Powered By Blogger

24 July 2013

Kenangan Di Negeri Cik Siti Wan Kembang Part 1

Entri tertangguh...

Terjaga pukul 3 pagi mata x boleh nak lelap plak. Aduhai mata...  Nak tunggu sahur kul 4 lebih nanti. Eloklah aku update blog. Banyak entri lagi nie nak cerita-ceriti. Maklumlah 2 bulan lepas bercuti panjang dari berblog. Hehehe...

Bertepatan dengan tajuk entri kali ni yang bermula dengan perkataan 'Kenangan' makanya mmg dalam kenangan je lah sebenarnya sebab kami ke Kelantan pada 11-21 Mei yang lalu huhuhu... Kami ke sana sebab Makbear has sat for her final exam 'post-graduate' yang telah dibuat di HUSM Kubang Kerian. 

Ikut perancangan awal mmg Makbear sorang je ke sana, namun disebabkan masalah ketagihan kronik si Huda pada ninin umi nya, maka kamipun sekeluarga tersampai lah ke sini juga. Tq Huda, because of you dedi boleh jalan2 gi Kelantan! Hahaha... Tension je Makbear baca... :P

Disebabkan tempoh masa kami di sana 'memanglah tersangat lamanya punnn...' Jadi mmg mcm2 kenangan lah dan pelbagai aktiviti yang kami lakukan. Kecuali Makbear laa... Dia join kami kadang2 je, maklumlah org exam... Kalau dia pun sama berhorey2 dengan kami, alametttt!!! 

Semasa kami di sana kami duduk homestay. First time juga nie pengalaman duduk homestay. Yang menariknya kami duduk dia dua homestay! Maksud aku dlm seminggu kami di Suria Homestay dan selebihnya dia MSZ Homestay. Kenapa? Alaa sbb Suria Homestay x available (dah ada org lain nak masuk next weekend nya tu), so kami pindah ke homestay lain pulak, nasib baik dekat. Alaa kat Kampung Chacha! Hehehe mcm laa familiar sgt kan?

Oklah xnak ngomel panjang, kali nie aku akan bercerita secara 'pictorial' sbb banyak ambil gambar, tp pakai iphone jee, terus upload ke instagram... (Feel free to view my instagram @afzalrazak, amacam ada berania? hehehe...). Dslr ada juga bawa tapi x larat nak usung sbb aku berjalan sorang je nak handle 3 orang anak, mana dan nak 'klik2' dengan dslr tu... Karang kamera ke mana, anak ke mana... Nayo Kak Ton!
Masa ni di Taman Perbandaran Tunku Anis KB. Taman permainan yang besar, siap ada mcm taman air. Ada juga kemudahan lain mcm trek joging, tempat bersenamrobik, surau, tandas, wakaf2 utk istirehat dll. Tempatnya ok cuma kurang maintainance, so ada kemudahan yang dah nampak buruk dan rosak. Tp overall ok laa... Cumanya lepas pergi dua kali, ada member di KB bgtau kat situ sebelum nie ada kes HFMD (try google), walaupun menurut Makbear mcm x berkaitan dengan aktiviti air di situ, tp seriau jugak ler kami nak pergi lagi. Kena cari alternatif lain utk bergumbira.
Destinasi pertama kami jln2 adalah ke Muzium Adat di Bandar KB. Sebenarnya ada muzium DiRaja berdekatan muzium ni tp kami x larat nk g. 
Pastu kami pergi Muzium Perang pulak. Sebelah Muzium Perang ada Muzium Islam tp kami pun x pergi... Ingat nk g lg pasni tp x berkesempatan daa...
Sempat juga merambu ke Rantau Panjang. Tp dah x rasa keistimewannya sgt, makbear memborong toto jee...
Otw blk singgah sembahyang di Masjid Beijing aka Masjid Cheng Ho... Kebetulan masjid nie otw dari Rantau Panjang nak ke KB.
Lepas tu ada sekali kami sempat ke PCB, Pantai Cahaya Bulan, nama lamanya Pantai Cinta Berahi. Sempat laa main layang2 dgn 2wau n pekena maggi ketam. Nampak tu siap bagi 'playar' utk nak pecahkan kulit ketam tu. oklah rasanya cuma aku mmg x reti nak makan ketam nie selain dr masak lemak cili api dengan digoreng (kenangan makan sup ketam masa kena denggi mmg x boleh lupa! Hehehe). Selepas makan kami segera meninggalkan PCB sbb langit gelap dan angin kencang mcm nak ribut.
Snap gambar ni sebab rasa 'come sokmo'! :)
Ada satu hari minggu yang boring tu, aku bawa anak2 g Tesco KB. Saja je jalan2, anak2 main playground and pasir yang warna2 tu, apa ntah namanya.
Ptgnya gi swimming plak kat Equatorial KB. Semenjak tu mmg kitorang g mandi kat sana je. Budak2 ni mmg suka g swimming pool.
Yati Ayam Percik, antara destinasi yang wajib disinggah sekuranya ke KB
Suatu pemandangan yang menggamit perhatian aku, perhatikan basikal atas bumbung kedai basikal nie. Kreatif kan orang2 KB nie? Hehehe.. 

Ok dah panjang sgt dah nie. Nanti kita continue part 2 ok?! Banyak lagi nak cerita nie... tguuuu!!!! :)

0 comments: