedikit ruang kelegaan.

17 January 2006

Ular Jantan

Rumah di kampung dah lama ditinggalkan kosong. Kalau sekali sekala di hujung minggu aku pulang ke sana, baru berkesempatan menjengah. Di keliling rumah, daun-daun berserakan. Lantai kusam dan penuh dengan tah* ayam. Masuk ke dalam rumah pun, hendak bernafas sudah rasa kurang selesa. Berhabuk.

Jadinya minggu lepas kami membuat operasi mengemas. Pembahagian tugas, aku di bahagian luar, adik aku di bahagian dalam dan MakBear di tandas. Bukannya sebab aku tak sayang MakBear sampaikan aku suruh di bersih tandas, tapi sebab tandas yang paling kurang tuagsnya. Lagipun bukannya kotor sangat pun tandas tue. Tapi MakBear taknak.

"OooOOoo.. awak takut ular hijau yang merayap kat pintu tandas dulu kan?, hahahaha"

MakBear takut, di kena sergah dengan ular hijau masa buang air kec*l minggu-minggu lalu. Aku tak sempat pukul sebab dah lari naik ke atas bumbung. Maksudnya sehingga sekarang, ular hijau itu masih selesa bermastautin di ruang atas rumah.

Sudahnya MakBear tak pernah berani nak menggunakan tandas yang satu tue (guna tandas lain, nasib baik ada 2 tandas), kecuali kalau aku temankan. Peliknya kalau aku guna tandas tue tak pernah pulak terjumpa dengan ular hijau.

Sah ular tue ular jantan!

12 January 2006

Kehadiran Yang Memeriahkan

Inilah wajahnya anak buah aku yang juga secara tak langsung merangkap sebagai cucu pertama kepada mak dan abah. Namanya Adam Syahmi bin Muhammad Rizal iaitu anak kepada adik aku, Oja. Telah diberikan keizinan oleh-Nya untuk melihat dunia pada tanggal 8 Januari 2006 jam 10.00pm kurang lebih dengan berat 3.08kg.

"Mak.. abah, cucumu sudah selamat dilahirkan", laungku pada mak abah yang berada jauh di tanah suci. Kebetulan semenjak Adam lahir, takde pula mak dan abah telefon. Sebelumnya selalulah juga.

Perihal aku..

Aku tak pernah fikir yang aku akan sebegitu excited bila melihat Adam. Yelah, gembira juga (sebab segalanya selamat) tapi aku tak sangka aku akan segembira ini. Mungkin sebab dah lama tak lihat dan pegang baby yang baru lahir macam Adam. Pipinya lembut... baunya sungguh asli.

Aku dakap dan rangkul baik-baik Adam, tapi aku tak sangka yang lehernya sebegitu lembik. Mungkin aku sedah terlupa, padahal masa dulu-dulu, aku cekap sungguh mengendalikan baby yang sekecil Adam nie.

Adam Syahmi, kehadiranmu pasti memeriahkan lagi keluarga kami.

11 January 2006

Sebenarnya..

Salam Aidiladha!

MakBear suka baca novel. Sangat suka! Novel yang dibeli tak laa banyak, tapi yang dipinjam dari kakak-kakaknya banyak. MakBear kalau baca novel baru, tak tidur sampai siang pun takpe (pening kepala besok paginya, lain cerita). Buku setebal 700 mukasurat, sekali hadap jee dah habis.

Aku pun suka membaca. Macam-macam bahan bacaan. Selalunya aku banyak baca kat internetlah. Tapi satu tabiat aku, sebelum tidur pun aku suka membaca. Mesti nak baca sesuatu. Memandangkan dekat meja kecil tepi katil tue memang ada novel MakBear, aku bacalah novel.

Tapi aku bukan pembaca tegar. Satu malam dapat satu chapter dah kira bagus. Paling sikit 1 muka, paling banyak 30-40 muka. Kata MakBear, "kalau macam tue, mau makan tahun baru habis satu novel!".

Aku tak kisah, sebab aku bukan pembaca hardcore.

Dah jadi tabiat MakBear pula, setiap malam bila dia nampak aku pegang novel, dia akan tanya aku dah baca sampai mana (sambil mengutuk aku). Selalunya aku ngelat, kalau baru baca 26 mukasurat, aku katakan 62. Kalau 102 mukasurat, aku katakan 201! Hahaha..

