Powered By Blogger

29 July 2013

Mengacau Dodol dan Konsep Syukur

Semalam kami pergi menonton wayang sebagai ganti sbb hari Sabtu mlm sebelumnya yg terpaksa rush balik semula ke Bangi sbb Makbear ada urusan yg x dapat dielakkan. Kasihan pada Wafiy dan Waseem yang x puas bermain2 bersama sepupu2nya, dah la jarang2 dpt berjumpa. 
Kebetulan hari Sabtu tu ada program kacau dodol di kampung, 2 kawah! Makanya penuh meriah laa teratak Tok Aji Amat dengan kehadiran anak2, menantu, cucu, cicit, cocot semuanya! Yang memasak, memasak, yang mengacau dodol, mengacau dodol... 
2wau pun x ketinggalan, kemain ceria lagi, letih2 puasa pun seronok bermain, malam main bunga api pula, mana x seronok? Beronok2 laa jadinya!

Kita sbg parent manalah sampai hati nak merampas kebahagian tu dari anak2, kelmarin masa ajak Wafiy balik ke Bangi, muka dia masam je... X puas lagi laa tu main dgn kwn. Jadinya dari situlah timbulnya MoU supaya semalam kami pergi tengok Despicable Me 2! Barulah Wafiy ceria balik, Waseem masih kurang faham lg. Hehehe...
Lepas menonton wayang, g playground lagi! Playground yang kat The Mines ni istimewa sikit, sbb dia ada aktiviti mcm main2 pasir, tp bukan pasir laa, ntah apa kebendanya tp kecik2 mcm kacang, warna coklat. Puas bermain tengok jam dah nak pukul 5, ajak balik. 

Otw nak ke parking boleh pulak terserempak dengan maskot2 Boboiboy, 2wau sibuk laa nak g dekat2, nak snap gambar dengan Boboiboy katanya. Aku cakap cukuplah, dulupun dah pernah bergambar dengan Boboiboy, umi dgn dedi nak kena balik, nak solat, nak sediakan juadah berbuka puasa pulak.

Apa lagi tarik muka seribu laa si Wafiy. Muka x puas hati sbb permintaannya x dilayan. Aku 'bilang' satu je... Aku cakap "abang jgn pikir apa yang abg x dapat/ada, cuba abg pikir apa yg abg dapat/ada (dari umi dan dedi). Abg dah dpt tgk wayang, dah main playground... (Syukurlah)...".

Wafiy diam, aku tahu dia sdg mencerna kata2 aku dan aku tahu dia akhirnya paham. Si Wafiy nie otaknya rasional kalau kita terangkan betul2 dia faham, agaknya dah dibiasakan sejak kecik. Lps tu dlm kereta terus moodnya ok.

Sebenarnya konsep bersyukur ni bukannya patut ada pada diri kanak2 je, kita yang dewasa pun kena fikir begitu, barulah perasaan 'redha' tu akan hadir. Akupun kadang2 selalu ingatkan diri, bilamana terasa nak itu dan ini... Syukurlah dengan apa yg ada. Ada org x merasa nak mendapat nikmat yang mcm kita dapat sekarang nie. Syukur juga sbb tahun ni ramai yg balik mengacau dodol. Semua excited nk menyumbang tenaga. Jadi xler penat sgt mengacau walaupun tahun ni mmg buat lebih sikit. hahaha... Renung2kan dan selamat beramal! :)

Sent from my iPhone

1 comments:

fairus said...

KAT RUMAH AKU DAH LAMA TAK KACAU DODOL.. MAK AKU KATA, LAST MASAK DODOL MASA AKU KECIK LAGI.. TENGOK TU, BUKAN MAIN LAMA TAK KACAU DODOL..