Powered By Blogger

11 January 2006

Sebenarnya..

Salam Aidiladha!

MakBear suka baca novel. Sangat suka! Novel yang dibeli tak laa banyak, tapi yang dipinjam dari kakak-kakaknya banyak. MakBear kalau baca novel baru, tak tidur sampai siang pun takpe (pening kepala besok paginya, lain cerita). Buku setebal 700 mukasurat, sekali hadap jee dah habis.

Aku pun suka membaca. Macam-macam bahan bacaan. Selalunya aku banyak baca kat internetlah. Tapi satu tabiat aku, sebelum tidur pun aku suka membaca. Mesti nak baca sesuatu. Memandangkan dekat meja kecil tepi katil tue memang ada novel MakBear, aku bacalah novel.

Tapi aku bukan pembaca tegar. Satu malam dapat satu chapter dah kira bagus. Paling sikit 1 muka, paling banyak 30-40 muka. Kata MakBear, "kalau macam tue, mau makan tahun baru habis satu novel!".

Aku tak kisah, sebab aku bukan pembaca hardcore.

Dah jadi tabiat MakBear pula, setiap malam bila dia nampak aku pegang novel, dia akan tanya aku dah baca sampai mana (sambil mengutuk aku). Selalunya aku ngelat, kalau baru baca 26 mukasurat, aku katakan 62. Kalau 102 mukasurat, aku katakan 201! Hahaha..

Al-kisah suatu malam, MakBear bertanya lagi. Dalam diam aku terbalikkan novel. Aku kata, "tengok nie, abang baca dah banyak", sambil menunjukkan helaian mukasurat novel di tangan kiri aku lebih tebal dari tangan kanan (sebenarnya mukasurat di tangan kiri bermula dari 704-103)!

5 comments:

Korakora said...

Kalau dalam Gathering Geng Jurnal ada Anugerah Oscar, maka yang menerima Best Documentary Short Subject ialah Pak Bear.
Keputusan penuh Anugerah Oscar di http://bukunota.blogspot.com

Sila naikkan hits Bukunota untuk menaikkan ego aku. Ego aku, kesenangan anda!

Long live Super Ego!!!

Anonymous said...

bukunota, ohh saya sungguh terharu. kemenangan ini adalah kemenangan untuk peminat2 saya semua! miahahaha

Anonymous said...

pak bear,
perempuan memang suka baca novel.
dan seringkali perempuan membayangkan watak di dalam novel tuh sebagai org yang paling disayanginya.
dan perempuan memang berharap agar lelaki dalam hidup dia sekarang adalah romantik seperti dalam novel.
sungguh!!
oleh itu, bacalah novel. jadilah pembaca tegar, cam aku(erk..aku sama gak,pinjam jugak)
langsat

Anonymous said...

langsat, makbear suka baca novel yg her02nya yang mantap2. mcm karya Ramlee Awang Murshid. Hero citer Adam tue apa nama? lagi satu, novel terbaru RAM, bagaikan puteri. best giler..

makbear said...

Hmmm...rindu kisah dulu2...rindu Afzal Najah yg dulu..btw i neva dreamt of having someone like those in novel that i hv read coz i already have a very good one right beside me...huhuhu..tersentuh tak Pakbear ku..