Al-kisah suatu malam, MakBear bertanya lagi. Dalam diam aku terbalikkan novel. Aku kata, "tengok nie, abang baca dah banyak", sambil menunjukkan helaian mukasurat novel di tangan kiri aku lebih tebal dari tangan kanan (sebenarnya mukasurat di tangan kiri bermula dari 704-103)!

06 January 2006

Hepi Besday!

Sebuah entri tertangguh.

Seperti semua sedia maklum, 4 Jan aritue adalah besday MakBear. Aku dah merancang surprise untuk dia. Walaupun MakBear pernah beritahu aku yang dia tak kisah aku meraikan tarikah penting itu bersama dia atau tidak atau membelikan hadiah yang mahal-mahal, cukup sekadar ucapan 'selamat hari lahir' dan doa yang baik-baik. Namun, sebagai lelaki, apatah lagi tahun ini kali pertama kami menempuhinya sebagai suami-isteri, aku mesti lakukan sesuatu. Setidak-tidaknya lebih baik dari tahun lepas (tahun lepas aku hadiahkan di rantai emas).

3 Jan 2006 //80.30pm
MakBear on-call malam nie. Aku ke Secret Recipe untuk menempah kek dan juga survey hadiah untuk MakBear. Aku tahu sudah agak terlewat, tapi hambatan masa menyebabkan aku terpaksa mencuri-curi peluang yang ada. Aku tempah kek coklat yang apa ntah namanya tue. Luarnya coklat dan dalamnya lapisan coklat dan coklat putih.

//10.30pm
Mengadap komputer. Aku sedang usahakan satu projek video khas untuk MakBear. Harap boleh siap menjelang petang besok.

//11.59pm
Call MakBear ucapkan hepi besday.

4 Jan 2006//12.00pm
Sepatutnya aku ambil kek tengahari nie dan juga beli hadiah. Memang dah kritikal sangat nie. Harap adalah sesuatu yang berkenan di hati supaya senang aku tak payah menjelajah ke 2 3 tempat. YES! Aku dah jumpa apa yang dicari. Sangat praktikal dan sweet. Bagi aku laaa... Aku angkut hadiah tue terus bayar, tak payah pakai troli. Hehehe. Beratnyaa! Ambik kek.. fussss terus balik rumah hantar kek masuk dalam frige.

//1.00pm
MakBear call kata nak balik. Suruh jemput. Aik kata tak balik lunch. Kantoi laa surprise camnie kalau dia tahu aku ada beli hadiah untuk dia. Pergi hospital jemput MakBear dan terus balik rumah. Rahsia 'surprise' tersimpan baik dalam bonet kereta.

//2.00pm
Hantar MakBear pergi kerja balik (aku tak boleh pergi keje lagi sebab projek tak setel lagi!). Lepas hantar MakBear, balik rumah balik untuk hantar kek dan hadiah. Bincang dengan adik untuk memastikan perjalanan projek.

//5.00pm
Jemput MakBear balik. Aku buat macam takde apa-apa. MakBear pun macam tak kisah jee. Dalam kereta aku tanya, ada tak kawan-kawan keje yang wish hepi besday. Dia kata ada, cam gitu-gitu je laaa. Sampai rumah aku buka pintu... SURPRISE!!

p/s: Apa yang surprise? Tunggu aku upload gambar dulu.. Bersambung.

'Features -add-image' kat blogspot nie macam hampeh! Asik tak jadi jee bila aku nak up (tue yang lambat tue). Last-last aku up kat fotopages jelah.


04 January 2006

Tidak Akan Disambung

Hari nie besday MakBear! Tapi sejak pagi semalam (lepas aku hantar dia g kerja), aku memang tak jumpa pun MakBear lagi. Rindunya..

Malam tadi tidur tak lena sebab teringatkan MakBear sorang-sorang kat bilik MO tue. Pun tidur terkejut-kejut sebab hadiah untuk MakBear tak beli lagi (tengah pening nak bagi hadiah apa?) dan sedang mengusahakan suatu surprise untuk buah hati pengarang jantung aku tue.

Apa dia? Surprise!!

