Powered By Blogger

14 February 2006

Tempat Simpan Phonebook

12.35pm.

Matahari terik membakar ubun-ubun. Orang bersimpang siur. "Ramai sungguh manusia, mesti feymes keluarga dia nie", aku.

Mata mengitar bundar, mencari batang tubuh yang mungkin dikenali. Segala objek bergerak di hadapan mata dirakam dan diproses, namun masih belum berhasil mengecam seorang pun manusia yang termasuk dalam kategori teman taulan hatta musuh durjana sekalipun.

Seketika baru dapat berjumpa dengan tuan punya majlis. Belum bersiap lagi. Masih berbaju melayu warna biji kundang dan sampin terikat kemas, simple (tiada bunga-bunga ala-ala P. Ramlee). Ramah melayan tetamu.

Dari jauh bila terpandangkan aku, si Azmir sudah tersenyum meleret. Iya, aku kenalan dari sekolah lama yang pertama sekali sampai ke rumahnya (atau mungkin yang kedua - Zaidi). Bersalaman sambil mengucapkan tahniah, berbual lebih kurang, aku berundur sikit memberi ruang kepada Azmir untuk menguruskan apa-apa yang patut.

Agenda pertama dah selesai. Agenda kedua belum lagi, iaitu makan. Aku mengetet-ngetet sms, risau teman-teman yang lain belum tiba. Mana sedap makan sorang-sorang.

1.30pm.

Makin ramai kenalan yang datang. Majlis kahwin seperti ini, selain meraikan raja sehari, yang paling best lagi ialah berjumpa dengan teman-teman sekolah yang lama. Dah macam reunion pula.

Aku datang sorang, Azizal datang sorang (sebab bininya dalam pantang) dan Mozack pun datang sorang. Hanya Huzaimy saja yang dah berkahwin angkut anak bini ke rumah Azmir. Azizal kata senang jee "orang rumah duduk rumah laa..".

"Najah on-call", aku.

Suasana makin kecoh bila, makin ramai yang datang. Edi datang dengan emaknya. Dah sedikit kurus. Jambangnya dulu kalau aku jumpa berserabut tidak terurus, sekarang sudah semakin kemas. Cuma bulu atas kepalanya tue yang aku tengok dah semakin kurang. Nampak jendul sikit dahinya. Semakin luas.

"Din, no telefon ko masih yang 566**** tue kan?", Edi. Lewat menjabat tangan.

"Ha'ah.. ingat lagi ko yee", Din. Menambahkan pelik kitaorang sebab kalau iyepun si Edi dengan Din pernah berhubung, itu mungkin 9-10 yang lepas. Takkan dia ingat lagi. Kuat betul ingatan Edi.

"OooOOo.. baru aku tau apa guna dahi luas kau nie.. tempat simpan phonebook rupanya!", Azizal; merujuk dahi Edi yang jendul!!

5 comments:

Ahmad Hilmi said...

Bear? Hahaha tak sangka aku jumpa plak blog ko. Buat search "akal" kat blogspot ni ha sekali jumpa afxzal.blogspot lak huish... takleh jadi. Citer2 bear pulak tu. Gi main page dah ko citer azmir sah la memang bear yang aku kenai. Lama tak jumpa ko la. Azmir nyer wedding pun aku miss aaa... Anyways sape lagi ada dalam blog ni aaa???

-Hilmi Jaafar-
juga dikenali sebagai "Ooi"

Masy said...

mana gambar?

Anonymous said...

itu sbb jugak aku malas nak tukar no telefon, taknak member lama takleh kontek aku. dan diorang takdak alasan untuk tidak panggil aku pi kenduri kawin diorang

Sir Mute Key Chicks said...

salam perkenalan..untuk warga yang rajin melawat blog..

Anonymous said...

apa kene ngan korang nie......