Powered By Blogger

09 March 2006

Daerah Terpencil

Otai blog kata, kalau kita lama tak tulis blog, kita akan kehilangan peminat. Ahh.. tidak apa, aku bukannya ada peminat pun. Hiks.

Maaf, teman. Aku berlama-lama meninggalkan blog nie tidak berusik. Bukannya sebab dah hilang ketagih tapi sibuk dengan rutin. Rutin yang lebih dari biasa.

Selepas 2 minggu berhempas pulas menyelesaikan projek, aku mengambil cuti panjang hampir sepuluh hari. Ada orang ingat MakBear dan nak terbersalin, haha.. lawak la. Belum lagi kawan. Lama lagi. Ternyata ada yang sudah tidak sabar.

Aku menghabiskan cuti, berlama-lama di negara jiran. Menziarahi susur galur saudara serumpun sebelah MakBear. Seronok? Aku rasa seperti melemparkan diri sendiri ke daerah paling terpencil aku pernah jejaki. Tetapi percayalah, sampai hari ini detik di daerah itulah yang paling aku rindui.

Daerah yang aku rindui itu bernama Pacitan. Bila teman bertanya di mana Pacitan? Kat Sumatera ke? Best ke?
"Pacitan itu daerah yang paling terpencil dan paling selatan sekali di Kepulauan Jawa. Letaknya kiranya 12 jam perjalanan darat dari Kotaraya Jakarta dan 4 jam perjalanan dari Solo. Bentuk muka buminya berbukit bukau mcam naik turun Cameron Highland. Daerah yang sungguh terpencil dan sunyi", jawab aku. Tidak sepadan dengan soalan yang bertubi-tubi aku terima. Teman hanya ternganga membayangkan.

Aku tersenyum. Cukuplah. Pengalaman yang selebihnya takkan dapat dibayangkan kalau kau tak berpijak sendiri di daerah sunyi itu. Ahh.. terima kasih pada Yantor dan Hiru yang sudi menerangkan maklumat penting ini kepada aku.

1 comments:

Anonymous said...

langsat.. maunya tak best. free wooo!!! hehehe