Bersambung... Entri ini tidak akan disambung atas sebab-sebab disengajakan.

03 January 2006

Video Sama-Sama Menjerit

Semalam, maksud aku kelmarin, masa Gath GJ 2005 di Putrajaya, ada 4 buah video yang telah dipersembahkan untuk mengisi slot persembahan multimedia yang mana durasi untuk setiap video adalah dalam tempoh masa 5-10 minit.

Video-video berkenaan adalah:
+ Video 1-Kawan-kawan Yang Kita Suka oleh Op
+ Video 2-Tutorial Phojournalism for Wedding Shots oleh Tok Rimau
+ Video 3-Kongsi Gelap Ayam oleh SiNaga
+ Video 4-Teruja oleh PakBear

Bukan niat untu meriakkan diri sendiri tapi aku berani kata 4 4 video memang best dan gempak! Tue tak termasuk video ketuk ketampi extra dari Tok Rimau tue (sib baik tok menang AWET, kalau tak melepas nak tengok video yang sebegitu kreatif!).

Yang menariknya bila aku tengok keempat-empat video tue baru aku perasan ada beberapa persamaan terutamanya antara 3 video yang lainnya tue dengan video aku. Antaranya ialah:

+ Video oleh Naga ada subtitle bagi lagu latar yang dimasukkan, walupun lagunya cina tapi subtitlenya melayu, memang best dan di penghujungnya ada perkataan 'TAMMAT'! Sama macam aku punya.

+ Video Tok Rimau ada guna bahasa SMS. Walaupun bahasanya lagi bertaraf tinggi, tapi ideanya sama juga macam aku. (Tak kira, nak sama jugak!). Mungkin aku yang cilok idea nie masa di bagitau aku tentang rancangannya untuk buat video basah masa Projek Basah 2.0 kat Jasin dulu.

+ Video oleh Op, errr.. tak sempat lagi nak perasan apa yang sama. Tapi Op duduk sama meja dengan aku masa video dia ditayangkan! Boleh gitu?! Miahahaa..

Lagi satu, komen-komen kalian masih lagi aku perlukan untuk memantapkan lagi skill eksperimantasi video aku di masa-masa hadapan. Boleh komen di thread Geng Video.

p/s: Tok Rimau, SiNaga, PakBear? Apa persamaan dalam nama mereka? :)

02 January 2006

Video Pendek TERUJA

Trailer Projek Basah 2.0 yang bertajuk TERUJA telahpun menemui tayangan perdananya semasa Gath GJ, pada 1 Jan 2006 yang lalu bertempat di Percint 8 Putrajaya.

Teruja ke tak teruja, korang sendiri yang nilaikan. Walaubagaimanapun, daripada respon yang diterima memang mengharukan aku menyebabkan aku bersemangat untuk segera mengkompilkan keseluruhan video Projek Basah 2.0 (dah 8 bulan aku janji) yang lalu untuk di'let-go' pada kalian. Mungkin 2 vcd. InsyaAllah..

Sudah boleh didownload.


DOWNLOAD SEKARANG! (windows media player)
[ movie-56kbps ][ movie-256kbps ][ movie-512kbps ]

p/s: Vcd basah in the making yeee. Sabarrr!

27 December 2005

Matawang Luar Negara

Semalam ke sebuah pasaraya besar di Melaka untuk membeli beberapa keperluan harian. Setelah memilih barang yang dikehendaki, kami beratur di kaunter pembayaran.

Jumlahnya sekian banyak..

Bila aku serahkan sejumlah wang (untuk membayar), cashier di situ membuat muka sangsi sambil memulangkan semula sekeping not RM1 kepada aku. Ingatkan kami disyaki menggunakan wang palsu, rupanya kami menggunakan not ini:












Hampehkan diorang nie? Boleh tak kalian bagitau aku, apa motif mereka berbuat demikian? Nampak sangat kaya betul orang nie. Ke aku yang salah guna duit matawang luar negara grunge dan anarchy?

