Powered By Blogger

19 January 2006

Buli.. Balik


Afdlin Shauki telah berbesar hati untuk menjemput para komuniti blog untuk sama-sama menonton keunikan filem Buli Balik arahan beliau sendiri. Tayangan ini adalah istimewa untuk komuniti blog yang mana anda berpeluang untuk menonton filem Buli Balik lebih awal dari tayangan biasa.

Kapasiti panggung untuk seramai 200 orang sahaja. Tempat adalah terhad.

+++

Lusa pagi, mak abah akan balik dari Tanah Suci. Aku berdoa semoga semuanya selamat dan tugas aku untuk menjemput serta membawa mak abah pulang ke rumah juga berjalan dengan lancar, seadanya.

Susah aku nak gambarkan perasaan aku sekarang ini.

Dulu masa mak dan abah berangkat ke sana, aku betah menangis. Tapi adakah kepulangannya nanti akan kusambut dengan mata berkaca? Aku tak tahu... Yang pasti ada sedikit ruang kelegaan.

2 comments:

Chika Chika said...

alhamdulillah... mak ayah PB da brkesempatan tunaikan ibadat haji. Sonokkan?

nak tgk Buli! Nak tgk Cilok! tapi asyik takde chance ja... Busy la katakan..

Anonymous said...

chika, Alhamdulillah. busy? yelah bakal arkiteklah katakan.. hehehe