26 December 2005

Resepi: Cendawan Kentaki

Resepi segera:
1) Bahan yang diperlukan: cendawan, telur, tepung kentaki.
2) Pukul telur sehingga sebati.
3) Sediakan juga tepung kentaki supaya mudah untuk dicelup.
4) Celupkan cendawan ke dalam telur tadi sehingga rata (cendawan tadi tak perlu disiat-siat).
5) Gaulkan dengan tepung secukup rasa.
6) Panaskan minyak dan goreng sehingga garing (pemukaan kuali tu sengaja dibiarkan berkerak supaya nama cam PB nie rajin memasak! hahaha..)
7) Hidangkan untuk mengisi perut yang kosong dan teringin nak makan ayam. Miahaha!!

23 December 2005

Menten Juara

Aku sebenar nak tulis cerita lain, tapi bila aku baca cerita orang gila kat blog akak nie, aku teringat pulak kisah pasal orang gila kat kampung aku.

Begini kisahnya.

Kat kampung aku dulu ada sorang nie yang kurang waras sikit. Kami panggil dia 'Ali Gila'. Sebab apa kami panggil dia camtue? Sebab nama dia 'Ali' dan dia 'gila' (dulu aku ingat nama dia Ali).

Orangnya kurus, tinggi-tinggi, rambut pendek macam Mawi (aku bukan kata Mawi, macam Mawi) dan suka tersengih-sengih bila pandang orang. Selalunya 'Ali Gila' tak kacau orang. Kalau dia lapar, dia pergi kedai makan. Kala dia rasa nak baca surat khabar, dia minta surat khabar pada sesiapa yang ada surat khabar. Masa aku kecil dulu, aku memang tak pernah ada masalah dengan dia, sebab apa kalau aku nak terjumpa dia aku dah 'cha-alip-bot' (baca: cabut) dulu!

Orang kata disebabkan dia nie gila, so tahap kawalan seksualitinya juga diragui. Kalau tengok amoi cina pakai skirt, meleleh air liurnya. Taulah tue...

Aku pun pernah nampak bebudak sekolah lari lintang pukang bila kena kejar dengan 'Ali Gila' dari lorong-lorong sempit kedai sebab katanya si Ali nak minta cium! Budak lelaki pulak tue! Tapi tue time gila dia dah sampai laa.. kalau tak ok je.

Aku ingat dulu, kat kampung ada sambutan Hari Japerun. Salah satu dari aktivitinya adalah pertandingan tandatangan tercantik. Si 'Ali Gila' pun masuk sebab ada sorang abang tue daftarkan nama, bayarkan RM0.50. Dapat kertas dan pen. Makin panjang sengih dia.

Tup-tup dia menang nombor satu. Orang kata tandatangannya cantik. Tulisan italic sambung-sambung eja R-A-Z-A-L-I membentuk kapal siap serobong asap dengan asap-asapnya. Masa tulah baru aku tau rupanya nama sebenar 'Ali Gila' nie Razali dan dulu dia kerja dalam TLDM. Mungkin dia gila tue sebab tekanan masa kerja atas kapal.

Hebat sungguh Razali, walaupun dia gila tapi tandatangannya tetap laku. Menten juara!

p/s: Razali dah lama meninggal. Dia dijumpai tersembam dalam lumpur tidak bernyawa. Innalillahi.. Al-Fatihah!

22 December 2005

Ayam

Abang Jenal tak makan ayam. Ayam goreng ke, ayam golek ke, ayam ponggeng ke, nasik ayam hatta lauk pauk yang ada hirisan-hirisan ayam. Dia tolak cenggitu jee.

Aku cakap rugi kalau ajak Abang Jenal makan kat hotel ke ataupun dinner di mana-mana. Rugi, sangat rugi sebab hilang satu nikmat di dunia! Macam orang tak suka makan durian. (Hehe aku pun tak suka sangat makan durian!)

Baru-baru nie, KDNHEP umumkan harga ayam naik RM0.20 di seluruh negara. Teman pejabat aku yang lain pula mengeluh, 'ayam pencen' pun dah mencecah RM7.00!

Mungkin tak lama lagi, rakyat Malaysia kena belajar tak makan ayam. Ataupun kerajaan patut ikhtiar mencipta lebih banyak makanan perasa ayam. Contohnya makan sayur sawi rasa ayam.

Tiba-tiba aku rasanya bertuahnya Abang Jenal tak makan ayam.

Aku tak kisah, sebab aku dah ada menu cendawan goreng perasa ayam kentaki. Kalian mahu resepi?